Terima kasih – ucapan mudah tetapi bermakna

Terima kasih – ucapan mudah tetapi bermakna

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu kepada semua,

Harini akan menghabiskan masa di kampung, cuaca pagi ini nampaknya cerah. Burung-burung berkicauan dan unggas-unggas berterbangan. Suasana yang cukup menenangkan.


Kali ini sekadar mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk menghayati suatu amalan yang mudah tetapi seringkali dilupakan. Amalan mengucapkan terima kasih ini kadangkala dilupakan terutama dalam kehidupan berkeluarga. Kita seringkali memandang remeh ucapan yang sebenarkan memberi makna dan kesan yang besar dalam kehidupan.

Cuba kita renung kembali, seandainya anda seorang suami, apabila isteri anda membuatkan anda air, ataupun memasakkan hidangan untuk dijamu selera, adakah kita masih mengucapkan terima kasih? Atau kita menganggap ianya tidak perlu kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri? Seandainya anda mengucapkan terima kasih, pasti ianya akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri, kerana walaupun tidak dipinta, ianya sebagai satu tanda penghargaan kepada pasangan kita.

Begitu juga dalam kehidupan seharian, sekiranya pelayan menghidangkan minuman atau makanan di restoren, tidak salah kiranya kita mengucapkan terima kasih. Secara tidak langsung, kita telah membina perhubungan yang sihat sesama insan.

Sekiranya anda seorang boss, penyelia atau sebagainya, ucapkan terima kasih kepada staf anda sekiranya mereka menyiapkan atau melakukan kerja yang anda suruh. Walaupun ianya sudah menjadi tanggungjawab mereka, pasti mereka akan rasa dihargai dan dihormati selaku orang bawahan.

Jika selama ini kita mengabaikan amalan mudah ini, harini, mari kita sama-sama ubah. Jadikan ini sebagai amalan kehidupan seharian kita. InsyaAllah kehidupan kita akan lebih ceria dan bahagia.

Selamat hujung minggu semua.

Artikel ditulis menggunakan si hitam manis.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
07 January 2012 09:23
15 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • sensasi2020 19 September 2012 at 2:01

    Benda yang baik harus diamalkan,
    Supaya menjadi satu kebiasaan,
    Kerana sesungguhnya berterima kasih satu kemestian,
    Namun masih ramai tang berat nak diucapkan.
    sensasi2020 menulis » Pantun NasihatMy Profile

  • sensasi2020 19 September 2012 at 1:59

    Resah gelisah menanti senja,
    Malam menjelma bulan purnama,
    Sikap terima kasih sentiasa dijaga,
    Walaupun banyak yang mula lupa.
    sensasi2020 menulis » Pantun NasihatMy Profile

  • sensasi2020 19 September 2012 at 1:55

    Jari manis disarung cincin,
    Cincin disalut emas permata,
    Terima kasih perlu yakin,
    Untuk diamalkan sepanjang masa.
    sensasi2020 menulis » Pantun NasihatMy Profile

  • sensasi2020 19 September 2012 at 1:52

    Apa ada pada nama,
    Jika hati selalu mengeji,
    Apa ada pada kata,
    Jika terima kasih tidak mengucapi.
    sensasi2020 menulis » Pantun NasihatMy Profile

  • sensasi2020 19 September 2012 at 1:50

    Berat mata memandang,
    Berat lagi bahu memikul,
    Berat mulut utk bersembang,
    Berat lagi hati mengumpul.
    sensasi2020 menulis » Pantun NasihatMy Profile

  • sensasi2020 19 September 2012 at 1:45

    Buat baik berpada-pada,
    Buat jahat jangan sekali,
    Ucapan terima kasih kena berganda-ganda,
    Ucaplah kepada seseorang tanpa dikesali.
    sensasi2020 menulis » Pantun NasihatMy Profile

  • sensasi2020 19 September 2012 at 1:37

    Terima kasih daun keladi,
    Lain kali kena ucap lagi,
    Banyak ertinya jika diucapkan berkali-kali,
    Tiada siapa yg marah malahan disukai.

  • titan 16 January 2012 at 17:23

    yap. benda mudah. tapi susah betul orang nak cakap..
    titan menulis » Komisen ke 10 dari 701panduanMy Profile

  • suri 14 January 2012 at 0:48

    tak kira apa situasi klu kita rasa org tu cuba selamatkan keadaan cth bantu kita dlm maslh wang ker, cam dia hantarkan kita balik ker, kita harus ucapkan terima kasih kat dia hee..

    senang cerita sllu bila seseorang tu menlong kita dalam bentuk bantuan/ pertolongan. harus ucpkan bgtu. tak salah ucap pun tapi ia ibaratkan kita menghargai jasa org tu pd kita gee..
    suri menulis » Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

  • bardboo 10 January 2012 at 6:11

    terima kasih dan maaf, dua benda yang baik, tapi payah untuk diamalkan..tapi saya dan hubby memang praktikkan benda ni hari2…so memang dah biasa…harapnya nanti mudah gak untuk anak2 ikut…
    bardboo menulis » Pavlova Pertamaku!My Profile

  • Hadi Rofiee 8 January 2012 at 16:54

    Terima kasih kerana entri. Izinkan saya untuk menambah sedikit:

    Terima kasih – ucapan mudah tetapi bermakna dan kadangkala sukar untuk dilafazkan oleh sebilangan orang.
    :-)
    Hadi Rofiee menulis » Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Awam di Syria dan MesirMy Profile

  • sukacuka 7 January 2012 at 18:05

    tak semua yang boleh ucapkanya terutama sekali orang melayu kita sendiri. Berkerja didalam bidang service selama ini telah menonjolkan keegoan orang melayu itu sendiri.

    Orang melayu begitu bongkak untuk mengucapkan terima kasih dengan penuh keikhlasan dan senyuman terukir dibibir. Dalam bidang perhotelan, tidak terkira juga orang melayu yang saya layan, tapi saya masih boleh kira berapa jumlah orang melayu yang ucapkan perkataan tersebut.

    Bahkan, dibalasnya dengan muka yang jijik, hina dan bongkak. Saya masih ternanti-nanti seorang orang melayu yang mengucapkan kata keramat tersebut dengan penuh keikhlasan.

  • akubiomed 7 January 2012 at 14:21

    Perbuatan yang mudah dilakukan dengan mengucapkan “terima kasih”.

  • yangbaik 7 January 2012 at 10:21

    terima kasih untuk artikel dan peringatan yang hebat di pagi hari
    yangbaik menulis » Gangguan menyentap emosiMy Profile