Logitech V120 Laser Mouse

Logitech V120 Laser Mouse

Assalamualaikum dan selamat memula hari pertama tahun 2011,

Malam tadi, semasa aku pergi ke KB Mall membawa emakku bersiar-siar, jalan sesak dengan kereta beratur untuk masuk ke parking, dan suasana didalam pasaraya begitu sesak dengan orang ramai, mungkin semua mengambil peluang untuk membawa keluarga untuk berjalan-jalan di pasaraya tersebut. Semasa melihat-lihat barangan di kedai komputer, isteriku telah ternampak tetikus idamannya, tempoh hari ingin membeli di Tesco, tetapi telah kehabisan stok, dan beliau telah membeli Logitech V120 Laser Mouse ini, namun disebabkan tetikus aku juga sudah “batuk2″ atas sebab usianya yang dah tua, aku menawarkan dia untuk membeli tetikus idamannya itu, dan aku akan mengambil Logitech V120 ini. Sememangnya persetujuan diterima tanpa perlu berbincang lama, aku pun mendapat tetikus baru untuk digunakan membuat kerja.


Aku ingin kongsi sedikit sebanyak kelebihan dan kekurangan tetikus V120 ini, mari sama-sama kita lihat apa kelebihan tetikus ini terlebih dahulu. Antara kelebihan utama adalah saiznya yang tidak terlalu besar, walaupun agak kekok pada awalnya untuk aku gunakan, kerana Razer krait aku lebih besar sesuai dengan tangan aku yang gabak ni, namun setelah menggunakan beberapa ketika, anda akan dapat membiasakan diri, terutama untuk mereka yang bertangan seperti aku. Kelebihan saiz yang kecil ini adalah mudah untuk diselitkan di dalam beg laptop atau beg yang kita gunakan untuk membawa laptop ke mana-mana. Selain itu, fungsi cord wrap yang terdapat pada tetikus ini memudahkan aku untuk menggulung wayar di sekeliling tetikus ini, dan terdapat tempat untuk menutup permukaan laser dengan menggunakan kepada usb tetikus ini. Fungsi yang amat menyenangkan.

Sama seperti Razer Krait aku, tetikus ini juga menggunakan fungsi laser untuk memudahkan segala kerja dilakukan, setakat ini tetikus ini meluncur laju di atas Razer Mantis yang sudah dimakan usia juga ini. Permukaan yang tidak terlalu licin juga menyebabkan seronok jari-jemari untuk menekan butang kekunci dan sebagainya. Scroll wheel pada tetikus ini juga tidak masalah, ianya cukup selesa untuk skrol ke atas atau ke bawah pada mana-mana bahagian pada skrin ini.

Namun begitu, disebalik kelebihan tetikus ini, terdapat juga kekurangan yang perlu aku kongsikan, wayarnya agak pendek jika ingin digunakan pada jarak yang jauh (skrin meja kerja aku agak jauh dari kedudukan laptop berada) dan anda mungkin memerlukan usb hub yang lebih panjang. Aku menggunakan usb hub sepanjang 1 meter untuk mengatasi masalah ini, tujuan wayar tetikus Logitech ini dibuat pendek adalah untuk memudahkan proses penyimpanan wayar tersebut, iaitu dengan melilit di sekeliling tetikus. Selain itu, seperti yang aku katakan tadi saiznya yang kecil memberi kelebihan untuk ruang simpanan, tetapi ianya memberikan kelemahan kepada pengguna-pengguna yang bertangan lebih besar, kerana anda akan merasakan seperti tetikus ini terlalu kecil untuk ditekan. Sememangnya kurang sesuai digunakan untuk bermain permainan video dan sebagainya.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai tetikus ini, jika anda seorang yang gemar untuk bermain permainan video, tetikus bukanlah untuk anda, tetapi jika anda seorang yang sering bergerak atau seorang yang sering menggunakan #mobileoffice, tetikus ini mungkin pilihan anda, kerana cara ianya disimpan membolehkan anda mempunyai beg yang kemas, dan tiada kerosakan pada laser tetikus tersebut kerana dilindungi oleh kepala usb. Selamat hujung minggu semua.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
01 January 2011 17:49
20 komen