Tak dapat tiga, dua pun jadilah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sejak bercuti lama tempoh hari, jadual bekerja pun sudah berlainan daripada sebelum ni, semakin kurang bekerja lewat malam buat masa ini kerana sudah terbiasa agaknya tidur awal sepanjang musim cuti. Namun yang pasti, semangat yang hilang untuk melakukan kerja-kerja pengaturcaraan sebelum ini sudah kembali bertambah dan fokus terhadap kerja juga semakin pulih, syukur Alhamdulillah. Semangat semakin bertambah dengan kehadiran beberapa tetamu baru di meja kerja aku.
Jika sebelum ini hanya bersendirian sahaja aku dengan dia, kali ini hadir teman baru untuk menemani semasa bekerja. Apabila semakin ramai, orang kata semakin meriah, begitulah harapannya, setakat ini, menggunakan teman baru untuk melakukan kerja-kerja mengaturcara laman web memang semakin lancar, rujukan dan bacaan dokumentasi untuk framework atau apa-apa yang aku perlukan semasa membuat kerja semakin mudah. Impian akhirnya menjadi kenyataan, walaupun terpaksa menunggu hampir tiga tahun untuk mendapatkan setup sebegini.
Pada mulanya, aku tersilap membeli monitor yang mempunyai resolusi maksima 1680×1050 sahaja, mujur pihak kedai membenarkan aku untuk menukarkan kepada model lain yang mempunyai resolusi 1920×1080, namun disebabkan aku menggunakan laptop, proses untuk menggunakan dual external monitor ini agak rumit, ditambah dengan kekurangan kedai di kota bharu ini yang mempunyai kelengkapan komputer yang serba lengkap, proses untuk menjadikan impian menggunakan dual external monitor ini agar sukar dan memerlukan aku untuk berulang-alik ke beberapa kedai komputer beberapa kali.
Akhirnya, setelah melakukan carian di google, dan bertanya beberapa kedai, akhirnya alat yang aku cari iaitu Usb Vga Display Adapter berjaya juga ditemui. Alat ini memudahkan laptop untuk menambah satu atau lebih port vga yang sedia ada. Setelah berpenat lelah berulang alik ke beberapa kedai, akhirnya apa yang aku inginkan telah berjaya dicapai. Semuanya berjalan lancar setakat ini, walaupun ada sedikit kesilapan pembuatan pada monitor baru ini. Ada masa boleh hantar untuk pembaikan kerana masih ada waranti.
Masa untuk menyiapkan sedikit lagi kerja sebelum beredar ke tempat beristirehat, semoga semua urusan akan berjalan lancar.



ehh sekarang ada si kota bharu ke??eizil ni orang KB ke??wahh menarik nih guna laptop jer buat kerja mcm ni??hehe
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
Bestnya. memang best kalau dpt online depan monitor yang super besar camtu. hahaha
dennis menulis » SEBAB DAN PENGALAMAN BLOGGING
memang doh kan bro…nak tgok pun jelas jer..puas hati..hehe
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
dual external macam ni kalau programming macam bro sesuai la. #geek sikit senang buat kerja..hehehe.. tp kalau 2 3 monitor, setiap satu bukan benda lain2..dush pening tu
syahrilhafiz menulis » (Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
mungkin eizil dah biasa kot..bab pening tu alah bisa tegal biasa dah dalam diri eiziil..tanggapan sy jer…hehe
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
[...] blog. Entri kali ini ditulis khas oleh saudara Eizil. Dah lama aku tak singgah blog beliau. Dengar cerita saudara Eizil dah ada teman baru, bestnya. Dalam entri ini, menceritakan pasal diri kita untuk mengurus blog kita sendiri. Back Up [...]
macam nak buat jugok lah nanti
Shahrul menulis » 10 Entri Terbaik Denaihati
selamat mencuba bro… dah buat nanti jangan lupa kongsi kat blog
betul tu..berkongsi kan indah..bab kata kak ct..
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
Ada perancangan hendak melibatkan diri didalam pelaburan?
akubiomed menulis » Sudah masanya pulang ke sarang
InsyaALLAH bro, kalau ada kesempatan di masa akan datang…
ok ni first time aku nampak 2 monitor sambung pada laptop hohoho nice.. Aku pernag test dulu slim keyboard tapi tak berapa berkenan sebab bunyi klik dia tak sedap hahaha
topo menulis » Gelagat Cimpanzi yang Pandai Memasak
Bab bunyi slim keyboard ni memang tak dapat nak dinafikan, bunyi dia kurang sedap, waktu kat kedai tak berapa perasan sebab bising time tu, sampai rumah baru sedar, tapi sebab dah terbeli… pakai aa dulu sampai dia rosak…