Anda suka memasak, tetapi sibuk dengan kerjaya?

Anda suka memasak, tetapi sibuk dengan kerjaya?

Assalamualaikum dan selamat hari ahad semua,

nampaknya sudah masuk hari kedua tahun 2011, semalam seharian sibuk dengan kerja jer, selain mengemaskini senarai rss dalam aku nyer reader, tak kurang juga membuat lawatan sambil membaca di beberapa blog rakan-rakan yang sudah lama aku tak sempat menjengah, kebanyakannya adalah disebabkan RSS reader aku sebelum ni tidak memaparkan update2 terbaru pada setiap blog yang aku subscribe, di harap RSS reader terbaru yang aku guna ini akan dapat menampung keperluan aku untuk membaca semua rss yang dilanggan.

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tips berkaitan dengan memasak, terutama untuk mereka yang sibuk dengan kerjaya seharian, tetapi masih ingin memasak di rumah. Sudah lama rasanya aku tidak menulis artikel berkaitan dengan makanan atau masakan, harini mari kita lihat beberapa tips yang akan menjimatkan masa untuk anda memasak.

Kupas bawang dan simpan di dalam peti sejuk

Perkara ini mungkin jarang yang dilakukan oleh para tukang masak, tetapi apa yang boleh anda lakukan, pada hujung minggu, anda kupas semua bawang yang anda ingin gunakan, letakkan dalam bekas yang bertutup dan kemudian simpan di dalam peti sejuk, selain ianya memudahkan anda untuk memasak, bawang tersebut akan lambat rosak jika dibandingkan jika anda menyimpannya di dalam bakul bawang anda seperti biasa, ini akan mempercepatkan proses masakan, kerana tidak perlu lagi mengupas bawang sebelum memasak, boleh terus memanaskan kuali untuk menumis.

Sediakan cili kisar yang secukupnya

Jika anda seorang yang gemar untuk menggunakan cili kisar untuk masakan, adalah lebih mudah jika anda kisar cili tersebut dalam kuantiti yang banyak, dan simpan di dalam peti sejuk. Walaupun mungkin selepas beberapa hari, struktur cili kisar itu agak berlainan jika dibandingkan dengan cili yang dikisar segar, rasanya masih sama insyaALLAH, bergantung kepada cara anda memasak hidangan tersebut.


Santan kotak vs santan perahan segar

Suatu masa dahulu, mungkin sukar untuk mendapatkan santan kotak, tetapi kini banyak santan pekat di dalam kotak, ada kotak besar dan ada juga kotak kecil. Walaupun ramai yang akan mengatakan santan perahan segar itu lebih wangi, tetapi dari segi rasa, perbezaan tidak ketara. Kelebihan menggunakan santan kotak, anda boleh membeli dalam kuantiti yang banyak, dan ianya lambat rosak, jika dibandingkan dengan santan segar, anda tidak boleh menyimpannya terlalu lama, nanti akan basi. Jika kehidupan anda seorang yang sibuk, pasti kurang masa untuk singgah ke kedai untuk membeli kelapa yang sudah diparut, atau santan segar yang di pek mengikut tempahan. Jadi santan kotak ini boleh dijadikan pengganti untuk menjimatkan masa anda.

Rancang menu anda

Akhir sekali, adalah untuk merancang menu yang anda ingin masak untuk minggu mendatang, ini akan memudahkan anda untuk membeli semua bahan-bahan yang diperlukan semasa hujung minggu, rancang untuk 5 hari akan datang, anda mungkin hanya ingin memasak makan malam, senaraikan menu yang anda terfikir, kemudian beli barang-barang yang diperlukan, ini akan menjimatkan masa anda untuk pergi ke kedai setiap kali, selain itu jika ada masakan yang memerlukan persediaan yang lebih lama, seperti perlu menyediakan air rebusan daging dan sebagainya, anda boleh merebus terlebih dahulu dan menyimpan air rebusan itu untuk kegunaan pada hari bekerja nanti.

Semoga sedikit tips ini akan membolehkan anda memasak dengan lebih mudah dan cepat, sememangnya makanan yang di masak di rumah lebih berkualiti dan sedap jika dibandingkan dengan makanan di luar sana, kerana kita tidak tahu apa yang mereka guna seperti serbuk perasa berlebihan dan pelbagai lagi. Selamat memasak semua.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
02 January 2011 14:37
16 komen

Berakhirnya 2010, selamat datang 2011

Berakhirnya 2010, selamat datang 2011

Assalamualaikum dan selamat hujung tahun 2010,

semasa aku menulis ini, jam di komputer menunjukkan 11:46 malam, tinggal beberapa minit lagi untuk mengakhiri tahun 2010, dan ada satu azam atau target yang cuba aku capai pada tahun ini masih tidak dapat dicapai, tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan. So azam tahun baru 2011, aku ingin menyambung azam yang tidak tercapai pada tahun ini, selain cuba untuk memperbaiki dan memajukan diri dalam semua bidang yang diceburi.

Dalam artikel ini ingin aku berkongsi sedikit statistik dan rentetan blog ini dan diri aku sendiri sepanjang tahun 2010.

Sepanjang tahun 2010 ini telah banyak yang berlaku, walaupun pada permulaan tahun 2010, blog eizil.com ini telah terabai dan jumlah artikel yang ditulis amatlah sedikit disebabkan aku sibuk dengan pelbagai acara serta aktiviti luar. Namun bermula bulan Mei 2010, aku telah kembali aktif menulis artikel di blog ini, dan pencapaian terbaik adalah apabila salah satu artikel yang ditulis telah terpampang di muka akhbar Berita Harian, anda boleh membaca artikel Apabila hasil penulisanku mengisi ruang akhbar untuk butiran lanjut.


Selain itu, terdapat 2 theme WordPress yang telah dikongsi kepada para pengguna WordPress, iaitu theme Arialist dan juga Booklogue. Sepanjang tahun 2010 ini, aku telah menulis 206 artikel (termasuk artikel ini), bukanlah pencapaian yang boleh dibanggakan disebabkan beberapa bulan pertama aku tidak begitu aktif, tetapi yang pasti ianya memberikan seribu satu pengalaman, pelbagai peristiwa yang telah dilalui.

Tahun 2010 juga merupakan tahun pertama aku melalui kehidupan sebagai seorang suami, pengalaman yang menggembirakan dan kadangkala mencabar ini telah mengajar aku pelbagai perkara untuk memperbaiki kehidupan, kehidupan bersendirian dan berdua ini amat berbeza, pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan, jika dulu beli makanan untuk seorang sahaja, sekarang perlu memikirkan juga selera isteri. Apapun, segalanya berjalan lancar setakat ini, apa yang penting tolak ansur di dalam kehidupan.

Artikel ini sepatutnya aku ingin tulis sepenuhnya pada hari ini, tetapi atas sebab banyak kerja yang diselesaikan, nampaknya artikel ini tidak dapat diselesaikan pada masa yang sepatutnya. Apapun selamat tahun baharu kepada semua. Semoga tahun 2011 akan memberi seribu satu kenikmatan dan kebahagiaan.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
31 December 2010 23:58
17 komen

Sinaran disebalik awan

Sinaran disebalik awan

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

malam ni nampaknya sungguh dingin disebabkan hujan yang tidak henti mencurah ke bumi, semoga kawasan-kawasan yang rendah tidak dinaiki air. Malam ini aku sekadar ingin berkongsi suasana atau permandangan yang begitu indah bagi aku, walaupun mungkin gambar yang aku ambil ini agak gelap kerana pada waktu itu sudah menjelang senja, tetapi rasanya suasana itu masih boleh dikongsi kepada para pembaca sekalian. Mari kita lihat gambar sinaran matahari yang memancar disebalik awan yang melihatkan garis-garis pancaran merambat di celah-celah awan dan melihatkan sesuatu yang sungguh mengagumkan, besarnya ciptaan Ilahi.







Kualiti gambar telah aku kurangkan kerana ingin menjimatkan masa untuk loading gambar-gambar di atas, jika ada kesempatan, nanti aku akan muat naik ke tempat lain versi sebenar. Semua gambar di ambil menggunakan Si hitam manis semata-mata, sememangnya banyak kekurangan di dalam gambar-gambar di atas, tetapi tujuan sekadar ingin berkongsi kepada semua suasana yang telah aku lihat semasa perjalanan pulang ke kuala lumpur ahad lalu, lokasi gambar di ambil adalah berdekatan dengan plaza tol Bentong, kebetulan semasa ini, jalan sesak dengan kenderaan berpusu-pusu untuk pulang ke Kuala Lumpur, memberi kesempatan untuk aku mengambil beberapa keping gambar.

Ada beberapa gambar yang tidak menjadi, walaupun sudut gambar tersebut lebih baik, apakan daya, aku mengambil tergesa-gesa kerana khuatir akan dimarahi oleh kenderaan lain kerana lambat memandu semula selepas kenderaan di hadapan sudah bergerak. Selamat bercuti kepada semua yang menikmati cuti semperna kemenangan harimau Malaysa kita semalam.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
30 December 2010 23:49
0 komen

Kecuaian membawa padah

Kecuaian membawa padah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

kembali semula ke alam maya setelah beberapa hari tidak berkesempatan kerana banyak berada di jalanan. Hari ahad tempoh hari aku pergi ke Kuala Lumpur seperti yang aku kongsikan dalam artikel sebelum ini, perjalanan alhamdulillah berjalan lancar, walaupun terdapat banyak kenderaan yang menuju ke Kuala Lumpur juga pada hari tersebut. Perjalanan agak perlahan daripada biasa, kerana terdapat barisan kenderaan yang panjang tiap kali lori-lori yang berat cuba untuk mendaki bukit, apakan daya perlulah bersabar, kerana jika ingin memintas, banyak perkara yang perlu diteliti, dan jika tersilap langkah boleh membawa padah.

Tiba di Kuala Lumpur sudah menjelang waktu Maghrib, aku berhenti seketika di sebuah petronas sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan rumah kakakku, sepatutnya pada malam itu aku perlu bertemu dengan seorang kenalan, namun pertemuan di batalkan dan aku terus pulang ke rumah kakak. Setibanya di rumah, aku terlupa pula untuk membeli topup untuk mengaktifkan mobile broadband aku, nasib baik @iwani membantu menyelesaikan masalah tersebut. Namun itu bukanlah masalah sebenar, apabila aku ingin memasang Ruby, baru aku sedar aku tidak membawa adapter untuk laptop ku. Bateri Ruby sudah terlalu uzur untuk membuat kerja dalam tempoh yang lama, paling hebat pun sekadar 2 jam jer, tidak lebih dari itu. Aku kebuntuan, banyak kerja yang perlu diselesaikan, namun aku hanya boleh bersabar untuk menunggu esok hari untuk ke kedai komputer mencari adapter pengganti.

Awal pagi, selepas aku menghantar kakakku ke pejabat beliau, aku menuju ke Lowyatt, kerana khuatir jalan jem, aku mengambil keputusan untuk pergi menggunakan LRT, sesampai di plaza Lowyatt, gerai-gerai banyak yang baru dalam proses untuk dibuka, barang-barang masih belum teratur dan kelihatan ada yang masih mengelap kedai dan tidak kurang juga yang sedang menikmati sarapan pagi. Pertama kali aku datang ke plaza ini seawal pagi, biasanya menjelang petang atau malam baru aku singgah ke sini. Tetapi ketiadaan adapter sememangnya mengganggu kehidupan aku yang memerlukan laptop itu untuk bekerja. Aku pergi ke beberapa kedai, dan tiba di sebuah kedai, aku bertanya sekali lagi sama ada beliau mempunyai adapter untuk Ruby, pada awalnya dia mencadangkan aku untuk menggunakan Universal Laptop Adapter, aku meminta beliau untuk mencuba terlebih dahulu adapter tersebut dengan Ruby, malangnya Universal Adapter tersebut bukanlah cukup universal, tiada satu pun soket yang boleh digunakan bersama-sama Ruby, kemudian dia meminta izin untuk mengambil Ruby ke kedai yang lain untuk mendapatkan adapter yang bersesuaian, setelah hampir 15 minit menunggu, berita buruk yang aku terima, tiada yang bersesuaian.

Pelbagai perasaan menerjah masuk ke dalam benak fikiran, aku pergi ke kedai Samsung berdekatan dengan harapan mereka mempunyai adapter tersebut, tetapi apabila aku bertanya kepada staff yang sedang sibuk menyusun laptop di atas meja paparan mereka, jawapan yang aku terima juga tidak menggembirakan, mereka tidak mempunyai stok untuk gantian adapter. Kekecuaian yang aku lakukan kali ini memang membawa padah, aku tidak dapat melakukan sebarang kerja selama tiga hari, dan sekarang ini terpaksa menggantikan tiga hari tersebut sebelum tahun 2010 ini tamat, nampaknya akan terpaksa bekerja lebih masa daripada selalunya untuk memastikan segalanya akan selesai secepat mungkin.

Semoga anda semua tidak melakukan kecuaian seperti aku ini, kerana ianya sememangnya menyusahkan. Selamat mengharungi hari-hari anda. :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
29 December 2010 10:33
0 komen

Puisi kehidupan: Puteriku – 2

Puisi kehidupan: Puteriku – 2

Assalamualaikum dan selamat pagi,

sedikit coretan suatu masa dahulu sebelum aku memulakan perjalanan ke kuala lumpur untuk menghantar kiriman yang terpaksa aku pandu. Semoga perjalanan harini berjalan lancar, dan kepada anda semua, semoga bergembira bersama keluarga dan yang tersayang pada hujung minggu ini. Jika mengambil peluang untuk keluar ke mana-mana, pastikan berhati-hati di jalanraya.

Puteriku…
kau ibarat lilin yang memberi sinar dalam hidupku
memberi cahaya menerangi alam yg samar
memberi ceria di ruang yg suram

puteriku…
tiada mutiara yg kuharapkan darimu
keluhuran hatimu penyeri segala
kejujuran dan ketulusan itulah perlu

puteriku…
seringkali ku bertanya kepada diriku
adakah dikau yg aku perlukan
mengapa bukan kaummu yang lain?

puteriku…
begitulah keadaan sepertinya
tiada yang mampu memberi jawapan
hanya Allah yang maha merasakan

puteriku…
tiada janji yang ingin kutabur
tiada kata indah menghiasi diriku
tapi ku tahu, apa hendakmu

puteriku…
kain putih tertirai disini
hanya menunggu insan untuk mewarnai
warna-warni yang akan menghiasi hidup
sekian dulu kataku untukmu…

- 24 Jun 2004
- Eizil

Selamat hari ahad kepada semua.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
26 December 2010 09:12
2 komen

Lata Iskandar

Lata Iskandar

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

apa khabar semua? semoga sentiasa di dalam keadaan kesihatan yang terbaik, dan sekiranya kesihatan terganggu, semoga akan cepat sembuh. Amalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat, dengan cuaca yang tak menentu ini, penjagaan kesihatan yang rapi amatlah penting, jika tidak kita akan jatuh sakit dan akan mengganggu aktiviti seharian kita. Tempoh hari aku pulang ke Kelantan melalui Cameron Highland, aku mendaki melalui Tapah, walaupun jalannya kecil, tetapi disebabkan jarak yang lebih dekat, dan memudahkan aku untuk melintas Cameron tanpa perlu berpusing, aku tidak menggunakan laluan simpang pulai. Di dalam perjalanan, aku singgah di Lata Iskandar, di mana terdapat air terjun, dengan air yang sangat jernih, perjalanan dari Tapah lebih kurang 40 minit (kalau aku tak silap, lupa nak tengok jam).

Suasana di Lata Iskandar ini memang menenangkan, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dan makanan, selain terdapat pondok atau gazebo yang dibina untuk memudahkan orang ramai berkelah bersama keluarga. Aku tidak mandi, disebabkan perjalanan masih jauh, sekadar berehat menghirup udara segar dan menikmati cempedak goreng yang besar betul dan sangat sedap yang di jual di gerai berdekatan. Mari kita lihat beberapa gambar yang sempat aku ambil menggunakan Si Hitam Manis pada hari tersebut.



Kepada yang mencari tempat perkelahan yang baru dan belum pernah ke Lata Iskandar, aku syorkan anda pergi ke sini, tempat yang sangat menarik untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Musim cuti sekolah pun sudah ke penghujungnya, luangkanlah masa bersama keluarga dengan melawat ke tempat-tempat peranginan seperti ini. Selain akan menggembirakan seisi keluarga, anda juga boleh merehatkan minda dari penat lelah bekerja di pejabat. Selamat melalui hari khamis semua.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
23 December 2010 10:17
2 komen

Berakhirnya sebuah penantian…

Berakhirnya sebuah penantian…

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

setelah hampir seminggu tidak mempunyai peluang untuk meluangkan masa di blog ini, akhirnya aku boleh menulis kembali hari ini. Syukur alhamdulillah, penantian yang selama ini telah berakhir, streamyx telah beroperasi dengan jayanya di rumahku. Semalam petang kontraktor yang ditugaskan untuk memasang streamyx telah datang ke rumah dan mengaktifkan akaun streamyx aku. Kegembiraan tidak terhingga, setelah sekian lama mengalami gangguan talian internet setiap malam disebabkan celcom broadband yang mengalami masalah.

Walaupun mungkin ramai yang sering merungut disebabkan servis streamyx yang kadangkala bermasalah, tetapi tahun lalu, sepanjang pengalaman aku menggunakan streamyx, segalanya berjalan lancar, kecuali ada sekumpulan manusia yang tidak bertanggungjawab yang mencuri kabel talian telefon di kawasan perumahan mak aku. Semoga di sini, tiada kegiatan sebegitu yang dijalankan, kalau tidak memang merana aa dibuatnya. Disebabkan pakej 4Mb untuk kawasan taman aku ini sudah penuh, aku diberi pakej 1Mb untuk permulaan, ianya memang sudah memadai untuk melakukan segala kegiatan aku seperti biasa, kerana sebelum ini aku hanya menggunakan talian 384kbps semasa melanggan celcom broadband.

Semoga selepas ini produktiviti akan bertambah dengan capaian internet yang lebih baik. Selamat hari isnin semua, semoga hari anda hari ini lebih ceria dan penuh dengan semangat, usah mengikut perasaan untuk melayan Monday Blues atau perasaan malas untuk bekerja tersebut. Segalanya di tangan kita :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
20 December 2010 10:12
8 komen

Bila cuti sekolah…

Bila cuti sekolah…

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

beberapa hari kebelakangan ini tidak dapat melakukan aktiviti di talian seperti biasa, banyak perkara yang perlu di lakukan sepanjang berada di sini, ditambah pula dengan Ruby yang “demam” dan masih tidak diketahui bagaimana untuk merawatnya, segalanya membuatkan aktiviti untuk menulis blog atau bergiat di Twitter terkekang. Bertambah teruk apabila liputan talian celcom di rumah emak aku ni ada masalah, nak terima panggilan atau membuat panggilan memang susah, kadangkala lepas, kadangkala langsung tiada liputan. Di harap masalah ini akan selesai secepat mungkin.

Sepanjang musim cuti sekolah ini, jemputan demi jemputan diterima dari seluruh pelusuk negara, serba salah dibuatnya, ada banyak sebab yang menyebabkan aku tidak dapat menghadiri majlis-majlis ini. Pelbagai majlis dari perkahwinan, pertunangan dan pelbagai lagi. Memang sudah menjadi kebiasaan kita akan memilih musim cuti sekolah untuk melakukan segala majlis, kerana kebanyakan orang akan mudah untuk pergi ke mana-mana kerana anak-anak tidak bersekolah, dan kepada guru, peluang ini digunakan untuk bercuti panjang.

Kepada semua rakan-rakan blogger, aku mohon maaf kerana sepanjang seminggu dua ini, aku tidak dapat blog walking dan menjadi silent atau active reader seperti selalu, ucapan terima kasih aku ucapkan kerana masih sudi singgah ke blog ini. Banyak lagi perkara yang telah aku rancang untuk kongsikan kepada semua, tetapi nampaknya ada yang akan tertangguh. Kepada yang akan melangsungkan majlis perkahwinan atau pertunangan, aku ucapkan tahniah. Semoga segalanya berjalan lancar.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
14 December 2010 23:24
3 komen

Jalan-jalan satu Malaysia

Jalan-jalan satu Malaysia

Assalamualaikum dan selamat petang,

Sehari dua ni sibuk dengan pelbagai perkara, dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Bukanlah tujuan untuk melawat, tetapi atas sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.

Dari kelantan singgah ke Terengganu kemudian ke Pahang dan akhir sekali ke Selangor. Esok terpaksa ke Perak pula atas urusan yang lain. Peluang untuk meluaskan pandangan sambil memenatkan diri sendiri.

Semasa perjalanan 2 hari lepas, aku hampir-hampir melanggar seorang budak yang melintas jalan dengan menaiki basikal, aku rasa adik-beradik, abangnya dihadapan dan adiknya di belakang. Abangnya melintas dengan meluru laju walaupun sudah nampak kereta aku meluncur di atas jalanraya, adiknya pula mengekori abangnya, tetapi sudah tidak sempat untuk melintas, kereta dengan basikal sudah sangat dekat.

Aku cuba untuk mengelak ke kiri jalan, tetapi abangnya baru sahaja melintas dan berada dekat dengan bahu jalan, nasib baik kereta ada abs dan aku tidak memandu laju pada malam itu, sempat untuk mengelak, dan tambah bernasib baik, budak itu membelokkan basikalnya ke tengah jalan dan terselamat dari dilanggar. Jika tidak mungkin budak itu sudah melambung di atas cermin kereta aku.

Aku nasihatkan, kepada ibu bapa yang membenarkan anak-anak untuk menunggang basikal pada waktu malam, sila pastikan basikal anak anda mempunyai reflector, kerana jika anak anda berpakaian gelap seperti 2 budak ini, agak sukar untuk pemandu melihat kehadiran mereka.

Sama-sama kita berhati-hati di jalanraya.

Di tulis dari Si Hitam Manis

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 December 2010 15:10
2 komen