PHP, Laman web dan komuniti

Sejak dua menjak ni aku kembali aktif dengan beberapa projek. Ada projek yang aku buat suka-suka, ada gak yang aku buat projek untuk benda yang bebetul. Dah lama aku tak buat programming sebelum ni sebab sibuk dengan benda lain. Tapi skang ni pun memang sibuk gak lagi, tapi rasa macam nak bergiat aktif balek dalam dunia pengaturcaraan ini.
Tak lama lagi aku akan lancarkan sebuah laman web versi Beta. Sebab nama pun Beta, so web tu baru jer develop. Tak cukup matang lagi, kepada sesiapa yang ingin menjadi antara yang terawal menggunakan laman web tersebut, bolehlah reply kat topik ini untuk mendapatkan invitation. Kalau takder yang berminat pun takper jer… aku buat web tu sekadar untuk seronok-seronok jer…
Dah lama aku tutup laman komuniti aku dulu, bertahun gak awekonline.net yang merupakan laman komuniti pertama aku. Kadang-kadang tu rindu gak nak berkomuniti balek. Tapi takper aaa, join komuniti orang lain cukup aa kan… hehehe… Skang ni pun makin banyak bercambah komuniti-komuniti baru. Tapi kebanyakannya membawa agenda atau resepi yang sama. Mungkin para webmaster yang ingin memulakan komuniti perlu keluar dari resepi biasa ini dan buat komuniti-komuniti yang membawa agenda yang berlainan.
Masih terlalu banyak topik yang masih kekurangan komuniti perbincangan. Ramai yang perlu ambil peluang ini untuk memajukan diri, rakan-rakan dan individu-individu lain yang berkeliaran di alam maya ini. Bidang-bidang seperti pendidikan, sukan, pertanian, kejuruteraan, kesihatan, perubatan, agama dan banyak lagi bidang-bidang lain yang boleh di perkembangkan. Tak perlu aa membuka laman-laman Warez, MP3, Hiburan yang dah melambak-lambak di alam maya ni. Banyak yang timbul hanya sebentar kemudian kembali pupus, kerana lambakan web yang lain, yang mempunyai inti pati yang sama.
Aku buat masa ni takder masa nak pantau komuniti sendiri, tapi kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan, untuk membangunkan komuniti baru, dalam bidang-bidang yang masih belum ada di Malaysia, bolehlah beritahu aku…
kalau menarik aku akan join untuk membantu membangunkan.
Okay laa… aku nak sambung buat system… selamat semua.







