Aug28hb

Senaman: Selulit dan kesihatan pinggul dan peha.

Comment 2 Komen Filed Carcamarba, Kehidupan, Tips and tricks

cellulite

Ramai - yang mempunyai masalah selulit atau di bahagian peha. Eizil.com hari ni akan berkongsi artikel menarik untuk menangani masalah yang dihantui oleh ramai - di luar sana. hehehe… So memula kita cerita apa yang menyebabkan benda ni berlaku?

Kadar hormon yang tinggi

yang mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi daripada kadar hormon biasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat selulit. Selain menyebabkan kandungan kalori yang berlebihan untuk membentuk sel-sel di peha, estrogen juga melemahkan tisu penyambung, ini akan melembuatkan organ untuk membolehkan melahirkan bayi. Tapi malangnya, ia tidak hanya melembuatkan satu bahagian, tetapi keseluruhan tisu di dalam . :D

Pengaliran darah yang lemah

Kebiasaannya kadar kandungan estrogen yang tinggi tidak akan menyebabkan selulit untuk membentuk. Ramai pakar yang percaya, itu mempunyai kadar pengaliran darah yang lemah yang akan menyebabkan selulit ini untuk membentuk.

Cara hidup yang kucar kacir

Ketegangan emosi juga menyebabkan tisu-tisu ini akan lemah.

Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan perkara ini?

Pertamanya, harian akan membantu untuk mengembalikan kadar hormon ke tahap yang normal. Ini bukan sekadar membantu mengelakkan selulit tetapi akan mengelakkan gangguan emosi yang tidak menentu. Selain itu, juga akan menyebabkan pengaliran darah meningkat pada peha dan akan menyebabkan tisu-tisu untuk lebih sehat. Pengaliran darah yang baik juga akan membantu membuang cecair berlebihan.

Sekarang Eizil.com akan berkongsi beberapa yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.

Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)

senaman peha 1

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2

Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)

senaman peha 2

Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3

Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)

Baca Selanjutnya…

Baca juga...
May18hb

Maaf kepada semua….

Comment 2 Komen Filed Carcamarba, Kehidupan

Assalamualaikum,

Kepada semua yang dok komen apa semua kat eizil.com dalam masa sebulan dua ni, aku minta maaf kalau aku tak sempat nak tgk komen² korang, sejak dua menjak ni ada banyak benda nak kena settlekan. So itu yang macam tak sempat nak buka eizil.com untuk tgk apa semua. Harap semua faham aa… kekadang kita ni sibuk ngan - lain.

Alhamdulillah skang ni aku dah start ngan aku nyer final sem. So dok buat thesis jer skang ni. Buat kali pertamanya aku akan create mesin pertama aku seumur hidup… hehehe… banyak keje… tapi okay aa kot… aku akan start aktif balek ngan blogging insyaALLAH… walaupun dah 2 bulan lebih eizil.com sunyi sepi tanpa entri dari aku. So insyaALLAH ianya akan kembali berisi… banyak ² baru yang aku pelajari gak dalam masa aku takder…

Nanti lerh aa kongsi ngan semua… okay laa… aku chalow dulu… jumpa lagi…

Baca juga...
Dec3hb

Exam skali lagi…

Comment 5 Komen Filed Carcamarba, Kehidupan, Universiti

Exam-Busting-Tips

uhuhuu.. Kesengalan rasanya pala otak bila ² nak exam ni. Tambahan plaks skang ni aa melambak² keje nak kena buat… tapi nak wat caner… lerh jer nak tunggu exam week nanti untuk amek paper ni, tapi dah dia offer untuk lerh amek awal plaks kan… itu satu peluang keemasan namanya tu… hehehehe… tapi kesengalan aa jawabnya.

Tak pernah2 aku amek final exam tgh² sem ni… hehehe… biasanya dah penghujung sem baru aku terkial² nak amek exam² ni. isk isk isk… bila laa aku nak abes study ni erk… macam dah bosan² jer nak study dah skang ni… walaupun tinggal beberapa subject jer lagi nak abeskan aku nyer study ni… tapi apasal aa rasa lama sangat sem ni berlalu…. huhuuhuhu…. presentation demi presentation bersilih ganti sebelum ni… ni datang exam plaks… adoi…

okay aa… aku nak sambung study… ;) doakan kejayaan aku… maceh… :D

Baca juga...
Oct13hb

kesihatan: Aidilfitri dan pemakanan.

Comment 4 Komen Filed Carcamarba, Kehidupan, Tips and tricks

ketupat lemang

sering dikaitkan dengan juadah yang pelbagai dari , ketupat, , kuah kacang, kuih-muih, dan pelbagai lagi juadah yang enak-enak belaka. Seringkali selepas kita berpuasa sebulan, pada hari inilah kita akan dihidangkan dengan juadah yang jarang sekali dihidangkan pada hari² yang lain. Pada masa ini jugalah kita akan makan dengan bersungguh-sungguh kerana keenakan juadah tersebut dan juga kerana ianya jarang diperolehi.

Marilah sama-sama kita mengamalkan kesederhanaan yang dituntut dalam islam itu sendiri. Amalan pemakanan yang sederhana ini adalah penting untuk memberikan kita yang lebih sihat. Pada hari-hari perayaan ini, cubalah untuk tidak mengikut nafsu makan kita. 20 minit penantian adalah sesuai untuk perayaan seperti ini. Bagaimanakah “20 minit penantian” ini boleh membantu kita untuk mengawal nafsu kita?

“20 minit penantian” ini adalah tempoh masa penantian untuk hidangan seterusnya. Contohnya kita menikmati hidangan ketupat bersama di dalam pinggan. Selepas itu kita teringin pula untuk mencuba hidangan yang lain dengan alasan jarang diperolehi. Sebelum kita meneruskan dengan hidangan lain. Tunggulah selama 20 minit, kerana kebiasaannya hidangan ketupat bersama tersebut sememangnya telah memberi kekenyangan yang secukupnya kepada kita. Justeru itu selepas 20 minit kita menunggu kebiasaanya kita akan sedar bahawa kita telah kenyang.

Mungkin ada yang akan mengatakan, “rugilah… juadah lain tu bukan selalu boleh makan”, tapi kita perlu ingat bahawa bukanlah sekali itu sahaja kita boleh menjamu selera. Dari pagi hingga ke petang kita mempunyai masa yang mencukupi. Jikalau kita ingin merasa semua juadah, ambilah dalam kuantiti yang sedikit untuk setiap juadah. Supaya kita tidak mengambil makanan secara berlebihan.

Selain itu, kebanyakan juadah di hari ini mengandungi kandungan kolesterol. kanji, dan sebagainya yang sangat tinggi. Seperti yang menggunakan kerisik, santan dan sebagainya. Sehubungan itu kita perlu mengawal pemakanan kita supaya ianya tidak memudaratkan. Perayaan ini memang sekali setahun, namun kita hanya sekali sepanjang hayat.

Semoga hari kali ini akan memberikan sinar baru dalam kita. Selamat hari semua… ;)

Baca juga... halaman seterusnya... »

Carian



RSS Feed


Delivered by FeedBurner


15 Artikel Terkini


Kategori


Arkib


Eizil Support Center

Eizil Support Center Add to Technorati Favorites