WordPress: Selenggara senarai fail anda
Assalamualaikum dan selamat pagi,
pagi hari ini cuaca kelihatan cerah dan nyaman, memang selesa bila cuaca sebegini, otak pun terasa cergas untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukannya untuk berfungsi dengan baik. Syukur alhamdulillah dikurniakan lagi kesempatan untuk terus bernafas dan melayari kehidupan di dunia ini, semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan berjalan dengan lancar.
Kali ini ingin berkongsi kepada para pengguna WordPress mengenai proses selenggara fail-fail WordPress yang telah anda guna untuk tempoh yang lama. Sekiranya anda pengguna WordPress yang baru, mungkin perkara ini boleh diabaikan buat masa ini, tetapi keperluan untuk menyelenggara WordPress anda tetap ada di masa akan datang. Oleh yang demikian, mungkin anda boleh bookmark artikel ini untuk rujukan di masa akan datang.
Seperti kita sedia maklum, saban hari, versi demi versi terkini dilancarkan oleh pihak WordPress, dalam setiap versi ini ada penambahan pengurangan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan. Ini semua demi memberikan kita kemudahan yang lebih baik untuk menulis blog dan sebagainya. Dalam kemaskini dari versi ke versi, ada fail-fail yang dipadam kerana telah digabungkan atau dialih ke fail yang lain untuk memudahkan pengurusan kod dan sebagainya. Contoh yang dapat kita lihat seperti gambarajah di bawah, beza fail asas antara WordPress 3.4.1 dan WordPress versi lama.
Anda dapat lihat bagaimana ada perbezaan jumlah fail dalam versi 3.4.1 dan versi lama dalam gambarajah tersebut, ini adalah hanya satu contoh bahawa ada pengurangan fail dalam proses naik taraf dan kemaskini WordPress. Seringkali fail-fail ini tidak terpadam apabila kita mengemaskini versi WordPress kita, jadi kita perlu memadam fail-fail ini secara manual. Walaupun mungkin ada sesetengah fail yang tidak mendatangkan apa-apa mudarat, namun lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga daripada menyesal di kemudian hari.
Kebiasaannya, apa yang aku lakukan adalah memadam folder wp-admin dan folder wp-includes, dan semua fail di root kecuali wp-config.php kemudian memuat naik fail yang baru yang dimuat turun dari halaman WordPress.org. Proses ini adalah mudah sebenarnya, namun ramai yang mengabaikan proses ringkas ini kerana biasanya tidak sedar akan keperluan ini. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk melakukan proses kemaskini fail dan perkhidmatan keselamatan untuk WordPress anda, jangan segan silu untuk menggunakan borang Hubungi Saya ataupun terus sahaja berhubung melalui twitter @eizil

takut juga nak buat sebenarnya, takut salah pastu terus hilang data, xda ilmu mcm ni la
Juan menulis » Google AdSense ad serving has been disabled to your site
kena buat manually la ek? so, wp-config saja tinggalkan dan yg lain eh padam? wp-content cane plak ye?
Izwanyusof menulis » Belajar Kejuruteraan Tak Mudah,Jadi Jurutera Lagilah Payah
wp-content jangan delete, kang tak pepasal hilang semua gambar, tapi kalau nak, boleh reupload file untuk folder plugins jer…
saya pon nak tahu jugak
Juan menulis » Google AdSense ad serving has been disabled to your site
nice tips ni..thanks sharing
Azydy menulis » Wordless Wednesday : Pelaburan Mana Lebih Menguntungkan
Tak pandai , tapi saya percaya mesti banyak fail yg tk di gunakan di blog saya ..
puanbee menulis » OST Takdir Qismah | Video Pedoman by Nora
puan bee hanya perlu delete file-file yang dah lama tu, kemudian gantikan dengan fail yang baru.
saya pon berfikir begitu
Juan menulis » Google AdSense ad serving has been disabled to your site
Terimakasih artikel yang dikongsikan dapat memberi manfaat pada yang menggunakan wordpress.
semoga boleh dijadikan panduan…

eizil menulis » Jom hantar kad raya secara percuma
aduiii tak faham lagi pasal teknikal ni…. berpino mata tengok halus2

sweetkurma menulis » trend baru poligami
takper kak…
usah berpinokan mata tu… biar orang lain tolong uruskan… hehehe
saya pon, hehehe
Juan menulis » Google AdSense ad serving has been disabled to your site
Menaik taraf secara manual adalah yang terbaik berbanding kemas kini automatik.
akubiomed menulis » First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : Sharidawati
kalau nak cepat okay jer kalau nak guna yang automatik tu, cuma sekali sekala kena buat selenggara

eizil menulis » Jom hantar kad raya secara percuma
memang saya x pernah pon selenggara benda ni, hehehe
Juan menulis » Google AdSense ad serving has been disabled to your site
kira macam upgrade secara manual la ek? folder wp-content pon jgn usik kan?
Anarm menulis » Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2012
upgrade manual kalau overwrite tanpa delete pun tak jadi gak bro, ini kira untuk upgrade atau perkemaskan WordPress kita, wp-content biasanya tak usik sebab byk file gambar jer dalam tu. kalau nak boleh buat untuk bahagian plugin…
dah lama aku tak upgrade manual.. dulu rajin buat.. memang aku delete semua fail kecuali wp-config dengan folder wp-content.. sekarang ni biasa upgrade automatik je.. esok lusa bleh kot try bersihkan sikit fail2 dlm root buat cara manual camni..
Anarm menulis » 10 Perkara Rosakkan Puasa Ramadhan
TQ untuk info.
dennis menulis » CONTEST DETIK BERSAMA SUNLIGHT
semoga berguna…