Si hitam manis sudah diijabkabulkan #Maxis10

Si hitam manis sudah diijabkabulkan #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

rupanya 15 November dihiasi dengan berita yang lebih menarik, jika aku telah menulis sebelum ini dalam artikel sebelum ini, harini merupakan hari aku mencapai sesuatu dalam kehidupan, rupanya ada lagi hadiah tambahan daripada Maxis. Si hitam manis telah menjadi sebahagian daripada hidup aku sekarang, terima kasih Maxis.

Aku masih tersenyum lebar selepas membaca email dan pengumuman oleh @maxiscomm di Twitter sebentar tadi, penantian yang lama telah berakhir. Akhirnya Si Hitam Manis telah menjadi milikku. Kepada yang tidak mengetahui, aku telah terpilih untuk menyertai Maxis10 Reviewers Programme tempoh hari, anda boleh membaca artikel yang telah aku tulis sepanjang program itu di sini BlackBerry Torch #Maxis10

Sekarang nampaknya bertambah satu lagi gadget yang boleh aku gunakan untuk pelbagai pembangunan aplikasi dan laman web. Selepas ini mungkin ada aplikasi untuk BlackBerry keluaran dari aku pula? hehehe… saper tahu kan. Sebelum ni takder benda nak guna untuk cuba aplikasi kalau dibina, sekarang takder alasan lagi.


Harini hari yang gembira untuk aku… Terima kasih Maxis

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
15 November 2010 14:06
19 komen

Kenangan terindah bersama si hitam manis #Maxis10

Kenangan terindah bersama si hitam manis #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Maxis kerana telah memberi peluang untuk aku menggunakan si hitam manis ini untuk tempoh 2 minggu. Pengalaman menggunakan sebuah telefon pintar sememangnya sesuatu yang baru bagi aku. Sebelum ini aku tidak pernah menggunakan sebarang telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi sepertimana BlackBerry Torch ini, namun dengan kesempatan menyertai program Maxis10 Reviewers Programme ini telah memberikan aku pengalaman baru. Semua artikel-artikel yang telah aku tulis sebelum ini adalah dari pengalaman aku sendiri, tiada bayaran atau sogokan yang diberikan untuk aku menulis semua itu. Aku menulis terus dari apa yang telah aku alami bersama dengan si hitam manis ini.

Ini merupakan artikel terakhir untuk program ulasan telefon BlackBerry Torch 9800 ini, aku telah menyediakan satu grafik berinfo untuk tatapan semua. Semoga segala yang aku kongsikan sepanjang program ini akan memberikan panduan yang berfaedah kepada pengguna-pengguna BlackBerry Torch atau mereka-mereka yang bercadang untuk membeli telefon ini. Secara keseluruhan, aku memang sangat berpuas hati dengan prestasi si hitam manis ini. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, tetapi kelebihan, kelembutan, sensitivitinya sememangnya telah memikat hatiku ini. Namun tempoh untuk membuat ulasan telah pun tamat, segalanya akan menjadi kenangan yang terindah bersama-samanya.


Jika anda terlepas artikel-artikel sebelum ini, anda bolehlah klik pada grafik di atas untuk senarai artikel-artikel terdahulu. Terima kasih sekali lagi kepada Maxis kerana memilih aku sebagai salah seorang pengulas untuk BlackBerry Torch kali ini. Peluang yang diberikan aku sangat hargai, memberikan aku pengalaman yang menarik sepanjang dua minggu ini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
29 October 2010 19:46
6 komen

Bagaimana BlackBerry Torch boleh memudahkan kehidupan anda dan sebaliknya. #Maxis10

Bagaimana BlackBerry Torch boleh memudahkan kehidupan anda dan sebaliknya. #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat semua,

harini merupakan hari terakhir untuk aku membuat ulasan mengenai BlackBerry Torch yang telah dipinjamkan oleh Maxis untuk program #Maxis10 Reviewers Programme. Aku akan berkongsi beberapa perkara yang akan memudahkan kehidupan anda jika anda menggunakan BlackBerry Torch, dan juga perkara yang akan menyusahkan hidup anda jika anda menggunakan BlackBerry Torch. Semua yang aku kongsikan di sini adalah dari pengalaman sepanjang hampir dua minggu menggunakan BlackBerry Torch dalam kehidupan harian. Setiap individu mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza. Sekadar ingin berkongsi kepada semua, mungkin boleh dijadikan panduan untuk membeli telefon ini ataupun tidak.


BlackBerry memudahkan kehidupan

Case study #1 – Ahli perniagaan.

Jika anda seorang ahli perniagaan (aku juga berniaga dengan hidup sebagai seorang pengaturcara bebas) dan sedang berada di dalam satu konvensyen atau sesi dialog bersama ramai lagi ahli-ahli perniagaan yang lain, dan dalam masa yang sama, anda perlu menguruskan perniagaan anda melalui email contohnya. BlackBerry ini memudahkan anda untuk menguruskan email-email anda menerusi fungsi BlackBerry push email. Pasti ramai yang akan berkata, telefon lain juga mempunyai fungsi untuk membaca email, yup, betul tuh, tetapi dengan BlackBerry Torch, kerana terdapat skrin yang besar dan papan kekunci tambahan apabila anda slide telefon ini, ianya memberikan anda kemudahan untuk menulis atau membalas email.

Dan setakat ini, jika aku bandingkan penerimaan email dari BlackBerry Torch dan juga thunderbird pada komputer aku, BB akan menerima email terlebih dahulu sebelum thunderbird. Servis BlackBerry ini memang perlu diberi pujian untuk ini. Kemudian aplikasi seperti Word To Go, Sheet To Go, Slideshow To Go, memudahkan untuk anda menulis dokumen atau perlu membuat jadual seperti pada excel sheet, tidak kurang juga untuk membuat slideshow. Seperti contoh, file slideshow akan di simpan sebagai .ppt ini memudahkan untuk kita menggunakan slideshow itu di atas komputer setelah slideshow selesai digunakan.

Fungsi calendar yang boleh di sync dengan pelbagai calendar lain juga memudahkan untuk anda menguruskan temu janji dan sebagainya. Seorang ahli perniagaan pasti memerlukan aplikasi seperti ini untuk memudahkan kerja.

Case study #2 – Blogger.

Untuk seorang blogger, tempoh hari aku ada berkongsi panjang lebar mengenai aplikasi WordPress for BlackBerry, jika anda ketinggalan untuk membaca artikel tersebut, sila ke Blogger dan BlackBerry Torch untuk membaca terlebih dahulu artikel itu. Selain itu, selaku blogger, anda juga pasti menggunakan pelbagai aplikasi yang melibatkan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Aplikasi seperti facebook dan twitter ini telah siap terpasang pada BlackBerry Torch ini dan anda boleh menggunakannya melalui WiFi atau mobile network. Terdapat juga pelbagai aplikasi Instant Messanging yang telah siap sedia di dalam BB Torch ini, antaranya seperti Windows Live Messenger, Yahoo! Messenger, Google Talk dan AOL Instant Messenger. Tidak kurang juga aplikasi tambahan yang boleh anda pasang ke dalam BlackBerry anda seperti aplikasi Whatapps yang turut digunakan oleh Rara salah seorang reviewer BBTorch juga.

Case study #3 – Pelajar/Pekerja/Lain-lain.

Untuk kategori ini pula, BlackBerry boleh memudahkan kehidupan anda dengan adanya medium perhubungan yang murah, contoh BlackBerry Messenger dan aplikasi-aplikasi lain yang dah disenaraikan di atas untuk berhubung bersama rakan-rakan, kekasih, suami-isteri, ahli keluarga dan sanak saudara. Segalanya berada di hujung jari, tidak perlu menggunakan sms mahupun telefon (walaupun ada sesetengah yang lebih suka bercakap melalui telefon sebab mudah untuk bergossip cerita sesama sendiri).

Aplikasi Maps pula akan membantu anda untuk mengetahui kedudukan anda pada masa itu, aplikasi Maps ini sangat tepat dan terkini, aku kagum melihatnya kerana jika pada Google Maps rumah aku sekarang masih belum ada di dalam map, tetapi dalam aplikasi Maps ini ianya jelas kelihatan bersama lorong-lorong yang lain juga. Ketepatan ini membantu untuk mengenalpasti kawasan sekeliling terutama jika kita berada di tempat yang baru. Bro BryanLyt ada berkongsi mengenai penggunaan Google Maps di dalam BlackBerry beliau, tetapi bagi aku, aplikasi Maps yang sedia terpasang pada BlackBerry ini lebih memudahkan.

BlackBerry menyusahkan kehidupan

Secara umum.

Dalam pada kebaikan yang telah dinyatakan di atas, BlackBerry juga mungkin boleh menyusahkan kehidupan anda. Tetapi bagaimana?

Jangka hayat bateri

Jika anda menggunakan BB ini secara kerap, jangka hayat baterinya sebelum perlu di cas semula adalah sangat singkat. Paling lama ianya boleh bertahan dengan penggunaan yang kerap adalah kira-kira 5 jam sahaja, dan jika penggunaan kerap itu sentiasa menggunakan talian 3G, ianya akan lebih singkat. Ini menyusahkan terutama jika kita berada di tempat yang tidak membolehkan kita menggunakan sebarang sambungan kepada tenaga elektrik, mungkin kita memerlukan bateri tambahan semata-mata untuk dijadikan backup jika perkara sebegini berlaku. Disebabkan bateri ini juga, aku sentiasa membawa charger kemana-mana, jika sebelum ini aku hanya meninggalkan charger di dalam kereta semasa menggunakan Sony Ericsson k770i aku, tapi dengan BB Torch, aku akan membawa charger bersama ku jika aku tahu, aku akan berada jauh dari kenderaan untuk tempoh masa lebih dari 4 jam, kerana jika tidak BB aku akan tidak berfungsi kerana kehabisan bateri.

Berpeluh atau tangan kotor

Jika anda seorang yang bekerja dengan selut atau lumpur, atau mungkin pasir dan benda-benda berdebu, BlackBerry Torch ini mungkin akan mengganggu aktiviti anda, kerana skrin sentuh mahupun papan kekunci fizikalnya agak kurang sesuai untuk anda, dan anda akan sibuk membersihkan telefon anda daripada menggunakannya untuk aktiviti seharian anda. Telefon ini memang kurang sesuai untuk pekerjaan sebegini, kerana jika tangan anda basah contohnya, trackpad ini akan tidak berfungsi dengan baik seperti ketika tangan anda kering.

BB sebagai alat utama

Ia juga akan menyusahkan hidup anda jika anda bergantung 100% terhadap BB anda untuk melakukan aktiviti seharian, kerana kadangkala servis BlackBerry ini akan tergendala atau tiada liputan talian dan WiFi berdekatan. Ini akan menyebabkan anda tidak dapat melakukan apa2 yang telah anda plan sebelum ini. Mungkin perkara ini agak jelas dan tidak perlu dijelaskan, tetapi aku sekadar ingin berkongsi jika anda terfikir untuk menggunakan BB untuk menggantikan peralatan yang yang lain.

Selain itu, terdapat juga beberapa perkara lain yang mungkin akan menyusahkan kehidupan anda, anda boleh membaca artikel dari Liyana mengenai Annoying Part of BBTorch.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai bagaimana BlackBerry Torch boleh memudahkan kehidupan anda ataupun memberikan kesan yang berlawanan. Semoga anda dapat memanfaatkan perkongsian kali ini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil

5 komen

Tak kenal maka tak cinta

Tak kenal maka tak cinta

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

pasti ramai yang sudah biasa membaca, mendengar, menggunakan ayat pada tajuk artikel kali ini, tak kenal maka tak cinta. Sejauh mana kebenaran ayat ini? Ramai juga yang jatuh cinta sebelum mengenali bukan? walaupun mungkin bukan semuanya. Petang ni aku sekadar ingin berkongsi beberapa perkara mengenai berkenalan ini, sehingga bila sudah berkenalan, pasti akan jatuh cinta. Ingat lagi kisah si hitam manis yang menawan tempoh hari, dan bagaimana ianya meletakan aku dalam dilema seorang suami, ianya sememangnya berkaitan dengan tajuk artikel kita pada kali ini. Setelah mengenai dengan mendalam, biasanya akan terdapat dua hasil daripada perkenalan itu, sama ada kita akan berasa semakin suka atau sayang, ataupun sebaliknya, kita akan semakin membenci dan tidak menyukai perkara tersebut.

Kesinambungan daripada artikel-artikel mengenai si hitam manis yang menawan ini beberapa hari kebelakangan ini, aku ingin berkongsi beberapa tips yang telah aku pelajari dalam tempoh aku berkenalan dan bersama dengan si hitam manis ini. Tapi sebelum tu, mari kita lihat beberapa Status Indicator yang akan terpapar pada si hitam manis ini. Antaranya adalah seperti tersenarai di bawah:

Status Indicator BlackBerry Torch

Contoh bagaimana indicator ini terpapar pada paparan skrin sentuh BlackBerry Torch ini.

Example status indicator BlackBerry Torch

Dengan indicator ini, aku dengan mudah boleh mengetahui jika ada email baru yang masuk, atau new mention di twitter, ada new entry pada social feed seperti rss dll, tidak kurang juga dari blackberry messenger dan banyak lagi. Kebanyakan aplikasi yang masih berjalan secara tersembunyi, akan memaparkan indicator ini.

Di bawah ini pula ada beberapa penerangan untuk ikon default yang digunakan oleh Sistem Operasi OS6 BlackBerry Torch ini.

Application Icons BlackBerry Torch

okay, cukup dulu gambar-gambar untuk artikel ni, seterusnya mari kita lihat beberapa tips yang boleh digunakan untuk BlackBerry Torch atau mungkin juga model2 BB yang lain.

Tips-tips

CAPSLOCK

Untuk menaip dengan CAPSLOCK, jika anda menggunakan papan kekunci sentuh, anda boleh menekan butang aA pada papan kekunci (rujuk nombor 2 pada gambar di bawah) sehingga muncul gambar mangga kunci kecil pada butang itu. Itu menandakan papan kekunci anda telah CAPSLOCK, dan semua ayat yang anda tulis akan terpapar dalam HURUF BESAR.

seterusnya jika anda menggunakan papan kekunci fizikal, iaitu dengan membuka slide pada telefon ini, tekan butang alternate dan butang aA yang di sebelah kanan untuk mendapatkan CAPSLOCK, tips papan kekunci fizikal ini telah dikongsi oleh bro Roslan Nazri kepada aku. terima kasih diucapkan kepadanya.

NUMLOCK

Seterusnya jika anda ingin menulis nombor sahaja, pada papan kekunci sentuh tadi, anda boleh menekan butang !?123 pada papan kekunci (rujuk nombor 1 pada gambar di bawah) sehingga muncul gambar mangga kunci kecil pada butang itu. Itu menandakan papan kekunci anda telah NUMLOCK dan jika anda menaip, hanya nombor dan simbol yang akan terpapar pada skrin anda.

jika anda menggunakan papan kekunci fizikal, anda hanya perlu menekan butang alt dan butang aA di sebelah kiri untuk mendapatkan NUMLOCK, tips papan kekunci fizikal ini juga dikongsikan oleh bro Roslan Nazri.

Senarai Aplikasi

Jika anda ingin mencapai senarai aplikasi yang sedang anda gunakan dengan mudah, anda boleh menggunakan butang BlackBerry (rujuk nombor 3 pada gambar di bawah) untuk pergi ke senarai aplikasi yang sedang berfungsi. Anda juga boleh ke muka hadapan dengan mudah pada paparan ini.

Soft Reboot

Anda juga boleh soft reboot BlackBerry anda dengan menggunakan gabungan kekunci alt + aA sebelah kanan + del. BlackBerry anda akan direboot selepas anda menekan kekunci tersebut. Namun jika anda ingin melakukan hard reboot (sesetengah situasi memerlukan anda melakukan sedemikian) anda perlu membuka bateri pada bahagian belakang BlackBerry anda. Sesuatu yang aku jarang lakukan pada telefon-telefon aku sebelum ini, tetapi itu adalah cara BlackBerry ini direboot secara keras.

Begitulah serba sedikit tips-tips yang boleh digunakan oleh para pengguna BlackBerry khususnya BB Torch 9800 ini.

Gambar rujukan untuk tips di atas:

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 October 2010 19:09
6 komen

BlackBerry Desktop Software #Maxis10

BlackBerry Desktop Software #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua,

semalam kehidupan agak kelam kabut kerana ada pelbagai perkara yang perlu diselesaikan, semoga harini kehidupan akan lebih tenang dan dapat menumpukan kepada kerja-kerja yang masih banyak untuk diselesaikan. Bagaimana pula dengan kehidupan anda? di harap segalanya berjalan lancar. Harini aku sekadar ingin berkongsi mengenai perisian untuk menguruskan BlackBerry dari Desktop anda. Semasa menggunakan Sony Ericsson, aku menggunakan SE PC Suite untuk tujuan yang sama.

BlackBerry Desktop Software ini boleh diperolehi secara percuma dengan memuat turun dari laman BlackBerry – BlackBerry Desktop Software. Terdapat versi untuk pengguna Windows PC dan juga versi untuk pengguna MAC. Dengan menggunakan Perisian seperti ini, kerja-kerja menguruskan fail-fail dan aplikasi di dalam BlackBerry Torch ini adalah lebih mudah dan cepat. Aku menggunakan kabel usb Sony Ericsson Vivaz untuk menyambungkan BBTorch ini ke laptop aku, kerana model yang aku terima ini adalah model ujian, maka ada aksesori yang tidak disertakan sekali semasa aku menerima telefon ini untuk diuji. Mana-mana kabel usb yang menggunakan micro usb boleh digunakan bersama-sama telefon ini.

BlackBerry Desktop Software Maxis10

BlackBerry Desktop Software

Melalui BlackBerry Desktop Software ini, anda boleh mengemaskini aplikasi yang telah anda pasang di dalam telefon anda. Selain itu, anda juga boleh menambah aplikasi-aplikasi baru yang telah anda muat turun melalui komputer anda ke dalam telefon BlackBerry anda. Anda juga boleh membuang aplikasi-aplikasi yang tidak diingini. Semuanya tersenarai dalam satu antaramuka yang menarik dan mudah untuk digunakan.

BlackBerry Desktop Software Application List

Selain itu, dengan menggunaakn BlackBerry Desktop Software ini, anda boleh menjadikan BlackBerry Torch anda sebagai modem untuk digunakan bersama-sama mobile internet, walaupun aku sendiri tidak mencubanya lagi, sekadar mengetahui terdapatnya fungsi tersebut dalam salah satu menu di atas perisian ini. Anda juga boleh membuat backup untuk data-data yang telah anda masukkan ke dalam BlackBerry Torch anda. Terdapat juga fungsi sync untuk mengatur dan mengemaskini musik, kalendar, senarai kenalan dan beberapa lagi melalui Desktop Software ini. Fungsi import untuk galeri gambar juga memudahkan anda untuk memasukkan gambar ke dalam BBTorch ini, ataupun jika anda ingin memuat turun dari telefon ke komputer.

Anda juga boleh melihat maklumat telefon anda seperti nombor IMEI, No Pin BB anda, resolusi skrin, versi platform, versi aplikasi dan banyak lagi melalui Device Properties. Anda juga boleh mengemaskini telefon anda hanya dengan beberapa klik. Setakat ni aku telah menggunakan beberapa kali Desktop Software ini untuk memindahkan gambar dan video ke laptop aku, walaupun sememangnya fungsi Bluetooth pada BBTorch ini juga boleh digunakan untuk memindahkan gambar atau fail yang anda inginkan, tetapi ini adalah satu lagi cara yang anda boleh gunakan untuk memindahkan fail-fail anda.

Device Properties BlackBerry Desktop Software

Device Properties memaparkan butiran mengenai BlackBerry Torch

Proses mengemaskini BlackBerry Torch

Itulah sedikit sebanyak mengenai Desktop Software yang boleh digunakan bersama-sama BlackBerry Torch 9800 ini, setakat ini ada beberapa kelemahan yang telah aku temui pada telefon ini, aku akan kongsi kelemahan-kelemahan itu pada artikel yang seterusnya, tinggal lebih kurang dua hari lagi sebelum tempoh untuk menguji telefon ini berakhir. Di harap sepanjang aku berkongsi pengalaman menggunakan BlackBerry Torch ini telah memberikan anda sedikit sebanyak panduan mengenai telefon ini. Jika anda ada sebarang persoalan yang ingin diperjelaskan, sila tulis di ruangan komen. Aku akan cuba menjawabnya padal artikel berikut yang akan menyusul pada esok hari insyaALLAH.

Selamat hari Rabu semua, semoga harini memberikan seribu satu keindahan, kesenangan dan kebahagian untuk anda.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
27 October 2010 11:36
4 komen

Mari bergambar dengan BlackBerry Torch 9800 #Maxis10

Mari bergambar dengan BlackBerry Torch 9800 #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

harini agak sibuk dengan aktiviti di luar, berpeluang untuk menghadiri Dialog MSC Malaysia 2010 peringkat negeri kelantan di Hotel New Pacific, Kota Bharu pagi tadi. Berpeluang berjumpa beberapa kenalan seperti bro Labanon a.k.a Adly dan ramai lagi. Aku pertama kali menghadiri program seperti ini di Kelantan, satu peluang untuk menambah kenalan di sekitar Kota Bharu dan juga negeri Kelantan. Program ini juga memberi peluang untuk mengenali beberapa orang penting dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di kelantan, MDeC, dan beberapa lagi pertubuhan yang bergiat cergas dalam membangunkan program ICT negeri kelantan.

Peluang untuk berada di dalam program seperti ini membolehkan aku mencuba telefon BlackBerry Torch ini pada tahap yang seterusnya, beberapa gambar telah aku cuba ambil, dan di sini aku dapat melihat kemampuan kamera BBTorch ini di dalam dewan yang mempunyai pencahayaan yang tidak begitu bagus dan memberikan aku peluang untuk bermain dengan pelbagai mode di dalam camera ini. Mari kita lihat beberapa gambar contoh yang aku ambil di dalam dewan tadi.

Logo berkilat pada beg kertas, di ambil menggunakan Text Scene Mode BlackBerry Torch

Ruang hadapan dewan dengan Auto Scene Mode

Di dalam BlackBerry Torch ini, terdapat 11 Scene Mode untuk dipilih sewaktu menggunakan kameranya, setiap mode mempunyai fungsi yang berlainan, jika anda tidak mahu memilih mode yang bersesuaian, mode Auto sentiasa tersedia untuk anda gunakan. Setakat ni yang telah aku cuba dengan jayanya adalah Close Up Mode, Text Mode, Sports Mode, Party Mode dan Portrait Mode. Mode yang lain masih tidak ada aktiviti yang bersesuaian untuk aku mencubanya. Kelebihan pelbagai mode ini, ianya akan memberi hasil gambar yang berlainan pada setiap keadaan yang kita gunakan. Di bawah ini adalah senarai pelbagai scene mode yang boleh dipilih pada BBTorch ini.

Scene-mode-list-on-BlackBerry-Torch-9800

Mari kita lihat pula antara kelebihan dan kelemahan kamera BlackBerry Torch 9800, kelebihan dan kelemahan ini adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakannya sepanjang tempoh percubaan ini. Mungkin ianya adalah berlainan dengan orang lain, namun aku hanya ingin berkongsi apa yang aku alami.

Kelebihan dan kekurangan

Fungsi button di sebelah kiri yang digunakan sebagai butang untuk mengaktifkan kamera ini adalah sangat memudahkan terutama untuk mereka-mereka yang suka mengambil gambar. Walaupun fungsi butang ini boleh ditukar, namun aku memang tak nak tukar, sebab ianya membuatkan mengambil gambar dengan BlackBerry Torch ini lebih mudah. Dengan sekali tekan, anda sudah boleh mengambil gambar kegemaran anda. Terdapat juga butang sentuh pada skrin BBTorch ini untuk digunakan mengambil gambar, kedua-dua butang ini berguna untuk keadaan yang berbeza. Contohnya jika aku ingin mengambil close up picture dan tidak mahu bayang2 tangan aku mengganggu gambar, aku akan gunakan butang pada skrin sentuh untuk mendapatkan gambar yang aku inginkan.

Kamera BlackBerry Torch ini didatangkan dengan 5.0Mp bersama-sama auto focus, fungsi auto focus ini memudahkan proses mengambil gambar dan juga video. Walaupun kualiti video di BBTorch ini jika dibandingkan dengan Sony Ericsson Vivaz, memang jauh bezanya. Namun bagi aku, ianya cukup untuk merakamkan aktiviti-aktiviti seharian yang tidak memerlukan kualiti yang begitu bagus. Namun untuk upacara penting seperti majlis pernikahan dan sebagainya, aku pasti akan menggunakan Vivaz untuk merakamkan upacara tersebut.

Selain itu, flash pada BBTorch ini adalah terlalu terang untuk mengambil gambar pada objek yang dekat, flash yang begitu terang itu akan membuatkan gambar yang terhasil mempunyai pencahayaan yang melampau dan menyebabkan objek tenggelam. Namun begitu, flash ini sangat berguna apabila digunakan pada jarak yang agak jauh dari objek, sesuai untuk mengambil gambar di dalam bilik yang suram pencahayaannya.

Satu lagi fungsi tambahan pada Kamera BB Torch ini adalah fungsi Geo Location yang membolehkan lokasi gambar itu disimpan di dalam File Properties gambar di dalam telefon ini. Kemudian anda boleh menggunakan fungsi “View On Map” untuk melihat kembali lokasi kedudukan semasa anda mengambil gambar tersebut. Fungsi ini berguna untuk orang-orang seperti aku yang kadangkala terlupa lokasi gambar diambil, terutama apabila mengambil gambar-gambar taman atau alam sekitar, kerana kadangkala suasana atau permandangan tempat itu adalah hampir serupa. Tapi sebab lain, aku biasanya tengok balik gambar-gambar yang di ambil untuk tempoh yang lama, so tuh yang biasanya lupa tuh. :D

Mari kita tonton cubaan aku untuk menggunakan fungsi auto focus sewaktu mengambil video menggunakan BlackBerry Torch 9800 ni. Ini merupakan video pertama yang aku rakam sepanjang menggunakannya selama lebih 10 hari ni. Mari kita saksikan, nota: video ini aku rakam secara rawak, sekadar nak cuba fungsi auto focus semata-mata

Seterusnya mari kita lihat perbandingan beberapa Scene Mode pada BlackBerry Torch dan juga perbandingan dengan gambar objek yang sama yang diambil menggunakan Sony Ericsson Vivaz dan juga K770i, semua gambar di ambil tanpa menggunakan flash.

Text Scene Mode di bawah lampu kalimantang

Auto Scene Mode BlackBerry Torch

Gambar diambil menggunakan Auto Scene Mode BlackBerry Torch

Close Up Scene Mode BlackBerry Torch

Gambar diambil menggunakan Close Up Scene Mode BlackBerry Torch

Text Scene Mode BlackBerry Torch

Gambar ini pula diambil menggunakan Text Scene Mode BlackBerry Torch, bila background warna putih, dia akan lebih kontra dengan mode ni

Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson Vivaz

Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson k770i

Apa pendapat anda dengan perbezaan kualiti gambar tersebut? Namun gambar pada SE Vivaz itu aku menggunakan setting 6Mp, bukan kemampuan sebenar camera Vivaz iaitu 8Mp. Berdasarkan perbandingan ini, aku boleh katakan gambar yang dihasilkan oleh Sony Ericsson k770i adalah lebih menarik. Keadaan semasa aku mengambil sample ini adalah ketika berada di bawah lampu kalimantang, bersama kertas putih sebagai lantai untuk meletakkan fridge magnet tersebut dan tanpa menggunakan flash untuk setiap telefon.

Rumusan selepas kira-kira 10 hari menggunakan BlackBerry Torch

Setelah menggunakan BlackBerry Torch ini selama kira-kira 10 hari, aku mendapati bateri BlackBerry Torch ini memang tidak tahan lama jika aku menggunakan pelbagai aplikasi dengan talian 3G, jika aku melayari laman web, menggunakan twitter, foursquare, kamera, membuka email dan beberapa lagi perkara lain, setakat ini bateri akan menunjukkan paras rendah selepas kira-kira 5jam penggunaan. Namun begitu, contohnya harini, aku menggunakan Wifi semasa dalam program tanpa talian 3G, bateri akan dapat bertahan dengan lebih lama. Buat masa ini, aku menyediakan charger ke mana sahaja aku pergi, selain charger di dalam kereta untuk kemudahan.

Kemudian BlackBerry Torch ini adalah berat daripada telefon-telefon aku yang lain, perbezaan berat yang ketara ini pada mulanya mengganggu aktiviti menggunakan telefon ini, namun setelah sekian ketika, aku sudah boleh membiasakan dengan berat telefon ini. Setiap perkara pasti akan mengalami langkah perubahan. Aku akan berkongsi lagi pengalaman dan fungsi yang lain pada artikel seterusnya. Nantikannya.

Sementara itu, anda jangan lupa membaca artikel dari Liyana di blognya mengenai Camera dan video BlackBerry Torch ini, video yang beliau ambil lebih menarik dari apa yang aku kongsikan di sini :D Jom kita usha Video & Camera Review : Chibi Dalam Sangkar. #Maxis10

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
26 October 2010 01:42
2 komen

Blogger dan BlackBerry Torch #Maxis10

Blogger dan BlackBerry Torch #Maxis10

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Artikel ni aku tulis melalui BlackBerry Torch menggunakan aplikasi WordPress for BlackBerry. Walaupun pada mulanya agak kekok dengan aplikasi ini, namun fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini memang memudahkan, ditambah pula dengan skrin BlackBerry Torch yang besar ini, membolehkan aku menulis dengan riang ria.

Cara untuk memasukkan gambar juga begitu mudah, dan sekaligus membolehkan aku menulis seperti semasa berada di atas komputer. Aku juga boleh menyimpan artikel yang belum selesai ditulis di dalam phone drafts, ianya akan disimpan ke dalam memory telefon. Mudah bukan?

Selain itu, aku juga boleh menulis artikel walaupun tanpa capaian internet. Aku boleh menulis dan menyimpan artikel itu sebagai phone drafts sebelum memuat naik apabila capaian internet diperolehi. Fungsi yang sangat berguna, terutama apabila aku diluar kawasan liputan, aku masih boleh menulis artikel tanpa sebarang masalah.

Artikel ini aku tulis sepenuhnya menggunakan BlackBerry Torch, ini adalah percubaan pertama aku menggunakan aplikasi WordPress for BlackBerry ini. Kepada yang belum mencuba, bolehlah mendapatkan aplikasi ini dari app world, kepada yang tidak mempunyai BlackBerry, ini mungkin boleh dijadikan salah satu sebab untuk membeli BB.

Aku sekadar berkongsi pengalaman dari aktiviti seharian.

Nota:
ini adalah artikel berjadual…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
22 October 2010 08:38
21 komen

Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10

Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

tempoh hari aku dah berkongsi pengalaman selama dua hari menggunakan BlackBerry Torch ini, harini aku akan berkongsi pula berkenaan Sistem Operasi BB Torch ini, iaitu OS6. Terdapat banyak fungsi-fungsi menarik mengenai OS6 ini, yang paling aku gemari adalah social feed dan juga browser di dalam OS6 ini, ianya sangat mudah untuk digunakan. Mari kita sama-sama lihat fungsi-fungsi ini dengan lebih lanjut.

Social Feed

Social feed ini adalah satu aplikasi di mana semua update terkini akan terpapar dengan tersusun di dalamnya. Anda hanya perlu daftar masuk ke laman-laman social anda seperti Facebook, Twitter, BlackBerry Messenger, dan pelbagai lagi aplikasi yang terdapat di situ. Jika terdapat sebarang update terkini, icon social feed ini akan terpapar di skrin untuk membolehkan anda mengetahui mengenai sebarang updates terkini.
BlackBerry Torch Social Feed OS6

Web browser

Setakat ini, aku rasa web browser yang terdapat dalam OS6 ini adalah terbaik dalam banyak-banyak browser telefon yang aku pernah guna. Kenapa aku cakap terbaik? Pertama paparannya yang sangat clear membolehkan aku browse dengan mudah. Kedua fungsi tab browser yang ringkas, membolehkan aku membuka beberapa website dalam masa yang sama, dan dengan mudah beralih ke tab2 yang berlainan. Ketiga fungsi pinch zoom yang boleh digunakan bersama-sama browser ini, memudahkan aku untuk zoom pada text, dan kualiti text sangat baik walaupun jika aku zoom sampai ke level maksima. Memang menarik bukan? Jika ada browser telefon yang lain sebaik ini, bolehlah kongsikan kepada aku, kerana setakat ini, browser di dalam OS6 ini memang sangat menarik.

BB Torch Browser OS6

Kemudian mari kita beralih pula kepada fungsi yang seterusnya,

Universal Search

Fungsi universal search ini membolehkan anda membuat carian ke dalam seluruh aplikasi BlackBerry ini, seperti contoh, aku menaip Eizil, di dalam BB Torch ini, hasil carian eizil ini akan menemui eizil di dalam contact manager, BlackBerry Messenger dan juga Twitter, fungsi carian ini adalah sangat pantas dan mudah untuk digunakan. Ianya boleh diakses pada muka hadapan paparan BlackBerry Torch ini. Sesuatu yang sangat menyenangkan kerana jika tidak, kita terpaksa membuat carian demi carian dalam aplikasi yang berlainan.

Universal search ini bagi aku perlu ditambah kepada setiap telefon untuk memudahkan carian. Sebab sebelum ini, memang aku berasa susah juga untuk membuat carian dalam telefon, kerana tiada fungsi carian secara universal seperti ini.

Universal Search BlackBerry Torch OS6

Selain itu, design yang dipaparkan pada OS6 ini juga begitu kemas. Dengan adanya trackpad dan skrin sentuh, segalanya begitu mudah untuk di akses. Walaupun aku pertama kali menggunakan telefon skrin sentuh seperti ini, tetapi disebabkan susun atur dan kedudukan menu dan button yang ringkas tapi menarik, memudahkan aku untuk berkenalan dengan lebih mendalam mengenai telefon ini. Sememangnya pengalaman yang menarik bagi aku setakat ini.

Rumusan selepas 5 hari menggunakan BlackBerry Torch 9800

Selepas menggunakan telefon ini hampir 5 hari, aku mendapati OS6 ini memang membantu untuk membuatkan telefon ini lebih seronok untuk digunakan. Semua aplikasi boleh dibuka dengan pantas, dan tiada masalah untuk memasang aplikasi baru. Sistem OS6 bersama-sama dengan spesifikasi perkakasan BlackBerry Torch ini yang mantap, memberikan gabungan yang menarik. Namun begitu, untuk memastikan skrin sentuh anda tidak tercemar daripada jari yang berminyak atau sebagainya, anda perlulah mencuci dan lap jari anda. :D Sebab kalau tak nanti, tinggallah kesan-kesan yang tidak diingini di atas telefon anda.

Jangka hayat bateri secara purata adalah selama kira-kira 8 jam setengah, ini bergantung kepada penggunakan aplikasi di dalam telefon ini, tapi kebiasaanya aku akan membawa charger ke mana sahaja. Bukanlah masalah yang besar, tetapi sesuatu yang perlu diambil berat, kerana jika tidak, BlackBerry Torch anda hanya akan berada di dalam poket anda tanpa boleh digunakan disebabkan kehabisan bateri.

Anda juga boleh membaca review daripada peserta #Maxis10 yang lain di bawah:

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
21 October 2010 09:40
22 komen

Si hitam manis yang menawan

Si hitam manis yang menawan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

hari Isnin kembali lagi, dan seperti biasa mood untuk memulakan pekerjaan masih tidak begitu memberansangkan, tetapi sudah menjadi lumrah. Aku harini kehidupan berjalan seperti biasa, seperti yang telah aku tulis semalam, dilema seorang suami, hati ini sudah mulai terpikat dengan si hitam manis yang begitu menggoda. Kali ini aku ingin mengambil peluang untuk memperkenalkan si hitam manis yang telah bertandang ke kehidupanku tanpa di jemput.

Jumaat tempoh hari, aku telah ke sebuah pusat membeli belah terkemuka di tanahair ini untuk menghadiri suatu majlis, majlis tersebut telah diadakan bersebelahan pusat membeli belah itu, itu merupakan kali pertama aku bertentangan mata dengan si hitam manis ini. Kali pertama melihatnya, terasa mata ini seperti berkaca-kaca, dek keranan keanggunan si hitam manis ini. Di tambah pula dengan pakaiannya yang lutsinar membuatkan hampir seluruh tubuhnya kelihatan, tergugat dibuatnya, aku bermonolog di dalam hati, adakah aku akan dapat peluang untuk melucutkan pakaian lutsinarnya itu. Ternyata peluang yang aku nanti2kan itu muncul juga, aku telah melucutkan pakaian si hitam manis dengan penuh cermat dan lemah lembut, kerana tidak mahu menyakiti si dia.

Kemudian terselahlah seluruh susuk tubuhnya yang menggiurkan itu.
Blackberry Torch 9800

Ya, si hitam manis yang telah bertandang dalam kehidupan ku itu adalah BlackBerry Torch 9800, sebuah lagi telefon bimbit pintar keluaran RIM. Seperti yang aku pernah tulis tempoh hari, aku telah terpilih sebagai salah seorang reviewer untuk program #maxis10 anjuran Maxis. Aku hanya berpeluang untuk mengambil telefon ini untuk direview hari jumaat yang lalu. Kali ini aku akan menulis pengalaman pertama menggunakan BB Torch ini. Sepanjang hidup aku menggunakan telefon mudah alih ini, tidak pernah lagi aku menggunakan BlackBerry sebagai alat perhubungan untuk aktiviti seharian aku, ini adalah kali pertama aku menggunakan BlackBerry, apa yang aku akan tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman aku semata-mata sepanjang dua hari menggunakannya.

BlackBerry Torch 9800

Berat dan saiz telefon

Sebelum ini aku menggunakan Sony Ericsson k770i, telefon yang bagi aku cukup mudah untuk digunakan dan dibawa ke sana ke mari. Jika dibandingkan dengan SE k770i ini, BB Torch adalah lebih berat, tetapi dengan saiznya yang agak lebar, membuatkan aku selesa untuk memegangnya di tapak tangan aku yang besar ni. Kemasan besi di tepi dan kemasan plastik yang lembut di bahagian belakang, membuatkan BB Torch ini sangat selesa untuk di pegang.

Namun pertama kali aku membuka bahagian penutup belakang BB Torch ini, aku risau penutup itu akan pecah, disebabkan terasa seperti ianya lembut, mungkin juga kerana teknik membuka yang salah. Tetapi ianya hanya kerisauan aku, bateri dan simkad berjaya di masukkan tanpa sebarang kerosakan pada telefon ini. Jika menekan suis ON untuk pertama kalinya, anda akan dibawa untuk menonton video preview BB Torch ini, terdapat fungsi yang boleh digunakan dengan telefon ini yang ditayangkan dalam video tersebut.

Dimensi saiz dan berat telefon ini adalah seperti berikut

Dimensions 111 x 62 x 14.6 mm
Weight 161 g
-sumber Gsm Arena

Bateri

untuk hari pertama, aku telah menggunakan WiFi sebagai sumber utama untuk capaian ke talian, talian 3G aku hanya menggunakan sekali sekala apabila ingin mencuba GPS dan sebagainya. Ternyata bateri BB Torch ini mampu untuk bertahan lebih daripada 24 jam dengan hanya menggunakan WiFi. Hari berikutnya, aku menggunakan 3G dan WiFi untuk aktiviti di talian. Terdapat perbezaan ketara apabila menggunakan 3G, bateri hanya boleh bertahan kira-kira 12 jam dengan aktiviti-aktiviti yang sama aku lakukan seperti Twitter, Foursquare, Web Browser dan lain-lain lagi.

Aku akan melakukan cubaan dengan melakukan lebih banyak aktiviti semasa dengan talian 3G semata-mata pula. Keputusan percubaan akan aku kongsikan dalam artikel yang lain.

Papan kekunci

BlackBerry Torch adalah telefon yang mempunyai skrin sentuh dan juga papan kekunci yang boleh di slide keluar dari bahagian bawah telefon ini. Terdapat juga papan kekunci versi sentuh yang tersedia. Pada mulanya aku cuba menggunakan papan kekunci sentuh, terdapat beberapa pilihan yang boleh anda cuba, seperti papan kekunci penuh QWERTY, atau papan kekunci ringkas seperti telefon bimbit yang biasa (SE k770i menggunakan papan kekunci yang biasa) atau papan kekunci semi ringkas, yang mempunyai layout seperti QWERTY tetapi kekuncinya lebih sedikit.

Walaupun aku biasanya menggunakan papan kekunci ringkas di SE aku, tetapi aku merasakan papan kekunci sentuh QWERTY lebih mudah untuk digunakan pada BB Torch ini, kerana aku tidak perlu menekan beberapa kali untuk mendapatkan huruf yang aku mahukan. Walaupun kekunci pada skrin sentuh itu seperti terlalu kecil untuk jari jemari aku yang besar ini, namun sangkaan ku meleset, kekunci itu boleh ditekan dengan agak mudah.

Tetapi, selepas aku mencuba menggunakan papan kekunci yang sebenar di bahagian yang boleh dislide itu, ternyata papan kekunci sebenar itu lebih menarik untuk digunakan, kerana ianya memberikan aku lebih ruang di skrin paparan, kerana ianya pada kedudukan berasingan. Namun satu masalah yang aku hadapi adalah untuk menekan nombor, kedudukan butang alt dengan nombor terlalu dekat, membuatkan jari yang besar gabak ni, bergaduh sesama sendiri untuk menekan kekunci di bahagian kiri telefon tersebut.

Skrin sentuh

Sebelum ini, aku ada berkongsi mengenai Sony Ericsson Vivaz yang telah dibeli oleh isteriku. Jika dibandingkan skrin sentuh Vivaz dengan skrin sentuh BlackBerry Torch 9800 ini, ternyata skrin sentuh BB Torch lebih mudah untuk digunakan, sensitiviti skrin sentuhnya membuatkan jari aku ini mudah untuk pergi dari satu applikasi ke aplikasi yang lain, dan ternyata ianya membuatkan pengalaman menggunakan telefon berskrin sentuh lebih menarik buat aku.

Jika anda tidak biasa menggunakan skrin sentuh, pada mulanya mungkin agak kekok, kerana kebiasaannya kita akan menekan pada permukaan yang timbul seperti pada papan kekunci, apabila menyentuh sesuatu yang rata, ianya membuatkan aku terasa sedikit janggal (baru pertama kali menggunakan telefon skrin sentuh), kerana segalanya rata, dan aku perlu melihat skrin itu untuk menekan kekunci atau butang yang diinginkan.

Rumusan selepas 2 hari

Setelah dua hari aku menggunakan BlackBerry Torch ini, aku memang terpikat dengan pelbagai fungsi yang terdapat pada telefon ini, aku akan menulis fungsi-fungsi tersebut dalam artikel yang berlainan. Setakat ini, BlackBerry Torch ini telah memberikan menunjukkan bahagian-bahagian yang bagus dalam dirinya. Aku akan mengambil masa untuk mengenali lebih banyak fungsi sebelum aku boleh menulis lebih lanjut mengenai telefon ini. Aku akan menulis berdasarkan pengalaman, tiada istilah pilih kasih dalam perkongsian pengalaman aku ini.

Kepada yang ingin bertanya apa2 mengenai telefon ini, bolehlah menulis di bahagian komen.

Ada sesiapa yang ingin bertukar bb pin dengan aku?

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
18 October 2010 11:21
25 komen