Movie: Transformers (2007)
Kali ni aku nak cerita pasal cerita Transformers ni plaks… hehehe.. kepada rakan² sebaya aku atau yang time kecik² selalu layan transformers tu… ni versi movie. Movie ni memula aku tgk download jer… pastu aku tak puas hati. Aku gi tgk wayang gak… kekeke… sakan sungguh. Okay, terus kepada jalan cerita kali ini.
Filem Transformers kali ini mengisahkan bagaimana Megatron telah terdampar di kutub semasa mengejar kiub yang akan membentuk komuniti mereka. Kisah bermula apabila Autobot ( golongan baik dari robot² transformers) dan Decepticons (golongan jahat dari robot² transformers) telah datang ke bumi untuk mencari kiub tersebut. Watak-watak dari Autobot adalah seperti Bumble Bee, Optimus Prime, Jazz, Ironhide dan Ratchet adalah yang boleh kita tonton dalam filem kali ini. Manakala Megatron, Starscream, Blackout, Barricade, Devastator, Frenzy, Bonecrusher dan Scorponok antara watak² yang kita dapat lihat dari Decepticons.
Cucu kepada captain kapal yang pertama kali nya pergi ke kutub dan telah menjumpai Megatron terdampar di dalam ais semasa beliau terjatuh ke dalam sebuah gua ais. Dan pada masa itu, beliau dengan secara tidak sengaja mengaktifkan sistem perhubungan, dan koordinat kedudukan Megatron telah di tulis di atas cermin mata tersebut. Cucunya hendak menjual cermin mata tersebut di ebay dengan alasan ianya adalah bahan bersejarah tanpa mengetahui bahawa ada benda yang lebih penting di sebalik cermin mata itu.
Decepticons telah menyerang pengkalan tentera amerika untuk mendapatkan maklumat mengenai captain kapal tersebut. Serangan ke atas pangkalan tentera ini adalah babak pertama di mana kita dapat melihat Blackout muncul sebagai helikopter yang kemudiannya menyerang pangkalan tersebut. Scorponok juga muncul sebagai kala jengking dalam serangan tersebut.
Selepas babak itu, Autobot dan decepticons meneruskan pencarian cermin mata tersebut untuk mengetahui kedudukan kiub tersebut. Bumble Bee merupakan robot pertama yang telah berjumpa cucu captain tersebut secara terus semasa budak tersebut hendak membeli kereta. Di mana Bumble Bee telah menjadi kereta buruk di tempat penjualan kereta terpakai.
Peperangan antara Autobots dan Decepticons telah bermula selepas itu, di mana masing-masing ingin memiliki kiub tersebut. Babak² menarik dapat kita saksikan dalam proses pencarian kiub tersebut. Saksikanlah… hehehe
————————————————–
Komen: Aku memang sangat berpuas hati laa dengan filem transformers kali ni, banyak babak² yang menarik yang di paparkan di dalam filem kali ini. Aku setakat ni dah menonton filem ni sebanyak 3 kali, dua kali kat PC dan sekali kat wayang. Tapi kepada sesiapa yang nak menikmati filem ni bebetul, lebih baik pergi wayang aa… sebab memang berbaloi aa bagi aku untuk cerita ni… heehhe… aku tatau nak tulis apa… sbb kalau cerita semua nanti macam tak best… so apa lagi… gi aa tonton… kekeke





