harini cuaca nyaman sebab hujan turun dengan lebatnya malam tadi dan bagi ni, syukur alhamdulillah dikurniakan cuaca sebegini, selesa rasanya untuk bekerja dalam pejabat merangkap ruang tamu rumah ku ini. Tempoh hari selepas si hitam manis terjatuh dalam air masin, banyak komponennya yang rosak dan disebabkan kos membaikinya mencapai RM500, aku mengambil keputusan untuk membeli telefon baru. Samsung galaxy S Advance menjadi pilihan dengan budget yang aku ada pada masa itu.
Bertukar dari telefon yang mempunyai skrin sentuh dan papan kekunci QWERTY kepada telefon yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya sememangnya membuatkan aku kekok, pada awalnya nak menaip satu perkataan pun perlu mengulang beberapa kali kerana jari jemari yang besar ini dan tidak biasa lagi menaip menggunakan skrin sentuh. Sebelum ini walaupun telefon mempunyai skrin sentuh, aku tetap menaip menggunakan papan kekunci yang tersedia kerana ianya lebih cepat dan memudahkan.
Berbalik kepada tajuk artikel ini, aku pada awalnya melanggan DiGi smartplan lite (pakej ni dah tiada), yang mempunyai kuota bulanan hanya sebanyak 300MB, namun selama hampir setahun aku menggunakan pakej ini bersama si hitam manis, tiada masalah yang dihadapi, kuota 300Mb sentiasa mencukupi walaupun aku menggunakan banyak perkhidmatan seperti email, social media apps, google maps, dan lain-lain lagi. Berbeza pula apabila aku bertukar kepada Samsung galaxy S Advance, walaupun penggunaan aku tidaklah serancak dulu disebabkan faktor perlu menaip menggunakan skrin sentuh, di tambah dengan kesibukan kerja sejak dua menjak ini, namun kuota internet aku telah penuh pada minggu ketiga pusingan bil telefon aku.
Pada mulanya aku ingat bolehlah bertahan hingga ke hujung bulan apabila amaran 75% diterima, namun harapan ku meleset, ketika masih berbaki 6 hari pada bulan itu, kuota telah habis digunakan, dan disebabkan aku memerlukan perkhidmatan itu kerana ada urusan di luar pada masa itu, aku pun bertukar ke pakej yang lebih tinggi iaitu dengan kuota 1Gb sebulan. Semoga pakej ini dapat menampung penggunaan aku selepas ini, jika tidak, mungkin aku telah membuat keputusan yang salah.
Ingatkan boleh berjimat dengan tak perlu melanggan BIS dah, tapi rupanya terpaksa ganti dengan benda lain pula. Semoga tak perlu tukar pakej dah selepas ni.
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 July 2012 11:25 10 komen
seperti yang aku pernah kongsi sebelum ini, pada minggu lepas aku telah menghadiri Devcon Asia 2011 yang telah diadakan di Bali, sepanjang 2 hari program itu dijalankan, beberapa perkara yang menarik telah dikongsikan, antaranya adalah PlayBook, tablet yang akan di keluarkan kepada pengguna oleh pihak RIM. Aku berpeluang untuk mencuba sendiri PlayBook ini di dalam bilik pameran mereka, ternyata ianya telah memberikan impressi yang sangat menarik bagi aku. Sebelum aku berkongsi pengalaman aku bermain dengan BlackBerry Playbook ini, apakata kita lihat dahulu spesifikasi PlayBook ini.
Professional grade performance
Full computing power in a tablet format
1 GHz dual-core processor
1 GB RAM
Symmetric multi-processing
Web without limits
Games, media, apps and everything the real Internet offers
Full Adobe® Flash®
10.1 enabled
Built-in support for HTML 5
No-compromise rendering of text, graphics and video
High-speed connections
3G network access using your BlackBerry® smartphone as a modem
4G network access available on BlackBerry®
4G PlayBookâ„¢ tablet
Wi-Fi®
802.11 a/b/g/n
Bluetooth® 2.1+ED
Best-in-class media
3 MP high-definition forward-facing camera
5 MP high-definition rear-facing camera
Codec support for superior media playback, creation and video calling
1080p HD video; H.264, MPEG4, WMV HDMI video output
Micro USB and Micro HDMI ports
Video-conferencing
Crystal clear HD display
Rich stereo sound
Dual HD video cameras
Built for business
Out-of-the-box compatibility with BlackBerry® Enterprise Server
Seamless pairing for a secure window into your
BlackBerry® smartphone
Corporate data access
Secure and manageable
BlackBerry Tablet OS
Powerful, user-friendly QNX technology: It’s what the
World Wide Web runs on
Multi-processing for true multitasking
Rich application ecosystem
Rapid development environment
Reliable BlackBerry Tablet OS, powered by QNX technology
Supports POSIX OS, SMP, Open GL, BlackBerry® 6, WebKit, Adobe
Flash, Java® and Adobe Mobile AIR
Pertama kali aku memegang PlayBook ini, ianya sungguh selesa di tangan, saiz 7″ yang sebelum ini aku rasa seperti terlalu kecil, adalah sangat berpadanan dengan kedua belah tangan untuk di pegang. Navigasi untuk membuka, menutup aplikasi juga begitu mudah, sepertimana BlackBerry Torch, touch screen PlayBook ini juga tidak mengecewakan, aku hanya perlu menyentuh dengan sedikit, dan segalanya berfungsi dengan baik. Ada beberapa pergerakan jari yang akan membolehkan kita untuk keluar dari full screen mode atau untuk exit dari aplikasi yang telah dibuka.
BlackBerry PlayBook ini juga dapat mengesan sentuhan multi sehingga 5 jari. Browser yang terdapat di dalam PlayBook ini sangat menarik, sehinggakan jika anda membuka Facebook, anda akan dapat menggunakan paparan penuh seperti mana yang anda lihat jika membuka dari komputer anda, permainan di dalamnya juga dapat di main terus dari PlayBook ini tanpa aplikasi tambahan, begitu juga dengan video. Sesuatu yang sangat menarik untuk sebuah tablet. Walaupun PlayBook ini dibina untuk kemudahan aktiviti perniagaan, tetapi dengan menggunakannya, anda juga boleh bermain permainan video dengan menarik sekali, aku ada berkongsi bagaimana keadaan apabila bermain permainan menggunakan PlayBook dalam video di bawah.
Dijangkakan PlayBook akan dilancarkan secara rasmi pada Mac tahun ini, dan sebulan selepas itu akan memasuki pasaran Malaysia, jika ada perubahan dari RIM, aku tidak bertanggungjawab, ini sekadar berkongsi info yang aku perolehi semasa di Devcon tempoh hari. Mari sama-sama kita saksikan video semasa aku bermain dengan PlayBook tempoh hari, kualiti video mungkin kurang memuaskan, dan ini merupakan pertama kali aku mencuba PlayBook, rakaman dibuat secara terus, kerana ramai orang yang ingin mencuba. Harap maaf kalau ada beberapa aktiviti yang mungkin berulang. Anda juga boleh menyaksikan, bagaimana beberapa aplikasi berfungsi secara serentak tanpa sebarang masalah. Selamat menonton.
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
21 January 2011 17:37 13 komen
rupanya 15 November dihiasi dengan berita yang lebih menarik, jika aku telah menulis sebelum ini dalam artikel sebelum ini, harini merupakan hari aku mencapai sesuatu dalam kehidupan, rupanya ada lagi hadiah tambahan daripada Maxis. Si hitam manis telah menjadi sebahagian daripada hidup aku sekarang, terima kasih Maxis.
Aku masih tersenyum lebar selepas membaca email dan pengumuman oleh @maxiscomm di Twitter sebentar tadi, penantian yang lama telah berakhir. Akhirnya Si Hitam Manis telah menjadi milikku. Kepada yang tidak mengetahui, aku telah terpilih untuk menyertai Maxis10 Reviewers Programme tempoh hari, anda boleh membaca artikel yang telah aku tulis sepanjang program itu di sini BlackBerry Torch #Maxis10
Sekarang nampaknya bertambah satu lagi gadget yang boleh aku gunakan untuk pelbagai pembangunan aplikasi dan laman web. Selepas ini mungkin ada aplikasi untuk BlackBerry keluaran dari aku pula? hehehe… saper tahu kan. Sebelum ni takder benda nak guna untuk cuba aplikasi kalau dibina, sekarang takder alasan lagi.
Harini hari yang gembira untuk aku… Terima kasih Maxis
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
15 November 2010 14:06 19 komen
semalam tak berkesempatan untuk menulis sebarang artikel kerana melakukan kerja-kerja selenggara kepada laptop Ruby ini, kemaskini cakera keras untuk persediaan menyediakan dual atau triple boot nanti bersama-sama Windows 7, Snow Leopard dan mungkin juga Ubuntu 10.10. Semuanya atas satu tujuan, untuk melakukan pembangunan atas platform yang berlainan. Kerja-kerja selenggeraan semalam berlalu untuk beberapa jam, segala kerja tergendala sepanjang tempoh tersebut, dan aku mengambil peluang untuk ke bilik pameran Proton berdekatan untuk melihat dan merasa proton Inspira dengan lebih dekat.
Semasa tiba di bilik pameran Proton tersebut, tersergam sebuah Inspira di depan muka pintu masuk ruangan kedai tersebut, Inspira yang mereka pamerkan adalah dari siri yang paling asas dengan transmisi manual. Aku membelek-belek kereta tersebut di bahagian luaran terlebih dahulu sebelum memasuki bahagian dalamnya. Terdapat beberapa ciri penting yang aku ingin lihat dalam Inspira ni. Namun disebabkan ini adalah Inspira dengan spesifikasi asas, terdapat beberapa fungsi dan ciri-ciri yang tidak dapat aku lihat atau cuba, kerana fungsi itu hanya terdapat pada spesikasi yang lebih tinggi.
Mari kita lihat beberapa perkara yang aku titik beratkan apabila melihat sesebuah kereta. Setelah berumahtangga, keluasan bahagian meletak barang di belakang kereta menjadi satu perkara yang sangat penting, kerana apabila pergi bercuti atau balik kampung, ruangan ini kebiasaannya akan menjadi tempat yang penting untuk mengisi beg dan segala macam peralatan dan barang-barang. Kalau kereta yang tampak besar, tapi ruangan mengisi barang terlalu kecil, ianya pasti terkeluar dari ciri-ciri kereta pilihan. Ruangan pada Proton Inspira adalah luas untuk kereta dalam kategori ini, dah dengan kerusi belakang yang boleh diturunkan, ruangan ini boleh dibesarkan untuk memuatkan barang-barang yang lebih panjang.
Kemudian beralih pula kepada ruangan pemandu dan penumpang, disebabkan saiz aku yang besar dan tinggi ni, dan aku seringkali memandu jarak jauh dari kuala lumpur ke kelantan dan pelbagai lagi jarak perjalanan jauh yang lain, ruang pemandu yang selesa amat penting untuk memastikan kecergasan sepanjang perjalanan. Proton Inspira mempunyai dashboard yang agak ringkas bagi aku, dengan terdapat ruangan untuk meletakkan minuman, dan beberapa lagi ruangan di bahagian antara pemandu dan penumpang di sebelah. Kerusi yang dipasang pada Proton Inspira versi asas ini menggunakan fabrik sebagai kemasan, dan bukannya kulit, namun begitu, kelembutan kerusinya sememangnya menyelesakan. Stereng Inspira ini juga di muatkan dengan butang kawalan untuk radio, auto cruise (untuk versi premium) dan beberapa lagi fungsi lain. Malangnya versi asas ini tidak mempunyai pedal shift, agak hampa untuk mencuba bagaimana kemasan pedal shift pada Proton Inspira ini.
Gear manual pada versi asas ini juga diberi kemasan yang menarik, dan untuk menukar dari gear 1 ke gear seterusnya memang lembut dan mudah. Ini pasti akan memberikan keselesaan kepada pemandu. Untuk versi CVT, kawalan pada bahagian tgh ini adalah untuk transmisi automatik, dan pada stereng untuk transmisi manual. Proton Inspira versi 2.0 CVT dilengkapi dengan navigator dan beberapa fungsi-fungsi tambahan. Lampu pada kereta ini juga akan mati secara automatik apabila enjin dimatikan untuk mengelakkan pembaziran bateri dan sebagainya, lampu di dalam ruangan kereta juga akan menyala dengan automatik mengikut kadar pencahayaan. Wiper pada proton Inspira juga mempunyai ciri kawalan kelajuan automatik mengikut tahap air hujan yang turun. Banyak fungsi-fungsi automatik yang digunakan di dalam Proton Inspira ini.
Menurut jurujual yang melayan aku semalam, Proton Inspira ini tidak menggunakan timing belt, tetapi menggunakan timing chain yang diberi jaminan seumur hidup. Ini akan mengurangkan sedikit kos selenggaraan untuk sebuah kereta proton. Dalam tempoh 6 bulan akan datang, semua komponen Proton Inspira ini adalah barangan import, setelah tempoh ini barulah proton akan membuat sendiri komponen-komponen untuk pengeluaran. Kalau aku nak beli, kemungkinan besar, aku akan beli dalam tempoh 6 bulan ini aa kot, atas sebab-sebab yang mungkin tak perlu untuk dijelaskan.
Di bawah ini adalah senarai harga sebuah Proton Inspira bersama-sama bayaran bulanan yang diberikan oleh jurujual tersebut kepada aku.
Buat masa ini, Proton Inspira ini di luar kemampuan aku, biarlah kereta kebalku iswara aeroback terus berkhidmat dan berjasa denganku. Walaupun memang ada niat untuk menukar kereta isteriku kepada kereta yang lebih besar, tetapi perlulah mencari kenderaan yang berharga lebih rendah. Selamat menikmati cuti di hujung minggu anda. Semua gambar di dalam artikel ini diambil menggunakan BlackBerry Torch 9800.
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
12 November 2010 17:38 11 komen
terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Maxis kerana telah memberi peluang untuk aku menggunakan si hitam manis ini untuk tempoh 2 minggu. Pengalaman menggunakan sebuah telefon pintar sememangnya sesuatu yang baru bagi aku. Sebelum ini aku tidak pernah menggunakan sebarang telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi sepertimana BlackBerry Torch ini, namun dengan kesempatan menyertai program Maxis10 Reviewers Programme ini telah memberikan aku pengalaman baru. Semua artikel-artikel yang telah aku tulis sebelum ini adalah dari pengalaman aku sendiri, tiada bayaran atau sogokan yang diberikan untuk aku menulis semua itu. Aku menulis terus dari apa yang telah aku alami bersama dengan si hitam manis ini.
Ini merupakan artikel terakhir untuk program ulasan telefon BlackBerry Torch 9800 ini, aku telah menyediakan satu grafik berinfo untuk tatapan semua. Semoga segala yang aku kongsikan sepanjang program ini akan memberikan panduan yang berfaedah kepada pengguna-pengguna BlackBerry Torch atau mereka-mereka yang bercadang untuk membeli telefon ini. Secara keseluruhan, aku memang sangat berpuas hati dengan prestasi si hitam manis ini. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, tetapi kelebihan, kelembutan, sensitivitinya sememangnya telah memikat hatiku ini. Namun tempoh untuk membuat ulasan telah pun tamat, segalanya akan menjadi kenangan yang terindah bersama-samanya.
Jika anda terlepas artikel-artikel sebelum ini, anda bolehlah klik pada grafik di atas untuk senarai artikel-artikel terdahulu. Terima kasih sekali lagi kepada Maxis kerana memilih aku sebagai salah seorang pengulas untuk BlackBerry Torch kali ini. Peluang yang diberikan aku sangat hargai, memberikan aku pengalaman yang menarik sepanjang dua minggu ini.
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
29 October 2010 19:46 6 komen
harini merupakan hari terakhir untuk aku membuat ulasan mengenai BlackBerry Torch yang telah dipinjamkan oleh Maxis untuk program #Maxis10 Reviewers Programme. Aku akan berkongsi beberapa perkara yang akan memudahkan kehidupan anda jika anda menggunakan BlackBerry Torch, dan juga perkara yang akan menyusahkan hidup anda jika anda menggunakan BlackBerry Torch. Semua yang aku kongsikan di sini adalah dari pengalaman sepanjang hampir dua minggu menggunakan BlackBerry Torch dalam kehidupan harian. Setiap individu mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza. Sekadar ingin berkongsi kepada semua, mungkin boleh dijadikan panduan untuk membeli telefon ini ataupun tidak.
BlackBerry memudahkan kehidupan
Case study #1 – Ahli perniagaan.
Jika anda seorang ahli perniagaan (aku juga berniaga dengan hidup sebagai seorang pengaturcara bebas) dan sedang berada di dalam satu konvensyen atau sesi dialog bersama ramai lagi ahli-ahli perniagaan yang lain, dan dalam masa yang sama, anda perlu menguruskan perniagaan anda melalui email contohnya. BlackBerry ini memudahkan anda untuk menguruskan email-email anda menerusi fungsi BlackBerry push email. Pasti ramai yang akan berkata, telefon lain juga mempunyai fungsi untuk membaca email, yup, betul tuh, tetapi dengan BlackBerry Torch, kerana terdapat skrin yang besar dan papan kekunci tambahan apabila anda slide telefon ini, ianya memberikan anda kemudahan untuk menulis atau membalas email.
Dan setakat ini, jika aku bandingkan penerimaan email dari BlackBerry Torch dan juga thunderbird pada komputer aku, BB akan menerima email terlebih dahulu sebelum thunderbird. Servis BlackBerry ini memang perlu diberi pujian untuk ini. Kemudian aplikasi seperti Word To Go, Sheet To Go, Slideshow To Go, memudahkan untuk anda menulis dokumen atau perlu membuat jadual seperti pada excel sheet, tidak kurang juga untuk membuat slideshow. Seperti contoh, file slideshow akan di simpan sebagai .ppt ini memudahkan untuk kita menggunakan slideshow itu di atas komputer setelah slideshow selesai digunakan.
Fungsi calendar yang boleh di sync dengan pelbagai calendar lain juga memudahkan untuk anda menguruskan temu janji dan sebagainya. Seorang ahli perniagaan pasti memerlukan aplikasi seperti ini untuk memudahkan kerja.
Case study #2 – Blogger.
Untuk seorang blogger, tempoh hari aku ada berkongsi panjang lebar mengenai aplikasi WordPress for BlackBerry, jika anda ketinggalan untuk membaca artikel tersebut, sila ke Blogger dan BlackBerry Torch untuk membaca terlebih dahulu artikel itu. Selain itu, selaku blogger, anda juga pasti menggunakan pelbagai aplikasi yang melibatkan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Aplikasi seperti facebook dan twitter ini telah siap terpasang pada BlackBerry Torch ini dan anda boleh menggunakannya melalui WiFi atau mobile network. Terdapat juga pelbagai aplikasi Instant Messanging yang telah siap sedia di dalam BB Torch ini, antaranya seperti Windows Live Messenger, Yahoo! Messenger, Google Talk dan AOL Instant Messenger. Tidak kurang juga aplikasi tambahan yang boleh anda pasang ke dalam BlackBerry anda seperti aplikasi Whatapps yang turut digunakan oleh Rara salah seorang reviewer BBTorch juga.
Case study #3 – Pelajar/Pekerja/Lain-lain.
Untuk kategori ini pula, BlackBerry boleh memudahkan kehidupan anda dengan adanya medium perhubungan yang murah, contoh BlackBerry Messenger dan aplikasi-aplikasi lain yang dah disenaraikan di atas untuk berhubung bersama rakan-rakan, kekasih, suami-isteri, ahli keluarga dan sanak saudara. Segalanya berada di hujung jari, tidak perlu menggunakan sms mahupun telefon (walaupun ada sesetengah yang lebih suka bercakap melalui telefon sebab mudah untuk bergossip cerita sesama sendiri).
Aplikasi Maps pula akan membantu anda untuk mengetahui kedudukan anda pada masa itu, aplikasi Maps ini sangat tepat dan terkini, aku kagum melihatnya kerana jika pada Google Maps rumah aku sekarang masih belum ada di dalam map, tetapi dalam aplikasi Maps ini ianya jelas kelihatan bersama lorong-lorong yang lain juga. Ketepatan ini membantu untuk mengenalpasti kawasan sekeliling terutama jika kita berada di tempat yang baru. Bro BryanLyt ada berkongsi mengenai penggunaan Google Maps di dalam BlackBerry beliau, tetapi bagi aku, aplikasi Maps yang sedia terpasang pada BlackBerry ini lebih memudahkan.
BlackBerry menyusahkan kehidupan
Secara umum.
Dalam pada kebaikan yang telah dinyatakan di atas, BlackBerry juga mungkin boleh menyusahkan kehidupan anda. Tetapi bagaimana?
Jangka hayat bateri
Jika anda menggunakan BB ini secara kerap, jangka hayat baterinya sebelum perlu di cas semula adalah sangat singkat. Paling lama ianya boleh bertahan dengan penggunaan yang kerap adalah kira-kira 5 jam sahaja, dan jika penggunaan kerap itu sentiasa menggunakan talian 3G, ianya akan lebih singkat. Ini menyusahkan terutama jika kita berada di tempat yang tidak membolehkan kita menggunakan sebarang sambungan kepada tenaga elektrik, mungkin kita memerlukan bateri tambahan semata-mata untuk dijadikan backup jika perkara sebegini berlaku. Disebabkan bateri ini juga, aku sentiasa membawa charger kemana-mana, jika sebelum ini aku hanya meninggalkan charger di dalam kereta semasa menggunakan Sony Ericsson k770i aku, tapi dengan BB Torch, aku akan membawa charger bersama ku jika aku tahu, aku akan berada jauh dari kenderaan untuk tempoh masa lebih dari 4 jam, kerana jika tidak BB aku akan tidak berfungsi kerana kehabisan bateri.
Berpeluh atau tangan kotor
Jika anda seorang yang bekerja dengan selut atau lumpur, atau mungkin pasir dan benda-benda berdebu, BlackBerry Torch ini mungkin akan mengganggu aktiviti anda, kerana skrin sentuh mahupun papan kekunci fizikalnya agak kurang sesuai untuk anda, dan anda akan sibuk membersihkan telefon anda daripada menggunakannya untuk aktiviti seharian anda. Telefon ini memang kurang sesuai untuk pekerjaan sebegini, kerana jika tangan anda basah contohnya, trackpad ini akan tidak berfungsi dengan baik seperti ketika tangan anda kering.
BB sebagai alat utama
Ia juga akan menyusahkan hidup anda jika anda bergantung 100% terhadap BB anda untuk melakukan aktiviti seharian, kerana kadangkala servis BlackBerry ini akan tergendala atau tiada liputan talian dan WiFi berdekatan. Ini akan menyebabkan anda tidak dapat melakukan apa2 yang telah anda plan sebelum ini. Mungkin perkara ini agak jelas dan tidak perlu dijelaskan, tetapi aku sekadar ingin berkongsi jika anda terfikir untuk menggunakan BB untuk menggantikan peralatan yang yang lain.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara lain yang mungkin akan menyusahkan kehidupan anda, anda boleh membaca artikel dari Liyana mengenai Annoying Part of BBTorch.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai bagaimana BlackBerry Torch boleh memudahkan kehidupan anda ataupun memberikan kesan yang berlawanan. Semoga anda dapat memanfaatkan perkongsian kali ini.
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil 5 komen
pasti ramai yang sudah biasa membaca, mendengar, menggunakan ayat pada tajuk artikel kali ini, tak kenal maka tak cinta. Sejauh mana kebenaran ayat ini? Ramai juga yang jatuh cinta sebelum mengenali bukan? walaupun mungkin bukan semuanya. Petang ni aku sekadar ingin berkongsi beberapa perkara mengenai berkenalan ini, sehingga bila sudah berkenalan, pasti akan jatuh cinta. Ingat lagi kisah si hitam manis yang menawan tempoh hari, dan bagaimana ianya meletakan aku dalam dilema seorang suami, ianya sememangnya berkaitan dengan tajuk artikel kita pada kali ini. Setelah mengenai dengan mendalam, biasanya akan terdapat dua hasil daripada perkenalan itu, sama ada kita akan berasa semakin suka atau sayang, ataupun sebaliknya, kita akan semakin membenci dan tidak menyukai perkara tersebut.
Kesinambungan daripada artikel-artikel mengenai si hitam manis yang menawan ini beberapa hari kebelakangan ini, aku ingin berkongsi beberapa tips yang telah aku pelajari dalam tempoh aku berkenalan dan bersama dengan si hitam manis ini. Tapi sebelum tu, mari kita lihat beberapa Status Indicator yang akan terpapar pada si hitam manis ini. Antaranya adalah seperti tersenarai di bawah:
Contoh bagaimana indicator ini terpapar pada paparan skrin sentuh BlackBerry Torch ini.
Dengan indicator ini, aku dengan mudah boleh mengetahui jika ada email baru yang masuk, atau new mention di twitter, ada new entry pada social feed seperti rss dll, tidak kurang juga dari blackberry messenger dan banyak lagi. Kebanyakan aplikasi yang masih berjalan secara tersembunyi, akan memaparkan indicator ini.
Di bawah ini pula ada beberapa penerangan untuk ikon default yang digunakan oleh Sistem Operasi OS6 BlackBerry Torch ini.
okay, cukup dulu gambar-gambar untuk artikel ni, seterusnya mari kita lihat beberapa tips yang boleh digunakan untuk BlackBerry Torch atau mungkin juga model2 BB yang lain.
Tips-tips
CAPSLOCK
Untuk menaip dengan CAPSLOCK, jika anda menggunakan papan kekunci sentuh, anda boleh menekan butang aA pada papan kekunci (rujuk nombor 2 pada gambar di bawah) sehingga muncul gambar mangga kunci kecil pada butang itu. Itu menandakan papan kekunci anda telah CAPSLOCK, dan semua ayat yang anda tulis akan terpapar dalam HURUF BESAR.
seterusnya jika anda menggunakan papan kekunci fizikal, iaitu dengan membuka slide pada telefon ini, tekan butang alternate dan butang aA yang di sebelah kanan untuk mendapatkan CAPSLOCK, tips papan kekunci fizikal ini telah dikongsi oleh bro Roslan Nazri kepada aku. terima kasih diucapkan kepadanya.
NUMLOCK
Seterusnya jika anda ingin menulis nombor sahaja, pada papan kekunci sentuh tadi, anda boleh menekan butang !?123 pada papan kekunci (rujuk nombor 1 pada gambar di bawah) sehingga muncul gambar mangga kunci kecil pada butang itu. Itu menandakan papan kekunci anda telah NUMLOCK dan jika anda menaip, hanya nombor dan simbol yang akan terpapar pada skrin anda.
jika anda menggunakan papan kekunci fizikal, anda hanya perlu menekan butang alt dan butang aA di sebelah kiri untuk mendapatkan NUMLOCK, tips papan kekunci fizikal ini juga dikongsikan oleh bro Roslan Nazri.
Senarai Aplikasi
Jika anda ingin mencapai senarai aplikasi yang sedang anda gunakan dengan mudah, anda boleh menggunakan butang BlackBerry (rujuk nombor 3 pada gambar di bawah) untuk pergi ke senarai aplikasi yang sedang berfungsi. Anda juga boleh ke muka hadapan dengan mudah pada paparan ini.
Soft Reboot
Anda juga boleh soft reboot BlackBerry anda dengan menggunakan gabungan kekunci alt + aA sebelah kanan + del. BlackBerry anda akan direboot selepas anda menekan kekunci tersebut. Namun jika anda ingin melakukan hard reboot (sesetengah situasi memerlukan anda melakukan sedemikian) anda perlu membuka bateri pada bahagian belakang BlackBerry anda. Sesuatu yang aku jarang lakukan pada telefon-telefon aku sebelum ini, tetapi itu adalah cara BlackBerry ini direboot secara keras.
Begitulah serba sedikit tips-tips yang boleh digunakan oleh para pengguna BlackBerry khususnya BB Torch 9800 ini.
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 October 2010 19:09 6 komen
semalam kehidupan agak kelam kabut kerana ada pelbagai perkara yang perlu diselesaikan, semoga harini kehidupan akan lebih tenang dan dapat menumpukan kepada kerja-kerja yang masih banyak untuk diselesaikan. Bagaimana pula dengan kehidupan anda? di harap segalanya berjalan lancar. Harini aku sekadar ingin berkongsi mengenai perisian untuk menguruskan BlackBerry dari Desktop anda. Semasa menggunakan Sony Ericsson, aku menggunakan SE PC Suite untuk tujuan yang sama.
BlackBerry Desktop Software ini boleh diperolehi secara percuma dengan memuat turun dari laman BlackBerry – BlackBerry Desktop Software. Terdapat versi untuk pengguna Windows PC dan juga versi untuk pengguna MAC. Dengan menggunakan Perisian seperti ini, kerja-kerja menguruskan fail-fail dan aplikasi di dalam BlackBerry Torch ini adalah lebih mudah dan cepat. Aku menggunakan kabel usb Sony Ericsson Vivaz untuk menyambungkan BBTorch ini ke laptop aku, kerana model yang aku terima ini adalah model ujian, maka ada aksesori yang tidak disertakan sekali semasa aku menerima telefon ini untuk diuji. Mana-mana kabel usb yang menggunakan micro usb boleh digunakan bersama-sama telefon ini.
BlackBerry Desktop Software
Melalui BlackBerry Desktop Software ini, anda boleh mengemaskini aplikasi yang telah anda pasang di dalam telefon anda. Selain itu, anda juga boleh menambah aplikasi-aplikasi baru yang telah anda muat turun melalui komputer anda ke dalam telefon BlackBerry anda. Anda juga boleh membuang aplikasi-aplikasi yang tidak diingini. Semuanya tersenarai dalam satu antaramuka yang menarik dan mudah untuk digunakan.
Selain itu, dengan menggunaakn BlackBerry Desktop Software ini, anda boleh menjadikan BlackBerry Torch anda sebagai modem untuk digunakan bersama-sama mobile internet, walaupun aku sendiri tidak mencubanya lagi, sekadar mengetahui terdapatnya fungsi tersebut dalam salah satu menu di atas perisian ini. Anda juga boleh membuat backup untuk data-data yang telah anda masukkan ke dalam BlackBerry Torch anda. Terdapat juga fungsi sync untuk mengatur dan mengemaskini musik, kalendar, senarai kenalan dan beberapa lagi melalui Desktop Software ini. Fungsi import untuk galeri gambar juga memudahkan anda untuk memasukkan gambar ke dalam BBTorch ini, ataupun jika anda ingin memuat turun dari telefon ke komputer.
Anda juga boleh melihat maklumat telefon anda seperti nombor IMEI, No Pin BB anda, resolusi skrin, versi platform, versi aplikasi dan banyak lagi melalui Device Properties. Anda juga boleh mengemaskini telefon anda hanya dengan beberapa klik. Setakat ni aku telah menggunakan beberapa kali Desktop Software ini untuk memindahkan gambar dan video ke laptop aku, walaupun sememangnya fungsi Bluetooth pada BBTorch ini juga boleh digunakan untuk memindahkan gambar atau fail yang anda inginkan, tetapi ini adalah satu lagi cara yang anda boleh gunakan untuk memindahkan fail-fail anda.
Device Properties memaparkan butiran mengenai BlackBerry Torch
Proses mengemaskini BlackBerry Torch
Itulah sedikit sebanyak mengenai Desktop Software yang boleh digunakan bersama-sama BlackBerry Torch 9800 ini, setakat ini ada beberapa kelemahan yang telah aku temui pada telefon ini, aku akan kongsi kelemahan-kelemahan itu pada artikel yang seterusnya, tinggal lebih kurang dua hari lagi sebelum tempoh untuk menguji telefon ini berakhir. Di harap sepanjang aku berkongsi pengalaman menggunakan BlackBerry Torch ini telah memberikan anda sedikit sebanyak panduan mengenai telefon ini. Jika anda ada sebarang persoalan yang ingin diperjelaskan, sila tulis di ruangan komen. Aku akan cuba menjawabnya padal artikel berikut yang akan menyusul pada esok hari insyaALLAH.
Selamat hari Rabu semua, semoga harini memberikan seribu satu keindahan, kesenangan dan kebahagian untuk anda.
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
27 October 2010 11:36 4 komen
harini agak sibuk dengan aktiviti di luar, berpeluang untuk menghadiri Dialog MSC Malaysia 2010 peringkat negeri kelantan di Hotel New Pacific, Kota Bharu pagi tadi. Berpeluang berjumpa beberapa kenalan seperti bro Labanon a.k.a Adly dan ramai lagi. Aku pertama kali menghadiri program seperti ini di Kelantan, satu peluang untuk menambah kenalan di sekitar Kota Bharu dan juga negeri Kelantan. Program ini juga memberi peluang untuk mengenali beberapa orang penting dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di kelantan, MDeC, dan beberapa lagi pertubuhan yang bergiat cergas dalam membangunkan program ICT negeri kelantan.
Peluang untuk berada di dalam program seperti ini membolehkan aku mencuba telefon BlackBerry Torch ini pada tahap yang seterusnya, beberapa gambar telah aku cuba ambil, dan di sini aku dapat melihat kemampuan kamera BBTorch ini di dalam dewan yang mempunyai pencahayaan yang tidak begitu bagus dan memberikan aku peluang untuk bermain dengan pelbagai mode di dalam camera ini. Mari kita lihat beberapa gambar contoh yang aku ambil di dalam dewan tadi.
Logo berkilat pada beg kertas, di ambil menggunakan Text Scene Mode BlackBerry Torch
Ruang hadapan dewan dengan Auto Scene Mode
Di dalam BlackBerry Torch ini, terdapat 11 Scene Mode untuk dipilih sewaktu menggunakan kameranya, setiap mode mempunyai fungsi yang berlainan, jika anda tidak mahu memilih mode yang bersesuaian, mode Auto sentiasa tersedia untuk anda gunakan. Setakat ni yang telah aku cuba dengan jayanya adalah Close Up Mode, Text Mode, Sports Mode, Party Mode dan Portrait Mode. Mode yang lain masih tidak ada aktiviti yang bersesuaian untuk aku mencubanya. Kelebihan pelbagai mode ini, ianya akan memberi hasil gambar yang berlainan pada setiap keadaan yang kita gunakan. Di bawah ini adalah senarai pelbagai scene mode yang boleh dipilih pada BBTorch ini.
Mari kita lihat pula antara kelebihan dan kelemahan kamera BlackBerry Torch 9800, kelebihan dan kelemahan ini adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakannya sepanjang tempoh percubaan ini. Mungkin ianya adalah berlainan dengan orang lain, namun aku hanya ingin berkongsi apa yang aku alami.
Kelebihan dan kekurangan
Fungsi button di sebelah kiri yang digunakan sebagai butang untuk mengaktifkan kamera ini adalah sangat memudahkan terutama untuk mereka-mereka yang suka mengambil gambar. Walaupun fungsi butang ini boleh ditukar, namun aku memang tak nak tukar, sebab ianya membuatkan mengambil gambar dengan BlackBerry Torch ini lebih mudah. Dengan sekali tekan, anda sudah boleh mengambil gambar kegemaran anda. Terdapat juga butang sentuh pada skrin BBTorch ini untuk digunakan mengambil gambar, kedua-dua butang ini berguna untuk keadaan yang berbeza. Contohnya jika aku ingin mengambil close up picture dan tidak mahu bayang2 tangan aku mengganggu gambar, aku akan gunakan butang pada skrin sentuh untuk mendapatkan gambar yang aku inginkan.
Kamera BlackBerry Torch ini didatangkan dengan 5.0Mp bersama-sama auto focus, fungsi auto focus ini memudahkan proses mengambil gambar dan juga video. Walaupun kualiti video di BBTorch ini jika dibandingkan dengan Sony Ericsson Vivaz, memang jauh bezanya. Namun bagi aku, ianya cukup untuk merakamkan aktiviti-aktiviti seharian yang tidak memerlukan kualiti yang begitu bagus. Namun untuk upacara penting seperti majlis pernikahan dan sebagainya, aku pasti akan menggunakan Vivaz untuk merakamkan upacara tersebut.
Selain itu, flash pada BBTorch ini adalah terlalu terang untuk mengambil gambar pada objek yang dekat, flash yang begitu terang itu akan membuatkan gambar yang terhasil mempunyai pencahayaan yang melampau dan menyebabkan objek tenggelam. Namun begitu, flash ini sangat berguna apabila digunakan pada jarak yang agak jauh dari objek, sesuai untuk mengambil gambar di dalam bilik yang suram pencahayaannya.
Satu lagi fungsi tambahan pada Kamera BB Torch ini adalah fungsi Geo Location yang membolehkan lokasi gambar itu disimpan di dalam File Properties gambar di dalam telefon ini. Kemudian anda boleh menggunakan fungsi “View On Map” untuk melihat kembali lokasi kedudukan semasa anda mengambil gambar tersebut. Fungsi ini berguna untuk orang-orang seperti aku yang kadangkala terlupa lokasi gambar diambil, terutama apabila mengambil gambar-gambar taman atau alam sekitar, kerana kadangkala suasana atau permandangan tempat itu adalah hampir serupa. Tapi sebab lain, aku biasanya tengok balik gambar-gambar yang di ambil untuk tempoh yang lama, so tuh yang biasanya lupa tuh.
Mari kita tonton cubaan aku untuk menggunakan fungsi auto focus sewaktu mengambil video menggunakan BlackBerry Torch 9800 ni. Ini merupakan video pertama yang aku rakam sepanjang menggunakannya selama lebih 10 hari ni. Mari kita saksikan, nota: video ini aku rakam secara rawak, sekadar nak cuba fungsi auto focus semata-mata
Seterusnya mari kita lihat perbandingan beberapa Scene Mode pada BlackBerry Torch dan juga perbandingan dengan gambar objek yang sama yang diambil menggunakan Sony Ericsson Vivaz dan juga K770i, semua gambar di ambil tanpa menggunakan flash.
Text Scene Mode di bawah lampu kalimantang
Gambar diambil menggunakan Auto Scene Mode BlackBerry Torch
Gambar diambil menggunakan Close Up Scene Mode BlackBerry Torch
Gambar ini pula diambil menggunakan Text Scene Mode BlackBerry Torch, bila background warna putih, dia akan lebih kontra dengan mode ni
Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson Vivaz
Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson k770i
Apa pendapat anda dengan perbezaan kualiti gambar tersebut? Namun gambar pada SE Vivaz itu aku menggunakan setting 6Mp, bukan kemampuan sebenar camera Vivaz iaitu 8Mp. Berdasarkan perbandingan ini, aku boleh katakan gambar yang dihasilkan oleh Sony Ericsson k770i adalah lebih menarik. Keadaan semasa aku mengambil sample ini adalah ketika berada di bawah lampu kalimantang, bersama kertas putih sebagai lantai untuk meletakkan fridge magnet tersebut dan tanpa menggunakan flash untuk setiap telefon.
Rumusan selepas kira-kira 10 hari menggunakan BlackBerry Torch
Setelah menggunakan BlackBerry Torch ini selama kira-kira 10 hari, aku mendapati bateri BlackBerry Torch ini memang tidak tahan lama jika aku menggunakan pelbagai aplikasi dengan talian 3G, jika aku melayari laman web, menggunakan twitter, foursquare, kamera, membuka email dan beberapa lagi perkara lain, setakat ini bateri akan menunjukkan paras rendah selepas kira-kira 5jam penggunaan. Namun begitu, contohnya harini, aku menggunakan Wifi semasa dalam program tanpa talian 3G, bateri akan dapat bertahan dengan lebih lama. Buat masa ini, aku menyediakan charger ke mana sahaja aku pergi, selain charger di dalam kereta untuk kemudahan.
Kemudian BlackBerry Torch ini adalah berat daripada telefon-telefon aku yang lain, perbezaan berat yang ketara ini pada mulanya mengganggu aktiviti menggunakan telefon ini, namun setelah sekian ketika, aku sudah boleh membiasakan dengan berat telefon ini. Setiap perkara pasti akan mengalami langkah perubahan. Aku akan berkongsi lagi pengalaman dan fungsi yang lain pada artikel seterusnya. Nantikannya.
Sementara itu, anda jangan lupa membaca artikel dari Liyana di blognya mengenai Camera dan video BlackBerry Torch ini, video yang beliau ambil lebih menarik dari apa yang aku kongsikan di sini Jom kita usha Video & Camera Review : Chibi Dalam Sangkar. #Maxis10
Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
26 October 2010 01:42 2 komen