Tahun baru Hijrah 1433 menjemput kedatangannya
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di tahun baru islam ini, 2 tahun yang lepas, selepas isyak hari ini (2 muharam), adalah hari di mana aku dinikahkan bersama isteri tercinta. Terasa seperti baru sahaja melalui pengalaman yang begitu indah itu, dan semalam, aku melamar pasangan yang baru untuk menghiasi kehidupan seharian. Setelah begitu lama hanya hidup bermadu dua, kali ini pihak yang keempat pula mengisi ruangan kehidupan untuk menjadikan kehidupan bermadu tiga.
Malam tadi aku pergi ke KB Mall untuk menjemputnya pulang, setelah membuat perhitungan beberapa hari, pelbagai pihak aku tanya untuk mendapatkan pendapat, akhirnya aku membuat keputusan malam tadi untuk menjadikannya sebahagian daripada hidup aku. Kali ini aku beralih arah, bertukar selera, jika dahulunya hanya 12″, kali ini aku mencuba 14″ pula, model laptop keluaran ASUS yang menggunakan processor intel core i7 2670QM ini menjadi pilihan aku. Walaupun pada asalnya aku ingin melamar produk keluaran apple, tetapi apakan daya, sumber kewangan seperti tidak mengizinkan, ada beberapa perkara lain yang perlu di jadikan keutamaan.
Jika sebelum ini, semasa membeli ruby, aku melabur hampir RM6k untuk pembelian tersebut, kali ini, hanya separuh daripada jumlah ruby tersebut, tetapi yang pastinya, spesifikasi yang jauh lebih baik jika dibandingkan semasa membeli ruby kira-kira 4 tahun yang lalu. Laptop sudah menjadi kemestian dalam kehidupan aku sebagai seorang pengaturcara laman web, tanpa laptop atau komputer, pastinya akan pincang kehidupan sebagai seorang pengaturcara. Kita pendekkan cerita, laptop baru yang masih belum diberi nama ini telah bersedia menabur khidmat kepada aku untuk beberapa tahun yang seterusnya.
Sedikit spesifikasi laptop Asus ini, menggunakan pemprosesan quad core i7 2670QM, 8GB RAM, RADEON HD 6730M 2Gb, 750GB HDD, 14″ display dan usb 3.0. Terdapat banyak barangan percuma yang diberikan oleh penjual kepada aku semasa membeli laptop ini, antaranya adalah seperti dalam gambar di bawah.
Setakat ini aku berpuas hati dengan pembelian kali ini, percubaan melakukan beberapa rutin harian jauh lebih cepat disebabkan tidak perlu menunggu perisian untuk load dengan begitu lama seperti sebelum ini. Pembelian kali ini juga sebenarnya adalah tajaan daripada seseorang, aku bersyukur sejak dua menjak ini banyak tajaan yang diterima, semoga dimurahkan rezeki mereka semua dan dikurniakan keberkatan dan kemudahan dalam kehidupan.
Aku akan menulis lebih banyak ulasan mengenai laptop ini dalam artikel yang akan datang, setelah hampir 4 tahun tidak bertukar laptop, memang aku akui, aku seperti seorang yang tidak pernah berjumpa komputer, segalanya begitu berbeza, bahkan monitor samsung yang aku gunakan ini juga sudah tidak flickering seperti sebelum ini. Hampir 2 tahun aku membuat kerja dengan menggunakan external monitor yang sentiasa terganggu, aku menyangka ada interference daripada peralaratan elektrik jiran aku, rupa-rupanya RUby yang sudah terlalu tua.
Selamat tahun baru hijrah untuk semua, semoga tahun ini memberikan lebih banyak kerahmatan dan kebaikan.


wahh nampak selesa jer dengan notebook baru ni..ram pun dah ok..8gb memang sesuai kot eizil nak buat kerja pengaturcaraan..hehe
Hafizul menulis » Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini Terfikir
wah,bini baru ke ni bro?hehe

Pacifista menulis » Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…
lebih kurang camtu aa bro… hehehe…
dah sama usia dengan laptop fujitsu aku nih..tapi so far..masih lagi ok. jarang rosak dan jarang bagi masalah. skrin pun besar..dan masih panjang lagi rasanya jangka masanya..mungkin takkan beli laptop. kalau nak, mungkin angkat tab. tapi bukan masa terdekat nih..
titan menulis » Komisen ke 9 dari SenangHamil.com
baguslah kalau gitu bro, aku kalau nak buat kerja guna tab, memang terganggu produktiviti…
tahan juga yer laptop fujitsu tu, ramai kawan2 dulu beli laptop fujitsu, selalu ada masalah, lepas 2-3 tahun ramai yang tukar dan beli laptop lain.
emm sekarang dah ada hp tu..fujitsu bagi black main la pulak..hehe..ke guane en titan?
Hafizul menulis » Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini Terfikir
wah beli gadjet juga rupanya

hafidz menulis » Wordless Wednesday – Apple Macbook Pro
laptop lama dah tua sangat… 4 tahun berkhidmat ngan aku… bebaru ni dia dah menunjukkan tanda-tanda nazak, so tu beli baru tu….
owh, bro eizil dok kelate..hehe..murah ke laptop kt kelate?rasa-rasanya barangan teknologi ni kt kelate masih mahal.. salam maal hijrah..

blackrosehunter menulis » Malaysia vs Bahrain Kelayakan Olimpik 2012
owh, bro eizil dok kelate..hehe..murah ke laptop kt kelate?rasa-rasanya barangan teknologi ni kt kelate masih mahal.
blackrosehunter menulis » Malaysia vs Bahrain Kelayakan Olimpik 2012
nak kata murah tu tak aa kot, tapi harga lebih kurang jer ngan harga pasaran di kl…
so masih boleh beli di sini, cuma kena tengok aa kedai mana yang paling berpatutan…
betul tu eizil..bayak harga kalau kb lebih baik dari jerteh..hehe..kat jerteh tak banyak pilihannya…
Hafizul menulis » Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini Terfikir
Kalau ikutkan hajat memang hendak tukar laptop yang digunakan tetapi memandangkan situasi kewangan terkini agak terhad jadi guna apa yang ada. Pada masa akan datang mahukan tablet pc.
akubiomed menulis » Skodeng kapal selam di Pantai Klebang
Kalau masih boleh guna, tak perlu beli baru bro…
ada rezeki nanti insyaAllah lerh beli apa yang bro rancang tu…