Tangan yang memberi, lebih baik daripada yang menerima.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,


sejauh mana kita mempercayai tajuk kita pada kali ini? Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Pasti kita pernah membaca, mendengar mahupun melihat aturan perkataan ini. Ianya satu ayat yang ringkas tetapi penuh makna. Dengan situasi sekarang, dimana ramai yang mengambil kesempatan berlakon ataupun menipu dalam apa jua keadaan, semata-mata ingin meminta bantuan secara mudah atau dalam perkataan lainnya, mengemis.

Berapa ramai antara kita yang akan memberikan bantuan kepada mereka ini? Aku sendiri suatu masa dahulu, memang anti dengan mereka yang menggunakan kekurangan mereka untuk mengemis di serta tempat. Seringkali terlintas dalam fikiran ini, mungkin mereka ini semua sekadar berlakon semata-mata. Berprasangka sedemikian adalah amat tidak baik, jika tidak mahu memberi, cukup sekadar mengatakan tidak, dan tidak perlu untuk berprasangka, kerana itu bukanlah urusan kita untuk menghakimi apa yang mereka lakukan.

Terdapat ramai yang memang benar-benar susah, ibarat kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Sama juga dalam keadaan ini, disebabkan ada beberapa individu yang mengambil kesempatan, habis semuanya di anggap menipu. Kembali kepada tajuk asal kita, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Jika kita yakin dengan ayat ini, kita pasti ingin menjadi tangan yang memberi, cubalah memberi walaupun hanya sekeping duit RM1, minta mereka doakan kebahagian dan kesejahteraan hidup kita. Kemudian tunggu dan lihat hasilnya selepas itu. Pasti anda akan seperti ketagih untuk memberi lebih banyak lagi.

Aku memang suatu masa dahulu hanya akan memberikan sedekah di tabung-tabung masjid atau seumpamanya sahaja, jika budak-budak mahupun mereka yang kurang upaya mendekati, pasti aku akan mengelakkan diri daripada memberi mereka apa-apa. Kesilapan yang aku harap tidak akan aku ulangi lagi selepas ini, bukan sahaja aku tidak memberikan apa-apa, bahkan aku bersangka buruk pula dengan mereka. Tiada faedah atau kebaikan yang aku perolehi dengan melakukan perkara sedemikian. Semoga kita akan lebih banyak memberi selepas ini, biarlah urusan penipuan mereka (jika mereka menipu) dihakimi oleh Allah s.w.t.

p/s: Bersyukur dengan kurnianNya, rezeki hadir tanpa kita sangka-sangka.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    betul, jangan senang sangat prasangka dgn peminta sedekah ni, walaupun ade banyak kes sindiket, kite boleh tengok gaya, kesungguhan etc pemintak sedekah tu. yg penting pahalanye sampai.

    • menulis

      itulah bro, kebaikan ni kalau ingin dilakukan, tidak perlu mempertikaikan terlalu banyak perkara… :) biarlah perkara lain itu diuruskan olehNYA.

  2. menulis

    Suatu masa dahulu, aku pun selalu gak macam ni. Bila nampak bebudak datang tu, rasa macam serba salah pulak, kesian pulak tengok diorang tu, tapi kekadang bila 2-3 kali dtg kedai yang sama, terfikir pulak, diorang ni still kerja cam tu gak ke, tak nak berubah ke…

    Bagi aku, aku lebih puas hati kalau ada kesempatan, kadang kala lebih baik kita belanja diorang ni (especially bebudak tu) makan ke, minum ke berbanding bagi duit, bukan apa, sekurang-kurangnya kita nampak sumbangan kita tu pergi kat budak tu, ye lah.. manalah tau ada sendikit ke apa ke.. tapi tu dulu ler..

    Apapun, nak buat camana, dah nasib diorang macam tu, kita ni cubalah mampu apa yang terdaya, InsyaAllah…

  3. menulis

    Yep… betul tu… kalau tak mampu dengan wang ringgit… dgn ilmu dah kemahiran kita pun kira Alhamdulillah…!!

    Besar habuan dia di belakang hari… setitik ilmu yg kita curahkan… selautan ilmu yang kita perolehi di kemudian hari…. percayalah… :)

    Itu yg aku cuba praktikkan selama nie… Alhamdulillah… memang nampak balasannya…. mudah²an, Allah SWT beri kesempatan pada aku untuk teruskan usaha dgn cara nie hingga ke akhir hayat… Amin..!!

  4. menulis

    Memang ada yang mengambil kesempatan, tapi masih ramai juga yang benar-benar susah. Kita perlu latih diri berprasangka baik supaya dapat memberi dengan ikhlas. Jika tak mampu memberi banyak, sedikitpun memadai asalkan dengan niat yang ikhlas.

  5. menulis

    pernah sekali saya makan di kedai makan, datang budak perempuan yang minta sedekah, saya tolak, lepas tu dia pergi ke meja seorang kakak dengan anaknya, kakak tu tanya pada budak perempuan tu “dah makan” dia jawab “belum”, kakak tu kata “duduk makcik belanja kamu makan”…semua orang dekat situ termasuk saya tercegang dengan tindakan kakak tu yang sangat beretika, kalau kita tak sanggup memberi dalam bentuk wang, kita cuba beri dalam bentuk yang lain…

    • menulis

      semoga kita amek teladan kakak tu, kadang-kadang memang budak2 tu mangsa keadaan, kalau kita tak tanya, kita takkan tahu apa yang mereka alami…

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.