Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.

Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.

Assalamualaikum dan selamat pagi petang semua,

mungkin ada yang sudah ternanti-nanti pengumuman ini, terlebih dahulu ribuan maaf kerana kesihatan kurang memuaskan sebelum ini untuk buat pengumuman lebih awal, namun usah digusar, apa yang dijanji telah tiba, contest besar-besaran pertama kali diadakan di Eizil.com di bawah pengurusan Eizil Network. Memang banyak tujuan kenapa aku mengadakan pertandingan kali ini, antaranya adalah ingin berkenalan dengan para blogger dalam mahupun luar negara. Semoga dengan aktiviti ini, akan dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Di samping itu, ada beberapa lagi tujuan yang aku akan kongsikan sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Aktiviti kali ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori, ada yang khusus untuk mereka yang mempunyai laman sesawang ataupun blog, dan ada pula untuk mereka yang tidak mempunyai laman sesawang atau blog. Ini untuk membolehkan sesiapa sahaja berpeluang untuk memenangi sesuatu dalam aktiviti yang dianjurkan kali ini. Ini adalah pertama kali aku mengadakan aktiviti seperti ini, suka ataupun tidak, mungkin ada kekurangan dalam perjalan aktiviti ini, aku mohon maaf terlebih dahulu, walaupun pelbagai persiapan telah aku rancang demi kelancaran aktiviti ini. Panjang pula mukadimah artikel kali ini, mari kita lihat kategori-kategori yang boleh anda sertai.

Kategori Penulis Pendapat Terbanyak

Seperti yang sedia maklum, anda boleh berkongsi pendapat di ruangan akhir artikel, untuk kategori ini, sesiapa yang menjadi penyumbang pendapat atau komen terbanyak akan diberikan hadiah. Sudah lama sebenarnya ingin menyediakan hadiah untuk ruangan ini, tetapi tidak pernah berkesempatan. Bermula dari aktiviti ini, setiap bulan aku akan memberikan pelbagai jenis hadiah kepada penyumbang pendapat terbanyak. Bagi permulaan, penyumbang pendapat terbanyak akan menerima:

  1. Penulis pendapat terbanyak akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan.
nota: disebabkan pengumuman dibuat hampir pertengahan bulan, pemenang terbanyak akan dikira bermula penghujung bulan oktober, bermaksud jumlah dari sekarang sampai oktober akan dicampurkan.

Kategori Penulis Pendapat Terbaik

Seterusnya, ini untuk mereka yang tidak gemar untuk menulis banyak-banyak pendapat, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan berkongsi pendapat yang bernas dan jitu, untuk memenangi kategori ini, anda hanya perlu berkongsi pendapat yang berkait dengan artikel yang ditulis, dengan penerangan dan cara penulisan yang baik. Kesalahan bahasa juga dititikberatkan di sini untuk mengelakkan ejaan yang tidak baik digunakan dalam proses penulisan pendapat yang baik. Anda bebas untuk memilih cara penulisan, tetapi jika singkatan yang digunakan terlalu teruk, pastinya menjejaskan proses penilaian.

  1. Penulis pendapat terbaik akan menerima wang tunai dan juga senaskah ebuku panduan kewangan. Selain itu ada ganjaran tambahan jika penulis bersetuju dengan tawaran yang akan diberikan.

Seterusnya adalah kategori yang lebih memberi kelebihan kepada para blogger dalam atau luar negara. Kategori ini mempunyai hadiah yang lebih menarik jika dibandingkan dengan kategori terdahulu, dan pastinya ada tugasan yang menanti para peserta kategori ini.

Kategori Penulisan Terbaik

Usah khuatir dengan tajuk kategori ini, penulisan di sini bermaksud artikel yang anda akan tulis di blog anda, ada beberapa tugasan yang akan diberikan secara berperingkat, ini adalah setanding dengan tujuan akviti ini di buat.  Beberapa tugasan atau aktiviti ini akan diumumkan secara berperingkat dalam artikel-artikel akan datang. Jadi anda perlu kekal aktif di eizil.com untuk memastikan anda tidak ketinggalan.

Tugasan pertama yang anda perlu tulis adalah “Apakah punca atau penyebab anda menulis blog, ceritakan pengalaman anda” . Anda bebas untuk menggunakan gambar, video atau penulisan semata-mata, bahasa malaysia, english, jerman atau indonesia juga tiada masalah selagi aku faham. Apa yang penting, pengisian dalam itu perlulah lengkap. Sila gunakan ruangan di bawah ini untuk memasukkan pautan artikel anda itu, ianya akan terpapar secara automatik selepas anda masukkan. Sila pastikan anda memasukkan pautan dalam ruangan yang betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan di penghujung aktiviti ini.

Tarikh tutup untuk penghantaran tugasan pertama adalah pada 30 September 2012, penyertaan dilanjutkan sehingga tamat aktiviti ini iaitu 31 Oktober 2012.

Penyertaan artikel baru telah ditutup

Senarai Penyertaan tugasan pertama

Senarai ini dikemaskini secara automatik setiap 5 minit. Sila jangan ulang penghantaran berkali-kali.


Pemarkahan akan dibuat oleh Eizil.com, dan terdapat beberapa markah bonus yang anda boleh dapatkan dengan memasang badge aktiviti ini, dan juga banner yang disediakan di ruangan di bawah. Setiap badge atau banner mempunyai bilangan markah bonus yang berbeza-beza, anda dibenarkan untuk memasang kesemuanya sekali jika anda mahukan. Anda dimestikan memasang sekurang-kurangnya satu badge dalam artikel yang ditulis oleh anda.

Kepada yang sudah menyelesaikan tugasan pertama, sila ke pautan berikut untuk tugasan yang kedua Perancangan dan impian yang ingin dicapai dan pautan berikut untuk tugasan yang ketiga dan terakhir Pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhir

Seterusnya mari kita lihat apakah hadiah yang akan ditawarkan.

  1. Tempat pertama akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM2500 dan pengurusan laman blog anda selama 3 bulan (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM1000, perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
  2. Tempat kedua akan menerima – Tema khusus yang akan dibina mengikut citara pemenang untuk platform WordPress (self-hosted) atau blogspot yang bernilai kira-kira RM1500 dan pengurusan laman blog anda selama 1 bulan  (ini termasuk kemaskini plugin dan keselamatan untuk platform WordPress) dan proses selenggara lain yang bernilai kira-kira RM350, perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
  3. Tempat ketiga akan menerima domain dan hosting percuma (jika anda masih tidak mempunyai domain atau hosting bernilai kira-kira RM185) dan/atau perkhidmatan selenggara keselamatan untuk platform WordPress (self-hosted) dan senaskah ebuku panduan kewangan.
  4. tujuh hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta kategori ini.

Beberapa peserta juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah, ini akan diadakan pada penghujung aktiviti ini, peserta perlu melengkapkan semua tugasan dalam tempoh aktiviti ini dijalankan dan akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Hadiah berupa latihan online mengenai topik-topik berkaitan laman sesawang akan diberikan, selain hadiah-hadiah misteri yang akan diberitahu kelak.

Kategori Referal/Backlinks Terbanyak

Setiap pautan yang merujuk kepada eizil.com akan dikira dan pemantauan akan diselia menggunakan beberapa peralatan yang telah disediakan. Pada penghujung aktiviti ini, laman sesawang atau blog yang paling banyak memberi  pautan kepada Eizil.com akan diumumkan sebagai pemenang. Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut

  1. Tempat pertama akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 3bulan yang bernilai kira-kira RM1000 dan perkhidmatan cdn percuma selama 6bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
  2. Tempat kedua akan menerima wang tunai, senaskah ebuku panduan kewangan, perkhidmatan selenggara laman selama 1bulan yang bernilai kira-kira RM350 dan perkhidmatan cdn percuma selama 3bulan (untuk platform WordPress self-hosted).
  3. tiga hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang terlibat.

Bahan-bahan seperti banner dan badge boleh anda perolehi di penghujung artikel ini.


Bahan-bahan untuk penyertaan pertandingan

Badge (mesti dimasukkan di setiap entri/artikel yang ditulis), anda boleh pilih warna yang anda gemari.

 






Web ribbon (paparan di bucu atas kanan/kiri laman web anda), lihat contoh pada bucu artikel ini. Anda boleh pilih warna yang anda gemari

Banner pelbagai saiz.








Penafian

Aktiviti ini diadakan oleh pihak Eizil Network tanpa sebarang waranti, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh pengguna atas talian, namun begitu sekiranya pihak anda mengalami sebarang kesulitan semasa menyertai aktiviti ini, pihak Eizil Network tidak akan bertanggungjawab atas kesulitan tersebut. Semua bahan-bahan promosi untuk aktiviti ini dihost atas platform amazon s3 untuk memudahkan peserta menggunakannya tanpa sebarang masalah bandwidth atau seumpamanya. Semua keputusan pemenang adalah muktamad, ianya akan berdasarkan sistem pemarkahan yang telah dirancang untuk aktiviti ini. Penyertaan anda akan diterima hanya jika anda mengikuti semua arahan atau tugasan yang telah diberikan. Pihak Eizil Network ada menggunakan cookies dan beberapa peralatan untuk memantau aktiviti yang dijalankan ini, dengan penyertaan anda, anda bersetuju dan membenarkan Eizil Network membuat pemantauan.Penafian ini akan dipinda dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
11 September 2012 17:50
404 komen

Plugin Waktu Solat versi 2.0

Plugin Waktu Solat versi 2.0

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

harini ramai yang sudah menamatkan cuti sekolah, sudah berakhir episod berehat di rumah, kembali menjalani kehidupan bersekolah seperti biasa. Apapun, semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. Pada 1hb Januari tempoh hari, plugin Waktu Solat Countdown versi 2.0 telah dilancarkan, plugin kali ini telah dikemaskini untuk membolehkan semua blogger di mana jua anda berada boleh menggunakan plugin tersebut. Versi 1.x tempoh hari terhad kepada waktu solat sekitar Malaysia semata-mata.

Plugin kali ini juga dipersiapkan dengan fungsi pelbagai bahasa, buat masa ini, dua bahasa yang disertakan untuk permulaan, lebih banyak bahasa akan dimasukkan dari masa ke semasa. Jika anda ingin menyumbang kemahiran atau pengetahuan bahasa anda kepada plugin ini, amatlah dialu-alukan. Versi kali ini juga menggunakan cara countdown yang baru, ini untuk memberikan rupa counter yang lebih menarik kepada pengguna, ianya juga lebih mudah untuk diubahsuai oleh para pengguna yang ingin mengubahsuai. Fungsi zon masa yang berbeza juga diterapkan untuk membolehkan pengguna memilih zon masa yang bersesuaian dengan tempat tinggal mereka.

Plugin ini akan terus dibangunkan, pasti ada kekurangan dalam versi yang baru dilepaskan ini. Jika anda mempunyai sebarang cadangan ataupun ingin melaporkan sebarang ralat yang ditemui dalam plugin ini, bolehlah memberitahu aku untuk tindakan susulan. Sepertimana versi sebelum ini, plugin ini juga disediakan untuk pengguna blogspot, anda boleh mengemaskini kod versi 1.x kepada kod versi 2.0 dengan pergi ke halaman Waktu Solat Generator.


Sekiranya anda pertama kali membaca mengenai plugin Waktu Solat Countdown ini, sila ke halaman Projek Waktu Solat untuk membaca penerangan lebih lanjut. Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi maklum balas sebelum ini, tanpa anda, projek ini pasti tidak akan berkembang seperti sekarang.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
03 January 2012 14:34
6 komen

Projek Waktu Solat

Projek Waktu Solat

Assalamualaikum dan selamat petang,

bagaimana petang anda hari ini? Masih melayan blues orang kita? Aku sejak dua menjak ni tiada masa nak berblues, terlalu banyak yang perlu diselesaikan, semuanya demi memastikan tahun ini tidak berakhir dengan hambar, suku terakhir tahun ini ingin digunakan untuk menampung kekurangan atau kelemahan sepanjang tiga suku pertama tahun ini. Dalam artikel jQuery countdown tempoh hari, aku ada berkongsi mengenai bagaimana meletakkan countdown counter menggunakan jQuery, dan harini ingin berkongsi projek Waktu Solat yang menggunakan jQuery countdown tersebut sebagai salah satu komponen dalam plugin itu.

Projek Waktu Solat

Projek Waktu Solat ini adalah hasil usahasama dengan Denaihati Network. Versi pertama ini dilepaskan dengan waktu solat untuk kawasan-kawasan di Malaysia, walau yang demikian, pembangunan plugin ini akan diteruskan untuk menampung waktu solat seluruh dunia. Jika anda mengetahui sumber atau cara untuk membuat kiraan waktu solat seluruh dunia, di harap bolehlah kongsikan sumber tersebut dengan aku Cara kiraan waktu solat.


Projek waktu solat ini mempunyai dua versi, untuk penggunakan WordPress (self hosted) dan juga pengguna blogger/blogspot. Jika anda pengguna WordPress, plugin boleh dipasang terus dari WP Dashboard dengan membuat carian Waktu Solat atau muat turun dari halaman Waktu Solat Countdown. Sekiranya anda pengguna blogger/blogspot, sila ke halaman Projek Waktu Solat untuk membaca cara-cara untuk memasang plugin ini. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan, semoga dengan plugin ini, aktiviti kita di atas talian akan lebih sempurna dan tiada lagi alasan terlupa atau terleka dengan aktiviti atas talian sehingga mengabaikan tuntutan Ilahi.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
24 October 2011 16:46
36 komen

Dari blogger untuk blogger

Dari blogger untuk blogger

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

ini adalah artikel ringkas dari aku, ditujukan khas buat semua yang mempunyai blog atau laman web. Aku memerlukan bantuan semua untuk mengisi borang yang telah aku sertakan pautannya di bawah ini. Sebelum itu, tentu ramai yang bertanya, kenapa anda perlu mengisi borang ini? Aku akan cuba terangkan serba sedikit kenapa aku perlukan url feed kalian.

  • Ianya akan digunakan sebagai isi kandungan alat/plugin/widget yang sedang aku bangunkan untuk digunakan oleh semua orang.
  • Jika anda ingin laman web atau blog anda disertakan ke dalam itu, sila isikan borang di bawah.
  • Perkhidmatan ini adalah percuma setakat ini, jadi rebutlah peluang untuk terlibat dalam proses mempromosikan blog atau laman web masing-masing.
  • Aku tidak akan menambah blog atau laman web secara manual, segalanya akan berpandukan daripada senarai dari dalam borang di bawah.

Semalam ada juga yang bertanya, adakah ini akan digunakan untuk ping site? Jawapannya adalah tidak, ianya bukanlah sebuah ping site, tetapi adalah alat/widget/plugin yang membolehkan anda membuat ping back secara mudah dan seterusnya membolehkan anda membuat jaringan antara laman web dengan lebih mudah lagi dan beberapa fungsi lain. Tiada prototaip yang boleh aku tunjuk buat masa ini, insyaALLAH aku akan kongsikan apabila prototaip itu telah siap untuk dicuba. Aku minta kerjasama semua untuk mengisi borang di bawah, terima kasih.

Sila klik pada gambar untuk mengisi borang

Terima kasih diucapkan kepada yang sudi mengisi borang ini.

Sedang berjinak-jinak dengan pembangunan aplikasi Android dan juga BlackBerry

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 October 2010 04:31
33 komen