Locking Down WordPress, Panduan keselamatan untuk anda

Locking Down WordPress, Panduan keselamatan untuk anda

Assalamualaikum dan selamat pagi,

jika anda pengguna WordPress, pasti anda seringkali tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan laman anda tidak diceroboh oleh pihak-pihak berkenaan. Code Poet telah mengeluarkan sebuah ebuku yang bertajuk Locking Down WordPress, ianya merupakan panduan yang ditulis oleh pakar WordPress mengenai apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan laman WordPress kita tidak mudah untuk diceroboh. Ebuku setebal 39 muka surat ini menerangkan pelbagai perkara mengenai keselamatan WordPress.

Kebanyakan tips-tips dalam ebuku ini seringkali aku kongsikan dalam seminar-seminar yang aku adakan, namun ada juga tips-tips tambahan yang boleh kita ambil perhatian untuk memastikan laman kita selamat. Jika sebelum ini anda telah membaca Panduan Ringkas Keselamatan WordPress, anda bolehlah menambah pengetahuan dengan membaca ebuku Locking Down WordPress ini. Semoga laman kita tidak begitu mudah diceroboh. Seperti biasa, sekiranya anda memerlukan bantuan untuk memastikan keselamatan WordPress anda sentiasa berada dalam keadaan terkawal, anda boleh melanggan perkhidmatan sekuriti yang disediakan oleh pihak Eizil Network.


Anda boleh mendapatkan ebuku ini di halaman Locking Down WordPress, selamat menelaah semua. ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
11 July 2012 03:39
8 komen