Warna-warni menghiasi kanvas kehidupan

Warna-warni menghiasi kanvas kehidupan

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu semua,

[dropcap2]S[/dropcap2]emalam mungkin ada yang hadir di blog ini dan melihat pelbagai perubahan dan kucar-kacir yang dihadapi di blog ini, terdapat masalah teknologi baru yang aku cuba dengan blog ini, perkhidmatan teknologi baru itu mengganggu beberapa fungsi php yang terdapat pada blog ini, tetapi kini aku kembali kepada perkhidmatan Saleiz Webhosting, lebih mudah menggunakan server sendiri, kerana segalanya boleh diatasi tanpa perlu bertikam lidah semata-mata untuk mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah itu.

[dropcap1]A[/dropcap1]ku telah bertukar dari tema hitam putih, kepada tema yang lebih berwarna warni, ianya sebagai simbolik kepada hasil yang telah dicapai setakat ini, sepertimana yang telah aku kongsikan dalam artikel Suku pertama 2011, memang dalam perancanganku semasa bertukar kepada tema hitam putih, aku akan mengubah kepada tema yang berwarna selepas aku dapat mengatasi prestasi yang teruk sebelum ini. Syukur alhamdulillah, sedikit demi sedikit, cahaya dan warna baru kehidupan mulai menghiasi perjalanan sementara di dunia ini.


[dropcap1]T[/dropcap1]ema kali ini bukanlah ciptaan aku, tetapi adalah hasil dari muat turun dari site5.com, aku sekadar mengubahsuai dan menambah beberapa fungsi untuk memastikan semua yang aku ingin ada pada laman ini tetap ada. Masih ada beberapa fungsi yang masih perlu aku kemaskini, tetapi fungsi tersebut tidak begitu major sehinggakan perlu digunakan secepat mungkin. Apa komen anda dengan tema kali ini? adakah sebarang tambah baikan atau perubahan yang anda ingin cadangkan? Aku amat berbesar hati untuk menerima sebarang cadangan mahupun kritikan, kerana blog ini dibina bukanlah untuk aku seorang, tetapi untuk digunakan oleh semua yang sudi membaca maklumat di sini. Sebarang maklum balas aku ucapkan ribuan terima kasih.

jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah

[dropcap1]J[/dropcap1]ika anda menemui sebarang masalah ataupun bugs dalam tema baru ini, aku harap dapat berkongsi dengan aku supaya aku dapat perbaiki kerana mungkin ada bahagian yang terlepas pandang, lagipun aku terpaksa bertukar server disebabkan beberapa plugins dan untuk memastikan tema ini berfungsi dengan baik, mungkin juga ada fail-fail yang aku tertinggal untuk memuat naik ke akaun hosting ini. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi singgah ke blog ini, tanpa anda, pasti blog ini sudah lama berkubur.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
24 April 2011 19:50
16 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • nasslimdiet2 27 April 2011 at 11:29

    tahniah bro.smart theme ni. cuma belah bawah tu gelap susah nak baca la bro. maaf, sekadar pandangan je
    nasslimdiet2 menulis » Testimoni SD2 dari Sungai BulohMy Profile

    • eizil 27 April 2011 at 11:45

      bahagian footer tuh erk, terima kasih sebab bagi pandangan bro, nanti akan diperbaiki… :)

  • sayacomel 27 April 2011 at 6:37

    nice. comel theme nih. tak serabut otak.

    • eizil 27 April 2011 at 10:10

      terima kasih sayacomel… :)

  • luthfi 25 April 2011 at 23:36

    sangat simple dan kemas..
    comel je.. nak jugak! hehe
    luthfi menulis » The 90-10 Principles – Help us to guide the lifeMy Profile

    • eizil 26 April 2011 at 0:11

      hehehe… nak pakai lerh jer bro… :D theme asas dia ada kat site5.com tuh… ;)

  • denaihati 25 April 2011 at 10:16

    Sangat menarik berbanding yg lepas agak begitu simple. Yang baru tidak begitu sarat dan pasti akan menjadi platform yang boleh pergi lebih jauh. TAHNIAH.
    denaihati menulis » Rakan BloggerMy Profile

    • eizil 25 April 2011 at 20:20

      terima kasih bro denaihati…

  • Chybee 25 April 2011 at 6:12

    serius cantik theme ni! Love it! simple n kemas :)
    Chybee menulis » The ExcitementMy Profile

    • eizil 25 April 2011 at 20:19

      maceh chybee… :)

  • yonna 24 April 2011 at 23:06

    perh smart bro!! kemas gilaaaaaaaaaaa! hehe mcm blog aman dah :) )

    • eizil 25 April 2011 at 0:08

      blog aman sebagai inspirasi.. hehehe… :D nak copy aman nyer, aman marah laks nanti… so sekadar mengambil inspirasi jer aa… kekeke

  • hafidz 24 April 2011 at 21:53

    memang cun la bro theme ni.
    nampak smooth jer ;)
    hafidz menulis » tak sempatMy Profile

    • eizil 25 April 2011 at 0:08

      terima kasih bro… :D

  • tengkorak emas 24 April 2011 at 20:56

    bro, smartla kat homepage..jeles2 hehe

    patutlah semalam tak dapat masuk, hope semuanya ok,

    agak2 kalau hack kaw kaw punya blogspot boleh buat interface mcm tu tak?

    • eizil 24 April 2011 at 21:12

      terima kasih bro… ikutkan boleh gak kalau nak buat kat blogspot, cuma mungkin kerja dia lebih sket… :)