WinDirStat : Ketahui taburan ruang dalam sistem anda dengan mudah

WinDirStat : Ketahui taburan ruang dalam sistem anda dengan mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi,

sudah beberapa minggu sebenarnya laptop aku ni mengalami masalah ketidakcukupan ruang untuk menyimpan fail, aku seringkali cuba mencari punca mengapa ianya begitu besar, namun tidak ketemu, pelbagai fail telah aku padam namun sekejap sahaja akan penuh semula. Setelah bertanya dengan pakcik google, dan mencuba beberapa benda, aku telah menemui perisian yang mampu membantu aku untuk mengenalpasti folder yang paling besar yang berada dalam sistem ini.

WinDirStat akan memberikan rumusan untuk setiap folder di dalam sistem anda, ianya akan dipecahkan pula kepada sub folder untuk memboleh kita mengenalpasti folder atau file apa yang terlalu besar dan tidak diperlukan oleh sistem. Perisian ini boleh di muat turun dengan percuma. Anda boleh melihat contoh apabila WinDirStat telah siap membuat imbasan keseluruhan fail dan folder dalam sistem anda.

Buat masa ini, aku telah berjaya mengenalpasti sebuah folder yang duduk agak tersorok dalam sistem aku ini, setelah memadam folder tersebut, hampir 30Gb ruang telah berjaya dikosong, rasanya lambat lagi sebelum aku perlu untuk memadam kembali fail-fail yang lain pula. Jika anda memerlukan perisian ini, anda boleh muat turun secara percuma di WinDirStat Download Page. Selamat mencuba.


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
24 July 2012 07:26
15 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.