Urus icons anda dengan Fences
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
beberapa hari yang lepas aku mengambil inisiatif untuk format kembali laptop yang telah digunakan selama lebih 3 tahun tanpa sebarang kerja-kerja format di lakukan, sehubungan itu, aku memasang Windows 7 Upgrade Advisor untuk melihat sama ada komputer aku sekarang ini mampu atau tidak menggunakan Windows 7. Ternyata keputusan daripada Upgrade Advisor itu adalah positif, peluang untuk meninggalkan Windows Vista sudah berada di depan mata. Aku pun ambil peluang untuk memasang Windows 7. Secara keseluruhan aku memang berpuas hati dengan Windows 7 ini kerana loading time yang cepat, lebih responsive dan pelbagai lagi. Memang tidak sia-sia aku format komputer dan memasang Windows 7.
Pada Windows Vista sebelum ini, aku menggunakan Object Dock Plus untuk menguruskan icons shortcut program yang aku gunakan. Namun disebabkan Object Dock Plus ini suatu masa dahulu adalah hasil pembelian tanpa duit, aku mencari alternatif yang boleh digunakan didalam Windows 7 yang percuma. Aku terjumpa Fences by Stardock. Sepertimana Object Dock, Fences juga mempunyai versi percuma dan versi berbayar, tetapi fungsi versi percumanya sudah cukup untuk aku menguruskan icons di atas desktop aku dengan lebih tersusun dan teratur. Kita lihat contoh desktop ku seperti di bawah.
Buat masa ni tak banyak lagi program yang sempat aku install untuk laptop ni, so icons pun masih tak berapa banyak. Tapi setakat ni fungsi boleh menyusun icons-icons di dalam kotak masing-masing agak memudahkan. Satu kelemahan adalah bila kita ingin browse files, semua icons itu akan berada dalam susunan yang banyak. Bila berlaku sedemikian, Object Dock mungkin adalah pilihan yang lebih baik. Aku akan mencuba program ini untuk sekian ketika dan lihat sama ada produktiviti bertambah atau berkurangan. Di bawah adalah beberapa screenshot program Fences ini.
Kepada yang ingin mencuba, bolehlah memuat turun perisian ini di pautan laman web berikut Fences by Stardock.



