Anda ingin belajar WordPress dengan lebih mendalam?

Anda ingin belajar WordPress dengan lebih mendalam?

Assalamualaikum dan salam pagi isnin kepada semua,

apa khabar semua? semoga sihat sejahtera hendaknya, aku alhamdulillah masih mampu menitipkan jari-jemari ini di atas papan kekunci yang sudah semakin usang di mamah usia ini. Kepada yang masih bermalas-malasan untuk bekerja, luangkan sedikit masa untuk menghirup udara segar dan melontarkan pandangan jauh ke permandangan yang menghijau (jika mampu). Kesegaran di pagi hari akan memberikan akan lebih tenaga untuk meneruskan hari-hari anda.

Kali ini aku ingin bertanya, adakah di antara pembaca eizil.com ini yang ingin mempelajari WordPress dengan lebih mendalam? Bila aku sebut mendalam ni, maksudnya kalau tidak pernah menggunakan WordPress, akan diberi peluang untuk belajar menggunakan WordPress, dan kepada yang sudah menggunakan WordPress pula, akan diberi peluang untuk belajar fungsi-fungsi yang lebih mendalam, bukan sekadar belajar bagaimana menggunakan WordPress itu sendiri, tetapi belajar bagaimana untuk membina Theme, membina plugin, membina fungsi-fungsi tambahan dan ubahsuai WordPress untuk di jadikan sesuatu yang di luar fungsi asal WordPress ini.

Semperna bulan Oktober ini, aku ingin membuka peluang kepada sesiapa yang ingin belajar salah satu atau kesemua perkara yang aku nyatakan di atas untuk belajar terus dengan aku. Jika ada yang masih belum mengenali siapa Eizil, bolehlah pergi ke ruangan Kenali Eizil untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang aku. Peluang untuk belajar ini aku hadkan kepada 10 orang, disebabkan dikhuatiri aku tidak mempunyai masa yang cukup jika terlalu ramai peserta yang terlibat. Namun begitu, terdapat yuran yang akan dikenakan, ini untuk memastikan mereka yang menyertai program ini, adalah mereka yang betul-betul ingin belajar, dan bukan sekadar menyertai untuk melepaskan batuk di tangga.

Jika anda telah belajar sehingga kepada pembuatan theme, plugin dan fungsi-fungsi tambahan, kemungkinan besar anda akan menerima projek-projek pembinaan laman web dari aku di kemudian hari. Yuran yang dikenakan ini adalah pelaburan anda untuk menjana pendapatan pada masa akan datang, selain memudahkan untuk anda menambahbaik blog atau laman web yang telah anda bina. Kepada yang berminat, bolehlah menghantar permohonan ke email aku eizil[at]eizil.com atau menggunakan borang yang disediakan di ruangan Hubungi saya. Sila nyatakan kemahiran yang telah anda miliki untuk membolehkan aku mengenalpasti tahap pengetahuan yang anda miliki, kerana setiap individu mempunyai tahap kemahiran yang berbeza-beza.


Semoga harini segala urusan akan dipermudahkan insyaALLAH.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
04 October 2010 09:03
43 komen