Kempen membantah Seksyen 114a
Assalamualaikum dan selamat malam,
mungkin ramai yang telah mengetahui mengenai kempen Internet Blackout ini yang dijalankan untuk membantah seksyen 114a yang akan menyusahkan kita pengguna komputer di tanahair ini. Anda boleh membaca butiran lanjut mengenai seksyen ini dalam artikel berikut Jom! Bantah Seksyen 114A, terdapat pop-up yang telah disediakan untuk anda muatkan dalam laman sesawang anda jika anda ingin menyokong kempen ini, bahan-bahan untuk pop-up kempen ini boleh diperolehi di halaman berikut Get Involved #Stop114A
Demi menyatakan sokongan, pihak Eizil Network telah menyediakan badge yang anda boleh muatkan ke dalam laman sesawang anda jika anda mahukan. Kod di bawah ini hanya perlu di muatkan selepas
kemudian ianya akan terpapar di bahagian atas kanan seperti yang telah aku pasang di blog eizil.com ini.Semoga penyertaan setiap orang yang bergiat dalam alam maya ini akan membolehkan kita menyekat seksyen 114a ini daripada dikuatkuasakan. Kempen ini akan berlangsung dari 00:00 hingga 23:59 14 Ogos 2012.