Oct15hb

Si Tua yang masih menyengit!!!

Comment komen? Filed Gaya Hidup, Hiburan

starcraft broodwar logo

Hari ni tadi tetiba bebudak rumah aku nak ajak main game LAN, lepas aku main game WORM 4 Mayhem, macam sengal sbb dah jadi 3D, lagi syiok main WORM 2D tu aku rasa… hehehe… So kitorang pun main balek Starcraft Broodwar ni yang dah tua sangat aku rasa untuk sebuah game strategi.

Tapi aku selaku peminat starcraft memang seronok aa main game ni. Walaupun macam dah tua, tapi tak pernah aku terasa tak nak main benda ni. Walaupun dah lebih 5 tahun aku tak main benda ni, sebab takder gang nak main kat sini. Hari tadi game ni terinstall kembali dalam laptop buruk aku ni… hahaha… aku tulis artikel ni, aku baru lepas habis main lawan komputer, sebab bebudak rumah semua dah melelapkan mata. Tengok aa esok, rasanya sure akan bertarung balek aa antara bebudak rumah ni…

Hehehhe… kekadang rasa macam bebudak jer dok sebuk main game lelama ni, tapi dah seronok… nak wat caner kan… :D kepada peminat-peminat starcraft seperti aku ni, lerh aa kongsi2… kot2 nanti lerh buat LAN Parti sesama kan… :D apa salahnya… hehehe… Aku dok tunggu lagi Starcraft II untuk official release. huhuhuhu… Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan.

Baca juga...
Sep30hb

Raya yang malang….

Comment 4 Komen Filed Kehidupan

Hari ni aku tak seindah yang di sangka, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Memang malang tul aaa nasib aku, tatau aa apa jer yang aku salah buat kali ni… rasanya semua okay jer, even puasa pun takder tinggal pun… waaaaa… cam nak nangis aa plaks.

ntah aa… ingatkan dah takder dah apa² masalah sebelum aku balek ni, rupanya ada gak masalah tambahan… isk isk isk… tension aku dibuatnya, laks tu… huhuhuhu… memacam hal… tido dulu aa…

###kemaskini pada 1 oktober 11.50 pagi gmt +1###

Nampaknya selepas membuat panggilan telefon ke pihak yang bertanggungjawab, mentari seperti akan muncul kembali dan memanaskan kembali hari ku… harapnya gitu aa… :) kepada yang membaca benda ni, doa²kan aa semoga semuanya berjalan lancar…. insyaALLAH… :) Selamat hari semua…

Baca juga...
Sep28hb

Resepi: Itik masak merah bermadu

Comment 3 Komen Filed resepi

itik masak merah 1

Hari ni sajer nak kongsi itik masak merah ni… hehehe orang bujang jer pun, ringkas-ringkas nyer , takder komplikated sangat. so lerh aa sesaper nak cuba kan.

Bahan-bahan

  • Itik yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing, aku potong dia bagi lebih kurang satu inci tebal supaya senang digoreng nanti.
  • Bawang merah dan putih diricik (untuk tumisan)
  • Cili giling/boh
  • Madu
  • Kacang pis
  • Sos tomato
  • Halia lebih kurang seinci di ricik
  • Garam/gula/kunyit
  • Minyak
  • Air
  • Bawang dipotong bulat untuk hiasan

Cara-cara

  1. Garam dan kunyitkan itik yang telah dipotong dan dicuci bersih. Kemudian goreng itik sehingga separa garing.
  2. Tumis bawang merah dan putih serta halia yang telah diricik tadi. Kemudian masukkan cili giling/boh dan tumis sehingga garing.
  3. Tambah madu selepas itu, kemudian gaul sehingga warna cili tadi bertukar menjadi merah gelap.
  4. Tambah itik yang telah digoreng tadi, kemudian tambah sos tomato sedikit serta air.
  5. Masak sehingga itik sebati dan kuah menjadi pekat. Masukkan kacang pis selepas itu. Kemudian tambah bawang yang dipotong bulat tadi. Selepas itu boleh di tutup air dan dihidangkan semasa sedang panas.

Okay itu jer aaa… simple jer kan… hehehe… skali skala makan itik best gak sebenarnya… :D goreng itik tu seeloknya guna api kecik, supaya daging dia masak bebetul empuk… baru macam syiok sket nak makan… kat bawah ni ada gambar² hidangan, featuring popia serunding, budak umah aku luqman buat… cian dia, bertungkus lumus selama 4 jam nak menyiapkan, kitorang abeskan tak sampai 15 minit… kekeke

Baca juga...
Sep21hb

Resepi: Samosa daging

Comment 2 Komen Filed Kehidupan, Tips and tricks, resepi

Cara-cara melipat samosa

Hari ni aku sajer nak kongsi Samosa yang ringkas dan mudah untuk dibuat oleh sesaper sajer… hehehe… :D

Bahan-bahan

  • 300gm Daging cincang
  • 3 tangkai daun bawang (diricik)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2-3 biji kentang (bergantung kepada saiz kentang)-dipotong dadu
  • kulit popia bersaiz besar
  • air
  • garam + gula
  • serbuk kari (bancuh dengan air)
  • cili giling/cili boh

Cara-cara membuat

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga cili boh agak garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh
  3. biarkan sebuk kari itu ditumis sehingga agak garing
  4. Masukkan daging cincang
  5. masukkan sedikit air, kemudian masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambah air jika perlu. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan masak sehingga kuah inti itu kering dan daging serta kentang empuk.
  7. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian gaul inti bersama-sama daun bawang yang telah diricik tadi.
  8. Kemudian sediakan kulit popiah seperti video di atas. Penerangan selanjutnya disediakan di dalam video di atas. :)

So pastu siaplah samosa ringkas yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa atau pada bila-bila masa yang kita nak… hehee… :D Kat bawah ni ada rupa samosa yang belum digoreng dan selepas digoreng.

Baca juga... halaman seterusnya... »

Carian



RSS Feed


Delivered by FeedBurner


15 Artikel Terkini


Kategori


Arkib


Eizil Support Center

Eizil Support Center Add to Technorati Favorites