Seminar buat duit dengan blog.

Seminar buat duit dengan blog.

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu semua,


akhirnya sempat juga meluangkan masa untuk bermanja-manja dengan blog ni, sekali lagi blog ini menjadi bahan ujikaji, kali ini mencuba teknologi Amazon EC2 pula. Semuanya demi memastikan perkhidmatan yang terbaik boleh diberikan kepada sesiapa yang memerlukan.

Kali ini sekadar ingin berkongsi kepada sesiapa yang sedang mencari teknik baru atau teknik yang berlainan dalam proses penjanaan pendapatan melalui blog. Ramai yang seringkali hanya tertumpu kepada pengiklanan atau advertorial apabila mencari duit melalui blog. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi teknik-teknik lain yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Dalam seminar anjuran Denaihati Network kali ini akan memfokuskan mengenai perkara ini. Seminar buat duit dengan blog ini akan membolehkan anda mempelajari dari beberapa blogger berpengalaman bagaimana mereka menjana pendapatan dengan teknik yang berbeza-beza.

Anda boleh daftar sekarang nak nikmati harga promosi RM50 sahaja untuk seorang. Harga promosi ini akan tamat pada 5 Mei 2012. Kepada yang ingin melangkah lebih jauh dalam bidang blogging yang cukup mencabar ini, marilah sama-sama kita sertai seminar ini. Selain kita boleh mempelajari dari pengalaman para blogger yang akan menjadi panel, kita juga boleh melebarkan rangkaian kenalan antara blogger tanah air, kerana ramai peserta yang terdiri daripada para blogger akan menyertai seminar ini, dan ini adalah peluang yang baik sekiranya anda sedang mencari rakan blogger lain untuk bekerjasama atau berkongsi-kongsi idea dalam merancang blog yang lebih hebat.

Jumpa kita di seminar buat duit dengan blog yang julung kali diadakan oleh Denaihati Network.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
14 April 2013 12:14
8 komen

Kalah menang adat pertandingan…

Kalah menang adat pertandingan…

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat semua,

semalam baru sampai ke rumah semula setelah pulang ke kampung untuk beberapa ketika, sepanjang berada di kampung, aktiviti atas talian memang agak terhad, sekali sekala dalam setahun berehat dari aktiviti atas talian memang melegakan walaupun ada juga perkara-perkara yang meminta untuk diselesaikan secepat mungkin. Kali ini, apa yang ditunggu oleh ramai peserta contest sebelum ini telah tiba, keputusan penuh pertandingan akan aku umumkan. Kepada yang menang, tahniah diucapkan, kepada yang tidak bernasib baik, harap jangan pula berasa marah, keputusan ini dibuat oleh beberapa orang juri.

Seperti yang biasa kita lihat dalam penafian kebanyakan pertandingan umum, keputusan adalah muktamad, sebarang surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Mungkin ada yang merasakan artikel mereka sangat bagus, tetapi banyak juga penyertaan akhir yang terpaksa dikecualikan kerana tidak menepati syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah senarai pemenang utama dan pemenang hadiah saguhati untuk aktiviti blogging contest bersama eizil.com. Penaja untuk aktiviti ini adalah daripada Acoostic Design, Saleiz Webhosting dan juga Eizil.com sendiri.


KATEGORI PENULISAN TERBAIK

Tempat pertama akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM2500 dan pengurusan laman blog anda selama 3 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM1000, perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.

Pemenangnya adalah blog Affanruslan

Tempat kedua akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM1500 dan pengurusan laman blog anda selama 1 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM350, perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.

Pemenangnya adalah blog Wanzawawi

Tempat ketiga akan menerima domain dan hosting percuma (jika anda masih tidak mempunyai domain atau hosting bernilai kira-kira RM185) dan/atau perkhidmatan selenggara keselamatan untuk platform WordPress (self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.

Pemenangnya adalah blog AkmaOmar

tujuh hadiah saguhati berupa ebuku panduan kewangan akan diberikan kepada:

  • dawaihati.com
  • ibumifzal.com
  • aziewan.com
  • miri4evernet.blogspot.com
  • sensasi2020.com
  • earncent.com
  • pondokkecil.com

KATEGORI REFERAL/BACKLINKS TERBANYAK

Tempat pertama akan menerima wang tunai RM50, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 3bulan yang bernilai kira-kira RM1000 dan perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted).

pemenangnya adalah kujie2.com

Tempat kedua akan menerima wang tunai RM30, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 1bulan yang bernilai kira-kira RM350 dan perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted).

pemenangnya adalah denaihati.com

tiga hadiah saguhati berupa ebuku 37 teknik hapuskan masalah kekeringan idea akan diberikan kepada:

  • azri.my
  • syaisya.com
  • abangensem.com

KATEGORI PENULIS PENDAPAT TERBAIK

Dalam kategori ini, ada beberapa orang yang telah memberikan pendapat yang bernas dalam beberapa entri yang pelbagai, antara pemenang yang akan menerima RM30 dan ebuku panduan kewangan setiap seorang adalah seperti berikut:

  • Bro Blog Keperawatan
  • Bro Zulkbo
  • Bro Naziman

Kepada semua yang memeriahkan aktiviti ini, terima kasih diucapkan, aku memohon maaf atas kelewatan untuk menerbitkan artikel pengumuman ini, sebarang kekurangan atau salah silap adalah dari kelemahan aku sendiri dan aku mohon banyak-banyak kemaafan daripada semua.

Seperti aku janjikan tempoh hari, semua peserta aktiviti ini, walaupun anda hanya menghantar tugasan yang pertama layak untuk mendapatkan perkhidmatan berikut pada harga diskaun (tawaran sah sehingga 31 Januari 2013):

  • Perkhidmatan Sekuriti harga asal RM150 harga diskaun RM100
  • Pakej Theme WordPress Pakej A harga asal RM1500 harga diskaun RM1000
  • Domain (.com/.net/.org) + silver package hosting harga asal RM35 + RM150 harga diskaun RM150 sahaja

Kepada semua pemenang, diharap dapat menghantar butiran berikut kepada aku menggunakan borang hubungi saya:


  1. Nama Penuh
  2. Email (untuk penghantaran ebuku)
  3. Akaun bank (jika anda memenangi hadiah wang tunai)
  4. Kategori apa yang anda menangi

    Sekian, terima kasih diucapkan kepada semua.

    Nota kaki: Hadiah akan dihantar secara berperingkat, harap berikan masa untuk aku menghantar semua hadiah kepada para pemenang.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    21 December 2012 07:40
    49 komen

    Mengapa aktiviti blogging contest diadakan.

    Mengapa aktiviti blogging contest diadakan.

    Assalamualaikum dan selamat pagi,

    cuaca pagi ini dihiasi dengan hujan yang turun membasahi bumi, terasa nyaman memulakan kerja hari ini. Kali ini sekadar ingin berkongsi mengapa aku mengadakan aktiviti blogging contest yang telah pun tamat pada 11 November 2012. Mungkin ramai yang telah dapat mengagak mengapa setiap tugasan dan kategori itu diwujudkan kepada para peserta, dan sekiranya anda tidak pernah terfikir mengapa aku mewujudkan semua itu, mungkin ini akan dapat dijadikan bahan rujukan.

    Aktiviti julung kalinya diadakan di eizil.com

    Aktiviti ini adalah julung-julung kalinya aku adakan di blog ini, memang sebelum ini tidak pernah mengadakan contest besar-besaran seperti ini. Alhamdulillah, penyertaan aktiviti kali ini melebihi apa yang aku jangkakan, terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi untuk menyertai aktiviti ini walaupun ada ramai yang kecundang di tengah jalan.

    Aku mewujudkan pelbagai kategori dalam aktivit ini untuk memberi peluang sama rata kepada semua untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan, namun dalam masa yang sama, ada perkara yang aku cuba terapkan terutama dalam kategori penulisan terbaik. Setiap tugasan dalam kategori penulisan terbaik ini, aku rancang untuk memberikan idea atau pendedahan kepada rakan-rakan blogger, bahawa blogging ini juga perlu diambil perhatian yang sebaiknya sekiranya kita ingin menjadikannya sebagai salah satu medium penjanaan pendapatan.


    Tugasan perancangan tiga tahun dan mengapa anda menulis blog ini dirancang dengan tujuan untuk mencapai apa yang telah aku tulis dalam artikel Adakah anda sedar. Rumus yang aku pelajari daripada salah seorang pakar motivasi ini telah membuatkan aku sedar akan kesilapan yang aku pernah lakukan sebelum ini. Tugasan pertama kategori penulisan terbaik itu bertujuan untuk memberi kesedaran bagaimana kita telah bermula dan perancangan tiga tahun itu pula adalah ke mana kita ingin berada.

    Tindakan bawah sedar untuk para blogger

    Walaupun mungkin ramai yang hanya menulis disebabkan untuk menyelesaikan syarat tugasan aktiviti ini, tetapi aku percaya, sedikit sebanyak, apa yang ditulis itu akan mempengaruhi minda bawah sedar anda yang seterusnya akan menyebabkan anda terfikir untuk mencapainya. Manakala tugasan ketiga yang mempunyai dua pecahan itu adalah untuk menilai tahap eizil.com berada selain ingin memberi peluang kepada rakan-rakan blogger untuk memberi kritikan. Ini secara tidak langsung untuk memberi idea kepada rakan-rakan blogger untuk memperbaiki blog masing-masing juga, walaupun kritikan ditujukan atau ditulis untuk eizil.com, pasti ada perkara yang boleh diterapkan oleh rakan-rakan yang lain.

    Kategori penulisan terbanyak pula mendapat ramai maklum balas yang mengatakan ianya akan menyebabkan kegiatan spam berleluasa, namun begitu, ianya adalah salah satu cara untuk aku menyampaikan bagaimana rumus Sedar + Bertindak = Hasil. Dalam hal ini, walaupun mungkin ada yang mengatakan akan menyebabkan spam, ianya juga akan memberikan peluang untuk mereka yang inginkan hadiah tersebut untuk bertindak sewajarnya.

    Manakala penulisan terbaik diwujudkan untuk memberi galakan kepada para penulis komen untuk memberikan pendapat yang bernas dan bersesuaian dengan artikel yang ditulis. Aku pernah berkongsi Seni penulisan komen yang bertujuan untuk membuka minda rakan-rakan yang penulisan dalam dunia blogging ini tidak terhad kepada penulisan artikel diblog kita semata-mata, penulisan komen juga sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian, walaupun mungkin ada juga yang lebih gemar menjadi pembaca senyap.

    Dan akhir sekali, kategori referal terbanyak ini bertujuan memberi peluang kepada sesiapa yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyertai aktiviti yang lain, namun masih berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

    Aku sedang menyusun senarai pemenang untuk diumumkan dalam sehari dua lagi, terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktviti ini, semoga hubungan antara kita rakan-rakan blogger akan bertambah erat selepas ini. Ramai rakan-rakan blogger baru yang aku sempat berkenalan sepanjang aktiviti ini berlangsung, dan aku masih meneruskan usaha untuk berkenalan dengan lebih ramai blogger tanahair.

    InsyaALLAH akan ada aktviti susulan yang akan memberikan faedah kepada kita semua.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    27 November 2012 09:10
    55 komen

    Perihal keselamatan laman sesawang

    Perihal keselamatan laman sesawang

    Assalamualaikum dan selamat pagi,

    Apabila bercerita mengenai pengurusan laman sesawang, kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah laman sesawang kita akan cuba digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun kita mengatakan bahawa laman kita tidak popular dan sebagainya, tetapi itu bukanlah alasan untuk pihak yang tidak bertanggungjawab itu untuk melupakan laman kita. Bahkan, kadangkala laman web sebegini yang menjadi tumpuan kerana mereka tahu empunyanya tidak mengambil berat mengenai isu keselamatan dan membolehkan mereka menggodam dengan lebih mudah.

    Pada awal Oktober 2012, aku telah menghadirkan diri ke kursus Advance Web Hacking yang dianjurkan oleh pihak HITB. Kursus yang berlangsung selama dua hari itu berkisar mengenai potensi dan teknik-teknik yang digunakan untuk menceroboh sesebuah laman sesawang. Dengan pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan sekarang, teknik menceroboh laman sesawang juga bergerak maju seiring dengan teknologi tersebut. Pelbagai cara yang melibatkan teknologi baru boleh dieksploitasi oleh penyerang sekiranya tiada tindakan pencegahan dilakukan.

    Aku pernah menulis sebuah ebook berkenaan keselamatan WordPress yang boleh dimuat turun secara percuma di halaman Panduan ringkas keselamatan WordPess, namun begitu, perkembangan keselamatan laman sesawang ini juga sentiasa berubah setiap hari. Ada sahaja eksploit-eksploit baru yang dikeluarkan yang boleh menjejaskan keselamatan laman sesawang kita. Tambahan kepada ebook yang telah aku lancarkan pada Julai 2011, aku ingin menawarkan kepada sesiapa yang berminat, untuk langganan isu keselamatan terus dari Eizil Network.

    Mengikut keperluan, anda akan menerima berita mengenai keselamatan laman sesawang dan perkara berkaitan dengan pembangunan laman sesawang terus dari email anda. Kekerapan email bergantung kepada keadaan semasa, paling kerap seminggu sekali, dan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kepada yang berminat untuk mendapat berita-berita terkini mengenai plugin-plugin atau theme WordPress yang berisiko terus dari email anda, anda bolehlah membuat langganan dengan menekan butang di bawah.

    Langganan isu keselamatan laman web dan WordPess dari Eizil Network

    Semoga dengan perkongsian ini, kita akan dapat mengelakkan daripada pencerobohan yang tidak diingini. Semua berita yang dikongsikan adalah percuma, namun anda boleh melanggan perkhidmatan sekuriti Eizil Network sekiranya anda ingin meningkatkan tahap keselamatan laman sesawang anda.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    22 November 2012 09:08
    51 komen

    Sedikit demi sedikit sehingga selesai

    Sedikit demi sedikit sehingga selesai

    Assalamualaikum dan selamat malam semua,

    seperti yang ramai sedia maklum, salah satu tugasan blogging contest tempoh hari adalah untuk memberi cadangan dan kritikan kepada eizil.com untuk membolehkan segala kelemahan diperbaiki dan ditambah baik demi melangkah setapak lagi dalam bidang berblogging ini. Theme asas untuk eizil.com telah pun di pasang dan kemaskini demi kemaskini akan dilakukan dalam keadaan laman ini berjalan seperti biasa. Ini untuk memastikan semua kemaskini yang dilakukan akan dapat dicuba atas domain sebenar.

    Kenapa aku ingin mencuba dengan menggunakan domain sebenar? ada beberapa sebab, antaranya adalah disebabkan ingin membuat cubaan atas kedudukan setiap unit ads yang aku akan letakkan dalam theme baru ini. Sekiranya ada sebarang ralat atau kerosakan semasa theme ini dalam pembangunan secara live ini, mohon hubungi saya untuk melaporkan atau boleh terus komen di bawah. Ada beberapa cadangan yang telah aku masukkan ke dalam theme asas ini, namun masih ada banyak cadangan dan kritikan lain yang sedang dinilai untuk diterapkan dengan secepat mungkin.

    Jika ada penambahan cadangan mahupun komen mengenai theme baru yang sedang dibangunkan ini, harap kongsikan juga di ruangan komen. Sekiranya cadangan atau komen itu aku rasakan bersesuaian dengan konsep baru yang aku cuba guna, insyaALLAH aku akan terapkan dalam proses kemaskini ini.

    Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang selama ini memberi sokongan kepada blog ini, semoga lebih banyak manfaat dapat kita perolehi semasa berada di blog ini.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    21 November 2012 21:20
    45 komen

    Perancangan dan impian yang ingin dicapai

    Perancangan dan impian yang ingin dicapai

    Assalamualaikum dan selamat tengahari semua,

    pejam celik sudah menghampiri penghujung minggu nampaknya, pasti ramai yang sudah melayan mood untuk bercuti di hujung minggu. Semoga semua kerja yang telah dipertanggungjawabkan tidak terabai. Seminggu kebelakangan ni, kesibukan mulai bertambah berkali ganda, dalam satu sudut, amat bersyukur dengan segala kurniaanNya, tapi dalam satu sudut lagi, terasa keletihan yang lebih berbanding sebelum ini. Semuanya adalah untuk kebaikan, teringat kata-kata mentor aku semasa menghadiri seminar beliau minggu lepas, kita perlu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit pada awalnya demi mengajar apa yang kita citakan, tiada kejayaan yang datang bergolek.

    Apabila memikirkan perkara sedemikian, aku akur akan apa yang perlu aku lalui, tiada sesiapa yang mampu mengubah kehidupan aku, kecuali aku sendiri bertindak dan berserah kepadaNya.

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa pada diri mereka”

    Sepanjang pembelajaran melalui seminar, bengkel, buku, ebuku dan sebagainya, banyak yang menyatakan, kita perlu ada perancangan dan hala tuju, jika tidak, perjalanan kita akan menjadi kabur tanpa tujuan. Tujuan pula biasanya dibahagikan pula kepada tujuan jangka masa pendek dan tujuan jangka masa panjang, semuanya ada sebab dan penjelasan yang berbeza-beza, tapi yang pasti, setiap tujuan yang kita ingin capai, perlulah realistik untuk dicapai. Contohnya kita ingin menjana RM2000 sebulan melalui penulisan di blog pada bulan depan. Sekiranya pendapatan kita pada bulan ini hanya RM10 atau RM1, apa yang cuba kita capai itu hampir mustahil dan ini hanya akan membuatkan kita cepat berputus asa.

    Sekadar gambar hiasan (kredit: theonequestion.com)

    Artikel kali ini berkait rapat dengan tugasan kedua Kategori Penulisan Terbaik, aku nak ajak para peserta untuk berkongsi apakah perancangan dan pencapaian yang anda ingin perolehi 3 tahun dari sekarang. Jika anda menulis kerana minat, apakah yang ingin anda capai selepas 3 tahun dari sekarang, dan sekiranya anda menulis kerana ingin menjana pendapatan, berapakah pendapatan yang anda ingin jana setiap bulan selepas 3 tahun dari sekarang.

    Mungkin anda tidak pernah berfikir pencapaian yang ingin diperolehi sebelum ini, tiba masa untuk kita memikirkan sesuatu yang lebih kehadapan untuk memastikan apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang lebih menarik. Tidak kiralah hasil itu dari segi wang ringgit, atau mungkin rakan taulan, atau ingin memastikan penulisan anda telah dibukukan. Kongsikan dalam artikel untuk tugasan kedua ini.

    Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam artikel kedua ini adalah seperti berikut:

    • Gunakan kreativiti ini anda untuk memastikan artikel anda menarik untuk dibaca
    • Gunakan seberapa banyak media bantuan (jika perlu) seperti gambar, video atau audio untuk membantu artikel anda.
    • Usah khuatir artikel terlalu panjang, aku akan pastikan setiap usaha yang anda curahkan dalam penulisan setiap artikel akan diberi pemarkahan yang sewajarnya.
    • Setiap artikel akan dibaca dan diteliti oleh Eizil Network, jadi pastikan mesej yang cuba disampaikan adalah jelas dan boleh difahami.
    • Penulisan pencapaian yang anda ingin perolehi selepas 3 tahun perlu jelas, gunakan angka, tempoh masa, dan jika anda boleh meletakkan tarikh bila ianya akan dicapai lebih baik.
    • Usah malu-malu ingin berkongsi apa yang anda capai kerana kata-kata bijak pandai, sekiranya orang lain tidak mentertawakan impian anda, impian anda tidak cukup besar.
    • Sila pastikan anda memasukkan badge-badge aktiviti ini dalam artikel yang anda tulis.

    Sila gunakan borang di bawah untuk penyertaan tugasan kedua, kepada yang belum menyelesaikan tugasan pertama anda masih boleh menghantar artikel sehingga 30 September 2012, penyertaan dilanjutkan sehingga tamat aktiviti ini iaitu 31 Oktober 2012., boleh rujukan artikel Kategori Penulisan Terbaik untuk mendapatkan butiran lanjut. Tarikh tutup untuk menerima bonus tugasan kedua ini pula adalah pada 12 Oktober 2012.

    Penyertaan artikel baru telah ditutup

    Senarai Penyertaan tugasan kedua

    Jika anda telah selesai menghantar tugasan kedua ini, sila ke pautan berikut untuk tugasan yang ketiga dan terakhir Pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhir


    Bahan-bahan untuk penyertaan pertandingan

    Badge (mesti dimasukkan di setiap entri/artikel yang ditulis), anda boleh pilih warna yang anda gemari.

     

    
    

    
    

    
    

    
    

    Web ribbon (paparan di bucu atas kanan/kiri laman web anda), lihat contoh pada bucu artikel ini. Anda boleh pilih warna yang anda gemari

    Banner pelbagai saiz.

    
    

    
    

    
    

    
    

    
    

    
    

    Penafian

    Aktiviti ini diadakan oleh pihak Eizil Network tanpa sebarang waranti, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh pengguna atas talian, namun begitu sekiranya pihak anda mengalami sebarang kesulitan semasa menyertai aktiviti ini, pihak Eizil Network tidak akan bertanggungjawab atas kesulitan tersebut. Semua bahan-bahan promosi untuk aktiviti ini dihost atas platform amazon s3 untuk memudahkan peserta menggunakannya tanpa sebarang masalah bandwidth atau seumpamanya. Semua keputusan pemenang adalah muktamad, ianya akan berdasarkan sistem pemarkahan yang telah dirancang untuk aktiviti ini. Penyertaan anda akan diterima hanya jika anda mengikuti semua arahan atau tugasan yang telah diberikan. Pihak Eizil Network ada menggunakan cookies dan beberapa peralatan untuk memantau aktiviti yang dijalankan ini, dengan penyertaan anda, anda bersetuju dan membenarkan Eizil Network membuat pemantauan.Penafian ini akan dipinda dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    20 September 2012 12:55
    157 komen

    Bagaimana segalanya bermula.

    Bagaimana segalanya bermula.

    Assalamualaikum dan selamat tengahari,

    pasti hari ini ramai yang mengambil peluang untuk berehat ataupun bersiar-siar bersama keluar atau rakan taulan ke tempat-tempat yang menarik. Aku pula, hari ini hari kembali ke meja kerja setelah beberapa hari keluar untuk beberapa urusan di sekitar selangor dan kuala lumpur. Sesekali membuat kerja luar memang memenatkan, namun ianya memberi aku ruang untuk merehatkan minda agar boleh meneruskan kerja-kerja pengaturcaraan dengan lebih baik.

    Alhamdulillah, setakat ni aktiviti penulisan terbaik sudah menerima banyak penyertaan, antaranya seperti yang tersenarai di bawah ini.

    Senarai penyertaan kategori penulisan terbaik.

    Kepada yang belum menyertai, bolehlah ke halaman Blogging Contest Eizil untuk mengetahui cara-cara untuk penyertaan.


    Artikel kali ini sekadar ingin berkongsi kisah yang sama seperti tugasan pertama aktiviti penulisan terbaik yang dianjurkan. Semuanya bermula pada tahun 2004, bulan mei, apabila aku diminta untuk menyediakan pengkalan data pelajar. Aku bukanlah seorang yang pandai dalam bidang IT pada ketika itu, tetapi khabar angin yang aku tidak tahu datang daripada mana, menyebabkan wakil persatuan pelajar menghubungi aku untuk tugasan tersebut. Ketika itu, aku tidak akan sekali-kali mengatakan tidak apabila bantuan dipinta, cuma aku memohon untuk berikan sedikit masa untuk aku mengenalpasti bagaimana ianya dapat dibuat.

    Walaupun aku tidak pandai dalam bidang IT pada ketika itu, namun aktiviti di atas talian memang sudah kerap dilakukan, pada ketika itu aku lebih banyak menghabiskan masa dengan berborak di IRC atau forum-forum yang aku rasakan menarik. Aku mempunyai seorang kenalan yang mempunyai sebuah portal, beliau menggunakan nama samaran jeddy pada ketika itu, beliaulah yang memperkenalkan aku dengan aktiviti pembagunan laman web. Skrip cms yang pertama aku cuba pasang adalah PHP Nuke, skrip yang sekarang ini sudah tidak dibangunkan lagi. Ketika itu, aku menggunakan nama internet slumbermann, mungkin ada yang mengenali nama tersebut ketika itu.

    14 Jun 2004, merupakan tarikh aku menulis artikel pertama dalam blog yang dibina menggunakan blogdrive, sejak dulu hingga tahun 2012 ni, rekabentuk dan susun atur muka depan blogdrive ini seakan tidak berubah, tetapi yang pasti, dalamannya ada perubahan sedikit demi sedikit. Aku banyak menggunakan platform blogdrive ini untuk menulis segala perkara yang aku rasa ingin tulis. Sekiranya aku sedang marah, maka penulisan akan berkisar mengenai perkara yang aku marahkan itu, dan begitulah juga dengan perasaan-perasaan lain, sesuatu yang aku akan elakkan di masa sekarang kerana ianya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

    Hampir setahun menulis di blogdrive, aku membeli domain Eizil.com pada 28 mei 2005, pada mulanya eizil.com menggunakan skrip blogging yang aku bina sendiri kerana perasaan ingin belajar dan sebagainya, namun ianya hanya bertahan beberapa bulan sebelum aku bertukar menggunakan platform WordPress pada awal tahun 2006. Sejak itu, Eizil.com tidak pernah bertukar lagi, platform WordPress seperti sudah sebati dengan domain ini. Sedikit demi sedikit, gaya penulisan, bahan penulisan dan pelbagai lagi perkara mengenai penulisan di Eizil.com bertukar dari masa ke semasa, mungkin ianya dipengaruhi oleh keadaan persekitaraan aku dan pelbagai lagi faktor yang menyebabkan aku ingin memastikan penulisan aku lebih bermanfaat.

    Walaupun aku telah lama menulis di Eizil.com, tetapi ada peristiwa hitam yang menyebabkan aku tidak bergiat aktif di persada blogging tanahair. Sekitar penghujung tahun 2006 sehingga awal 2009 aku lebih aktif di dunia blogging atau pengaturcaraan di luar. Ada beberapa laman sesawang yang aku bergiat aktif ketika itu, namun kebanyakannya telah ditutup atau bertukar pihak pengurusan. Peristiwa hitam itu masih utuh diingatan aku, namun biarlah ianya hanya diketahui oleh aku dan beberapa rakan seperjuangan yang bersama-sama membantu aku mengharungi perkara tersebut. Apa yang pasti, aku tidak akan mengulangi perkara yang aku terima itu kepada orang lain.

    Tahun 2009 aku cuba kembali untuk berkenalan dan berjinak-jinak dengan persada alam maya di tanahair, pastinya begitu banyak yang telah berubah, yang dahulunya ada sudah tiada, dan yang baru juga tumbuh berjela-jela. Perlahan-perlahan mencari kenalan-kenalan lama yang mungkin masih bergiat cergas menulis blog dan sebagainya, ada beberapa yang aku temui, namun ramai yang lain telah berhenti daripada menulis.

    Sepanjang tempoh beberapa tahun dari 2006 sehingga sekarang, Eizil.com tetap menerima penulisan daripada aku, walaupun ada kalanya aku bercuti sampai berbulan-bulan, namun setakat ini aku tidak ada perancangan untuk menutup domain Eizil.com ini, jika dipanjangkan umur, aku ingin pastikan Eizil.com terus berada di persada ini walau apa juga halangan dan cabaran yang mendatang. Semperna aktiviti yang sedang dijalankan ini, aku ingin berkenalan dengan lebih ramai blogger tanahair, pengalaman yang lebih indah ingin dicoretkan dalam diari kehidupan bersama rakan-rakan blogger, semoga kita semua akan mencapai apa yang kita cita-citakan.

    Salam perkenalan dan salam silaturahim kepada yang baru mengenai Eizil dan yang telah lama mengenali Eizil.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    17 September 2012 13:38
    83 komen

    Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.

    Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.

    Assalamualaikum dan selamat pagi petang semua,

    mungkin ada yang sudah ternanti-nanti pengumuman ini, terlebih dahulu ribuan maaf kerana kesihatan kurang memuaskan sebelum ini untuk buat pengumuman lebih awal, namun usah digusar, apa yang dijanji telah tiba, contest besar-besaran pertama kali diadakan di Eizil.com di bawah pengurusan Eizil Network. Memang banyak tujuan kenapa aku mengadakan pertandingan kali ini, antaranya adalah ingin berkenalan dengan para blogger dalam mahupun luar negara. Semoga dengan aktiviti ini, akan dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Di samping itu, ada beberapa lagi tujuan yang aku akan kongsikan sepanjang aktiviti ini berlangsung.

    Aktiviti kali ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori, ada yang khusus untuk mereka yang mempunyai laman sesawang ataupun blog, dan ada pula untuk mereka yang tidak mempunyai laman sesawang atau blog. Ini untuk membolehkan sesiapa sahaja berpeluang untuk memenangi sesuatu dalam aktiviti yang dianjurkan kali ini. Ini adalah pertama kali aku mengadakan aktiviti seperti ini, suka ataupun tidak, mungkin ada kekurangan dalam perjalan aktiviti ini, aku mohon maaf terlebih dahulu, walaupun pelbagai persiapan telah aku rancang demi kelancaran aktiviti ini. Panjang pula mukadimah artikel kali ini, mari kita lihat kategori-kategori yang boleh anda sertai.

    Kategori Penulis Pendapat Terbanyak

    Seperti yang sedia maklum, anda boleh berkongsi pendapat di ruangan akhir artikel, untuk kategori ini, sesiapa yang menjadi penyumbang pendapat atau komen terbanyak akan diberikan hadiah. Sudah lama sebenarnya ingin menyediakan hadiah untuk ruangan ini, tetapi tidak pernah berkesempatan. Bermula dari aktiviti ini, setiap bulan aku akan memberikan pelbagai jenis hadiah kepada penyumbang pendapat terbanyak. Bagi permulaan, penyumbang pendapat terbanyak akan menerima:

    1. Penulis pendapat terbanyak akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan.
    nota: disebabkan pengumuman dibuat hampir pertengahan bulan, pemenang terbanyak akan dikira bermula penghujung bulan oktober, bermaksud jumlah dari sekarang sampai oktober akan dicampurkan.

    Kategori Penulis Pendapat Terbaik

    Seterusnya, ini untuk mereka yang tidak gemar untuk menulis banyak-banyak pendapat, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan berkongsi pendapat yang bernas dan jitu, untuk memenangi kategori ini, anda hanya perlu berkongsi pendapat yang berkait dengan artikel yang ditulis, dengan penerangan dan cara penulisan yang baik. Kesalahan bahasa juga dititikberatkan di sini untuk mengelakkan ejaan yang tidak baik digunakan dalam proses penulisan pendapat yang baik. Anda bebas untuk memilih cara penulisan, tetapi jika singkatan yang digunakan terlalu teruk, pastinya menjejaskan proses penilaian.

    1. Penulis pendapat terbaik akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan. Selain itu ada ganjaran tambahan jika penulis bersetuju dengan tawaran yang akan diberikan.

    Seterusnya adalah kategori yang lebih memberi kelebihan kepada para blogger dalam atau luar negara. Kategori ini mempunyai hadiah yang lebih menarik jika dibandingkan dengan kategori terdahulu, dan pastinya ada tugasan yang menanti para peserta kategori ini.

    Kategori Penulisan Terbaik

    Usah khuatir dengan tajuk kategori ini, penulisan di sini bermaksud artikel yang anda akan tulis di blog anda, ada beberapa tugasan yang akan diberikan secara berperingkat, ini adalah setanding dengan tujuan akviti ini di buat.  Beberapa tugasan atau aktiviti ini akan diumumkan secara berperingkat dalam artikel-artikel akan datang. Jadi anda perlu kekal aktif di eizil.com untuk memastikan anda tidak ketinggalan.

    Tugasan pertama yang anda perlu tulis adalah “Apakah punca atau penyebab anda menulis blog, ceritakan pengalaman anda” . Anda bebas untuk menggunakan gambar, video atau penulisan semata-mata, bahasa malaysia, english, jerman atau indonesia juga tiada masalah selagi aku faham. Apa yang penting, pengisian dalam itu perlulah lengkap. Sila gunakan ruangan di bawah ini untuk memasukkan pautan artikel anda itu, ianya akan terpapar secara automatik selepas anda masukkan. Sila pastikan anda memasukkan pautan dalam ruangan yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan di penghujung aktiviti ini.

    Tarikh tutup untuk penghantaran tugasan pertama adalah pada 30 September 2012, penyertaan dilanjutkan sehingga tamat aktiviti ini iaitu 31 Oktober 2012.

    Penyertaan artikel baru telah ditutup

    Senarai Penyertaan tugasan pertama

    Senarai ini dikemaskini secara automatik setiap 5 minit. Sila jangan ulang penghantaran berkali-kali.


    Pemarkahan akan dibuat oleh Eizil.com, dan terdapat beberapa markah bonus yang anda boleh dapatkan dengan memasang badge aktiviti ini, dan juga banner yang disediakan di ruangan di bawah. Setiap badge atau banner mempunyai bilangan markah bonus yang berbeza-beza, anda dibenarkan untuk memasang kesemuanya sekali jika anda mahukan. Anda dimestikan memasang sekurang-kurangnya satu badge dalam artikel yang ditulis oleh anda.

    Kepada yang sudah menyelesaikan tugasan pertama, sila ke pautan berikut untuk tugasan yang kedua Perancangan dan impian yang ingin dicapai dan pautan berikut untuk tugasan yang ketiga dan terakhir Pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhir

    Seterusnya mari kita lihat apakah hadiah yang akan ditawarkan.

    1. Tempat pertama akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM2500 dan pengurusan laman blog anda selama 3 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM1000, perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
    2. Tempat kedua akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM1500 dan pengurusan laman blog anda selama 1 bulan  (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM350, perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
    3. Tempat ketiga akan menerima domain dan hosting percuma (jika anda masih tidak mempunyai domain atau hosting bernilai kira-kira RM185) dan/atau perkhidmatan selenggara keselamatan untuk platform WordPress (self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
    4. tujuh hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta kategori ini.

    Beberapa peserta juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah, ini akan diadakan pada penghujung aktiviti ini, peserta perlu melengkapkan semua tugasan dalam tempoh aktiviti ini dijalankan dan akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Hadiah berupa latihan online mengenai topik-topik berkaitan laman sesawang akan diberikan, selain hadiah-hadiah misteri yang akan diberitahu kelak.

    Kategori Referal/Backlinks Terbanyak

    Setiap pautan yang merujuk kepada eizil.com akan dikira dan pemantauan akan diselia menggunakan beberapa peralatan yang telah disediakan. Pada penghujung aktiviti ini, laman sesawang atau blog yang paling banyak memberi  pautan kepada Eizil.com akan diumumkan sebagai pemenang. Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut

    1. Tempat pertama akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 3bulan yang bernilai kira-kira RM1000 dan perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
    2. Tempat kedua akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 1bulan yang bernilai kira-kira RM350 dan perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
    3. tiga hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang terlibat.

    Bahan-bahan seperti banner dan badge boleh anda perolehi di penghujung artikel ini.


    Bahan-bahan untuk penyertaan pertandingan

    Badge (mesti dimasukkan di setiap entri/artikel yang ditulis), anda boleh pilih warna yang anda gemari.

     

    
    

    
    

    
    

    
    

    Web ribbon (paparan di bucu atas kanan/kiri laman web anda), lihat contoh pada bucu artikel ini. Anda boleh pilih warna yang anda gemari

    Banner pelbagai saiz.

    
    

    
    

    
    

    
    

    
    

    
    

    Penafian

    Aktiviti ini diadakan oleh pihak Eizil Network tanpa sebarang waranti, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh pengguna atas talian, namun begitu sekiranya pihak anda mengalami sebarang kesulitan semasa menyertai aktiviti ini, pihak Eizil Network tidak akan bertanggungjawab atas kesulitan tersebut. Semua bahan-bahan promosi untuk aktiviti ini dihost atas platform amazon s3 untuk memudahkan peserta menggunakannya tanpa sebarang masalah bandwidth atau seumpamanya. Semua keputusan pemenang adalah muktamad, ianya akan berdasarkan sistem pemarkahan yang telah dirancang untuk aktiviti ini. Penyertaan anda akan diterima hanya jika anda mengikuti semua arahan atau tugasan yang telah diberikan. Pihak Eizil Network ada menggunakan cookies dan beberapa peralatan untuk memantau aktiviti yang dijalankan ini, dengan penyertaan anda, anda bersetuju dan membenarkan Eizil Network membuat pemantauan.Penafian ini akan dipinda dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    11 September 2012 17:50
    404 komen

    Warna-warni menghiasi kanvas kehidupan

    Warna-warni menghiasi kanvas kehidupan

    Assalamualaikum dan selamat hujung minggu semua,

    [dropcap2]S[/dropcap2]emalam mungkin ada yang hadir di blog ini dan melihat pelbagai perubahan dan kucar-kacir yang dihadapi di blog ini, terdapat masalah teknologi baru yang aku cuba dengan blog ini, perkhidmatan teknologi baru itu mengganggu beberapa fungsi php yang terdapat pada blog ini, tetapi kini aku kembali kepada perkhidmatan Saleiz Webhosting, lebih mudah menggunakan server sendiri, kerana segalanya boleh diatasi tanpa perlu bertikam lidah semata-mata untuk mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah itu.

    [dropcap1]A[/dropcap1]ku telah bertukar dari tema hitam putih, kepada tema yang lebih berwarna warni, ianya sebagai simbolik kepada hasil yang telah dicapai setakat ini, sepertimana yang telah aku kongsikan dalam artikel Suku pertama 2011, memang dalam perancanganku semasa bertukar kepada tema hitam putih, aku akan mengubah kepada tema yang berwarna selepas aku dapat mengatasi prestasi yang teruk sebelum ini. Syukur alhamdulillah, sedikit demi sedikit, cahaya dan warna baru kehidupan mulai menghiasi perjalanan sementara di dunia ini.

    [dropcap1]T[/dropcap1]ema kali ini bukanlah ciptaan aku, tetapi adalah hasil dari muat turun dari site5.com, aku sekadar mengubahsuai dan menambah beberapa fungsi untuk memastikan semua yang aku ingin ada pada laman ini tetap ada. Masih ada beberapa fungsi yang masih perlu aku kemaskini, tetapi fungsi tersebut tidak begitu major sehinggakan perlu digunakan secepat mungkin. Apa komen anda dengan tema kali ini? adakah sebarang tambah baikan atau perubahan yang anda ingin cadangkan? Aku amat berbesar hati untuk menerima sebarang cadangan mahupun kritikan, kerana blog ini dibina bukanlah untuk aku seorang, tetapi untuk digunakan oleh semua yang sudi membaca maklumat di sini. Sebarang maklum balas aku ucapkan ribuan terima kasih.

    jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah

    [dropcap1]J[/dropcap1]ika anda menemui sebarang masalah ataupun bugs dalam tema baru ini, aku harap dapat berkongsi dengan aku supaya aku dapat perbaiki kerana mungkin ada bahagian yang terlepas pandang, lagipun aku terpaksa bertukar server disebabkan beberapa plugins dan untuk memastikan tema ini berfungsi dengan baik, mungkin juga ada fail-fail yang aku tertinggal untuk memuat naik ke akaun hosting ini. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi singgah ke blog ini, tanpa anda, pasti blog ini sudah lama berkubur.

    Penulis


    Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
    24 April 2011 19:50
    16 komen