5 Laman web atau blog yg kerap eizil jenguk

5 Laman web atau blog yg kerap eizil jenguk

Kali ni aku kena tagged ngan Fahmishah skali lagi dalam entri dia “5 laman web dan blog selalu fahmishah layari“. hehee… kiranya bertuahnya aku kali ni… ;) sebab kena tag lagi… kekekke… okay jom kita tgk


www.gmail.com

aku mmg buka benda ni tetiap hari… sebab email² penting untuk aku buat masa ni akan masuk kat gmail… kepada sesiapa yang hantar kat email yahoo aku tu… kena tunggu aa seminggu dua baru aku buka… :D

www.eizil.com

sebabkan ini web aku sendiri, tapi memang web ni benda harian yang aku buka gak… sebab biasanya nak kena tgk comment² apa yang masuk… takper kot senaraikan web sendiri… hehee… sekadar nak berlaku jujur ni…

www.bootleggers.us

tempat aku melegakan kepala otak… ni web tempat aku men game bila aku dah sengal² pala otak…

www.stage6.com

antara laman web yang jadi kunjungan aku gak… sebab untuk mendapatkan stock² movie atau video clip yang aku rasa macam best… ;)

www.wikipedia.org

aku suka dok membaca dalam tu, walaupun dah lama aku tak translate artikel-artikel macam suatu masa dahulu… sebab busy sangat… tapi ni antara web yang aku suka gi aa… :D bahasa Melayu, english ngan deutsch menjadi pilihan…

okay.. untuk senarai blog… aku macam takmao aa senaraikan… sebab sejak dua menjak ni, kekerapan aku menyinggah ke blog lain macam berkurangan sebabkan kesibukan kehidupan seharian… tapi sesaper yang nampak aku datang blog dia tu, pepaham jer aa erk…. kekeke…

arini aku tatau nak pass tag ni kepada saper… so kita tangguhkan dulu… :D

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
05 March 2008 04:05
9 komen

wordpress: Update lagi… WordPress 2.3.3

wordpress: Update lagi… WordPress 2.3.3

halo wordpress

Sejak dua menjak ni aku busy dengan minggu exam. Pastu banyak gak kerja² lain yang dok kena buat… kekadang tu macam tension pun ada sebenarnya… tapi nak wat caner kan… dah gitu aa kehidupan, time kita masih muda ni aaa lerh kerja keras orang kata tu.

Pastu arini tadi lepas balek dari uni usha blog jap, tgk wordpress baru kuar lagi… kekeke… kali ni version 2.3.3. Macam biasa aaa kan, ada beberapa security issues yang dikemaskini untuk version sebelum ni. Kepada sesiapa yang dok pakai version lama gak lagi, jom aa sesama kita update… aku sambil dok taip benda ni, dok upload wordpress baru skali… :D okay laaa semua… selamat²… nak kena sambung studi balek… fuhhh…

Pastu kepada sesiapa yang nak membaca pasal pelaburan dan sebagainya… jom kita layan www.perfectexcel.com jap… ;) semoga web tu akan membantu sesiapa yang memerlukan sebarang info… :D


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
05 February 2008 22:01
3 komen

Kadangkala, kehidupan ini sangat sunyi…

Kadangkala, kehidupan ini sangat sunyi…

life

Dah lama aku tak menulis dengan sungguh-sungguh. Sejak kebelakangan ni, aku terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan dan kerja yang terpaksa disiapkan. Sampaikan, kadangkala aku tidak mempunyai masa untuk diri aku sendiri. Walaupun sememangnya aku sendiri yang memilih untuk melakukan semua ini. Namun saban hari berlalu, seperti tiada hasil yang jelas yang aku dapat lihat.

Namun langkah tetap ku teruskan dengan harapan suatu hari nanti, segalanya akan membuahkan hasil yang lumayan untuk aku dah keluarga aku. Itulah tujuan asal aku melakukan semuanya ini. Teringat perbualan ku dengan ayahanda ku yang kini telah kembali menemuiNya. Saat yang aku rasakan penuh keceriaan. Bercerita dengan ayahanda ku mengenai semua rancangan yang aku ingin lakukan untuknya dan ibuku.


(more…)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
19 December 2007 23:00
7 komen

Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Ada org bagi kat aku.. :D aku lahir bulan rejad… :D kekeke… kepada sesiapa yang tatau camner nak kira.. lerh gi kat IslamicFinder untuk check… :D

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 December 2007 17:35
58 komen

Kesihatan: Senaman dan persediaan.

Kesihatan: Senaman dan persediaan.

Exercise

Ramai dikalangan kita rajen bersenam, namun ramai juga yang mengalami sakit-sakit badan hanya disebabkan cara dan persediaan senaman kita yang kurang sempurna. Harini aku nak kongsi serba sedikit mengenai amalan bersenam yang sehat.

Sebelum memulakan senaman:

sebelum kita memulakan senaman, seeloknya kita pastikan kita telah mengambil makanan dan minuman yang secukupnya, ini penting untuk kita mempunyai tenaga awal yang mencukupi. Memang ramai yang ingin bersenam untuk menurunkan berat badan dan justeru itu mereka tidak ingin mengambil makanan atau minuman yang secukupnya. Ini akan menyebabkan perkara-perkara atau kemalangan yang tidak diingini akan berlaku hanya kerana kita pitam atau sebagainya.

Biasakan diri melakukukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti senaman yang penuh. ini penting untuk membolehkan otot-otot badan kita bekerja dalam keadaan yang sihat. Aktiviti pemanasan badan ini perlulah melibatkan pergerakan otot-otot seluruh badan. Contoh alat terbaik untuk aktiviti pemanasan ini adalah Cross Trainer. Lakukan aktiviti pemanasan badan dari 5-10 minit.

Semasa bersenam:

Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan kita melakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat berat yang lebih hanya kerana inginkan keputusan yang cepat, kita akan lebih mudah mengalamai kecederaan dalaman dengan cara ini.

Selepas bersenam:

Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu.

Itu adalah kerana ototnya yang telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman. dalam entri seterusnya kita akan bercerita pasal aktiviti regangan yang sesuai…. ;)

###———–

Marilah kita sama-sama menjalani kehidupan yang sihat. Selamat hari ahad semua… ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 October 2007 08:10
14 komen

kesihatan: Aidilfitri dan pemakanan.

kesihatan: Aidilfitri dan pemakanan.

ketupat lemang

Aidilfitri sering dikaitkan dengan juadah yang pelbagai dari lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, kuih-muih, dan pelbagai lagi juadah yang enak-enak belaka. Seringkali selepas kita berpuasa sebulan, pada hari raya inilah kita akan dihidangkan dengan juadah yang jarang sekali dihidangkan pada hari² yang lain. Pada masa ini jugalah kita akan makan dengan bersungguh-sungguh kerana keenakan juadah tersebut dan juga kerana ianya jarang diperolehi.

Marilah sama-sama kita mengamalkan kesederhanaan yang dituntut dalam islam itu sendiri. Amalan pemakanan yang sederhana ini adalah penting untuk memberikan kita kehidupan yang lebih sihat. Pada hari-hari perayaan ini, cubalah untuk tidak mengikut nafsu makan kita. Tips 20 minit penantian adalah sesuai untuk perayaan seperti ini. Bagaimanakah “20 minit penantian” ini boleh membantu kita untuk mengawal nafsu kita?

“20 minit penantian” ini adalah tempoh masa penantian untuk hidangan seterusnya. Contohnya kita menikmati hidangan ketupat bersama rendang di dalam pinggan. Selepas itu kita teringin pula untuk mencuba hidangan yang lain dengan alasan jarang diperolehi. Sebelum kita meneruskan dengan hidangan lain. Tunggulah selama 20 minit, kerana kebiasaannya hidangan ketupat bersama rendang tersebut sememangnya telah memberi kekenyangan yang secukupnya kepada kita. Justeru itu selepas 20 minit kita menunggu kebiasaanya kita akan sedar bahawa kita telah kenyang.

Mungkin ada yang akan mengatakan, “rugilah… juadah lain tu bukan selalu boleh makan”, tapi kita perlu ingat bahawa bukanlah sekali itu sahaja kita boleh menjamu selera. Dari pagi hingga ke petang kita mempunyai masa yang mencukupi. Jikalau kita ingin merasa semua juadah, ambilah dalam kuantiti yang sedikit untuk setiap juadah. Supaya kita tidak mengambil makanan secara berlebihan.

Selain itu, kebanyakan juadah di hari raya ini mengandungi kandungan kolesterol. kanji, lemak dan sebagainya yang sangat tinggi. Seperti rendang yang menggunakan kerisik, santan dan sebagainya. Sehubungan itu kita perlu mengawal pemakanan kita supaya ianya tidak memudaratkan. Perayaan ini memang sekali setahun, namun kesihatan kita hanya sekali sepanjang hayat.

Semoga hari raya kali ini akan memberikan sinar baru dalam kehidupan kita. Selamat hari raya semua… ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
13 October 2007 07:47
5 komen

Rancang hidup anda 2!!!

Rancang hidup anda 2!!!

Harini aku berkesempatan lagi untuk meluangkan beberapa minit untuk menyambung pasal artikel perancangan kehidupan. Mari kita kupas lebih lanjut apa yang boleh kita rancang dengan kehidupan kita. Sebenarnya semua benda kita boleh rancang, daripada kita celik mata dari tidur sampailah kita pejamkan mata kembali apabila kita hendak tidur. Namun yang paling penting untuk kita rancang adalah masa kita.

Ini benda pertama kita perlu rancang, bayangkan kalau kita letak 1minit kita tu seperti duit kertas RM10. kiranya tiap-tiap 1 minit yang kita lalui, kita ibaratkan bahawa duit kertas RM10 itu telah digunakan. kalau 10 minit dah RM100 kalau sejam? RM600. sudah kita belanjakan dan pendapatan kita seharian sekadar RM300 contohnya.

Maksudnya jika kita tidak menggunakan masa kita dengan seeloknya. Maka kita akan berbelanja lebih daripada apa yang kita perolehi daripada pekerjaan kita. Apa yang kita perlu buat? jawapannya terletak pada diri kita sendiri, sama ada kita hendak menambah ilmu, beramal ibadat atau sebagainya adalah tidak penting. Apa yang penting, kita perlu pastikan RM10 yang dibelanjakan untuk seminit masa kita itu adalah digunakan untuk perkara yang berfaedah.

Berfaedah di sini adalah berbeza dari individu ke individu yang lain. Contohnya seorang pemain bola sepak sedang menonton perlawanan bola sepak di tv, ianya mendatangkan faedah kepadanya jika beliau belajar mengenai taktik-taktik yang digunakan di dalam perlawanan yang ditontonnya. Begitu juga jika seorang ahli seni menonton wayang atau perkara berkaitan. Ianya mendatangkan faedah untuknya untuk mendapatkan idea-idea baru untuk karyanya yang seterusnya. Begitulah selanjutnya jika kita perhatikan.

Perancangan masa adalah benda yang kebanyakan orang pandai merancang, namun tidak melaksanakannya. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya adalah suatu pembaziran. Ibarat jika kita telah mereka suatu rekaan yang hebat di atas kertas, dan mampu untuk melaksanakan, tapi kita sekadar membiarkan rekaan tersebut di atas meja sebagai perhiasan.Walaupun jika dilaksanakan akan membuahkan hasil yang lumayan.

Perlulah diubah sebarang fahaman-fahaman yang telah di ajar sejak kecil, ayat-ayat seperti alaa “janji melayu, biasa aa tu”. Rasanya tidak perlu diterangkan pasal itu, namun pembaziran 30minit (RM300) sejam(RM600) adalah sepatutnya dielakkan. Hanya dengan membandingkan setiap minit itu dengan duit biasanya orang akan nampak akan nilai sebenar masa itu. Jika kita berjanji, perlulah menepati masa supaya kita tidak membazirkan nilai yang terdapat disebalik setiap detik masa berlalu.

Antara tabiat yang aku cuba mulakan skang ni, kalau dok tunggu orang-orang yang masih dok suka mengamalkan “janji melayu” ni… aku sediakan satu buku poket mengenai apa² subjek untuk aku baca sambil aku menunggu orang-orang yang begini. Kalau bukan dengan membaca, pemerhatian sekeliling dan mengalisa apa yang berada di sekeliling juga boleh memberikan faedah kepada kita. Idea-idea baru biasanya timbul dengan pemerhatian ini. Jangan dok usha benda yang tak elok jer dah aa… ;)

okay aa… nak kena sambung… nanti kita sambung pasal perancangan yang lain plaks… ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
21 August 2007 07:40
1 komen

Rancang hidup anda!!

Rancang hidup anda!!

Dah lama aku tak menulis kat blog aku ni, kebelakangan ni banyak benda nak kena uruskan, nak kena siapkan beberapa temujanji dan sebagainya. Apa benda pun kena rancang dari awal, barulah semuanya akan berjalan dengan teratur. Kehidupan tanpa perancangan ibarat kereta tanpa bahanapi. Walaupun nampak sebiji kereta didepan mata, tapi tidak boleh dipandu. Mungkin perumpamaan yang digunakan tidak begitu tepat, tapi itu adalah contoh terbaik yang boleh aku ambil.

Kehidupan kita memang kita dah ada, so kita ambil kereta tu sebagai hadiah daripada sesiapa. Kemudian kita nak guna kereta tersebut. Namun kita tidak ada bahanapi seperti petrol atau diesel atau sebagainya untuk menggerakkan enjin kereta tersebut dengan cara sebenarnya. Namun kereta tersebut masih boleh bergerak dengan cara kita tolak, kita tarik dengan kenderaan lain dan sebagainya.

Begitu juga dengan kehidupan, jika kita tiada perancangan yang dilakukan, maka kadangkala kehidupan kita akan menjadi sukar seperti kita perlu menolak kereta tersebut. Ataupun menarik kereta tersebut. Ini semua adalah salah satu sebab kenapa kadangkala kehidupan kita terlalu banyak masalah dan kita seringkali menyalahkan orang lain atau keadaan mengenai masalah yang kita alami. Tapi sebenarnya semuanya adalah berpunca dari diri kita sendiri. Kita tidak merancang dengan betul atau tidak merancang sama sekali.

Masa terlalu sedikit untuk terus menulis. Ada orang dah memanggil untuk kerja-kerja yang melambak tu… so nanti aku sambung lagi… :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
20 August 2007 05:56
1 komen

Movie: Teenage Mutant Ninja Turtle (2007)

Movie: Teenage Mutant Ninja Turtle (2007)

tmnt2007.jpg

Filem Teenage Mutant Ninja Turtle(TMNT) ini merupakan filem animasi yang telah di tayangkan di pawagam² utama sejak Mac 2007. Aku baru sempat tgk cerita ni hujung minggu lepas jer. So secara dasarnya teringat aa zaman kecik² dulu time dok layan ninja turtle kat tv. hehehe… pastu sakan time tu main game Ninja Turtle kat console Micro Genius tu… kekeke… masih pakai cartridge time tu… So berbalik kepada cerita TMNT, secara dasarnya cerita ni menarik aaa. Walaupun memang kita nampak ianya adalah Filem animasi moden, namun jalan cerita yang mudah dan menarik amat menyenangkan.

Sejak Ninja Turtles telah menewaskan musuh utama mereka The Shredder beberapa tahun lepas, mereka telah berpisah dengan ketuanya Leonardo telah pergi keluar negara untuk berlatih selama setahun, Donatello bekerja sebagai pembantu teknikal, Michael Angelo bekerja sebagai badut untuk parti hari jadi kanak-kanak dan Raphael menjadi Penunggu Malam.

Mereka menjalani kehidupan secara berasingan walaupun masih tinggal serumah kecuali Leonardo. Untuk Filem kali ini, watak utama yang menjadi perhatian adalah Leonardo dan Raphael. Selain Casey dan April yang menjadi penghias kepada beberapa babak utama. Kali ni aku tak mao cerita jalan cerita dia, tapi lebih kepada ulasan secara umum kerana aku rasa cerita ni perlu di tonton dari awal dengan sendiri untuk mendapatkan keseronokan sebenar… kekekek…

Selaku peminat Ninja Turtles, aku memang berpuas hati dengan cerita kali ini. Terdapat banyak babak-babak berlawan yang sangat menarik dan menghiburkan. Setelah sekian lama tidak menonton aksi-aksi Ninja Turtles, filem ini seperti pengubat rindu… hehehe… Walaupun aku macam dah terlambat sket nak tgk… tapi biasa laa tu kan… kekeke…

So untuk filem TMNT kali ini, aku syorkan kepada sesiapa yang belum menonton filem ini, untuk pergi menonton. kalau macam kat wayang dah takder, boleh aaaa download jer kat laman-laman macam mininova atau sebagainya. hehehe…. selamat menonton… jom kita gi sambung keje

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 August 2007 05:51
1 komen