Tune card from tunemoney.com

Tune card from tunemoney.com

tune-card
Harini tadi mak aku tolong gi ambilkan surat tune card aku kat pejabat pos, sebab dia nak kuar tadi, so aku pun laa tolong jap… ehhehe aku apply tune card ni 2 minggu yang lepas, surat dah lama sampai, tapi aku tak sempat nak gi pejabat pos disebabkan masalah kenderaan dan kedudukan pejabat pos yang agak jauh dari rumah aku.

Apabila dah terima tune card ni, aku kena activatekan dia di tunemoney.com. Process dia sekejap jer, sekadar nak masukkan nombor card dan expiry date. Kalau ada sesiapa yang tak tahu apa benda alah tune card ni, ia adalah debit card yang boleh digunakan sebagai visa card. Aku baru sumbat card ni ke aku nyer paypal yang aku terpaksa buat baru gak disebabkan bertukar alamat ke Malaysia, sama kes ngan google adsense aku sebelum ini. Tapi apakan daya, nasib badan.

Setakat ni paypal dah deduct duit dari tune card aku, tapi aku tgk dalam transactions history masih belum kuar lagi, untuk activekan akaun paypal aku yang baru tu. hehehe… Process permohonan tune card ni pun mudah, semuanya aku lakukan secara online jer, sampai aku dah dapat card, semua urusan aku lakukan online jer. Permohonan sehingga mendapat card lebih kurang seminggu. Kad debit ini boleh dipungut di pejabat pos berdekatan (kita boleh pilih waktu kita buat permohonan kad tu). Deposit sebanyak RM50 perlu dibuat sewaktu pendaftaran, itupun lerh dilakukan secara online menggunakan m2u ke cimbclicks ke atau beberapa bank lagi yang disenaraikan dalam option pembayaran tersebut. Yuran tahunan sebanyak RM9.99 dikenakan untuk penggunaan Tune card ini.

Segalanya memang mudah bagi aku, sebab boleh dibuat secara online. Aku cuba untuk tambah duit ke dalam debit card aku ni tadi, pun boleh dilakukan secara online gak, tak perlu nak isikan no akaun ke apa ke, semuanya telah disediakan dalam wizard lengkap yang hanya memerlukan kita untuk login ke m2u contohnya, dan memasukkan TAC number ke dalam borang transaksi. Aku harap aku lerh topup paypal aku menggunakan tune card ni, senang sket nanti, tak pun lagi best kalau lerh beli kat online2 site yang lain… wahahaha…


Kalau sesiapa berminat untuk memiliki debit card yang mudah dan murah ini, bolehlah memohon tune card tersebut di tunemoney.com.

Selingan:
4459231_db8f086844 Ubat nyamuk yang macam kipas ni rupanya berkesan gak untuk bilik aku yang kecik ni. hehehe… tak perlu lagi menggunakan ubat nyamuk yang berasap2 tu… hidup tenang tanpa nyamuk. Kepada yang sentiasa berperang dengan nyamuk macam wanie, bolehlah mencuba ubat nyamuk yang ni plaks… heheheh

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
04 July 2009 02:18
0 komen

Resepi: Nasi goreng kacang panjang.

Resepi: Nasi goreng kacang panjang.

Beberapa hari yang lepas, mak aku tersilap beli taucu. Brand tu dia tak pernah beli, tapi sebab dia teringin nak makan masak taucu aritu, dia pun beli aaa. Pastu masak macam biasa, tapi taucu tu rasa dia sangat tak sedap. Cian mak aku, sampai terbantut terus nak makan. Aku tak sampai hati tgk mak aku tak makan disebabkan salah produk yang di beli. Aku pun tanya, mak nak makan apa jer? nasi goreng okeh tak? dia okay jer… hehehe… So aku pun bersiap2 aaa kat dapur gi buat nasi goreng.


Bahan-bahan:

  • Bawang merah dan bawang putih dimayang halus
  • Udang
  • Kacang panjang dipotong serong
  • Fishball di potong dua dan fishcake di hiris
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Minyak, sos tiram dan garam secukupnya

Cara-cara:

  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumis bawang putih dan bawang merah
  • Bila dah naik bau, masukkan sedikit sos tiram, dan kemudian masukkan kacang panjang
  • selepas seketika masukkan udang dan digoreng sehingga udang itu agak masak
  • masukkan fishcake dan fishball ke dalam kuali
  • goreng lagi sehingga semuanya agak garing
  • tambah kacang panjang ke dalam kuali, dah goreng untuk seketika
  • tambah garam secukup rasa kemudian masukkan nasi yang telah dihancurkan(jika berketul)
  • Kemudian hidangkan nasi goreng bersama2 bawang goreng

Begitulah serba ringkas mengenai nasi goreng yang aku buat kali ni, walaupun dah beberapa hari aku buat, tak sempat nak tulis kat sini. hehehe… selamat mencuba kepada sesiapa yang membaca. :D kat bawah ni seperti biasa aku letak gambar berkaitan dengan resepi kali ni.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
15 June 2009 01:51
7 komen

Resepi: Telur scramble kentang

Resepi: Telur scramble kentang

Haritu aku ada letak dah gmbr telur scramble ni dalam artikel resepi ayam bakar daun pisang aritu. Harini aku nak kongsi resepi simple ni kepada orang-orang bujang atau yang tak berapa bujang kat luar sana. hehehe

Bahan-bahan:


  • telur
  • garam
  • sehelai daun limau purut(diricik halus)
  • kentang (dipotong dadu)
  • sedikit lada kisar
  • bawang merah dan putih di mayang halus

Cara-cara:

  • Pukul/kacau telur dengan menggunakan garfu atau pengacau yang lain
  • Masukkan sedikit garam
  • Kemudian goreng telur tersebut menjadi scramble egg
  • Keluarkan dari kuali, kemudian tumis bawang yg telah dimayang tadi
  • kemudian masukkan sedikit lada, daun limau purut, dan kentang yang di potong dadu tadi
  • biarkan kentang itu empuk, masukkan sedikit garam jika perlu, dan akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi
  • hidangan ini boleh di makan begitu sahaja atau dengan roti atau nasi

Selamat mencuba… ini resepi orang bujang jer, aku sajer jer buat dia lain sket, untuk mencuba… hasil dia tidak mengecewakan… hehehe…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
05 June 2009 11:57
1 komen

Resepi: Terubuk bakar bersama air asam.

Resepi: Terubuk bakar bersama air asam.

Hari ni teringin nak makan ikan bakar pulak, sebenarnya dari aritu lagi. Tapi harini mak aku beli ikan terubuk plaks pagi tadi… perghh… memang okay sangat aa tu kan… untuk dibakar… so aku baru jer lepas menikmati ikan terubuk bakar bersama air asam tadi… hehehe… ni aku nak kongsi resepi dia plaks… resepi orang bujang jer… lalalala….

Bahan-bahan:

  • untuk ikan bakar
    • cili kering, bawang, air (dikisar untuk dijadikan cili kisar)
    • serbuk kunyit
    • garam
  • untuk air asam
    • cili besar 3 biji
    • cili api 5 biji
    • bawang merah 2 biji
    • belacan
    • limau nipis
    • garam
    • gula
    • kicap

cara-cara:

  • untuk ikan bakar
    • gaul bahan yang telah dikisar bersama-sama garam dan kunyit ke atas ikan
    • seeloknya belah di tengah2 tulang belakang ikan untuk disumbat sambal yang dikisar tadi
    • balut dengan daun pisang
    • kemudian bakar di atas dapur dengan api yg kecil
  • untuk air asam
    • patahkan cili besar dan cili api
    • bakar belacan menggunakan api dapur
    • masukkan cili api, cili besar, belacan, bawang merah ke dalam lesung batu
    • tumbuk sehingga hancur/lumat (walaupun saya suka meninggalkan cili tersebut sedikit kasar)
    • setelah lumat, masukkan garam dan gula secukup rasa
    • tambahkan sedikit kicap dan perahan air limau nipis
    • gaul sehingga rata, air asam sedia untuk di makan

setelah ikan masak… bolehlah di makan dengan nasi panas atau ratah ikan itu begitu sahaja dengan air asam. Memang membuka selera di waktu tengahari… hehehe… kat bawah ni ada beberapa gambar ikan terubuk bakar dan air asam. selamat mencuba!.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 May 2009 05:26
8 komen

Game: Pro Evolution Soccer 2009

Game: Pro Evolution Soccer 2009

Hari ni tadi aku berpeluang untuk mencuba Pro Evolution Soccer 2009 yang diwar-warkan akan dilancarkan pada 17 Oktober 2008 di Eropah, ataupun esok hari. Berbanding Pro Evolution Soccer(PES) 2008, PES 2009 lebih perlahan rentak permainan dan pergerakan, di samping grafiknya yang sangat lawa. Larian pemain lebih realistik, kelajuan larian tidak seperti PES 2008 dan tandungan dan tendangan memerlukan kawalan yang lebih jitu.

Interface PES 2009 juga telah dikemaskinikan. Lagu latar belakang, menu dan style persembahan team juga amat berbeza dan lebih menarik jika dibandingkan dengan PES 2008 atau PES versi yang sebelumnya. PES 2009 sememangnya menampilkan grafik yang lebih menawan dan disebabkan itu, computer yang menawan juga diperlukan.

Aku bernasib baik sebab rakan serumah aku ni, abg dol kita, mempunyai computer yang power… hehehe… So dapat aa merasa main game ni tanpa sebarang masalah. Walaupun di”lauk”kan oleh abg dol kita… kekeke… tapi sesaper peminat PES, lerh aa cuba… lerh gak tgk trailer PES yang aku letak kat awal entri ni tadi… Selamat bermain game semua… hehehe…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
16 October 2008 03:29
2 komen

Private Profile di Friendster?

Private Profile di Friendster?

friendster-logo

Hari ni aku sajer jejalan di Friendster.com. Rasanya tak perlulah nak terangkan apa benda friendster ni kan, macam semua orang malaysia yang online tau jer benda ni. Tapi kalau yang tatau, lerh aa gi tgk, ni laman web kenalan internet yang telah wujud sejak 2002 lagi. Aku dah lama gak tak login ke friendster aku. Dan hari ni pun aku tak login gak aaa sebenarnya, sekadar jejalan kat friendster jer.

Dalam aku dok godek-godek friendster tu, ramai gak aaa aku terjumpa profile-profile yang limited untuk kekawan jer kan. So takper aaa, nak wat caner, dah dia nak jadikan private profile, takkan nak larang laks kan. Tapi aku dok jejalan lagi, pastu aku dok try serba sedikit code asas, dan beberapa function kat friendster ni. Aku terdiscover benda cam best… :D apa benda jer laa tu kan. Sebabkan aku takmao susahkan orang lain, tak perlu aa rasanya aku nak kongsi apa yang aku terdiscover tu. Tapi yang pasti ini ada beberapa peringatan yang aku nak pesan aa kepada mereka-mereka yang menggunakan friendster.

Sebab kalau aku lerh kenal pasti function yang lerh dikatakan vulnerable ni kat friendster, sure nanti ada gak orang lain yang akan jumpa gak pasal benda ni. So kat bawah ni pesanan dari eizil.com

Perkara perlu dielakkan semasa di friendster

  • Jangan letak gambar-gambar yang boleh menyusahkan diri sendiri pada kemudian hari.
    • sebab laman friendster ini, sehingga saat aku sedang menulis artikel ini untuk tatapan pembaca eizil.com, masih mempunyai lubang-lubang yang menyebabkan orang lain boleh memperolehi gambar anda.
  • Sentiasa pastikan anda moderate rakan anda jika anda ingin memastikan private profile anda terlindung.
    • sebab jika tidak, last name di dalam friendster boleh diperolehi dengan mudah jika kena caranya. :) walaupun kita dah hidden dalam main profile.
  • Sentiasa berhati-hati dengan gambar yang diletakkan di private album.
    • sebab terdapat sesetengah album yang masih boleh ditembusi di dalam friendster. Jika terdapat gambar-gambar panas atau separa panas yang terdapat di dalam itu, kebarangkalian ianya jatuh ke pihak yang tidak sepatutnya masih tinggi.

Ini antara nasihat aku dengan penemuan aku siang tadi, walaupun mungkin #3 tu hampir mustahil untuk dijumpai, namun berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan di sana… :) Walaupun friendster sering melakukan security patch di merata tempat, namun masih terdapat lubang-lubang yang boleh digunapakai untuk menembusi sistemnya.

Mungkin ramai yang akan bertanya, aku akan kongsi selepas friendster dah patch sistem diorang untuk mengelakkan perkara ini disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
13 October 2008 23:15
13 komen

Raya yang malang….

Raya yang malang….

Hari ni raya aku tak seindah yang di sangka, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Memang malang tul aaa nasib aku, tatau aa apa jer yang aku salah buat kali ni… rasanya semua okay jer, even puasa pun takder tinggal pun… waaaaa… cam nak nangis aa plaks.

ntah aa… ingatkan dah takder dah apa² masalah sebelum aku balek ni, rupanya ada gak masalah tambahan… isk isk isk… tension aku dibuatnya, time raya laks tu… huhuhuhu… memacam hal… tido dulu aa…

###kemaskini pada 1 oktober 11.50 pagi gmt +1###

Nampaknya selepas membuat panggilan telefon ke pihak yang bertanggungjawab, mentari seperti akan muncul kembali dan memanaskan kembali hari ku… harapnya gitu aa… :) kepada yang membaca benda ni, doa²kan aa semoga semuanya berjalan lancar…. insyaALLAH… :) Selamat hari raya semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
30 September 2008 18:38
4 komen

1600km Journey pt 1 – Zurich

1600km Journey pt 1 – Zurich

zurich map

Bermula 23 disember 2007 aritu aku bercuti selama dua minggu. So dalam masa dua minggu ni, aku dok gi jejalan ke beberapa tempat. Secara kasarnya, percutian aku kali ni melibatkan perjalanan sejauh 1600km yang meliputi tiga negara. Destinasi pertama aku adalah Zürich di Switzerland. Perjalanan dari lapangan terbang Karlsruhe-Baden mengambil masa kira-kira 4jam sebelum sampai ke pusat bandar Zürich. Cuaca sepanjang berada di Zürich adalah sangat tak best. Sepanjang 3 hari di sana, cuaca di Zürich sentiasa berkabus dengan suhu yang sangat sejuk.

Aku yang kebetulan tak bawa jaket tebal time tu, menggeletar gak aa time tu. Sampai akhirnya gi kedai beli sweater tambahan untuk lepak kat sana. Sepanjang di Zürich tidak banyak yang kitorang buat. Kitorang mendaki bukit Uetliberg. Walaupun lebih tepat mendaki bukit tersebut dalam keretapi condong… kekeke… bukan mendaki bebetul pun. Tapi dari Uetliberg kitorang tracking ke satu lagi puncak lain Felsenegg nama puncak tu. Ketinggian bukit ni lebih kurang 1800m dari paras laut.

Perjalanan dari puncak Uetliberg ke Felsenegg mengambil masa kira-kira 2jam dengan berjalan kaki. Laluan perjalanan adalah berbukit bukau, terdapat cerun yang terpaksa di turuni dengan menggunakan tangga dan berikutan cuaca yang berkabus dan sejuk, perjalanan mengambil masa yang lebih lama. Tapi penjelajahan dari puncak Uetliberg ke Felsenegg sangat menarik kerana antara dua puncah ini, adalah laluan planet². Kira tempat planet tu pusing² kat orbit. lalu atas bukit tu. So ada aa beberapa check point untuk planet yang berbeza².

(more…)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
03 January 2008 22:35
1 komen

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta ?

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta ?

wentworth miller
Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu
lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. :) cintailah lelaki… hehehe

sumber: email

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
04 November 2007 15:59
125 komen