Samsung Galaxy S Advance
Assalamualaikum dan salam hujung minggu,
hujung minggu kunjung tiba sekali lagi, pasti ramai yang menantikan hari-hari sebegini, aku ada tugasan penting yang perlu diselesaikan hari ini, semoga semuanya berjalan lancar. Tempoh hari apabila si hitam manis rosak, aku hantar ke kedai untuk mengetahui kos untuk baiki telefon tersebut, namun selepas sehari, aku mendapat berita yang memang tidak menyenangkan, kos untuk baik pulih si hitam manis mencecah RM500. Walaupun aku memang sayang dengan telefon yang aku perolehi dari program Maxis 10 itu, namun kos baik pulih sudah menyamai harga telefon baru, jadi aku mengambil keputusan untuk melupakan hasrat membaiki telefon tersebut.
Pada mulanya aku rasa seperti ingin mencari telefon BlackBerry lagi, namun atas sebab-sebab berkaitan dengan kerjaya dan projek akan datang, aku mengambil keputusan untuk membeli telefon Android. Aku cuba untuk mencari telefon dalam lingkungan harga RM500, namun kebanyakan telefon yang menggunakan sistem operasi android dalam lingkungan harga ini kebanyakan saiznya agak kecil. Sebelum ini memang aku selesa dengan si hitam manis sebab ada skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY yang memudahkan aku untuk menaip. Apabila perlu bertukar ke telefon skrin sentuh sepenuhnya, aku mencari saiz telefon yang sedikit besar agar tidak terlalu sukar untuk menaip nanti.
Setelah mencari, ada dua pilihan yang menarik perhatian aku, satu HTC One V dan juga Samsung Galaxy S Advance, pilihan pertama iaitu HTC One V menggunakan Android versi Ice Cream Sandwich dan dilengkapi dengan waranti selama 2 tahun (promosi sekarang, jika tidak hanya setahun). Manakala Samsung Galaxy S Advance menggunakan Android Gingerbread dan waranti hanya setahun. Setelah mencuba kedua-dua telefon, secara dasarnya kedua-dua telefon bagi aku memberikan keselesaan kepada pengguna. Namun begitu, aku lebih berminat dengan rekabentuk Samsung Galaxy S Advance dan akhirnya model ini yang menjadi pilihan.
Setakat ini memang aku masih kekok untuk menaip menggunakan skrin sentuh sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya, semua email sudah dapat di baca melalui telefon semula, beberapa hari tanpa telefon pintar membuatkan banyak kerja-kerja tergendala ketika aku keluar. Semoga telefon ini akan berkhidmat untuk jangka masa yang lebih panjang lagi. Berikut adalah sedikit spesifikasi ringkas telefon ini.
Platform
- 850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz GSM & EDGE Band
- 850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz 3G Band
- GPRS supported
- EDGE supported
- HSPA 14.4 / HSUPA 5.76
- Android 2.3 (Gingerbread)
- Android Browser
Regional Availability
- Global GSM – MEA/SEA/SWA/LA/CHN
Physical Specifications
- 120g Weight
- 123.20 x 63.00 x 9.69mm in dimension
CPU
- STE U8500 (Dual ARM cortex A9)
- Dual 1GHz CPU Clock Rate
Design
- Full Touch Form Factor
Display
- 4.0″ WVGA 16M Super AMOLED
- 480 x 800 Resolution
- 4.0 inch



















