Resepi Ramadhan

Resepi Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan,

sudah menjadi kebiasaan kita akan bertanya mengenai menu yang kita makan semasa di bulan Ramadhan ini, dari bersahur sehinggalah kita berbuka. Tidak salah rasanya kita berkongsi menu antara satu sama lain, kerana bagi aku, secara tak langsung aku juga mendapat idea untuk apa yang ingin dihidangkan pada hari keesokkannya atau pada masa-masa yang lain. Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan, bak kata orang, Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain begitu juga dalam konteks ini, Rambut sama hitam, tapi selera lain-lain.

Salah satu hobi aku selain mengaturcara aplikasi online adalah memasak, sudah acapkali aku berkata aku merasa puas apabila mereka yang menikmati hidangan yang aku masak begitu berselera menikmatinya. Kadangkala aku cuba untuk mendapatkan resepi seringkas mungkin, dan kadangkala aku membuat resepi yang sangat kompleks ramuannya semata-mata untuk kepuasan bersama. Dalam artikel ini aku ingin berkongsi semua resepi-resepi yang telah aku tulis dalam blog aku ini sepanjang hayatnya, kebanyakan resepi ini sangat mudah dan ringkas untuk dibuat, terutama untuk hidangan berbuka puasa atau bersahur untuk anda. Jom kita lihat senarai resepi yang telah aku tulis selama ini.

Nasi lemak sambal sotong
Nasi Lemak Sambal Sotong

Samosa daging
Samosa daging

Itik masak merah bermadu
Itik masak merah bermadu

Ayam bakar daun pisang
Ayam bakar daun pisang


Terubuk bakar air asam
Terubuk bakar air asam

Mee Kari
Mee Kari

Telur scramble kentang
Scramble egg kentang

Nasi goreng kacang panjang
Nasi goreng kacang panjang

Masakan udang ringkas
Masakan udang ringkas

Roti sardin
Roti Sardin

Pasta bolognesia
Pasta bolognesia

Scone
Scone

Mee sup daging
Mee Sup Daging

Ada 13 resepi yang telah dikongsikan setakat ini, ada banyak lagi resepi yang aku ingin kongsikan, tapi belum ada kesempatan lagi, setiap hari aku sentiasa bereksperimen dengan makanan, kadangkala hasilnya kurang sedap, kadangkala pula diluar jangkaan. Sememangnya memasak ini suatu aktiviti yang menyeronokkan. Disamping aku berkongsi resepi-resepi di atas, aku juga ingin memberitahu mengenai satu lagi aplikasi yang sedang dibangunkan oleh team kureno, aplikasi yang diberi nama What To Eat ini akan memberikan anda kemudahan untuk mengisi keperluan pemakanan seharian. Aplikasi ini pasti akan membantu untuk anda mengisi perut dan seterusnya mengenyangkan :D
What To Eat

Aplikasi ini dijangkakan akan dilepaskan dalam masa terdekat, sementara ini, team kureno mengajak pengguna-pengguna twitter untuk menggunakan hashtag #menuramadhan bersama-sama dengan #berbuka atau #sahur untuk berkongsi menu hidangan masing-masing di twitter. Live tweet mengenai #menuramadhan ini ada disediakan di laman web berikut What To Eat | Menu Ramadhan. Penglibatan semua pengguna twitter di Malaysia amat dihargai, semoga aplikasi ini akan membantu anda di masa akan datang, nantikan kemunculannya ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
13 August 2010 07:00
11 komen

Resepi: Scone

Resepi: Scone

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Waktu aku dan family pergi ke melihat Kehijauan Bumi Malaysia tempoh hari, isteriku membeli scone dari tea house di ladang teh Bharatt. Scone adalah salah satu makanan kegemaran beliau. Disebabkan harga yang terlalu mahal di situ, sekadar membeli set 2 ketul sahaja, itupun dah berharga RM12 satu set. Aku berjanji dengannya, nanti aku buatkan scone ni kat rumah.

Disebabkan kesibukan dengan kerja yang bertimbun, semalam baru aku berkesempatan untuk mencuba membuat scone ini. :D Percubaan kali pertama membuat scone. Aku ambil resepi dari sini. Resepinya adalah seperti berikut:


Bahan-bahan:
2 cups (260 grams) all-purpose flour
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
2 teaspoons (10 grams) baking powder
1/4 teaspoon salt
1/3 cup (76 grams) cold unsalted butter, cut into pieces
1 large egg, lightly beaten
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) whipping cream or milk

Bahan-bahan untuk membuat scone

So setelah selesai menyediakan bahan-bahan, aku pun mula mencampurkan Tepung, Gula, Baking Powder dengan Garam di dalam mangkuk besar. Aku gaulkan supaya rata.

Tepung, gula, garam dan baking powder yang telah digaul

setelah digaul, campurkan butter yang dipotong sehingga menjadi seperti serbuk roti yang kasar (camner jer nak tulis yang ni erk). Seperti gambar di bawah.

Adunan yang telah dicampur dengan butter

Kemudian, dalam bekas yang berasingan, campurkan susu/whipped cream, vanilla dan telur yang dipukul lembut. Aku gunakan susu tapi pastikan anda mengurangkan jumlahnya kerana kalau tidak, adunan anda akan terlalu cair. Masukkan campuran ini kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan itu boleh diuli. Kemudian gelek adunan tersebut mengikut ketebalan yang anda gemari dan gunakan penekap untuk membuat bentuk. Aku tidak ada penggelek, so aku sekadar bulatkan menggunakan tangan (teknik orang tak cukup peralatan).

Adunan yang telah dibentuk, sedia untuk dibakar

Kemudian panaskan dapur anda kepada suhu 190 darjah celcius kemudian masukkan scone yang telah disediakan. :D bakar selama 15-18 minit atau sehingga scone anda cukup masak (bila cucuk ngan lidi, takder kesan tepung yang tertinggal). Sepatutnya sebelum masukkan dalam dapur pembakar, perlu menyapu cream sebagai glaze di atas scone tersebut untuk hasil yang lebih menarik, tapi aku takder berus dan sebagainya, so takder glaze untuk scone kali ni.

Scone yang siap di bakar

Kemudian anda boleh memotong scone ini dan menambah cream bersama jem kegemaran masing-masing untuk menikmati keenakan scone ini. Tidak lupa juga teh sebagai pelengkap hidangan ini. Kalau yang minat kopi tu, still kena minum teh juga, sebab memang itu gabungan yang mantap untuk scone ni. Aku seperti biasa melengkapkan dengan meminum teh hijau kegemaran. :)

Scone bersama creme dan jem strawberi


Scone yang sedia untuk dimakan

So selepas waktu berbuka puasa, isteri aku pun mencuba scone buatan aku ni. Aku pun tanya aa, ada rasa scone ke? Dia mengangguk2 sambil meneruskan kunyahan sconenya. Kemudian selepas itu dia kata “Sedap!”. Tersenyum kepuasan bila dapat menunaikan janji selain dapat melihat keseronokan di raut wajah isteri menikmati scone buatan sendiri.

Modal untuk aku buat scone kali ini tak sampai RM10, tapi dapat membuat 9 ketul scones. Kalau beli kat tea house tu dah dekat RM60 dah tu. Memang berbaloi kalau masak sendiri ni. Kepada yang lain, selamat mencuba ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
07 July 2010 11:26
15 komen