Resepi: Nasi goreng kacang panjang.

Resepi: Nasi goreng kacang panjang.

Beberapa hari yang lepas, mak aku tersilap beli taucu. Brand tu dia tak pernah beli, tapi sebab dia teringin nak makan masak taucu aritu, dia pun beli aaa. Pastu masak macam biasa, tapi taucu tu rasa dia sangat tak sedap. Cian mak aku, sampai terbantut terus nak makan. Aku tak sampai hati tgk mak aku tak makan disebabkan salah produk yang di beli. Aku pun tanya, mak nak makan apa jer? nasi goreng okeh tak? dia okay jer… hehehe… So aku pun bersiap2 aaa kat dapur gi buat nasi goreng.

Bahan-bahan:


  • Bawang merah dan bawang putih dimayang halus
  • Udang
  • Kacang panjang dipotong serong
  • Fishball di potong dua dan fishcake di hiris
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Minyak, sos tiram dan garam secukupnya

Cara-cara:

  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumis bawang putih dan bawang merah
  • Bila dah naik bau, masukkan sedikit sos tiram, dan kemudian masukkan kacang panjang
  • selepas seketika masukkan udang dan digoreng sehingga udang itu agak masak
  • masukkan fishcake dan fishball ke dalam kuali
  • goreng lagi sehingga semuanya agak garing
  • tambah kacang panjang ke dalam kuali, dah goreng untuk seketika
  • tambah garam secukup rasa kemudian masukkan nasi yang telah dihancurkan(jika berketul)
  • Kemudian hidangkan nasi goreng bersama2 bawang goreng

Begitulah serba ringkas mengenai nasi goreng yang aku buat kali ni, walaupun dah beberapa hari aku buat, tak sempat nak tulis kat sini. hehehe… selamat mencuba kepada sesiapa yang membaca. :D kat bawah ni seperti biasa aku letak gambar berkaitan dengan resepi kali ni.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
15 June 2009 01:51
7 komen

Private Profile di Friendster?

Private Profile di Friendster?

friendster-logo

Hari ni aku sajer jejalan di Friendster.com. Rasanya tak perlulah nak terangkan apa benda friendster ni kan, macam semua orang malaysia yang online tau jer benda ni. Tapi kalau yang tatau, lerh aa gi tgk, ni laman web kenalan internet yang telah wujud sejak 2002 lagi. Aku dah lama gak tak login ke friendster aku. Dan hari ni pun aku tak login gak aaa sebenarnya, sekadar jejalan kat friendster jer.

Dalam aku dok godek-godek friendster tu, ramai gak aaa aku terjumpa profile-profile yang limited untuk kekawan jer kan. So takper aaa, nak wat caner, dah dia nak jadikan private profile, takkan nak larang laks kan. Tapi aku dok jejalan lagi, pastu aku dok try serba sedikit code asas, dan beberapa function kat friendster ni. Aku terdiscover benda cam best… :D apa benda jer laa tu kan. Sebabkan aku takmao susahkan orang lain, tak perlu aa rasanya aku nak kongsi apa yang aku terdiscover tu. Tapi yang pasti ini ada beberapa peringatan yang aku nak pesan aa kepada mereka-mereka yang menggunakan friendster.


Sebab kalau aku lerh kenal pasti function yang lerh dikatakan vulnerable ni kat friendster, sure nanti ada gak orang lain yang akan jumpa gak pasal benda ni. So kat bawah ni pesanan dari eizil.com

Perkara perlu dielakkan semasa di friendster

  • Jangan letak gambar-gambar yang boleh menyusahkan diri sendiri pada kemudian hari.
    • sebab laman friendster ini, sehingga saat aku sedang menulis artikel ini untuk tatapan pembaca eizil.com, masih mempunyai lubang-lubang yang menyebabkan orang lain boleh memperolehi gambar anda.
  • Sentiasa pastikan anda moderate rakan anda jika anda ingin memastikan private profile anda terlindung.
    • sebab jika tidak, last name di dalam friendster boleh diperolehi dengan mudah jika kena caranya. :) walaupun kita dah hidden dalam main profile.
  • Sentiasa berhati-hati dengan gambar yang diletakkan di private album.
    • sebab terdapat sesetengah album yang masih boleh ditembusi di dalam friendster. Jika terdapat gambar-gambar panas atau separa panas yang terdapat di dalam itu, kebarangkalian ianya jatuh ke pihak yang tidak sepatutnya masih tinggi.

Ini antara nasihat aku dengan penemuan aku siang tadi, walaupun mungkin #3 tu hampir mustahil untuk dijumpai, namun berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan di sana… :) Walaupun friendster sering melakukan security patch di merata tempat, namun masih terdapat lubang-lubang yang boleh digunapakai untuk menembusi sistemnya.

Mungkin ramai yang akan bertanya, aku akan kongsi selepas friendster dah patch sistem diorang untuk mengelakkan perkara ini disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
13 October 2008 23:15
13 komen

Pulang ke tanahair…

Pulang ke tanahair…

Hari ni aku sebuk membungkus barang-barang aku untuk aku hantar ke Malaysia. Dah hampir 5 tahun di bumi asing ni, akhirnya akan pulang juga aku ke Malaysia, harapnya untuk selamanya. Sememangnya pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri”. Begitulah juga perasaan aku. Walaupun boleh membuat banyak wang atau sebagainya di sini, namun bumi Malaysia tetap dirindui.

Sedikit demi sedikit barang-barang aku hilang dari penglihatan, semuanya sama ada dimasukkan ke dalam kotak ataupun di buang ke dalam tong sampah. Kertas-kertas, surat-surat, dokumen, resit dan banyak lagi benda berkaitan kertas telah dibuang tadi dengan bantuan rakan serumah aku, luqman tadi. Sekarang ni aku tgh berehat jap, so sesambil tu menulis blog di screen laptop aku ni yang kecik… huhuhu… Sebab monitor dah bungkus masuk dalam kotak gak…


Pasni hidup ngan bertemankan laptop aku ni dan pakaian jer aa aku kat sini, barang-barang lain akan di hantar ke Malaysia… :) Rakan-rakan yang lain ramai yang sudah berada di Malaysia, bergembira bersama keluarga, suami atau isteri masing-masing. Semestinya penuh dengan kegembiraan. Walaupun aku dah berkemas-kemas untuk menghantar barang-barang ke Malaysia, adakah aku betul-betul sudah selesai dengan semua urusan di sini? Hanya Allah yang maha mengetahui. Semoga dengan izinNYA, semuanya akan berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.

Sambil aku berkemas tadi, ada beberapa benda menarik yang aku terjumpa. Nanti aku akan kongsi di entri yang seterusnya, sebab nak kena prepare something sebelum aku lerh tulis dalam blog ni. Benda yang bagi sesetengah orang tu sangat menarik. Salah satu daripadanya aku terjumpa di dalam salah satu barang kepunyaan arwah Ayahandaku. Terasa sebak di hati ini bila mengingati arwah Ayahandaku. Okay laa… aku nak sambung mengemas… :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
27 September 2008 21:58
2 komen

Gateway FPD2275W 22″ TFT LCD Monitor

Gateway FPD2275W 22″ TFT LCD Monitor

2275w

Selepas 4 tahun lebih aku pakai monitor lama aku, Philips 17″ TFT Monitor, minggu lepas monitor aku tu tetiba taklerh nak ON… aku rasa switch dia rosak ko, tapi aku macam malas nak check bebetul sebab banyak kerja kebelakangan ni. So aku beli Monitor baru, Gateway FPD2275W ni. Setakat ni aku memang berpuas hati aa dengan monitor ni, dengan saiz 22″ tu, skang ni nak buat keje pun makin besar aa ruangnya.

Selain tu, monitor ni dilengkapi dengan 4 usb port, kira selain untuk jadi monitor, lerh gak dijadikan usb hub dan masalah sumber elektrik untuk usb hub tu dah tak timbul, sebab sebelum ni aku guna hub biasa jer, kekadang bila guna bebenda yang amek sumber elektrik dari usb port, akan ada masalah sket.

Selain tu, monitor ni dilengkapi dengan beberapa siri komponen sambungan, dari vga, dvi, s-video dan beberapa lagi seperti tersenarai di bawah:

2275w conn

Tapi dalam banyak² tu, yang aku paling suka sebab takder button yang terkeluar kat mana² bahagian depan monitor ni, semua hidden touch button, hanya akan menyala bila kita sentuh menu. So nampak kemas aa monitor ni. So itu aa kot sedikit sebanyak yang aku lerh cerita… kat bawah ni sebahagian daripada spec aku amek dari web www.gateway.com

  • Viewable Size 22″ (diagonal)
  • Panel Type LCD Active Matrix TFT
  • Resolutions 1680 x 1050 (native and maximum)
  • Brightness 300 cd/m2
  • Contrast Ratio 800:1
  • Response Time 5ms
  • Colors 16.7 million
  • Viewing Angles 160 / 160
  • Connections Analog (VGA) / Digital (DVI) / Component /
  • Composite / S-Video / (4) USB 2.0
  • Pixel Pitch .282mm
  • Power Consumption 75W
  • Power Savings 5W
  • Power Supply built-in
  • Screen Treatment Antiglare
  • Mtbf (hr, exclude lamp) 50,000
  • Lamp Life (hr) 50,000
  • Dimensions w/ Base (WxHxD) 20.25″ x 17.5″ x 8″
  • Dimensions w/o Base (WxHxD) 20.25″ x 17.5″ x 2.75″
  • VESA Wall Mounting 100mm x 100mm
  • Weight w/ Stand 14 lbs.
  • Weight w/o Stand 12 lbs.
  • Swivel No
  • Height-Adjustable No
  • Tilt Yes
  • Rotation No
  • Kensington Yes
  • Limited Warranty 1 year parts/labor*
  • Approvals UL, cUL, FCC Class B, NOM,CE, TUV/GS, VCCI, TCO?99

okay laa… selamat semua… :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
20 May 2008 10:08
7 komen

Pencuri artikel

Pencuri artikel

Stakat ni aku rasa dah 4-5 artikel dari Eizil.com ni yang di copy atau di salin sebijik² tanpa sebarang kredit di bagi kepada eizil.com, sampai gambar apa semua pun amek dari web aku, pehal jer? dah aa artikel tu just copy n paste, sampai bandwidth aku pun korang nak curi… aku tapaham btul ngan bebudak bloggers baru ni yang nak amek benda mudah jer. Dok copy artikel-artikel dari blog lain, dan kekonon artikel tu dorang yang tulis sendiri. Bagi aa kredit at least, sumber dari sekian sekian ke.

Sebelum ni bebudak indon jer aku tgk yang suka salin artikel-artikel dalam blog aku ni, skang ni, bangsa melayu sendiri pun dok salin gak? kalau artikel tu memang aku salin daripada email ke apa ke, aku tak kesah pun aa nak salin balek kan, ni artikel yang aku tulis sendiri pun dia salin ikut suka hati jer… Kalau taklerh nak tulis artikel sendiri, takyah aa nak buka blog. Tak tau ke, yang mencuri tu berdosa. Tak kesah aa curi apa pun kan, bandwidth aku tu, aku bayar sendiri kot, kalau korang amek tanpa kebenaran, maksudnya mencuri tu. isk isk isk… semata-mata untuk sekelumit pendapatan daripada ads² yang korang letak atas blog tu, korang sanggup mencuri… fikir-fikirkanlah wahai kekawan… duit tu kalau kita buat beli makanan apa semua akan jadi darah daging, dan kalau sumber dia tu dari pencurian… nak ke makan bebenda haram gak ?

fikirkan lah yer… wassalam

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
29 February 2008 09:48
12 komen

Soundtrack filem diva

Soundtrack filem diva

Smalam aku dok tgk movie Diva. Cerita tu bagi aku cam biasa jer, tapi ada beberapa lagu yg menarik perhatian aku dalam filem tu. Memang menarik aa bagi aku… so aku pun extract lagu dari video tu dan jadikan file MP3. Sebab aku rasa macam best jer sangat lagu-lagu tu… hehehe… kepada sesiapa yang nak dgr… aku kongsi kat bawah ni 2 lagu yg aku rasa macam menarik jer… ;)

[audio:Cintaku.mp3]
judul: cintaku
hehhee… pepandai jer aku letak judul sendiri…

[audio:Kaudanakuperlukankawan.mp3]
Judul: kau dan aku perlukan kawan.
ni pun aku pepandai jer letak judul sendiri… :D takper aa… yang penting aku suka dgr lagu dia… ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
20 January 2008 10:15
6 komen

Kadangkala, kehidupan ini sangat sunyi…

Kadangkala, kehidupan ini sangat sunyi…

life

Dah lama aku tak menulis dengan sungguh-sungguh. Sejak kebelakangan ni, aku terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan dan kerja yang terpaksa disiapkan. Sampaikan, kadangkala aku tidak mempunyai masa untuk diri aku sendiri. Walaupun sememangnya aku sendiri yang memilih untuk melakukan semua ini. Namun saban hari berlalu, seperti tiada hasil yang jelas yang aku dapat lihat.

Namun langkah tetap ku teruskan dengan harapan suatu hari nanti, segalanya akan membuahkan hasil yang lumayan untuk aku dah keluarga aku. Itulah tujuan asal aku melakukan semuanya ini. Teringat perbualan ku dengan ayahanda ku yang kini telah kembali menemuiNya. Saat yang aku rasakan penuh keceriaan. Bercerita dengan ayahanda ku mengenai semua rancangan yang aku ingin lakukan untuknya dan ibuku.

(more…)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
19 December 2007 23:00
7 komen

Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Ada org bagi kat aku.. :D aku lahir bulan rejad… :D kekeke… kepada sesiapa yang tatau camner nak kira.. lerh gi kat IslamicFinder untuk check… :D

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 December 2007 17:35
58 komen

Kemaskini Eizil.com

Kemaskini Eizil.com

Hari ni aku macam tetiba macam dah sengal² tgk eizil.com nyer rupa ni, so aku sedang pelan-pelan mengubah rupa benda alah ni… so sementara ni akan kecacatan sket aa rupa blog aku ni… hehehe…

takder masa nak tumpukan sepenuh perhatian, so aku akan edit sedikit demi sedikit… draft semua dah ada dalam pala otak…. tapi taklerh nak buat semua skali terus siap… :D

dalam masa yang sama… aku baru siap upgrade aku nyer blog ni ke versi 2.3.1… huhuu… lama tul aku dok pakai “ELLA” jer tak upgrade²… huhuhu… takder masa nak upgrade…

so begitulah keadaannya… kepada sesiapa yang ada masa lapang n terasa nak tolong aku… lerh aa bitau erk… ;) tadi aku ada gak tanya cypher… kot² dia ada masa… tapi dia kata dia nak exam… bulan depan baru dia ada masa… apasal aa malas sangat aku ni… huhuhu

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
05 November 2007 14:35
2 komen