Kaligrafi Kufi

Kaligrafi Kufi

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

tempoh hari aku berpeluang menonton video mengenai bagaimana kaligrafi kufi ataupun kufic ini dibuat, video tersebut telah dirakam oleh abang @tekong kita. Selepas menonton video tersebut, aku terpanggil untuk mencuba hasil seni ini, beberapa cubaan untuk menulis nama aku dalam kaligrafi kufi ini telah dilakukan. Namun begitu, setelah beberapa kali cubaan, masih banyak kesilapan yang aku lakukan, aku meminta bantuan daripada @tekong untuk buatkan satu kaligrafi kufi ni untuk aku, dan hasilnya adalah seperti di bawah.


Ini adalah nama penuh aku iaitu Mohd Hadihaizil, cantik bukan? Sedikit petikan daripada wikipedia mengenai kufic ini,

Kufic is the oldest calligraphic form of the various Arabic scripts and consists of a modified form of the old Nabataean script. Its name is derived from the city of Kufa, Iraq. although it was known in Mesopotamia at least a 100 years before the foundation of Kufa. At the time of the emergence of Islam, this type of script was already in use in various parts of the Arabian Peninsula. It was in this script that the first copies of the Qur’an were written.

kepada yang ingin belajar mengenai kaligrafi ini, bolehlah merujuk kepada beberapa laman web berikut

atau mungkin boleh bertanya sendiri daripada abang @tekong kita melalui twitter. Jangan lupa untuk follow @kuficamp untuk berita-berita mengenai kaligrafi. :) Entri ringkas ini untuk tatapan semua yang mungkin berminat untuk menceburi seni kaligrafi kufi ini. Jika anda mempunyai hasil kufi anda, apakata kongsikan di ruangan komen.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
18 April 2011 00:08
29 komen