BlogDesk On Vista

BlogDesk On Vista

Harini buat pertama kalinya aku menulis aku nyer blog kat Vista Setup aku menggunakan BlogDesk, walaupun kalau secara biasanya, blogDesk takkan running dengan elok, sebab kalau cuba running, paket dhtmled.ocx tak diinstall bersama-sama dengan Vista untuk BlogDesk jalan dengan betul. Tapi itu bukanlah bermakna BlogDesk taklerh di pakai. Kita hanya perlu memasang atau mendownload DHTML Editing Control daripada Microsoft untuk membolehkan benda ni berfungsi.


Kepada sesiapa yang menghadapi masalah sebelum ini, bolehlah mendownload paket ini di DHTML Editing Control for Applications Redistributable Package (x86). So selamat menulis semua… hehehe…. sejak dua menjak ni sebuk bangat… takder masa nak menulis artikel² yang dok dalam aku nyer blog list tu… huhuhu… tgk aa nanti bebila… :D

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
25 June 2007 21:20
0 komen

Eizil.com @ Expired

Eizil.com @ Expired

Hari ni pagi tadi sampai opis… skali tgk eizil.com dah expired… hehehe.. lupa nak renew… seb baik aa awal terperasan… so aku pun merenewkan aa domain ni, rasanya pasni aku nak renewkan untuk 5tahun ke… senang sket… hehehe… takyah nak pepening pala asek nak kena renew jer kan… :)


Sejak dua menjak ni macam byk jer aku nak kongsi kat blog ni, tapi tak cukup masa nak buat semua benda berkaitan pasal benda ni… hurmm… nak wat caner kan… dah kesebukan. Nak gi tukar aku nyer contract tepon pun tak sempat…

Tapi smalam aku dok tepon mak aku yang skang ni tgh mengerjakan umrah. Pastu dia cite, time dia kerjakan umrah untuk arwah bapa aku, sepupu aku nampak arwah berjalan kat sebelah mak aku, walaupun mak aku tak perasan pun time, mungkin itu kekuasanNya untuk tunjukkan. Mak perasan ada orang tepuk bahu dia jer… tapi dia tak toleh… kekadang aku macam rindu jer kat arwah… diam tak diam dah lama gak dia gi… walaupun tak sempat aku nak tunjukkan pencapaian aku kat dia.. tapi takper aa… nak wat caner… :)

Okay laa aku nak sambung keje… :)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
29 May 2007 09:52
2 komen

WordPress:Version 2.2 GETZ

WordPress:Version 2.2 GETZ

wp-logo-1.jpg

Nampaknya lepas kira-kira 43 hari, wordpress mengeluarkan skali lagi versi baru, yang dinamakan sebagai versi „getz“ atau 2.2. Versi kali ini dinamakan atas nama seorang pemain seksofon „Stan Getz“. Walaupun sebenarnya dah lebih kurang 6 hari versi ni dikeluarkan, tapi sebabkan aku gi bercuti tempoh hari, so tak sempat nak tulis pasal benda alah ni. Tapi takper aa kann… tiada yang akan terlalu lambat… hehehe… so apa jer yang ada kat dalam WordPress Getz ni? So jom kita tgk sket info dari blog development wordpress.

Bebenda menarik yang disertakan:


  • WordPress Widgets – Membolehkan anda untuk menyusun dan mengubahsuai bahagian di dalam blog anda (kebiasaannya sidebar) dengan fungsi “drag-and-drop”. Fungsi ini adalah daripada sebuah plugin tambahan, dan telah di masukkan ke dalam keluaran rasmi wordpress kali ini
  • Full Atom support, Atom feeds telah di kemaskini dan dimasukkan dengan penggunaan konfigurasi 1.0 standard dan juga bersama-sama Atom Publishing API untuk menyempurnakan interface XML-RPC
  • Blogger importer yang kini boleh mengimport produk versi terbaru Google Blogger, tanpa banyak perlu melakukan begitu banyak procedur, semua entri dan komen boleh di bawa masuk ke wordpress kita

Terdapat beberapa lagi benda menarik yang disertakan untuk keluaran kali ini, sepatutnya camtu aa kan…. Kalau tak, tak perlulah sampai keluarkan versi dengan nama baru, kalau sekadar untuk kemaskini isu keselamatan jer. So kalau nak baca entri penuh mengenai benda ni, sila ke http://wordpress.org/development/2007/05/wordpress-22/ untuk entri penuh dari wordpress. Beberapa perkara menarik untuk Developer juga disertakan untuk versi Getz kali ini.

Kepada yang ingin memuat turun versi Getz ini, sila ke http://wordpress.org/download/ dan download dari sana… Selamat mencuba semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
22 May 2007 06:00
2 komen

Eizil On Vista Home Premium

Eizil On Vista Home Premium

vista.jpg

Sejak minggu lepas aku baru dapat mencuba Vista Home Premium ni dengan tangan sendiri, so banyak gak aa benda yang baru, dan banyak gak benda yang aku memang suka guna masih boleh buat, tapi kena ubah sket cara dia, sebab dia nyer kedudukan kat dalam setup Vista Home Premium ni yang berlainan. Secara dasarnya aku agak berpuas hati aa ngan Vista Home Premium ni, walaupun ada banyak gak benda yang aku rasa macam tak syiok jer.

Setup Vista Home Premium aku kali ni, bersama-sama dengan Intel Core 2 Duo T5500 1.66Ghz ngan 1Gb DDRII RAM dan on board nyer Graphic cards. Maksudnya setup ni untuk laptop aa… hurmm… So dengan setup tu, aku nyer Vista nyer point dapat 3.1 jer… worait aa gak… sbb benda tu bergantung kepada RAM ngan Graphic cards gak. So nanti lepas ni aku akan kuarkan tips² sebelum ni untuk pengguna Vista pulak. Sebab tak semua benda yang lerh run terus jer. Ada bebenda yang nak kena tweak nak bagi function… hehehe…

Worait aa.. aku nak keje dulu… selamat²… nanti aku cite lebih lanjut pasal Vista ni. Selamat semua…

p/s: Aku bercuti sebelum ni selama 4 hari, sebab tu lama tak sempat nak update apa² tu kat blog… gi jejalan… nanti aku kongsi cite pasal jejalan cari makan tu kat sini gak… skang ni pun tgh pepenat lagi, sebabkan gi bercuti tu… huhuhu.. arini dah nak kena kerja…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
21 May 2007 07:24
2 komen

Keadaan tidak mengizinkan

Keadaan tidak mengizinkan

Makin lama makin sebuk aku dibuatnya, lepas satu, satu datang, sampai aku nak buat benda lain pun macam tak sempat jer dah skang ni. Kepada kengkawan, kalau aku tak sempat nak contact² tu… sorry laa yer… buat masa ni aku macam tgh tak tentu ngan masa ni. Pastu ramai dok tanya pasal tutorial catia erk… insyaALLAH kalau ada masa nanti aku tambah tutorial catia basic² nyer. Buat masa ni,untuk buat tutorial bergambar, keadaan dan masa kurang mengizinkan.

Kepada pengunjung² blog aku ni, tak kesah laa yang sajer datang melepak ke atau sajer nak merayau². Aku harap dapat laa bersabar sementara aku ada masa untuk tulis artikel-artikel lain mengenai memacam perkara. Kepada kengkawan yang minta module ke atau apa² yang berkaitan website. Aku just nak bitau, bukan aku lupa… tapi aku tak sempat nak buat… huhuhuhu… worait laa… skang ni lunch time… aku amek masa sket nak update blog jap… :D so skang ni tinggal nak gi makan plaks…. Selamat semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
07 May 2007 11:21
3 komen

Kerja kerja dan kerja…

Kerja kerja dan kerja…

Minggu ni aku bebetul sebuk, huhuhu, semalam kul 10 malam baru balek keje sebab kena gi daimler ada produk kena test. Perghh… memang jer penat… huhuhu… arini dah kena masuk keje balek… isk isk isk.. memacam jer skang ni. Byk tul benda nak kena buat…

Memang nak tulis blog pun aku macam takder masa… huhuhu… tu aa… nak wat caner… okay aa… aku nak kena gi masuk meeting plaks… huk huk…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
20 April 2007 07:51
3 komen

Tagged: Domain dan hosting

Tagged: Domain dan hosting

Hari aku buka jap tadi blog, then tengok aku kena tag ngan cypherhackz plaks…pasal domain dan hosting. So takper… tgh aku rerajen ni, lerh aa aku cerita sedikit sebanyak… hehehe…

So aku bermula berjinak² dengan bidang buat web ni, bulan mei 2004, tu first time aku start buat website aku sendiri. Dengan bantuan Jeddy, aku mulakan bidang pembinaan website menggunakan phpnuke. time tu memang aku tatau apa² pasal database or php dan bebenda sewaktu dengannya. Awal² lagi aku dah guna paid hosting, time tu sewa ngan matnet. Bayar RM10 kot sebulan, lebih kurang tu aa… then lepas 4 hari aku try pasang phpnuke kat hosting aku, aku beli domain pertama aku. www.awekonline.net huhuhu…

Nama awekonline tu datang sebab banyak cerita disebaliknya. Aku malas nak cerita lebih lanjut. Cukup aa tu sekadar dapat tau domain awekonline.net tu. So kiranya Mei 2004 gak aku beli domain pertama aku dalam seumur hidup. hehehe… so lepas tu aku dok sakan join phpnuke mesia. banyak aa belajar kat situ, then aku berjinak² dengan blog gak. time tu guna blogdrive nyer service. blog pertama aku… guna slumbermann.blogdrive.com ehehhe… lama dah aku tinggal blog ni. Kemudian…

(more…)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
09 April 2007 19:18
9 komen

WordPress:Version 2.1.3 and 2.0.10

WordPress:Version 2.1.3 and 2.0.10

Huhuhu… lebih kurang sejam tadi, aku gi aa jejalan jap, sementara cari barang untuk projek kerja ni, pastu terbaca kat dalam wordpress, pasal wordpress baru release, versi 2.1.3 ngan 2.0.10. huhu.. release lagi. Takper aa…. Ada sedikit security issue, sebab tu aa dorang release dua versi baru ni. Sedikit petikan daripada blog development wordpress.

These releases include fixes for several publicly known minor XSS issues, one major XML-RPC issue, and a proactive full sweep of the WordPress codebase to protect against future problems. Many thanks to Sumit Siddharth and Alex Concha for their help with reporting issues in this release.

Kepada sesiapa yang nak download benda ni… bolehlah singgah ke http://wordpress.org/download/ untuk mendapatkan versi 2.1.3 dan ke http://wordpress.org/download/release-archive/ untuk mendapatkan versi 2.0.10. Selamat mengupdate semua… hehehe…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
03 April 2007 10:05
5 komen

WordPress: MS Plugin

WordPress: MS Plugin

Hari ni aku tgh lalok² lagi, hidung ni asek berair jer… huhuhuhu… tak sker tul kalau selesema ni, nak buat keje pun susah. So berbalik kepada tajuk entri kali ni. Aku just nak tanya pendapat sesaper yang melawat blog aku ni. Apa jer plugin yang belum wujud lagi yang boleh aku jadikan projek plugin kali ni. Kepada sesiapa yang ada idea, atau perlukan apa² plugin yang masih belum wujud lagi. Lerh aa bagi cadangan kat ruangan komen tu.

Plugin ni secara dasarnya khusus untuk wordpress aaa, tapi kalau ada yang perlukan plugin yang serupa untuk cms lain macam phpnuke ke, joomla ke, xoops ke atau apa² lagi cms lain, mungkin akan diusahakan gak aa. Cuma skang ni aku macam perlukan cadangan, idea atau pendapat plugin² yang boleh di bina… Worait… mekasih… ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
02 April 2007 11:54
6 komen