WordPress: Kemaskini ke versi 3.0 “Thelonious”
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Sudah beberapa hari aku tak dapat nak online bebetul, disebabkan banyak berada di atas jalanraya berbanding di rumah atas pelbagai sebab. Pagi ni aku login ke dashboard eizil.com dan nampak versi 3.0 sudah boleh di pasang. WordPress 3.0 atau diberi nama “Thelonious†ini didatangkan dengan theme default yang baru iaitu Twenty Ten. Sedikit petikan daripada blog WordPress mengenai theme Twenty Ten ini.
Major new features in this release include a sexy new default theme called Twenty Ten. Theme developers have new APIs that allow them to easily implement custom backgrounds, headers, shortlinks, menus (no more file editing), post types, and taxonomies. (Twenty Ten theme shows all of that off.)
Selain itu, versi 3.0 juga mempunyai fungsi MU yang telah dijadikan sebahagian daripada fungsi WordPress 3.0 ini. Anda boleh menguruskan 1 laman atau 1000 laman dari satu pemasangan sahaja selepas ini dengan menggunakan WordPress. Tidak perlu lagi menggunakan MU untuk mencapai tujuan tersebut. Fungsi yang memang memudahkan sejak MU lagi.
Ok, cukup itu dulu sedikit pengenalan untuk WordPress 3.0, tiba masa untuk mengemaskini versi wordpress di eizil.com. Tapi sebelum tu, seperti biasa, aku backup dulu database andaikata ada sebarang masalah yang akan dihadapi. WordPress 3.0 ini mempunyai rupa dashboard yang baru, sila rujuk screenshot di bawah.
User masih boleh memilih sama ada untuk menggunakan kumpulan warna kelabu atau biru untuk dashboard wordpress 3.0. Aku lebih selesa dengan warna kelabu ini kerana membuatkan rasa tenang jer waktu nak menaip artikel baru dan sebagainya. Tapi dashboard yang lebih “ringan” ini memang menarik. Semasa aku upgrade ke WordPress 3.0 ini, laman web telah di tukar menjadi Under Maintenance Mode. Perkara ini memudahkan untuk kerja kemaskini, tetapi terdapat sedikit masalah dengan fungsi ini. Apabila aku cuba untuk mengemaskini plugins, dan pemasangan telah gagal, namun fungsi under maintenance masih aktif, sehinggakan WordPress Dashboard pun tidak boleh dibuka. Msg seperti di bawah akan kelihatan.
Untuk mengatasi masalah ini, sila buka lokasi tempat pemasangan WordPress anda, kemudian cari file .maintenance, dan kemudian delete .maintenance tersebut. Penyelesaian yang agak mudah, tetapi fungsi ini mungkin perlu di perkemaskan untuk mengelakkan daripada WordPress terus berada di dalam fungsi selenggara.
Kini proses kemaskini juga boleh dilakukan secara pukal. Anda boleh select plugins atau themes yang anda ingin kemaskini dari satu laman updates yang disediakan. Boleh lihat contoh gambar di bawah.
Laman kemaskini plugins juga telah ditambah dengan fungsi preloader, tidak seperti sebelum ini, di mana page hanya akan menunjukkan halaman kosong sehinggalah selesai atau gagal proses kemaskini. Anda boleh melihatnya di bawah:
Selain itu, fungsi Custom Menus yang telah dipasang di dalam WordPress 3.0 ini memudahkan pengurusan Menus. Anda tidak perlu lagi menggunakan fail tambahan untuk mengawal menus anda. Tetapi anda boleh menggunakan widget atau memastikan theme anda telah mempunyai fungsi untuk membaca fungsi Menus baru ini. Kita lihat contoh di bawah.
Fungsi menambah gambar ke dalam artikel juga sudah diperkemaskan designnya. Warna yang digunakan memberikan kontra yang lebih baik untuk memaparkan panel memuatnaik gambar ke dalam artikel.
Terdapat banyak lagi fungsi menarik di WordPress 3.0 ini, apakata kita tonton video ini untuk mengenali WordPress 3.0.




