Malaysiaku Gemilang???

Malaysiaku Gemilang???

hehehe…. aku skang ni kat mesia… dah lama tak balek… pastu susah laks aku nak online, nak cari cc pun macam susah jer sebab macam tak banyak jer cc yang ada… byk laks yang dah tutup… isk isk isk.. nak buat keje pun jadi susah, banyak benda yang nak kena kemaskan tapi macam kepayahan jer…


so ni pun aku macam takder banyak sangat masa nak tulis… selamat semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
04 September 2007 04:37
2 komen

Wikipedia: Projek kemaskini wikipedia bahasa melayu.

Wikipedia: Projek kemaskini wikipedia bahasa melayu.

wikipedia.jpg


Ni antara kegiatan yang aku akan buat dan memang sedang buat skangni. Lebih kurang dengan projek e-book untuk topik² yang lebih komplikated yang baru bermula dengan projek simulasi Matlab. Buat masa ini aku tgh cuba menambah artikel-artikel bahasa melayu di Wikipedia Malaysia untuk membolehkan lebih banyak info dan perkara di pelajari dan diperolehi di situ.

Artikel-artikel yang tersenarai untuk di tulis di wikipedia ini buat masa ini lebih kepada perkara-perkara berkaitan komputer. Antara artikel yang aku baru mula tulis walaupun belum habis tulis lagi adalah artikel mengenai Catia. Tempoh hari aku baru sempat tulis sampai sejarah sket jer. Mungkin sesiapa yang berminat boleh menyambung artikel tersebut sebelum aku menyambungnya kemudian. Sebab buat masa ni ada beberapa artikel lain yang perlu di dahulukan sebelum aku terlupa apa yang aku nak tulis.

Kepada semua blogger² atau webmaster² di luar sana, aku harap bolehlah menyumbang kepada wikipedia malaysia ini supaya mempunyai artikel² yang berguna untuk semua pihak. Masih terlalu kurang artikel yang terdapat di dalam bahasa Melayu di wikipedia.org. Marilah sama-sama kita menyumbang kepada projek yang sememangnya telah lama berjalan dan terus berkembang untuk memberikan info dan ilmu dengan cara perkongsian yang sangat sihat.

 

Tags: , , , , , ,

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
18 July 2007 20:54
24 komen

movie: Sumolah (2007)

movie: Sumolah (2007)

317619677_62a5970b0d.jpg

Sumolah antara cerita melayu yang hampir dua bulan berada di pasaran. Aku tak menaruh harapan tinggi untuk cerita ni, sebabkan banyak kehampaan untuk beberapa cerita melayu sebelum ini. So aku pun tgk aa cerita ni, macam biasa sebabkan lokasi aku ni yang jauh dari tanahair, aku download jer cerita ni… bukan sengaja tak nak support industri filem negara, tapi kat panggung wayang kat sini, takder yang siarkan cerita melayu… cerita english pun susah… inikan plaks cerita lain kan…

Okay cukup aa mengarut pasal benda tak penting tu, so filem sumolah ini mengisahkan mengenai seorang pemuda yang gemuk dan telah kehilangan kerjanya disebabkan motornya di tarik semasa hendak menghantar organ penting ke klinik tempat dia bekerja. Selepas itu, beliau telah merayau-rayau dan kelaparan dimana beliau telah singgah ke sebuah gerai makanan, dan di situ beliau telah diperhatikan oleh sekumpulan orang dari kedai sushi berdekatan. Pemuda ini yang sedang kelaparan telah dipancing untuk memasuki kedai yang sedang membuat promosi untuk menghabiskan 20 pinggan sushi dalam masa 1 minit.

Pemuda ini yang sedang kelaparan sangat gembira kerana boleh mendapat makanan free dan telah memakan sushi tersebut dengan lajunya sehingga ke pinggan yang ke 20… di mana beliau telah di kenakan oleh pekerja tersebut dengan meletakkan wasabi secara berlebihan di atas sushi tersebut dan menyebabkan pemuda itu kepedasan dan pengsan… Kisah ini bermula setelah pemuda itu sedar dan dikenakan bayaran yang tinggi di atas sushi² yang telah dimakannya kerana tidak dapat menghabiskan dalam masa 1minit.

Disebabkan pemuda itu tidak dapat membayar, pemuda itu telah ditawarkan untuk bekerja di situ, walaupun tujuan sebenar adalah bukan untuk menyuruh pemuda itu bekerja di situ, tetapi untuk melengkapkan pasukan sumo kedai tersebut untuk pertandingan yang akan berlangsung kelak. Suatu hari, pemuda itu telah di bawa oleh rakan sekerjanya atau lebih tepat rakan sepasukannya ke pusat latihan sumo, pemuda itu terkejut dan telah dikalahkan dengan teruknya di pusat latihan tersebut. Selepas itu beliau telah lari dari pusat latihan itu dan pulang ke rumah.

Selepas kejadian itu, bermulalah kegiatan sukan baru untuk pemuda itu, selepas di pujuk dan dinasihatkan, beliau telah menyertai pasukan sumo kedai sushinya dan berlatih bersama-sama. Terdapat beberapa kisah dan tragedi yang berlaku selepas itu… saksikan sendiri di pawagam berdekatan.


Komen: aku rasa senang aa tgk cerita ni, walaupun cerita pasal sumo, tetapi banyak gak informasi yang aku dapat pasal sumo dengan menonton cerita ni semata-mata. Cerita yang menarik, tiada lawak keterlaluan yang cuba diketengahkan, semua adalah lebih bersahaja. Cerita seperti kehidupan sehari-hari seorang pekerja yang dilakonkan semula. Dan berkenaan sumo. Mungkin bukanlah sukan yang terkenal di Malaysia, namun idea yang cuba diketengahkan menarik perhatian. Jalan cerita juga mudah dan tidak membebankan. Tiada perwatakan semula dari filem² terdahulu. Memang cerita yang menarik untuk ditonton.

So aku berpuas hati aa menonton cerita Sumolah ini, tidak sehampa yang aku jangkakan pada awal² sebelum aku menonton. Dan watak kodok dalam filem ini semestinya berkait rapat dengan bro Afdlin kita yang sememangnya suka dengan kodok. Lama dah tak lepak dalam kolam kodok… :) selamat semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
11 July 2007 06:26
6 komen

PHP-Nuke Malaysia Versi Web Standard

PHP-Nuke Malaysia Versi Web Standard

phpnuke-mws

Shout out kepada semua designer² atau programmer Malaysia yang berminat untuk menyertai Projek kemaskini PHP-Nuke untuk menjadikan PHP-Nuke ni lebih tersusun aturan theme dan coding dia… Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menyertai perbincangan tersebut di “Projek PHP-NUKE Malaysia codename MWS

Projek ini adalah untuk menjadikan PHP-Nuke antara cms yang menepati piawaian web standard. Antara benda yang akan di lakukan adalah seperti kemaskini struktur theme PHP-Nuke, kemaskini susun atur di module, kemaskini code² yang dirasakan perlu, dan beberapa perkara lagi yang masih di dalam perbincangan. PHP-Nuke MWS ini akan dijadikan versi keluaran pertama dari Malaysia yang akan meliputi penggunaan bahasa Malaysia juga di dalam pengurusannya selain bahasa² lain yang memang sudah terdapat di dalamnya.

Sekali lagi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Projek ini, sila ke Projek PHP-NUKE Malaysia codename MWS untuk menyertai perbincangan yang sedang berjalan. Harap maklum…. Jom semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
23 June 2007 07:47
0 komen

Filem kita:Indah khabar dari rupa?

Filem kita:Indah khabar dari rupa?

film.jpg

Dua hari lepas aku balek bandar lama aku sebab nak settlekan pasal contract baru telefon, so malam tu aku lepak aa umah member aku. Kitorang dok layan cerita yang digembar-gemburkan sebagai cam best aa kot… takut bla bla bla… mesti ramai jer yg dah tgk kot cerita “Jangan Pandang Belakang“. Filem yang telah memecahkan rekod kutipan yang dipegang oleh filem Sembilu 2 sebelum ini.

Mungkin secara dasarnya, nampak hebat aaa cerita ni, aku macam kagum gak aa… yer aa… kutipan sampai macam tu sekali, so aku pun tgk aa dengan rasa takut awal² nak tgk cerita yang kekonon seram ni kan. Intro filem ni macam meyakinkan gak aa… dengan dia nyer keseraman tu, tapi makin lama aku tonton, aku rasa macam… hurmmm… yer ke ni cerita seram erk ? Aku tatau aa aku nyer selera yang dah berubah ke atau memang orang malaysia yang dah berubah citarasa? tak kesah aa tu…

Tapi ini bukan satu jer filem melayu yang aku hampa dengan gembar gembur media atau orang-orang filem, banyak lagi filem yang aku rasa macam… Orang dok cerita sana sini, “filem ni bagus woo… aku gi tgk wayang sampai 3-4 kali, tak membazir”. Ayat² macam tu macam sangat meyakinkan aa… tapi bila aku tgk… kekadang nak abeskan cerita tu pun susah… huhuhuhu… bukan sbb apa… kekadang jalan cerita terlalu lembap, watak yang terlalu stereotaip… dan konsep yang dah lerh di bayangkan…

Tapi dah jadi kebiasaan untuk pengusaha² filem kat Mesia, kalau satu filem tu lerh jual, dia akan buat 2-3 filem dengan konsep yang sama, jalan cerita yang lebih kurang sama, watak yang kekononnya kesinambungan daripada filem sebelum tu… hurmm… kenapa mesti macam tu erk? kenapa tak buat filem lain yang boleh dijual gak? kenapa mesti kira jadikan satu filem yang dah berjaya tu sebagai modal kita untuk beberapa filem lagi? Mungkin dah jadi lumrah aa kot…

Betul aa… buat filem untuk mencari mata pencarian, so dah filem tu lerh jual, buat aa lagi filem macam tu… cuma kekadang aku rasa macam sayang jer, sebab bakat tu ada, idea tu melambak, tapi takut nak cuba lagi benda baru, sebab nanti kang taklerh jual… susah laks… cukup aa buat benda baru yang satu jer… at least yang ni lerh jual… ntah aa…

ni sekadar pendapat peribadi aku jer… sebab dah 4-5 filem kebelakangan ini dalam masa 8 bulan atau setahun kebelakangan ni yang sekadar Indah khabar dari rupa… Review filem semua cakap best, sangat bagus, itu ini… tapi sebenarnya… takder aa sehebat mana pun… ntah aa… aku dah malas nak baca pandangan/review filem² melayu skang ni… sebab macam byk yang tak tepat dan terlalu berat sebelah sebab penulis tu kebiasaannya adalah peminat pengarah tu ke pelakon tu ke… atau sebagainya…

tapi tadapat aa nak nafikan, ada gak filem melayu yg berkualiti… yang takder aa stereotaip jer watak dia… 3-4 filem… itu aa gak nama yang diguna… :P

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
14 June 2007 05:47
3 komen

PHPNuke Malaysia…

PHPNuke Malaysia…

logo-phpnuke-mesia

Dah lama aku join komuniti PHPNuke Malaysia ni, sejak aku mula berjinak-jinak ngan bidang pembinaan website ni. Komuniti yang telah memberi aku pengalaman untuk membina sebuah laman web, bermula dengan awekonline.net yang aku dah tutup dah pun sebab takder masa nak uruskan dah skang ni. Aku berkembang dengan beberapa lagi laman web lain yang aku malas nak senaraikan semua, antaranya eizil.com ini sendiri.

Komuniti PHP-Nuke ini adalah hasil usaha dan pembangunan saudara neotech kita yang telah membina laman web tersebut untuk komuniti phpnuke di malaysia. sejak Mei 2004 aku join kat sana, skang ni dah 2007, lama gak aa rupanya aku dah join komuniti ni, antara komuniti yang paling lama aku join selepas komuniti bincang.net

So kepada sesaper yang nak belajar pasal PHP-Nuke khususnya dan belajar pasal pembinaan laman web secara umumnya, jomlaa kita gi ke laman web PHP-Nuke Malaysia ni erk… yok yok…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 June 2007 21:22
0 komen

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di malaysia atau di mana jua anda berada, kepada anak-anak tu, jangan aa lupa jasa ibu kita ni yer… isk isk isk… hehehe… selamat²…

Hari-ibu

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
13 May 2007 12:17
2 komen

Takziah kepada Keluarga Pakcik aku…

Takziah kepada Keluarga Pakcik aku…

471 Masjid Wilayah Persekutuan

Harini, aku tgh tido tadi, pukul 2 pagi waktu sini mak aku misscall, aku tak perasan mak aku misscall, tapi kul 3:50 pagi aku terjaga, aku tgk ada misscall… so aku call mak aku sebab macam pelik kenapa dia misscall aku pepagi, biasanya dia tak pernah nak misscall pepagi ni.

So mak aku bitau aku, pakcik aku ataupun aku panggil Ucu, meninggal dunia pada kira² jam 6.30 pagi waktu Malaysia. Time aku tulis entri ni, orang² kat umah tgh sebuk menguruskan jenazah. Aku tak dapat nak pergi menziarah sebab aku kat sini lagi.

Takziah kepada keluarga pakcik aku, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada kengkawan semua, sedekahkan al-fatihah kepada arwah pakcik aku erk. Mekasih. wassalam…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 April 2007 03:32
0 komen

Speedtest Dot Net

Speedtest Dot Net

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Benda yang biasa kita ceritakan seharian, kelajuan internet kita saban hari… memacam kita buat, pasang tu pasang ni, tapi still gak tatau kelajuan sebenar. So speedtest ni adalah antara site untuk test speed paling luas aa dia nyer test server dia. Dia ada banyak server untuk kita test internet connection kita.

Biasanya website yang bagi kita untuk test speed, akan mempunyai satu ada dua server utama sahaja. So kalau server kat USA, tapi kita dok kat malaysia, keputusan speed test kita tu dah tak berapa tepat aa… sebab jauh sangat. Tapi kat speedtest ni kita lerh pilih server berdekatan dengan tempat kita duduk. Dan dorang pun ada bagi cadangan server yang paling sesuai untuk kita pilih untuk test speed internet connection kita.

So selamat aa mencuba… sila click gambar kat bawah ni… ;)

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
08 April 2007 08:47
2 komen