Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Ada org bagi kat aku.. :D aku lahir bulan rejad… :D kekeke… kepada sesiapa yang tatau camner nak kira.. lerh gi kat IslamicFinder untuk check… :D

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 December 2007 17:35
58 komen

wordpress: WordPress 2.3.1

wordpress: WordPress 2.3.1

:D dah lama rasanya aku tak update aku nyer wordpress ni, huhuhu, takder masa nak upgrade sebelum ni… masih dok pakai versi zaman tok kadok lagi… isk isk isk…. dok jejalan jap tadi, ternampak laks wordpress 2.3.1 pun baru jer release…. so kepada yang lum dapatkan tu… sila aa dapatkan kat sini… hehehe…

antara petikan daripada blog wordpress…

WordPress 2.3.1 is now available. 2.3.1 is a bug-fix and security release for the 2.3 series.


2.3.1 fixes over twenty bugs. Some of the notable fixes are:

  • Tagging support for Windows Live Writer
  • Fixes for a login bug that affected those with a Blog Address different than their WordPress Address
  • Faster taxonomy database queries, especially tag intersection queries
  • Link importer fixes

Unfortunately, some security issues were found in 2.3. Janek Vind found an XSS problem that can be exploited if your php setup has register_globals enabled. For this reason, upgrading to 2.3.1 is advised.

so versi kali ni tak lebih daripada versi update untuk sekuriti dan pembetulan bagi bugs² sebelum ni…. selamat mengupdate semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
26 October 2007 23:36
2 komen

PHP-Nuke Malaysia Versi Web Standard

PHP-Nuke Malaysia Versi Web Standard

phpnuke-mws


Shout out kepada semua designer² atau programmer Malaysia yang berminat untuk menyertai Projek kemaskini PHP-Nuke untuk menjadikan PHP-Nuke ni lebih tersusun aturan theme dan coding dia… Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menyertai perbincangan tersebut di “Projek PHP-NUKE Malaysia codename MWS

Projek ini adalah untuk menjadikan PHP-Nuke antara cms yang menepati piawaian web standard. Antara benda yang akan di lakukan adalah seperti kemaskini struktur theme PHP-Nuke, kemaskini susun atur di module, kemaskini code² yang dirasakan perlu, dan beberapa perkara lagi yang masih di dalam perbincangan. PHP-Nuke MWS ini akan dijadikan versi keluaran pertama dari Malaysia yang akan meliputi penggunaan bahasa Malaysia juga di dalam pengurusannya selain bahasa² lain yang memang sudah terdapat di dalamnya.

Sekali lagi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Projek ini, sila ke Projek PHP-NUKE Malaysia codename MWS untuk menyertai perbincangan yang sedang berjalan. Harap maklum…. Jom semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
23 June 2007 07:47
0 komen

WordPress: Version 2.2.1

WordPress: Version 2.2.1

Wordpress

So sebentar tadi wordpress sekali lagi mengumumkan versi terbaru iaitu versi 2.2.1 yang merangkumi beberapa pembetulan “bugs” yang wujud di dalam keluaran sebelum ini. Namun keluaran ini bukanlah semata-mata mengenai pembetulan beberapa bugs, namun terdapat isu keselamatan yang dibaiki. So kepada sesiapa yang menggunakan versi sebelum ni, sila laa update ke versi baru ni yer…

“bugs” yang telah dibaiki.

  • Atom feed validation fixes
  • XML-RPC fixes
  • Widget backward compatibility fixes
  • Widget layout fixes for IE7
  • Page and Text Widget improvements

Isu keselamatan yang dibaiki:

so kepada yang belum update tu… sila laa update yer… untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku… huhuhu…. Versi ni boleh di download di sini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
21 June 2007 08:33
0 komen

PHPNuke Malaysia…

PHPNuke Malaysia…

logo-phpnuke-mesia

Dah lama aku join komuniti PHPNuke Malaysia ni, sejak aku mula berjinak-jinak ngan bidang pembinaan website ni. Komuniti yang telah memberi aku pengalaman untuk membina sebuah laman web, bermula dengan awekonline.net yang aku dah tutup dah pun sebab takder masa nak uruskan dah skang ni. Aku berkembang dengan beberapa lagi laman web lain yang aku malas nak senaraikan semua, antaranya eizil.com ini sendiri.

Komuniti PHP-Nuke ini adalah hasil usaha dan pembangunan saudara neotech kita yang telah membina laman web tersebut untuk komuniti phpnuke di malaysia. sejak Mei 2004 aku join kat sana, skang ni dah 2007, lama gak aa rupanya aku dah join komuniti ni, antara komuniti yang paling lama aku join selepas komuniti bincang.net

So kepada sesaper yang nak belajar pasal PHP-Nuke khususnya dan belajar pasal pembinaan laman web secara umumnya, jomlaa kita gi ke laman web PHP-Nuke Malaysia ni erk… yok yok…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 June 2007 21:22
0 komen

Overclock Pentium 4 3.2Ghz HT-Part 2

Overclock Pentium 4 3.2Ghz HT-Part 2

So kembali kita sekali lagi dengan kegiatan overclock aku kali ni. So semalam aku memulakan kegiatan nak overclock aku nyer Pentium 4 ni… so sebabkan aku nyer computer ni dari Fujitsu Siemens, so dorang dah disable option untuk CPU frequency kat dalam BIOS… ni memang perkara biasa aa sebenarnya untuk manufacturer gini… dorang tak mao pelanggan claim warranty sbb overclocked… tapi PC aku ni dah lebih 3 tahun dah… dah lama dah warranty abes… hehehe… tapi aku dah hampir² putus harapan laa gak sebenarnya… tapi semuanya bukan berakhir kat situ jer… hehehe…

so aku pun dok surf² sana sini dengan pakcik google sebagai peneman… so aku jumpa aa satu benda ni… nama dia ClockGen… so sebelum apa² hal… kat bawah ni aku kongsi sket pasal aku nyer system…

< Processor >
Model: Intel(R) Pentium(R) 4 CPU 3.20GHz
Speed: 3.22GHz
Performance Rating: PR4277 (estimated)
SMT Support: 2 Unit(s)
Type: Standard
L2 On-board Cache: 512kB ECC Synchronous, ATC, 8-way set, 64
byte line size, 2 lines per sector

< Mainboard >
Bus(es): AGP PCI IMB USB FireWire/1394 i2c/SMBus
MP Support: 1 CPU(s)
MP APIC: Yes
System BIOS: Award Software International, Inc. F5
System: Fujitsu Siemens GA-8SGXP
Mainboard: Gigabyte Technology Co., Ltd. GA-8SGXP
Total Memory: 1GB DDR-SDRAM

< Chipset 1 >
Model: Silicon Integrated Systems (SiS) SiS648 CPU
to PCI Bridge
Front Side Bus Speed: 4x 201MHz (804MHz data rate)
Total Memory: 1GB DDR-SDRAM
Memory Bus Speed: 2x 167MHz (334MHz data rate)

< Video System >
Monitor/Panel: Plug und Play-Monitor
Adapter: RADEON 9600 SERIES
Adapter: RADEON 9600 SERIES – Secondary

< Physical Storage Devices >
Hard Disk: SAMSUNG SP2514N (233GB)
Hard Disk: ST3200021A (186GB)

so… aku guna ClockGen tu dengan ICS 952607 walaupun dalam dorang nyer list… tulis benda lain… tapi takder dalam IC list dalam aku nyer ClockGen… so kat bawah ni aku kongsi result CPU-Z aku sebelum overclock dan selepas Overclock…

Percubaan pertama aku try up sampai 3.66Ghz… tapi system aku crash… tatau apsal… tak stabil rasanya… so lepas tu… aku try ngan 3.33Ghz dan 3.4Ghz…. so kat bawah ni adalah result untuk 3.4Ghz… lepas aku aku drop balek ke speed asal sebab aku tak beli lagi cooler untuk aku nyer CPU… so itu aa buat masa ni…

cpuz201.JPG
cpuz202.JPG

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
01 June 2007 06:41
1 komen

website: Hide download location

website: Hide download location

So arini aku nak kongsi satu fail yang aku dah lama guna untuk sorok download location supaya lerh elakkan daripada orang tahu lokasi sebenar fail tu. Mungkin fail ni ada bug yang aku tatau sampai sekarang. Tapi buat masa ni, yang aku tau dan sedia maklum, memang download location tu tersorok aa… hehehe… so sesiapa nak guna file ni lerh aa guna… lerh download fail ni kat bawah ni… tekan jer button download kat bawah ni yer…

Macam mana nak guna fail ni? okay… kat bawah ni cara-cara nak guna fail ni, untuk step by step english, dan ada dalam file ni aku tulis… ini aku tulis extra untuk dalam bahasa melayu laks… hehehe…

  1. Tukar Config Section untuk menepati aturan hosting anda
  2. Lepas tu upload file download.php ni ke root hosting anda
  3. Pastu tambah satu lagi directory kat dalam root contohnya /home/user/public_html/download
  4. then upload file yang kita nak suruh orang lain download tu ke dalam folder download tu… contoh file download.rar
  5. pastu kita lerh guna url http://www.yourdomain.com/download.php?file=namafail untuk download benda alah tu… untuk contoh ni url dia akan jadi http://www.yourdomain.com/download.php?file=download.rar
  6. Lepas siap… lerh aa letak link tu kat dalam email ke, website ke atau memaner aa yang kita nak guna…

ini adalah keluaran pertama fail ini untuk umum, walaupun dalam fail yang aku guna aku dah tambah banyak lagi fungsi, tapi untuk release kat public ni… aku baru letak function paling basic dulu…

nanti yang byk² function tu… aku bagi kat keluaran seterusnya… hehehe… selamat hujung minggu semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
12 May 2007 12:09
5 komen

Tagged: Domain dan hosting

Tagged: Domain dan hosting

Hari aku buka jap tadi blog, then tengok aku kena tag ngan cypherhackz plaks…pasal domain dan hosting. So takper… tgh aku rerajen ni, lerh aa aku cerita sedikit sebanyak… hehehe…

So aku bermula berjinak² dengan bidang buat web ni, bulan mei 2004, tu first time aku start buat website aku sendiri. Dengan bantuan Jeddy, aku mulakan bidang pembinaan website menggunakan phpnuke. time tu memang aku tatau apa² pasal database or php dan bebenda sewaktu dengannya. Awal² lagi aku dah guna paid hosting, time tu sewa ngan matnet. Bayar RM10 kot sebulan, lebih kurang tu aa… then lepas 4 hari aku try pasang phpnuke kat hosting aku, aku beli domain pertama aku. www.awekonline.net huhuhu…

Nama awekonline tu datang sebab banyak cerita disebaliknya. Aku malas nak cerita lebih lanjut. Cukup aa tu sekadar dapat tau domain awekonline.net tu. So kiranya Mei 2004 gak aku beli domain pertama aku dalam seumur hidup. hehehe… so lepas tu aku dok sakan join phpnuke mesia. banyak aa belajar kat situ, then aku berjinak² dengan blog gak. time tu guna blogdrive nyer service. blog pertama aku… guna slumbermann.blogdrive.com ehehhe… lama dah aku tinggal blog ni. Kemudian…

(more…)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
09 April 2007 19:18
9 komen

Speedtest Dot Net

Speedtest Dot Net

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Benda yang biasa kita ceritakan seharian, kelajuan internet kita saban hari… memacam kita buat, pasang tu pasang ni, tapi still gak tatau kelajuan sebenar. So speedtest ni adalah antara site untuk test speed paling luas aa dia nyer test server dia. Dia ada banyak server untuk kita test internet connection kita.

Biasanya website yang bagi kita untuk test speed, akan mempunyai satu ada dua server utama sahaja. So kalau server kat USA, tapi kita dok kat malaysia, keputusan speed test kita tu dah tak berapa tepat aa… sebab jauh sangat. Tapi kat speedtest ni kita lerh pilih server berdekatan dengan tempat kita duduk. Dan dorang pun ada bagi cadangan server yang paling sesuai untuk kita pilih untuk test speed internet connection kita.

So selamat aa mencuba… sila click gambar kat bawah ni… ;)

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
08 April 2007 08:47
2 komen