muhasabah: Sejauh mana bulan Ramadhan memberi kesan kepada diri kita

muhasabah: Sejauh mana bulan Ramadhan memberi kesan kepada diri kita

Assalamualaikum dan selamat petang,

sudah masuk hari kelima kita melalui bulan yang mulia ini dengan aktviti berpuasa, bermakna pasti sudah banyak perkara yang kita lakukan yang telah memberi pelbagai kesan negatif dan positif dalam kehidupan. Seperti ramai yang sedia maklum, pada bulan ini, para syaitan dikurung untuk membolehkan kita melalui bulan ini tanpa hasutan jahat daripada mereka. Jadi ini adalah bulan terbaik untuk kita menilai diri kita seadanya, tiada alasan lagi kita dihasut oleh syaitan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah. Mari sama-sama kita nilai apa yang telah kita lakukan dalam beberapa hari dalam bulan mulia ini.

Kewangan

Antara perkara yang paling mudah untuk diukur, adalah kewangan kita, jika sebelum ini kita berbelanja RM20 sehari untuk menjamu selera, berapakah belanja sehari kita dalam bulan ramadhan ini? Sekiranya perbelanjaan untuk menjamu selera (tidak termasuk membuat majlis berbuka puasa atau menjamu orang lain) bertambah, maksudnya kita telah membenarkan diri kita untuk melakukan sesuatu yang tidak berfaedah. Sepatutnya kita boleh berjimat kerana seharian tidak perlu membeli makanan, tetapi kita berlebih-lebihan pula sewaktu membeli juadah berbuka puasa. Ini semua kerana kita tidak mempunyai kawalan kendiri yang baik, terlalu terikut-ikut dengan nafsu untuk membeli.

Kesihatan

Walaupun mungkin terlalu awal untuk menilai, namun anda pasti boleh membandingkan tahap kesihatan anda sebelum dan selepas memasuki bulan mulia ini. Seringkali kita diberitahu, bulan ini digunakan oleh badan kita untuk memperbaiki sistem penghadaman yang telah bekerje keras selama 11 bulan, dan dalam sebulan ini, disebabkan berpuasa, sistem tersebut dapat diperbaiki secara semulajadi kerana tidak perlu menghadam apa2 makanan di siang hari. Malangnya, jika kita mengikut nafsu membeli makanan dan minuman yang banyak untuk dijamu semasa berbuka puasa, anda rasa adalah baik pulih yang sepatutnya berlaku itu akan berjaya? Bahkan mungkin sistem penghadaman kita perlu bekerja lebih keras lagi kerana kita makan dalam kuantiti yang lebih banyak dari sebelum ini.

Lazimnya di bulan puasa ini, banyak kegiatan riadah atau perkara yang menggunakan tenaga tinggi akan dikurangkan atau tidak ditinggalkan terus, tetapi jika kita makan dalam kuantiti yang lebih banyak di malam hari, pasti kesan yang tidak baik yang akan kita terima. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita seringkali membaca atau mendengar perkhabaran mengenai ramai individu yang berat badan mereka bertambah semasa berpuasa di bulan ramadhan. Ini semua hasil pengurusan pemakanan yang tidak baik, kita terlalu mengikut nafsu dan tidak mengawal diri sendiri. Dalam hal ini, kita hanya mampu menyalahkan diri sendiri. Aku pernah berkongsi cara pemakanan semasa bulan puasa yang mungkin boleh dijadikan rujukan.

Aktiviti seharian

Walaupun bulan puasa, tidak bermakna kita akan berhenti daripada melakukan semua aktiviti harian yang biasa kita lakukan. Namun bezanya adalah, kali ini kita memang adalah diri kita sendiri, tanpa pengaruh syaitan tadi, sekiranya kita masih melakukan perkara-perkara yang tidak baik, mencaci cerca dalam pertuturan dan penulisan, mengherdik tak tentu pasal, tidak dapat mengawal perasaan marah, seringkali mengata mengenai keburukan orang lain, menghina dan memandang rendah kepada orang lain dan pelbagai lagi perkara-perkara buruk yang mungkin kita lakukan. Jadi jelaslah selama ini, diri kita memang bermasalah kerana mempunyai sifat sebegini. Bahkan secara jelas, kita telah memudahkan tugas para syaitan untuk menghasut, kerana tanpa hasutan pun kita sudah melakukan perkara tersebut.

Oleh yang demikian, dalam bulan yang mulia ini, sama-samalah kita muhasabah diri semula mengenai apa yang telah kita lakukan. Sekiranya ada yang tidak elok, kita perbaiki, jika kita ada membuat salah dengan orang lain, mohonlah kemaafan sekarang, jangan kita tunggu hari raya pula, kerana ajal maut di tangan tuhan, tiada kepastian kita akan bertemu hari raya tahun ini.

Amal ibadat

Di bulan ramadhan ini juga, banyak peluang untuk kita melakukan amal kebaikan, bersedekah pabila ada kesempatan, bersolat tarawikh di malam hari, membaca al quran dan pelbagai lagi amal ibadat yang boleh kita kerjakan. Sekiranya kita berjaya melakukan semua, syukur alhamdulillah, namun dalam masa yang sama, jika kita seringkali mengwar-warkan ibadat yang kita lakukan, dan terdetik sedikit perasaan riak atau mahu menunjuk-nunjuk, alangkah rugi perbuatan yang baik, tetapi diiringi dengan niat yang tidak baik. Biarlah orang lain tidak mengetahui apa yang kita kerjakan atau lakukan, tidak salah untuk berpesan-pesan, tetapi tidak perlu menunjuk-nunjuk. Semoga semua amalan kita akan diterima olehNya.

Rumusan

Sekiranya dalam beberapa hari kita melakukan ibadat puasa dalam bulan yang mulia ini, kita telah menerima kesan-kesan yang positif, syukur Alhamdulillah, beruntunglah kita kerana berada dalam bulan yang mulia ini. Namun sekiranya setakat ini, banyak kesan negatif yang kita terima, berusahalah untuk kita mengubahnya, kerana pastinya masih belum terlalu lambat untuk kita berubah dan menjadikan bulan ramadhan ini sesuatu yang mendatangkan faedah kepada kita, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.

Jika ada tersalah penulisan, aku mohon maaf, yang baik tu ambillah untuk dijadikan pedoman, yang tidak baik tu kita hindari sedaya mungkin. Selamat menjalani ibadat puasa aku ucapkan.


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
25 July 2012 13:40
6 komen

kesihatan: Air minuman

kesihatan: Air minuman

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

sudah beberapa hari tidak menulis di sini, kerana kesihatan yang tidak mengizinkan aku untuk mengadap skrin komputer ini lama-lama, petang ni kesihatan sudah bertambah baik, cuma ada batuk kecil dan masih selesema sedikit, di harap esok hari akan kembali seperti sedia kala. Kebelakangan ini, cuaca tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas, dengan angin yang kuat, membuatkan badan kadangkala tidak mampu untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Antara perkara yang perlu kita ambil berat apabila cuaca panas, pastikan mengambil air minuman secukupnya, untuk memastikan apabila badan kita terdehidrasi, semua cecair yang diperlukan itu akan diganti dengan air minuman tersebut.


Namun begitu, kali ini aku ingin berkongsi mengenai kualiti atau tahap kebersihan air minuman kita. Sejauh mana kita mengambil berat mengenai kebersihan air minuman di rumah kita? Adakah air minuman itu cukup bersih untuk diminum oleh kita? Semua persoalan ini adalah bergantung kepada persepsi setiap individu, aku sekadar menulis dari pengalaman hidup seharian aku menggunakan air untuk dijadikan bahan minuman. Harap tiada yang salah anggap dengan apa yang aku ingin kongsikan di sini. Aku mula mengambil berat dengan sumber bekalan air aku sejak aku berpindah ke Kota Bharu, Kelantan. Sejak aku berada di sini, sumber bekalan air di sini lebih kotor jika dibandingkan sewaktu aku tinggal di Bukit Rotan, bukan tujuan untuk menghina atau sebagainya, tetapi ini adalah hakikat yang terpaksa diterima.

Bekalan air yang diterima pada pili air di rumah kadangkala kelihatan kekuningan seperti mengandungi kandungan bendasing yang agak banyak, dan kadangkala, rasa air tersebut juga agak lain dari sumber bekalan air yang aku pernah guna di kawasan lain. Disebabkan kerisauan bekalan air itu mungkin mengandungi kandungan yang tidak bagus untuk kesihatan dalam jangka masa panjang, aku menggunakan filter air yang dihadiahkan oleh akak aku semperna perkahwinan aku tempoh hari. Sudah beberapa kali aku mencuci filter air tersebut sepanjang setahun aku tinggal di sini, dan sebentar tadi, sekali lagi aku mencuci filter tersebut, anda boleh melihat contoh kotoran yang melekat pada filter tersebut dalam gambar di bawah.

Kotoran yang tebal menyebabkan filter berwarna putih bertukar menjadi warna cokelat

Sekarang ini, terdapat banyak cara untuk kita mendapatkan sumber air yang bersih untuk dijadikan minuman seharian. Salah satu caranya adalah dengan membeli filter air yang boleh di pasang di pili dapur atau mana-mana bahagian dalam rumah anda, harga filter air ini dari puluhan ringgit hingga ratusan dan ribuan ringgit, anda boleh memilih mengikut kemampuan anda. Selain itu, terdapat banyak mesin-mesin untuk membeli air dengan harga yang murah, iaitu sekitar RM0.20 seliter, anda boleh pergi membeli air yang bersih ini apabila diperlukan. Ada juga bekalan air minuman yang di jual dalam bentuk botol 10 liter di jual di kedai-kedai runcit. Pilihan air minuman di dalam botol 10 liter ini boleh diperolehi dengan mudah di Kelantan, boleh dikatakan hampir semua kedai runcit menyediakan bekalan air seperti ini, mungkin kerana semua sedia maklum dengan kualiti bekalan air mereka di rumah. Atas kesedaran tersebut, ramai peniaga yang menyediakan bekalan air minuman untuk mereka yang memerlukan. Harga air minuman dalam botol ini adalah RM7 iaitu RM2 untuk air minuman + RM5 untuk harga botol, jika anda sudah mempunyai botol, anda hanya perlu membayar RM2 untuk isian semula air tersebut yang menjadikan nilainya RM0.20 seliter juga.

Jika sebelum ini ramai yang kecoh mengenai teh timbang yang digunakan oleh penjual minuman yang mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser, pasti anda juga ingin menjaga sumber air minuman anda, kerana jika mengandungi karat dan sebagainya, bahan ini juga boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda. Semoga kita akan lebih mengambil berat dengan apa yang kita makan dan minum setiap hari demi menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat kita di muka bumi ini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
01 February 2011 17:38
12 komen

Kesihatan: Kurangkan kalori atau kurangkan lemak?

Kesihatan: Kurangkan kalori atau kurangkan lemak?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

malam tadi sekali lagi aku tidak dapat melayari internet. Seawal jam 8.15 malam, talian internet menggunakan Celcom Broadband telah terputus buat sekian kalinya, kali ni aku cuba untuk mengatasi dengan membeli sim kad dari pembekal talian internet yang lain, tapi malang tidak berbau, aku tidak menduga yang mereka akan membuat selenggaraan pada malam semalam juga. Justeru itu, aku tidak dapat mengaktifkan talian internet di pembekal talian yang baru itu. Sememangnya segala yang dirancang terjejas, begitulah kehidupan, kita hanya mampu merancang, dan berusaha ke arah itu, tetapi yang pasti, segalanya ditentukan olehNYA.

Berbalik kepada tajuk kita harini, yang mana lebih baik untuk kesihatan? sama ada kurangkan kalori ataupun kurangkan lemak? Ada sesiapa yang ingin cuba menjawab? Dipersilakan. Sebelum tu, seperti minggu-minggu terdahulu, aku seperti biasa akan berkongsi mengenai Biggest Loser Asia Season 2, semalam merupakan minggu yang ke empat bagi peserta-peserta rancangan ini. Kali ini, pasukan merah menunjukkan taring mereka dengan memenangi cabaran berkumpulan di mana mereka perlu menarik lori “hantu”. Tahniah aku ucapkan, selain itu, peserta Malaysia masih mengekalkan penyertaan, kerana pada minggu ini, peserta yang tersingkir adalah Peachy dari negara Thai. Namun begitu, Shakira menghadapi plato, di mana tiada penurunan berat badan yang diperolehinya, manakala Saw berjaya menurunkan sebanyak 4kg pada minggu ini, tahniah buat Saw dan kepada Shakira, semoga terus berusaha, kerana situasi ini memang akan berlaku pada masa-masa yang tidak dapat kita jangkakan.

Mari kita lihat statistik peserta-peserta dari Malaysia yang masih bertanding untuk minggu ini.
Biggest Loser Asia Season 2 Saw week 4

Biggest Loser Asia Season 2 Shakira week 4

Kembali kepada tajuk asal artikel ni, manakah yang lebih baik? Kurangkan kalori di dalam badan ataupun kurangkan lemak? Mungkin ramai yang menjawab kurangkan lemak ataupun kurangkan kalori. Jika anda menjawab kurangkan kalori, tahniah, jawapan tersebut adalah tepat. Tetapi mengapa begitu? Ini disebabkan badan kita memerlukan lemak yang baik untuk sistem imunisasi badan, jika kita tidak mempunyai lemak langsung, pastinya ia akan memudaratkan badan kita. Lemak boleh diperolehi daripada pelbagai sumber, jika kita mengambil lemak yang baik, ianya akan membantu badan kita untuk menjadi lebih sihat. Mana jika kita mengurangkan pengambilan kalori seharian, ini akan membantu kita untuk menurunkan berat badan ataupun mengekalkan berat badan dengan cara yang sihat. Seperti sebelum ini, aku pernah berkongsi tips mengenai tenaga yang diambil – tenaga yang digunakan = hasil yang kita inginkan (kekalkan berat badan mahupun menurunkan berat badan).


Jadi selepas ini, marilah kita bersama-sama memilih makanan yang sihat untuk kita jamu badan kita sehari-hari. Semoga kehidupan yang sihat akan membolehkan kita melakukan lebih banyak perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Selamat menjalani hidup sihat.

Tips minggu ini: Jika anda ingin menurunkan berat badan, cari kawan atau ahli keluarga yang boleh mendorong kita untuk bersenam dan makan makanan yang sihat, kerana jika persekitaran kita tidak mengamalkan kehidupan yang sihat, kita akan mudah putus asa dan meninggalkan program penurunan berat badan tersebut.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
13 October 2010 08:10
10 komen

The Biggest Loser Asia season 2

The Biggest Loser Asia season 2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

pagini diserikan dengan aktiviti bersama dengan harpic, mencuci tandas dan bilik air apabila semua orang sedang bersiap-siap atau dalam perjalanan ke pejabat atau tempat lain yang ingin dituju. Aktiviti seperti ini semestinya boleh mengeluarkan peluh juga di pagi hari, kira macam ala-ala bersenam juga aa tuh kan. Kehidupan sebagai seorang pengaturcara bebas yang hampir setiap masa dihabiskan di rumah sahaja, memerlukan aku melakukan aktiviti-aktiviti sampingan yang boleh mengeluarkan peluh, jika tidak berpeluh, nanti tak bermaya dan tidak mampu untuk berfikir dengan waras semasa melakukan pengaturcaraan laman web.

Kepada yang meminati rancangan realiti tv yang melibatkan penurunan berat badan ini, pasti telah mengetahui berkenaan rancangan Biggest Loser Asia musim kedua. Rancangan ini telah bermula dengan musim baru pada 2 hari lepas, rancangan yang disiarkan setiap hari Selasa malam, di saluran 702. Musim kali ini melihatkan peserta daripada lima buah negara; Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan juga Hong Kong, China. Terdapat 3 peserta daripada Malaysia, dua peserta perempuan dan seorang peserta lelaki, apa yang menarik, semasa proses pencarian peserta, salah seorang celebriti Malaysia, iaitu Bob Ku2 telah hadir bersama-sama yang lain untuk menyertai rancangan ini, pujian harus diberikan kepada beliau kerana ingin mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Berikut adalah senarai peserta-peserta dari negara kita, Malaysia.
Biggest Loser Asia Season 2 Malaysia Saw Week 1

Biggest Loser Asia Season 2 Malaysia Shakira Week 1

Biggest Loser Asia Season 2 Malaysia Yana Week 1

Biggest Loser Asia Season 2 kali ini diadakan di IOI Resort, Putrajaya, Malaysia. Lokasi yang begitu indah, dengan rumah penginapan yang besar tersergam indah, sememangnya memberi keselesaan kepada semua peserta. Semoga semua peserta pertandingan kali ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melalui kehidupan yang perit itu bersama jurulatih mereka. Minggu pertama melihatkan 2 peserta telah tersingkir dari pertandingan ini, di harap peserta dari Malaysia akan bertahan sehingga ke minggu terakhir.

Tips minggu ini: Jika anda ingin menurunkan berat badan, pastikan anda makan dengan teratur dan kerap, kerana ini akan memberikan badan anda metabolisma yang diperlukan untuk membakar makanan tersebut. Jika anda tidak makan dalam tempoh yang lama, contohnya hanya pagi dan malam, badan anda akan menyimpan makanan tersebut tanpa menggunakannya, kerana ia tidak tahu, bila pula makanan seterusnya akan diperolehi.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
23 September 2010 09:06
14 komen

Colgate sensitive pro relief

Colgate sensitive pro relief

Assalamualaikum dan salam pagi ahad kepada semua,

semalam agak membosankan kerana tiada aktiviti menarik yang dilaksanakan, semoga harini hariku akan lebih menarik. Harini ramai yang telah mula bekerja di Kelantan, dan esok semestinya lebih ramai yang akan memulakan pekerjaan setelah lama bercuti, semoga hari-hari anda diserikan dengan senyuman dan perkara-perkara yang menggembirakan. Aku nak berkongsi mengenai ubat gigi arini, asek menulis perkara yang berat jer sejak dua menjak ni, arini kita ringankan minda dengan tajuk ubat gigi.

Colgate sensitive pro relief

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai ubat gigi ini, seringkali kelihatan semasa ruangan iklan di televisyen tempatan (aku dah lupa aku tgk iklan ni kat saluran berapa). Aku seperti biasa kalau menonton iklan, jarang yang nak percaya, tetapi beberapa minggu sebelum ini, semasa isteriku pergi ke klinik gigi kerana giginya rasa ngilu, doktor telah memberikan ubat gigi ini secara percuma untuk merawati gigi beliau, ternyata kesannya amat baik. Disebabkan doktor itu hanya memberikan tiub kecil sahaja, kemudian kami telah mengambil keputusan untuk membeli tiub yang besar. Gigi geraham bongsu aku sedang tumbuh sedikit demi sedikit, dan kadangkala ianya membuatkan aku rasa tidak selesa, namun begitu selepas penggunaan ubat gigi ini, segalanya berubah.

Aku pernah juga menggunakan ubat-ubat gigi yang lain, tetapi tiada kesan yang ketara seperti selepas menggunakan Colgate Sensitive Pro Relief ini, mungkin memang seperti diiklankan, ianya akan menutupi rongga-rongga di celah gigi untuk mengelakkan rasa yang tidak diingiini. Kepada yang mempunyai gigi sensitif, bolehlah mencuba ubat gigi ini, ianya terbukti berkesan, bukan cerita dongeng yang diiklankan di televisyen.

Sedang berusaha menyiapkan sesuatu yang akan berguna kepada pengguna WordPress self hosted

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
19 September 2010 08:28
12 komen

Teh Hijau – minuman berkhasiat

Teh Hijau – minuman berkhasiat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Sudah beberapa hari aku tidak sempat untuk menulis sebarang artikel di dalam blog ini, walaupun di dalam fikiran, sudah ada beberapa benda yang ingin dikongsikan dalam masa terdekat. Namun apakan daya, masa dan keadaan mencemburui kehidupan dan menyebabkan aku tidak mempunyai masa untuk diluangkan untuk menulis. Harini aku nak kongsi minuman yang menjadi peneman hidup aku sejak beberapa bulan kebelakangan ini, iaitu Teh Hijau. Disebabkan minuman yang unik ini bukanlah popular di kalangan masyarakat kita walaupun begitu banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.

Teh hijau telah diminum sejak berabad-abad lamanya. Penggunaan minuman ini berasal dari negara-negara seperti Jepun atau Cina dan hari ini ianya diambil dalam pelbagai cara.Sememangnya ramai yang tidak menggemari minum teh hijau ini kerana rasanya yang dianggap kurang enak oleh kebanyakan orang. Namun begitu, dalam ketidakenakan minuman tersebut, minuman ini mempunyai banyak khasiat untuk badan kita. Laporan-laporan terkini menunjukkan bahawa minuman ini dipercayai sangat berguna untuk meningkatkan metabolisme seseorang. Komponen utama yang dikenali sebagai EGCG (epigallocatechin gallete), yang merupakan antioksidan utama. Asal antioksidan ini adalah dari tanaman Camelia sinensis , dan memberikan perlindungan tambahan terhadap payudara, perut, dan juga kanser kulit.

Teh hijau di hidang dalam mangkuk

Selain itu, minuman teh hijau boleh dijadikan sebagai amalan diet seharian kerana peranan mereka dalam membantu penurunan gula dalam darah dan kadar kolesterol. Semua minuman yang dibuat dari tanaman Camelia sinensis cenderung memberikan imunisasi maksimum terhadap banyak penyakit lain. Oleh yang demikian, teh hijau memang baik untuk dijadikan minuman seharian kita. Kebiasaannya teh hijau tidak di campur gula semasa kita membancuhnya. Ini akan memberikan kita kesegaran di pagi hari. :)

Aku biasanya akan memulakan hari aku dengan mengambil segelas teh hijau di pagi hari jika di rumah. Ia akan memberikan rasa segar dan lebih bertenaga dibandingkan dengan minuman-minuman yang lain. Kopi Radix (minuman kegemaran abg @senok kita) pun tak dapat nak lawan tahap kesegaran teh hijau ni. hehehe.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
01 July 2010 20:55
15 komen

Kesihatan: Ceri membantu mengurangkan berat badan?

Kesihatan: Ceri membantu mengurangkan berat badan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini dan esok merupakan hari yang agak sibuk dengan proses memindahkan barang-barang ke rumah baru. Semoga selepas ini, produktiviti akan bertambah di rumah baru. Talian internet pun boleh diperbaiki dan semoga streamyx akan berfungsi dengan sebaik-baiknya. Hari ini sekadar nak berkongsi berkenaan khasiat buah Ceri. Semalam semasa pergi ke tesco, isteriku mencari buah-buahan untuk dibeli, kemudian dia ternampak ceri ada dua bekas. Selaku peminat ceri tegar, dia mula-mula mengambil satu sahaja ceri tersebut, kemudian disebabkan tinggal dua sahaja, dan mungkin disebabkan ceri itu susah untuk diperolehi, dia meminta untuk membeli dua.

Bila sebut pasal makanan, memang aku tak sampai hati untuk mengatakan tidak, kebetulan memang rezeki kurniaan Allah itu ada, akupun membenarkan tanpa ragu-ragu. Kegembiraan orang yang tersayang(termasuk keluarga tercinta) memang tidak dapat dibayangkan. Kepada peminat-peminat ceri di luar sana, disini aku ingin kongsi beberapa khasiat buah ceri ni.

Ceri adalah buah yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandung banyak vitamin, mineral dan isi kandungan yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita. Beberapa kajian telah menunjukkan ceri yang sangat bermanfaat dalam memerangi beberapa jenis kanser. Ia mengandungi sejumlah anti-oksidan yang membantu “menghentikan” molekul tidak stabil yang menyebabkan kerosakan pada sel-sel lain yang sihat. Kerosakan pada sel-sel ini akan mempercepatkan proses penuaan. Bermakna Ceri ini boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk anti-penuaan.

Ceri siap terhidang


Walaupun sumber vitamin, mereka tidak setinggi vitamin C atau vitamin A seperti yang berada dalam buah-buahan seperti strawberi atau blackcurrant tetapi disebabkan kandungan antioksida di dalam ceri ini, ia dapat memberikan banyak faedah kepada kesihatan kita. Antara vitamin yang terkandung di dalam ceri adalah:

  • Vitamin C
  • Vitamin A
  • Bioflavonoid
  • Asid alergik
  • Perillyl
  • anthocyanin
  • Melatonin

Disebabkan kandungan Ceri ini, ia dapat membantu kita

  1. Memerangi kanser
  2. Dalam pencegahan penyakit jantung
  3. Meringankan rasa sakit dari Arthritis, Gout, sakit kepala
  4. Menyediakan cara yang sihat dan selamat untuk menghasilkan melatonin
  5. Meningkatkan fungsi fisiologi dan mental

Tapi bagaimana pula ceri dapat membantu mengurangkan berat badan?

Kepada sesiapa yang belum membaca bagaimana Turunkan Berat Badan Dengan Air?, sila baca entri tersebut. Disebabkan kandungan Ceri yang rendah kalori, rendah lemak dan mengandungi peratusan air yang tinggi. Ini membantu anda untuk meningkatkan metabolisma disamping meningkatkan tahap tenaga anda. Selain itu seperti kebanyakan buah, ceri juga tinggi kalium dan rendah natrium. Sepertimana yang telah ditulis dalam entri Turunkan berat badan dengan air tersebut, air membantu kita membuang air yang berlebihan disamping bendasing-bendasing yang tidak diperlukan oleh badan. Disebabkan kandungan air yang tinggi di dalam Ceri ini, ia menjadi salah satu cara untuk “minum” air secara tak langsung.

Tetapi harus aku ingatkan, harga buah Ceri ini tidaklah semurah buah-buahan tempatan yang lain. Jangan disebabkan artikel ini, anda berhabis duit semata-mata ingin menjadikan buah ceri sebagai menu harian anda. Masih banyak alternatif lain yang boleh digunakan. Namun begitu, jika anda mempunyai sumber untuk membeli buah Ceri ini dengan harga yang murah, sila kongsikan bersama di ruangan komen. Aku nak gak beli Ceri ni lagi.

Selamat semua… :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
23 June 2010 22:31
14 komen

Kesihatan: 7 Langkah memastikan mata sentiasa sihat

Kesihatan: 7 Langkah memastikan mata sentiasa sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini sekadar nak berkongsi 7 tips ringkas untuk memastikan mata kita sentiasa sihat. Dalam kehidupan seharian kita yang serba sibuk ini, penjagaan kesihatan merupakan benda yang amat penting untuk diri kita dan keluarga kita. Kurniaan yang tidak dapat dijual beli ini sangatlah berharga dan perlulah kita menjaganya supaya ia kekal dapat digunakan oleh diri kita seumur hidup insyaALLAH. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh kita ikuti untuk memastikan mata kita sentiasa sihat.

Periksa mata anda setiap 12 bulan atau awal

Jika kita menggunakan kanta lekap atau cermin mata yang sudah tidak sesuai dengan kadar penglihatan kita, kita akan menyebabkan kekaburan mata kita semakin teruk dan ada sesetengah orang yang akan menghadapi sakit kepala disebabkan perkara ini.

Gunakan lensa yang terbaik

Terdapat terlalu banyak lensa di pasaran, tetapi bukan semua lensa adalah sama. Terdapat kualiti yang berbeza-beza. Disebabkan itu, pilihlah kualiti lensa yang baik, kerana ini akan mengelakkan daripada lensa tersebut merosakkan mata kita. Lensa yang tidak baik akan menyebabkan mata kita semakin rosak sepanjang masa kita menggunakan lensa tersebut.

Buat rujukan dan cari sebarang reviu mengenai lensa tersebut sebelum membuat pembelian di mana-mana pusat optometris pilihan anda.

Gunakan cermin mata anti UV

Di dalam keadaan cuaca di Malaysia ini yang panas sepanjang tahun, kita perlu mengambil berat juga mengenai cahaya UV yang terpancar sepanjang hari. Oleh yang demikian, disarankan untuk kita memakai cermin mata gelap (sunglasses) yang baik, yang melindungi kita daripada cahaya UV ini. Seeloknya kita elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus menyebabkan kita tidak melindungi mata kita daripada pancaran sinar UV.

Terdapat juga cermin mata yang dapat menapis cahaya UV yang tidak terlalu mahal, kalau anda rajin mencari, pasti akan menjumpainya. Namun jika anda mempunyai kemampuan untuk membeli cermin mata yang mempunyai kualiti yang bagus, sebaik-baiknya anda membeli cermin mata tersebut.

Jaga apa yang anda makan

Tiada makanan yang akan menyebabkan mata anda rosak secara langsung, dan jika anda mengambil vitamin dan mineral yang betul, ianya akan membantu anda untuk menjaga kesihatan mata anda. Vitamins C, A and E, asid folik, selenium and zink sememangnya akan memberi faedah kepada kesihatan mata anda. Terdapat banyak lagi vitamin lain yang akan membantu secara tidak langsung terhadap kesihatan mata anda. Selepas ini jadikan lobak merah sebagai salah satu menu makanan anda. :)

Pencahayaan yang secukupnya semasa membaca atau menggunakan komputer

Semasa anda membaca atau sedang menggunakan komputer, pastikan pencahayaan dikawasan pembacaan anda alah cukup supaya mata anda tidak cepat penat dan letih. Jika cahaya yang digunakan terlalu terang, ianya akan menyebabkan mata kita rosak. Seelok-eloknya kita pastikan pencahayaan kita adalah cukup terang tetapi tidak menyebabkan mata kita tidak selesa.

Rehatkan mata anda

Dalam dunia sekarang ini, kebanyakan kerja yang kita lakukan menggunakan komputer dan disebabkan itu, kita akan berkelip 25% kurang daripada biasa. Ini menyebabkan mata kita akan cepat kering. Memang kita akan berkata, kalau macam tu, aku akan berkelip lebih banyak aa. Tapi kita tidak dapat mengawal refleks secara semulajadi ini. Justeru itu, pejamkan mata anda dan kira sehingga 5, lakukan perkara ini dari masa ke semasa.

Satu lagi cara adalah dengan mengalihkan pandangan dari skrin anda dan lihat objek yang berada jauh dari anda. Jika anda mempunyai tingkap yang mempunyai permandangan yang hijau, lihat sejauh mata mampu memandang, ini akan membantu anda merehatkan mata anda.

Jaga kanta lekap anda

Jika anda pengguna kanta lekap, pastikan anda menjaga sebaik-baiknya. Sentiasa bilas kanta lekap anda apabila anda memasang atau menanggalkan kanta lekap anda. Pastikan juga anda menukar cecair kanta lekap anda di dalam bekas yang anda guna untuk menyimpan kanta lekap anda semasa anda tidur. Pastikan kuku kita tidak terlalu tajam, kerana ianya akan merosakkan kanta lekap jika kita tidak berhati-hati, dan menyebabkan penglihatan kita tidak selesa.


Semoga tips-tips ini akan membantu kita dalam penjagaan mata kita dalam kehidupan seharian.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
09 June 2010 10:41
3 komen

kesihatan: Monavie Blend

kesihatan: Monavie Blend

Monavie blend ini adalah sejenis jus yang di hasilkan daripada pelbagai jenis buah-buahan yang mempunyai khasiat-khasiat yang berlainan. Jus ini boleh didapati dalam botol 750ml yang terdiri dari dua jenis iaitu botol hijau dan botol ungu. Salah satu adalah untuk ibu mengandung dan kanak-kanak manakala satu lagi adalah universal untuk semua orang kecuali ibu mengandung dan kanak-kanak.

Antara kebaikan monavie blend ini adalah untuk awet muda. kebaikan lain adalah untuk rawatan penyakit-penyakit berikut:

  • kencing manis
  • tinggi kolesterol
  • darah tinggi
  • gastrik / susah hadam
  • sakit jantung
  • arthritis
  • barah
  • strok
  • piles
  • Constipation

monavie-active-originalSelain itu, banyak lagi khasiat-khasiat lain monavie blend ni seperti menambahkan stamina, mengelakkan darah dari berketul, menambahkan sistem imune, tidur yang lebih nyenyak, menambahkan kekuatan tulang dan banyak lagi. Penat jari ni nak menaip semua khasiat-khasiat dia.

Monavie blend ini boleh di dapati di farmasi-farmasi sekitar tanahair. Tapi mungkin ada farmasi yang takder benda ni. Harga pasaran biasanya RM168 sebotol, tapi kalau ada yang nak dapatkan murah, lerh tanya kat aku, harga boleh dapat dari RM150 sebotol (kalau beli sket), RM550 sekotak (4 botol) ataupun… lerh dapat RM90 sebotol kalau beli sedozen kotak… kekeke… ini mmg harga aku dapat dari farmasi aritu, takder amek untung apa-apa… sebab sekadar nak menolong sesaper yang memerlukan… :) itu jer…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
20 May 2009 01:42
1 komen