Windows 8, adakah anda perlu belinya sekarang?

Windows 8, adakah anda perlu belinya sekarang?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Dua hari lepas, selepas aku melihat ada tawaran untuk menaik taraf Windows 7 yang aku gunakan sekarang kepada Windows 8 dengan harga yang berpatutan, aku telah mengambil keputusan untuk mencuba tawaran tersebut. Setelah menanti hampir 5 jam lebih untuk memuat turun fail-fail Windows 8, aku pun membuat proses naik taraf Windows 7 kepada Windows 8, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun mengambil masa yang agak panjang.

Namun aku perasan, setelah menggunakan Windows 8, komputer aku seperti pening-pening lalat, semasa restart ianya mengambil masa yang agak lama untuk boot. Namun begitu, hampir semua perisian yang aku gunakan pada Windows 7 boleh aku gunakan pada Windows 8, kecuali setup multiple monitor yang aku gunakan sebelum ini. Driver multiple monitors itu tidak berfungsi pada Windows baru ini, aku sudah hubungi pihak pengeluar, dan mereka menyatakan adakan mengeluarkan driver baru pada lewat hari ini, semoga dengan driver baru, aku boleh menggunakan monitor kedua seperti biasa.

Sebelum ini, Windows 7 aku mempunyai masalah bahagian graphics, jika ingin membuka dxdiag pun bermasalah. Dalam Windows 8 ini, ada fungsi refresh your windows, di mana Windows akan memasang semula Windows seperti baru, dan hanya meninggalkan fail-fail personal anda. Aku pun gatal tangan untuk menggunakan fungsi ini, selepas beberapa minit, aku kembali boleh membuka desktop, namun kali ini, semua perisian aku telah hilang, telah disimpan dalam folder windows.old. Namun begitu, masalah graphics sudah dibaiki, tiada lagi masalah untuk menggunakan perisian yang memberikan kesukaran kepada aku sebelum ini. Seronok disebalik kesedihan perisian yang telah hilang, ada beberapa perisian yang aku boleh pindahkan dengan hanya copy paste dari windows.old ke folder windows yang baru, namun selebihnya perlu di install semula.

Kepada yang masih cuba membuat keputusan sama ada perlukah atau tidak untuk membeli Windows 8 ini, berikut adalah beberapa pendapat aku sebagai salah seorang yang telah mencuba Windows baru ini.

  • Windows 8 ini memberikan pengalaman menggunakan PC yang berbeza, ada beberapa fungsi yang telah diubahsuai sehingga akan membuatkan anda berasa kekok pada permulaannya, namun selepas menggunakannya beberapa jam, anda akan menggemari ubahsuaian ini, kerana sekiranya anda menyusun semuanya dengan baik, ianya akan memudahkan semua kerja-kerja anda.
  • Ada banyak perisian yang masih belum dikemaskini untuk menggunakan semua feature Windows 8 secara menyeluruh, namun kebanyakan perisian ini masih boleh digunakan seperti mana semasa ianya di pasang pada Windows 7, seperti aku maklumkan sebelum ini, daripada beratus-ratus perisian yang aku gunakan, hanya dua atau tiga yang menghadapi masalah, dan perisian bermasalah ini bukanlah perisian yang utama.
  • Jika anda tidak gemarkan untuk mengubah rutin harian, Windows 8 bukanlah pilihan yang baik untuk anda, kerana ianya sedikit sebanyak akan mengganggu aktiviti harian anda sekiranya anda sudah selesa dengan Windows 7, Vista atau XP yang anda gunakan sekarang.
  • Harga untuk kemaskini Windows 8 adalah lebih murah sekarang, jika anda merancang untuk menaik taraf, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi ini dan install Windows 8 apabila versi yang lebih stabil akan dilepaskan
  • Jika anda menggunakan multiples screens, dan ada screen anda yang menggunakan peralatan usb to vga/dvi, pastikan anda tunggu pengeluar peralatan anda melepaskan driver untuk Windows 8, atau masalah yang sama seperti aku akan anda alami, di mana monitor kedua tidak dapat digunakan buat masa ini. Namun jika anda menggunakan fungsi multiples monitor pada graphic card anda, ianya akan berfungsi seperti biasa.

Setakat ini aku berpuas hati dengan pembelian Windows 8 ini, ianya antara pembelian yang aku rasakan berbaloi, walaupun masih terdapat beberapa benda yang perlu diperbaiki, namun secara keseluruhan Windows kali ini memberikan kemaskini yang begitu menarik. Lebih banyak kawalan yang boleh aku lakukan, dan pelbagai apps yang mampu untuk membantu aku menguruskan aktiviti seharian dengan lebih baik. Jika anda ada sebarang persoalan berkaitan Windows lapan ini, bolehlah kemukakan di ruangan komen, aku akan cuba jawab sebaiknya.


Ulasan panjang lebar mengenai Windows 8 ini boleh anda baca di sini dan sekiranya anda tidak pasti bagaimana proses pemasangan Windows 8, boleh rujuk di sini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
01 November 2012 08:19
48 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 16:52

    Bro Eizil.. Kalau upgrade ke Windows 8 ni, file kita dalam HDD akan hilang ke? Sebab dalam pc saya file terlampau besar untuk ditransfer…. Kalau semua ada, saya nak upgrade ke Windows 8 ni :)
    Hazmin Hamudin menulis » Dapat Baju Melayu PercumaMy Profile

    • eizil 9 November 2012 at 17:05

      Fail kita akan kekal… Even software2 kita pun akan kekal kalau kita tak pilih fresh install… Dia ada letak pilihan sama ada nak fresh install, kekalkan data sahaja atau kekalkan data dan software

      • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 18:29

        Tq bro Eizil.. Nampaknya akan beralih ke Windows 8. Kena racun abis ni… hehe
        Hazmin Hamudin menulis » Dapat Baju Melayu PercumaMy Profile

        • eizil 9 November 2012 at 18:32

          hehehe… selamat beralih ke windows 8 bro… :D setakat ni driver untuk multiple monitors pun dah dilepaskan, so workstation eizil pun dah kembali macam waktu guna windows 7 dulu… cuma dengan feature tambahan windows 8

          • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 18:36

            Dah tak sabar dah nak merasa pakai windows ori.. Harga rm120 tu consider murah lagi. tu je tarikan utama nak upgrade rasanye :)
            Hazmin Hamudin menulis » Dapat Baju Melayu PercumaMy Profile

  • wan75 6 November 2012 at 12:40

    ada lagi satu,

    1) Sekarang saya ada W7 dan Ubuntu, semasa start up saya boleh select nak guna mana. Boleh tak saya install W8 juga, jadi saya ade 3 OS.

1 2