WordPress : Cara mudah untuk mengaktifkan https
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
pagi ni cuaca nampaknya cerah, syukur alhamdulillah, sudah hampir seminggu pagi hari dihiasi dengan hujan lepas ataupun cuaca yang mendung, apabila boleh melihat sinaran matahari, memang lain perasaannya, terasa seperti keceriaan bertambah dengan adanya sinaran mentari ini. Bagaimana pula dengan cuaca di kawasan anda? Semoga cuaca yang baik juga dialami, namun jika tidak, kehidupan masih perlu diteruskan, hujung minggu begini, pasti banyak perancangan yang telah dibuat, semoga semuanya berjalan lancar dan anda bergembira dengan apa jua yang dilakukan.
Harini sekadar ingin berkongsi cara mudah untuk mengaktifkan https di dalam WordPress, sama ada anda ingin mengaktifkan untuk ruangan login sahaja mahupun mengaktifkan untuk bahagian WP Admin juga. Berikut adalah kod yang boleh digunakan untuk mengaktifkan https di bahagian login
define('FORCE_SSL_LOGIN', true);
masukkan kod ini di bahagian wp-config.php, semua bahagian login akan menggunakan https untuk capaian yang lebih selamat. Sekiranya anda ingin menggunakan https di dalam keseluruhan bahagian WP Admin, anda hanya perlu menggunakan kod berikut di dalam wp-config.php
define('FORCE_SSL_ADMIN', true);
Dashboard WordPress anda akan dilengkapi dengan https semasa anda ingin melakukan apa jua perkara di dalam tersebut. Tetapi ingin diingatkan, jika server anda tidak dilengkapi dengan shared ssl atau anda tidak memasang ssl untuk domain anda, perkara ini mungkin tidak berfungsi dengan sepatutnya. Apa yang perlu anda lakukan, adalah membeli SSL certificate untuk kegunaan domain anda, harga SSL Certificate ini tidak terlalu mahal, bergantung sejauh mana anda ingin memastikan keselamatan blog anda, pelaburan sebegini boleh menyelamatkan anda dari kesusahan yang mungkin menyebabkan kerugian yang lebih banyak lagi.
Jika anda tidak tahu untuk membeli mahupun memasang SSL certificate ini, bolehlah menghubungi aku untuk bantuan pembelian dan pemasangan SSL certificate ini.

baru je beli SSL ni tapi masih buntu.. haha
Zaid menulis » Berbuka Puasa Bersama Churp Churp
kalau dah beli SSL, hanya perlu pasang/configure dengan server, pastikan ada dedicated ip, sebab kalau tak, tak boleh nak configure SSL tu untuk web yang ingin digunakan.
salam, ssl certificate yg RM45 tu.. sekali dgn upah installation ker? TQ
mzniaga menulis » Menggegar Utara!
wah keren artikelnya, makasih banyak atas ilmunya, semoga bermanfaat
bagus juga guna https ni
saya bookmark untuk rujukan eh bro
wazy menulis » Mempercepat Buffering Video Tanpa Software
Https? Habis kalau buka blog, kena taipkan https jugak ke ataupun taip terus je nama domain?
decrewz menulis » Video Maharaja Lawak Astro Minggu ke 3
terus taip nama domain jer, tapi bila kita nak login ke wp-admin contohnya, dia akan auto tukar ke https.
Owh.. Faham2.. Sorilah.. Jai buta sikit bab2 IT nih..he3
decrewz menulis » Kenapa Mesti Entry SEO Search Engine Optimization
takper, tak perlu pun nak minta maaf…
kalau kita tatau, kita tanya… tak gitu? hehehe
owh ingat kena beli je hehe.
tapi bergantung jugaklah pada hosting ye hehe
Affan menulis » Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda Tersenyum
Ko jual SSL ape n berape?

AMiRU menulis » Upgrade ke WordPress 311
Geotrust Rapidssl ada, Comodo PositiveSSL ada, SSL 123, Web Server Certificate, SGC Supercert, Wildcards…
Harga dari RM45/setahun – RM3800/setahun
salam.. biasanya harga cert ni berapa ye?
boleh bagi details?
kalau nak setting utk own server camne?
salam,
saya dah reply email yang di hantar, harga dari RM45/setahun hingga RM3800/setahun
https ni untuk apa ya?
Ayie menulis » Inikah Malaysia
https ni maksudnya secure access menerusi SSL Cert. kiranya connection kita ke page tuh akan encrypted.
bro, wordpress je ke?hehe
hehehe, blogspot memang dah ada kot kan function ni?
https tu benda apa..
maaf la saay tak tahu..
naimulfirdaus menulis » separuh gelas masih ada
https ni secured pages, kiranya kalau kita browse kat memaner website yang SSL enabled ni, url akan jadi https, bukan http macam biasa, semua connection akan encrypted, so attacker akan susah sket nak tembus, bukan jaminan 100% tapi dengan adanya benda ni, akan lebih terjamin, sebab kalau beli SSL certificate yang mahal, dia siap bagi jaminan keselamatan seperti insurans.
thankz sharing
haha xD
ingat xboleh pasang… Kekeke
hehehe… boleh bro…
Kita boleh beli ssl certificate kat mana?
Kujie menulis » Lebih Indah Dari Sejuta Mawar Yang Berkelopak
kak jie kalau nak beli dengan saya pun boleh… kalau tak tanya hosting provider biasanya dorang pun ada jual…
risau gak aku bila sebut pasal keselamatan ni, agak2 serverfreak aktifkan ssl ke? hehe, nak kena tya sam gak la ni. ades
Mohd Isa menulis » Selamat Tinggal Nuffnang
tak sure plaks bro, kena tanya ngan serverfreak sendiri…
abang sam sure cepat jer menjawab