Bagaimana untuk mengubah paparan spectacu.la discussion
Assalamualaikum dan selamat petang,
artikel ini adalah untuk menjawab persoalan yang telah diajukan kepada eizil dalam segmen Anda Tanya Eizil Jawab. Soalan diajukan oleh bro Hazmin kita pada bulan disember tahun lepas lagi sebenarnya, tapi aku nak minta maaf sebab baru berkesempatan untuk menulis berkaitan perkara ini. Semoga akan boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin mengubahsuai reka letak dan penampilan plugin spectacu.la discussion ini.
Perkara pertama yang kita perlu buat adalah untuk menukar setting stylesheet untuk blog kita, kita akan diberi pilihan untuk memilih Disabled, Dark Theme, Default Style atau Theme Styling. Disebabkan kita ingin mengubahsuai mengikut citara kita, kita boleh memilih disabled atau Theme Styling.
Sekiranya kita membuat pilihan disabled, kita boleh muatkan styling kedalam css sedia ada theme kita. Namun sekiranya kita memilih untuk menggunakan Theme Styling, kita perlu pastikan kita memasukkan file comments.css ke dalam folder theme kita untuk dibaca oleh plugin ini.
Fail asas comments.css ini boleh kita perolehi dalam folder berikut : wp-content/plugins/spectacula-threaded-comments/style kemudian anda boleh mengubahsuai saiz dan apa jua elemen untuk ruangan komen anda pada file ini. Fail comments.css plugin ini agak banyak rules yang telah ditetapkan, anda boleh menggunakan teknik cuba jaya untuk mendapatkan style yang diingini.
Aku akan kongsikan beberapa file comments.css termasuk yang mempunyai fungsi responsive dalam artikel berlainan.
Berikut adalah beberapa soalan ringkas yang ditanyakan dalam borang Anda tanya eizil jawab
- Harga domain (.com/.net/.org) adalah RM35/setahun jika dibeli dengan Saleiz Webhosting, sila hubungi jika inginkan domain lain-lain.
- Kepada yang memerlukan perkhidmatan hosting, boleh juga dapatkan dari Saleiz Webhosting yang merupakan salah satu cabang perkhidmatan yang disediakan oleh Eizil Network
- Sekiranya web anda telah diceroboh dan memerlukan perkhidmatan pembersihan dan sekuriti, boleh rujuk halaman Perkhidmatan Sekuriti
Sekian dulu untuk soal jawab kali ini, sekiranya ada persoalan, sila gunakan ruangan komen di bawah untuk menyatakan soalan, aku akan cuba untuk menjawab sedaya yang mampu.


