Arcade @ eizil.com

Arcade @ eizil.com

Arcade eizil


Arini aku macam bebosan jer tadi, so aku setup arcade kat eizil.com. Kalau ada sesaper yang bebosan tu lerh aa singgah yer…. hehehe… ada beberapa game aku baru letak… nanti aku update lagi… :D selamat semua…. hehehhe

Jom kita men game http://arcade.eizil.com

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
25 February 2009 04:57
1 komen

Malaysia tanahair ku…

Malaysia tanahair ku…

Malaysia Tanahairku

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke tanahair pada bulan mac ini. Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. Aku sedang mengatur semua satu persatu, terlalu banyak benda yang nak diselesaikan dalam masa terdekat. Walaupun terasa tidak sabar untuk pulang ke tanahair, namun perkara di sini perlu diselesaikan juga. :) Aku harap ini adalah keputusan yang terbaik untuk aku meneruskan kehidupan… huhuhu…

Kepada kawan-kawan di Malaysia, lepas ni boleh aa kita berjumpa dengan lebih kerap, tak macam dulu dah… rindu tul nak hidup macam dedulu, walau ada masalah, tetap tak sesusah di bumi asing ni. :)


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
12 February 2009 14:33
1 komen

Setelah sekian lama bercuti

Setelah sekian lama bercuti

waktu
Setelah sekian lama aku tak dapat nak jenguk blog aku ni, akhirnya arini aku kembali semula. Rumah baru pun dah selesai dikerjakan, sekarang ni tinggal nak teruskan balek kehidupan macam biasa. Walaupun mungkin takder aa macam biasa sangat… hehehe… apa jer aa aku cakap ni. Kepada semua yang sedang menanti di ESC tu, harap bersabarlah erk. Selama ni aku ada banyak masalah taklerh nak online.

So pasni kita kembali semula dengan program-program yang dijalankan sebelum ni. Kepada yang nak apa dari eizil.com tu, pasni dapat aaa balek semula. Mungkin ambil masa sket untuk aku reply semua tiket-tiket kat dalam ESC tu. Tapi sket-sket lama-lama habis aa gak insyaALLAH.


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
06 November 2008 20:01
6 komen

Itu ini begitu begini…

Itu ini begitu begini…

eizil-world-map

Masanya semakin dekat untuk aku meneruskan kehidupan ini ke alam yang lebih mencabar, adakah aku akan berjaya untuk menongkah arus yang akan lebih deras dan tiada perikemanusiaan itu? Hari silih berganti, sorak sorai pun silih berganti gak, tak kira lagi gelak tawa… :) tapi tangisan di dalam ni, takder saper pun tau kan…

Kadang-kadang orang kata, kena aa sabar, ini semua dugaan jer… tapi bila benda tu dia macam tak retiª¤? nak berhenti… camner jer erk? huhuhu… ntah aa… lepas satu, satu benda datang… Aku nak balek… waaaaaaa… dan talarat nak duk kat sini lagi… :D apa nak jadi jadilah… lerh tak camtu? isk isk isk… Kenapa laa aku sengal sangat nak datang sini… ngengada!! saper suruh… skang dah padan muka ngan diri sendiri… huhuhu…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
12 October 2008 23:06
1 komen

Nostalgia di perantauan.

Nostalgia di perantauan.

844252

Suatu masa dahulu, hampir 5 tahun dahulu, ramai di antara mereka yang baru jer sampai di bumi asing ini. Masing-masing dihiasi senyuman gembira yang tidak dapat digambarkan oleh perkataan. Namun adakah senyuman itu masih mekar menguntum sehingga hari ini? Tiada siapa yang mampu menjawabnya. Yang pasti, suatu masa dahulu, perhubungan ini sangat utuh, namun disebabkan masa, keadaan dan pelbagai lagi sebab, kebanyakkannya sudah lama tidak dihubungi. :)

Kenangan yang menghibakan hari aku arini, teringat zaman-zaman masih setahun jagung bak kata orang. :) baru ingin mengorak langkah ke dalam kehidupan yang lebih mencabar, dan kini pelbagai onak dan duri telah diharungi, ada yang berjaya mengharunginya walaupun mengalami luka parah di dalam perjalanan. Yang pasti, setiap dari mereka telah berada di arah yang berlainan, di laluan yang berlainan, dengan satu matlamat untuk meneruskan langkah ke alam yang lebih mencabar.

Semoga semuanya berjaya dalam apa jua yang dikerjakan… Terasa rindu untuk bersama seperti dahulukala.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
25 September 2008 02:28
0 komen

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

Eid-mubarak

Semperna bulan Ramadhan yang kunjung tiba buat sekian kalinya, eizil.com ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua jika terdapat salah silap sepanjang perjalanan blog dan kehidupan ini. Jika terdapat salah penulisan atau kesilapan penggunaan perkataan atau apa-apa pun yang mengguris perasaan atau sebagainya, di harap dapat di maafkan. Kepada yang akan berpuasa, jalanilah ibadah puasa dengan sungguh-sungguh, semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. :)

Selamat berpuasa kepada semua umat islam di mana jua anda berada.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
31 August 2008 08:52
0 komen

Semangat yang hilang…

Semangat yang hilang…

depress

Hari berganti hari, aku masih tatau gak apa yang aku dok buat kat sini. Kenapa aku sanggup untuk datang ke bumi asing ini? Sedangkan aku tau apa yang aku cita-citakan bukanlah ini semua. Sekeping kertas untuk menjamin kehidupan yang bahagia? Bahagiakah? tiada siapa yang boleh menjawab persoalan itu, kerana ianya lebih kepada indah khabar dari rupa.

Selepas digunakan sekali, segalanya akan bermula dari bawah kembali. Bersama-sama dengan yang lain untuk menjejak ke puncak yang lain. Bertahun-tahun berjuang, namun belum tentu hasilnya lumayan. Aku bersendirian berfikir adakah tahun-tahun yang telah dihabiskan ini betul-betul berbaloi demi sekeping kertas tersebut? adakah aku puas dengan diri aku sendiri. Entahlah…

Yang pasti aku puas melihat Eizil Support Center aku mendapat sambutan, masih ramai yang memerlukan bantuan di luar sana. Tidak salah untuk aku luangkan beberapa minit setiap hari untuk kesejahteraan bersama.

~~~~~~~+>

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
25 August 2008 23:18
1 komen

Kehidupan ibarat roda berwarna???

Kehidupan ibarat roda berwarna???

Real Color Wheel 475

Ramai yang menyebut hidup ibarat roda, kadangkala berada di atas kadangkala berada dibawah dan ada juga yang menyebut kehidupan ini ibarat kain putih yang telah diwarnai dengan pelbagai warna. Maka bolehlah juga diibaratkan kehidupan ini ibarat Roda yang berwarna.

Walaupun kita berada di atas, kadangkalanya ianya berwarna hitam kerana tidak menjaga kebajikan orang lain dan perkara-perkara yang sepatutnya kita jaga seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Dan kadangkala kita berada di bawah dan berwarna putih kerana dilengkapi dengan keperluan agama yang dituntut. Dan kadangkala kita berada di tengah-tengah di mana pelbagai warna mewarnai kehidupan kita.

Apakah warna yang mewarnai kehidupan kita adalah pilihan masing-masing, sama ada hendak mengharmonikan dengan warna-warna yang redup, subur dan menyelesakan atau warna-warna yang bertentangan, semuanya terletak pada diri sendiri. Namun yang pasti, kehidupan kita tidak akan stabil, sentiasa akan bergoyang, kalau tidak banyak, sedikit. Memang sudah menjadi lumrahnya.

Sama-samalah kita mengatur laluan roda kehidupan kita, semoga tiada lumpur-lumpur yang tidak diingini menyeliputi roda warna kehidupan kita. Kerana lumpur-lumpur itu hanyalah akan mengotorkan kehidupan kita dengan perkara-perkara yang dilaknat olehNYA. Sama-samalah kita fikirkan.

Wassalam

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
14 August 2008 01:39
0 komen

Kehidupan yang sibuk

Kehidupan yang sibuk

keje banyak

Lama betul aku tak sempat nak tulis apa² kat blog aku ni, kepada semua yang selalu singgah ke sini, aku minta maaf aa sebab beberapa bulan ni memang busy ngan memacam hal. Lepas satu, satu keje datang yang perlu diuruskan. Tapi sedikit demi sedikit nampaknya keje² yang banyak tu mula selesai, so makin lama makin sket aa keje yang nak kena diselesaikan. InsyaALLAH kalau semua berjalan lancar, bermula bulan September ni aku akan kembali aktif dalam alam maya ni.

Time tu insyaALLAH banyak benda-benda yang tak sempat nak diselesaikan sebelum ni akan cuba aku selesaikan. Harap semua doakan segala yang aku tgh buat ni berjalan lancar dan dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih.

Wassalam

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
04 August 2008 09:42
2 komen