Sediakan lilin sebelum terlambat

Sediakan lilin sebelum terlambat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua,

sudah hampir seminggu aku tidak berpeluang untuk menulis sebarang artikel di blog ini, bukan kerana tiada idea, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Terlalu banyak benda yang perlu diuruskan sepanjang pulang beraya di kampung, tidak kurang pula bertandang ke beberapa majlis perkahwinan rakan-rakan dan saudara mara. Ditambah dengan liputan talian telefon yang hanya GPRS, menyebabkan aku tidak berpeluang untuk menulis. Hanya sempat menulis satu artikel melalui si hitam manis, tetapi selepas itu, perkhidmatan bis celcom mendukacitakan dan menyebabkan aku tidak meneruskan sebarang langganan dari mana-mana penyedia perkhidmatan talian.


Pagi tadi sesuatu yang pelik berlaku di sini (pengkalan chepa), apabila talian Celcom dan Maxis kedua-duanya menghadapi masalah. Aku tidak dapat membuat panggilan, mengaktifkan mobile broadband mahupun menghantar sms melalui telefon bimbit. Masalah berlarutan sehingga petang hari, menyebabkan banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan. Aku masih tertanya-tanya punca sebenar perkara itu terjadi, kerana kedua-dua penyedia perkhidmatan telefon mengalami gangguan yang sama. Sesuatu yang pelik.

Kemudian pada jam 7 malam, gangguan kuasa elektrik pula berlaku, aku bergelap di rumah, walaupun ketika itu sedang mereneh bubur nasi di atas dapur. Kebetulan di rumah tiada lilin untuk dijadikan bekalan pencahayaan sepanjang ketiadaan kuasa elektrik itu, namun mujur kerana aku mempunyai beberapa lampu suluh, dan salah satu daripada lampu suluh itu, adalah hadiah semasa majlis pelanjaran BBTorch tempoh hari. Sekarang aku baru pulang dari kedai membeli belah barang keperluan rumah, dan tidak dilupakan bekalan lilin seandainya selepas ini terdapat gangguan bekalan elektrik lagi dan syukur alhamdulillah, setiba kembali di rumah, bekalan elektrik telah kembali seperti sedia kala dan aku boleh menulis artikel ini dengan jayanya.

Selamat memulakan pekerjaan kepada sesiapa yang sudah selesai bercuti. :D

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
22 November 2010 23:00
7 komen

Kenangan terindah bersama si hitam manis #Maxis10

Kenangan terindah bersama si hitam manis #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Maxis kerana telah memberi peluang untuk aku menggunakan si hitam manis ini untuk tempoh 2 minggu. Pengalaman menggunakan sebuah telefon pintar sememangnya sesuatu yang baru bagi aku. Sebelum ini aku tidak pernah menggunakan sebarang telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi sepertimana BlackBerry Torch ini, namun dengan kesempatan menyertai program Maxis10 Reviewers Programme ini telah memberikan aku pengalaman baru. Semua artikel-artikel yang telah aku tulis sebelum ini adalah dari pengalaman aku sendiri, tiada bayaran atau sogokan yang diberikan untuk aku menulis semua itu. Aku menulis terus dari apa yang telah aku alami bersama dengan si hitam manis ini.

Ini merupakan artikel terakhir untuk program ulasan telefon BlackBerry Torch 9800 ini, aku telah menyediakan satu grafik berinfo untuk tatapan semua. Semoga segala yang aku kongsikan sepanjang program ini akan memberikan panduan yang berfaedah kepada pengguna-pengguna BlackBerry Torch atau mereka-mereka yang bercadang untuk membeli telefon ini. Secara keseluruhan, aku memang sangat berpuas hati dengan prestasi si hitam manis ini. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, tetapi kelebihan, kelembutan, sensitivitinya sememangnya telah memikat hatiku ini. Namun tempoh untuk membuat ulasan telah pun tamat, segalanya akan menjadi kenangan yang terindah bersama-samanya.

Jika anda terlepas artikel-artikel sebelum ini, anda bolehlah klik pada grafik di atas untuk senarai artikel-artikel terdahulu. Terima kasih sekali lagi kepada Maxis kerana memilih aku sebagai salah seorang pengulas untuk BlackBerry Torch kali ini. Peluang yang diberikan aku sangat hargai, memberikan aku pengalaman yang menarik sepanjang dua minggu ini.


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
29 October 2010 19:46
6 komen

Majlis pelancaran Blackberry Torch #Maxis10

Majlis pelancaran Blackberry Torch #Maxis10

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua,


semalam aku menghabiskan seharian di atas jalanraya, perjalanan yang pada asalnya dirancang untuk dimulakan selepas subuh, telah tertangguh sehingga pukul 9.30 pagi. Menikmati hidangan pagi bersama ibunda tercinta terlebih dahulu, terlalu leka sehingga rancangan berubah dengan sendirinya, tiada apa yang ingin dikejarkan kecuali isteriku perlu memantau anak muridnya pada malam hari. Perjalanan berjalan lancar sehingga melepasi kuala krai, apabila hujan turun dengan agak lebat, dan menyebabkan jalan agak sesak. Aku ke kuala lumpur untuk menguruskan masalah motorsikal aku yang berada di bengkel, selain pulang ke kampung untuk melihat ibunda, dan juga untuk menghadiri majlis pelancaran Blackberry Torch, kerana telah dijemput oleh Maxis untuk memeriahkan majlis anjuran RIM itu.

Peserta program Maxis10 BlackBerry Torch

Mungkin ada yang telah tahu, dan ada juga yang tidak, aku telah terpilih untuk menjadi salah seorang daripada 10 peserta #maxis10 untuk mencuba dan menulis review mengenai telefon Blackberry Torch ini. Aku berasa seronok kerana buat pertama kalinya menghadiri majlis pelancaran seperti ini, terima kasih ingin aku ucapkan kepada Maxis kerana memilih aku sebagai salah seorang peserta untuk program #maxis10 ini. Aku tiba agak lewat disebabkan tersangkut di dalam kesesakan jalanraya di tengah kota kuala lumpur. Setibanya aku di dewan, ucapan telahpun berakhir, dan kemudian persembahan untuk pelancaran telah dimulakan, aku kagum melihat kebolehan seorang gadis yang membuat persembahan dengan tangannya, memang menyeronokkan.

@Aprilyim telah menyambut kedatangan aku, dan memperkenalkan kepada peserta #maxis10 lain yang turut hadir pada majlis itu. Aku jumpa berkesempatan untuk bersua muka dengan @amanfirdaus buat pertama kalinya, setelah sekian lama berkenalan di alam maya ini. @shamhardy juga hadir sebagai salah seorang peserta #maxis10. Memetik komen dari @shamhardy, majlis pelancaran Blackberry Torch ini jauh lebih baik daripada pelancaran iPhone 4 tempoh hari, disebabkan tetamu yang hadir tidak terlalu ramai, dan tidak terlalu sesak sepertimana semasa pelancaran iPhone 4 tempoh hari. Aku tak berkesempatan untuk pergi ke pelancaran iPhone 4 tempoh hari disebabkan faktor-faktor kehidupan yang tidak mengizinkan.

Aku tak sempat nak upload gambar yang telah diambil, anda bolehlah melihat gambar-gambar yang telah diambil oleh @shamhardy di blog nya Dari Malam Majlis #Maxis10 Blackberry Torch. Di bawah ini adalah senarai peserta #maxis10 blackberry torch, anda bolehlah melawat blog mereka untuk update mengenai BlackBerry Torch pada minggu-minggu mendatang, aku juga akan menulis mengenai telefon ini. :)

Raracandyfloss – YnnLunia – Sham Hardy – Jason Lioh – Lightyoruichi – Jamie Chin – Jenkin Yat – Eizil – Bryan Lim – Xiangcool

Terima kasih sekali lagi kepada Maxis kerana memberi peluang untuk aku menyertai program ini, dan mencuba telefon BlackBerry, sehingga kini, aku tidak pernah lagi menggunakan telefon BlackBerry, ini adalah peluang yang menarik untuk aku berpeluang mencuba telefon ini pula. :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
03 October 2010 04:35
16 komen

Dari tinta hitam…

Dari tinta hitam…

Assalamualaikum dan selamat malam,

harini sibuk dengan pelbagai perkara, perjalanan pulang ke kampung alhamdulillah berjalan lancar, tiada perkara yang tidak diingini berlaku, dan mata ini juga segar bugar sepanjang perjalanan. Petang tadi pergi ke sungai serdang sekali lagi, membawa emak gi membeli ikan, semuanya segar bugar. Dan malam pula pergi ke majlis pelancaran Blackberry Torch, aku akan menulis artikel penuh mengenai majlis tersebut pada hari esok insyaALLAH.

Entri kali ini adalah untuk Contest contengan paling kreatif oleh bro Muhammad Tarmizi, walaupun sebenarnya dah melepasi tempoh pertandingan, namun kelonggaran diberikan atas budi baik bro Tarmizi kita, terima kasih diucapkan. Coretan ini telah dibuat semalam lagi, tetapi ada masalah semasa ingin memuat naik gambar dari telefon ke komputer.

Itulah coretan dari aku, hehehe… ngengada tul aku ni, dah tamat kontest pun dok nak hantar gak entri. Terima kasih kepada penganjur, semoga akan terpilih sebagai pemenang… heheheh

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
02 October 2010 01:17
15 komen