Plugin Waktu Solat versi 2.0

Plugin Waktu Solat versi 2.0

Assalamualaikum dan selamat petang semua,


harini ramai yang sudah menamatkan cuti sekolah, sudah berakhir episod berehat di rumah, kembali menjalani kehidupan bersekolah seperti biasa. Apapun, semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. Pada 1hb Januari tempoh hari, plugin Waktu Solat Countdown versi 2.0 telah dilancarkan, plugin kali ini telah dikemaskini untuk membolehkan semua blogger di mana jua anda berada boleh menggunakan plugin tersebut. Versi 1.x tempoh hari terhad kepada waktu solat sekitar Malaysia semata-mata.

Plugin kali ini juga dipersiapkan dengan fungsi pelbagai bahasa, buat masa ini, dua bahasa yang disertakan untuk permulaan, lebih banyak bahasa akan dimasukkan dari masa ke semasa. Jika anda ingin menyumbang kemahiran atau pengetahuan bahasa anda kepada plugin ini, amatlah dialu-alukan. Versi kali ini juga menggunakan cara countdown yang baru, ini untuk memberikan rupa counter yang lebih menarik kepada pengguna, ianya juga lebih mudah untuk diubahsuai oleh para pengguna yang ingin mengubahsuai. Fungsi zon masa yang berbeza juga diterapkan untuk membolehkan pengguna memilih zon masa yang bersesuaian dengan tempat tinggal mereka.

Plugin ini akan terus dibangunkan, pasti ada kekurangan dalam versi yang baru dilepaskan ini. Jika anda mempunyai sebarang cadangan ataupun ingin melaporkan sebarang ralat yang ditemui dalam plugin ini, bolehlah memberitahu aku untuk tindakan susulan. Sepertimana versi sebelum ini, plugin ini juga disediakan untuk pengguna blogspot, anda boleh mengemaskini kod versi 1.x kepada kod versi 2.0 dengan pergi ke halaman Waktu Solat Generator.

Sekiranya anda pertama kali membaca mengenai plugin Waktu Solat Countdown ini, sila ke halaman Projek Waktu Solat untuk membaca penerangan lebih lanjut. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi maklum balas sebelum ini, tanpa anda, projek ini pasti tidak akan berkembang seperti sekarang.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
03 January 2012 14:34
6 komen

Projek Waktu Solat

Projek Waktu Solat

Assalamualaikum dan selamat petang,


bagaimana petang anda hari ini? Masih melayan blues orang kita? Aku sejak dua menjak ni tiada masa nak berblues, terlalu banyak yang perlu diselesaikan, semuanya demi memastikan tahun ini tidak berakhir dengan hambar, suku terakhir tahun ini ingin digunakan untuk menampung kekurangan atau kelemahan sepanjang tiga suku pertama tahun ini. Dalam artikel jQuery countdown tempoh hari, aku ada berkongsi mengenai bagaimana meletakkan countdown counter menggunakan jQuery, dan harini ingin berkongsi projek Waktu Solat yang menggunakan jQuery countdown tersebut sebagai salah satu komponen dalam plugin itu.

Projek Waktu Solat

Projek Waktu Solat ini adalah hasil usahasama dengan Denaihati Network. Versi pertama ini dilepaskan dengan waktu solat untuk kawasan-kawasan di Malaysia, walau yang demikian, pembangunan plugin ini akan diteruskan untuk menampung waktu solat seluruh dunia. Jika anda mengetahui sumber atau cara untuk membuat kiraan waktu solat seluruh dunia, di harap bolehlah kongsikan sumber tersebut dengan aku Cara kiraan waktu solat.

Projek waktu solat ini mempunyai dua versi, untuk penggunakan WordPress (self hosted) dan juga pengguna blogger/blogspot. Jika anda pengguna WordPress, plugin boleh dipasang terus dari WP Dashboard dengan membuat carian Waktu Solat atau muat turun dari halaman Waktu Solat Countdown. Sekiranya anda pengguna blogger/blogspot, sila ke halaman Projek Waktu Solat untuk membaca cara-cara untuk memasang plugin ini. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan, semoga dengan plugin ini, aktiviti kita di atas talian akan lebih sempurna dan tiada lagi alasan terlupa atau terleka dengan aktiviti atas talian sehingga mengabaikan tuntutan Ilahi.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
24 October 2011 16:46
36 komen