Peguam lum settle, Polis laks menjelma…

Peguam lum settle, Polis laks menjelma…

Aku tatau aaa apasal jer macam banyak jer plaks masalah sejak dua menjak ni, beratur dia datang, lepas satu satu yang menjelma, kenapa jer ntah, apa jer ntah yang aku buat salah sampai camni skali… huhuhu… benda aritu yang macam dah nak guna pakai peguam pun macam tak settle lagi, ni dah polis laks datang mencari aku kat umah lama aku. Walaupun memang aa dorang tak jumpa lagi aku kan, tapi macam sengal gak aa pala otak sbb tau dorang tgh cari aku…


Hurmmm… nampak gayanya macam memang lagi kejap jer aa aku dok sini dah, takder aa aku nak lepak lelama dan menggadai nyawa(tergadai ke nyawa nanti?)… huhuhuhu… kepada pembaca setia kat blog ni, aku harap doa-doakan aa supaya semuanya berjalan lancar erk…

Maceh

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
06 October 2008 10:35
1 komen

Senaman: Selulit dan kesihatan pinggul dan peha.

Senaman: Selulit dan kesihatan pinggul dan peha.

cellulite

Ramai wanita-wanita yang mempunyai masalah selulit atau lemak di bahagian peha. Eizil.com hari ni akan berkongsi artikel menarik untuk menangani masalah yang dihantui oleh ramai wanita-wanita di luar sana. hehehe… So memula kita cerita apa yang menyebabkan benda ni berlaku?

Kadar hormon yang tinggi

Wanita yang mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi daripada kadar hormon wanita biasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat selulit. Selain menyebabkan kandungan kalori yang berlebihan untuk membentuk sel-sel lemak di peha, estrogen juga melemahkan tisu penyambung, ini akan melembuatkan organ wanita untuk membolehkan wanita melahirkan bayi. Tapi malangnya, ia tidak hanya melembuatkan satu bahagian, tetapi keseluruhan tisu di dalam badan. :D

Pengaliran darah yang lemah

Kebiasaannya kadar kandungan estrogen yang tinggi tidak akan menyebabkan selulit untuk membentuk. Ramai pakar yang percaya, wanita itu mempunyai kadar pengaliran darah yang lemah yang akan menyebabkan selulit ini untuk membentuk.

Cara hidup yang kucar kacir

Ketegangan emosi juga menyebabkan tisu-tisu ini akan lemah.


Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan perkara ini?

Pertamanya, senaman harian akan membantu untuk mengembalikan kadar hormon ke tahap yang normal. Ini bukan sekadar membantu mengelakkan selulit tetapi akan mengelakkan gangguan emosi yang tidak menentu. Selain itu, senaman juga akan menyebabkan pengaliran darah meningkat pada peha dan akan menyebabkan tisu-tisu untuk lebih sehat. Pengaliran darah yang baik juga akan membantu membuang cecair berlebihan.

Sekarang Eizil.com akan berkongsi beberapa senaman yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.

Senaman

Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)

senaman peha 1

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2

Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)

senaman peha 2

Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3

Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)

(more…)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 August 2008 13:41
58 komen

Eizil Support Center.

Eizil Support Center.

eps

Di sebabkan ramai yang cuba untuk menghubungi YM aku, tapi aku tak sempat nak reply disebabkan perbezaan masa, so aku create Eizil Support Center ni untuk memudahkan mereka-mereka yang memerlukan bantuan seperti peminat Artikel “Turunkan berat badan dengan air“. Tapi Support Center ni akan aku kembangkan bukan saya untuk bantuan tersebut tapi bantuan dari segi masalah programming, baiki komputer, kerohanian dan banyak lagi.

Kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan, bolehlah mendaftarkan diri di http://support.eizil.com untuk mendapatkan bantuan secara teratur. Diingatkan, bantuan tidak akan diberikan serta-merta, harap bersabar menanti jawapan yang diinginkan. Kepada yang memerlukan bantuan untuk program Turunkan berat badan dengan air , sila baca artikel ini sebelum menghantar sebarang tiket bantuan. “Cara-cara untuk menghantar tiket ke Eizil Support Center“.

Semoga lebih ramai lagi yang dapat dibantu dalam segala segi. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA. tiada bayaran yang akan dikenakan. Kepada sesiapa yang ingin mempromosikan perkhidmatan ini bolehlah menggunakan logo di atas. Url image :

sekian


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
22 August 2008 22:55
3 komen

Macbook Air – Thinnest notebook

Macbook Air – Thinnest notebook

overview bigair two20080115

Macbook Air, notebook ternipis di dunia, akan berada di pasaran tidak lama lagi. Notebook senipis 0.76inci atau 1.94cm ini mempunyai berat seringan 3 pound atau 1.36 kg. Antara ciri-ciri lain Macbook Air ini adalah seperti berikut:

Processor and memory

Intel Core 2 Duo processor with 4MB on-chip shared L2 cache running at full processor speed

  • 800MHz frontside bus
  • 2GB of 667MHz DDR2 SDRAM onboard

Storage

  • 80GB 4200-rpm Parallel ATA hard disk drive2
  • Optional 64GB solid-state drive2
  • Optional external USB MacBook Air SuperDrive

Display

specs display20080115

13.3-inch (diagonal) glossy widescreen TFT LED backlit display with support for millions of colors

Supported resolutions: 1280 by 800 (native), 1152 by 720, 1024 by 768, 800 by 600, 800 by 500, 720 by 480, and 640 by 480 pixels at 16:10 aspect ratio; 1024 by 768, 800 by 600, and 640 by 480 pixels at 4:3 aspect ratio; 720 by 480 pixels at 3:2 aspect ratio

Peripheral connections

specs peripheral20080115

Benda ni memang nipis aa… tapi bagi aku, banyak benda nak kena beli plaks tambahan utk make sure aku lerh guna Macbook Air ni dengan lebih sempurna… :D tapi okay aa dengan keringanan dan kenipisan tu, memang memikat gak aa… tapi bila fikirkan accessories yang nak kena beli plaks… tu yg sengal-sengal sket rasa tu…hehehe…

Notebook ni boleh di perolehi dengan harga €1699 atau €2868. Terdapat dua konfigurasi untuk Macbook Air ni… :D kepada sesiapa yang nak beli tu… lerh aa kontek aku.. kekeke… ;)

overview bigair three20080115

overview bigair one20080115

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
23 January 2008 14:02
5 komen

Genap setahun Eizil.com Bersama WordPress

Genap setahun Eizil.com Bersama WordPress

huhuhu.. diam tak diam… dah setahun dah aku nyer blog ni guna wordpress rupanya… hehehe… :D so apa jer yg aku dah dapat stakat ni?

Terdapat

258 entri termasuk entri yg ni
753 komen
10,955 komen spam
69900 hits (sejak Januari)
22282 unique visitors(sejak januari)
peningkatan pengunjung sebanyak ~18 kali ganda daripada bulan januari sampai ke bulan November.
dan beberapa kejayaan untuk peserta program turunkan berat badan tu…
hehehehe

okay laa tu… aku bukan nak kejar apa pun… blog ni sekadar tempat aku menulis bila aku nak menulis… :) kepada semua pengunjung eizil.com, aku ucapkan terima kasih aaa sebab sudi kunjungi blog aku ni yg tak seberapa ni… :)

pastu arini si dia cakap aku ni macam chocolate bar… :D keh keh keh

slumbermann

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
16 December 2007 01:08
2 komen

Aliya Zafira Mohd Zakriman

Aliya Zafira Mohd Zakriman

Akhirnya kawan aku Zack n Huda dah bergelar ayah dan ibu… huhuhu… semalam 6.12.2007 0845, huda selamat melahirkan cahaya mata pertamanya… comel jer aku tgk… Walaupun dapat tgk gambar jer… tapi gembira gak aa… kawan sendiri dah ada anak tu… perghh… dah aa sesama dok kat sini… hehehe… tahniah diucapkan buat Zack sekeluarga… dah berkeluarga dah nampaknya abg kita… hehehe… Berat baby Aliya seberat 2950 gram yang diberitakan… comel jer sangat… lerh usha kat bawah ni gambar² aliya… :D tak byk… nanti aku kutip dari bapa dia bebyk lagi gmbr… hehehe

1 375008216l

973739557l

DSC08272

1 534964796l

Tahniah sekali lagi buat Zack dan Huda… hehehe… :D aku laks yang gembira…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
07 December 2007 20:28
3 komen

Kesihatan: Senaman dan persediaan.

Kesihatan: Senaman dan persediaan.

Exercise

Ramai dikalangan kita rajen bersenam, namun ramai juga yang mengalami sakit-sakit badan hanya disebabkan cara dan persediaan senaman kita yang kurang sempurna. Harini aku nak kongsi serba sedikit mengenai amalan bersenam yang sehat.

Sebelum memulakan senaman:

sebelum kita memulakan senaman, seeloknya kita pastikan kita telah mengambil makanan dan minuman yang secukupnya, ini penting untuk kita mempunyai tenaga awal yang mencukupi. Memang ramai yang ingin bersenam untuk menurunkan berat badan dan justeru itu mereka tidak ingin mengambil makanan atau minuman yang secukupnya. Ini akan menyebabkan perkara-perkara atau kemalangan yang tidak diingini akan berlaku hanya kerana kita pitam atau sebagainya.

Biasakan diri melakukukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti senaman yang penuh. ini penting untuk membolehkan otot-otot badan kita bekerja dalam keadaan yang sihat. Aktiviti pemanasan badan ini perlulah melibatkan pergerakan otot-otot seluruh badan. Contoh alat terbaik untuk aktiviti pemanasan ini adalah Cross Trainer. Lakukan aktiviti pemanasan badan dari 5-10 minit.

Semasa bersenam:

Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan kita melakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat berat yang lebih hanya kerana inginkan keputusan yang cepat, kita akan lebih mudah mengalamai kecederaan dalaman dengan cara ini.

Selepas bersenam:

Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu.

Itu adalah kerana ototnya yang telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman. dalam entri seterusnya kita akan bercerita pasal aktiviti regangan yang sesuai…. ;)

###———–

Marilah kita sama-sama menjalani kehidupan yang sihat. Selamat hari ahad semua… ;)

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 October 2007 08:10
14 komen

Rahsia di sebalik pergerakan seorang lelaki?

Rahsia di sebalik pergerakan seorang lelaki?

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
23 October 2007 01:36
28 komen

Perempuan dan isi hatinya?

Perempuan dan isi hatinya?

pan wardina

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. percayalah..tiap lelaki perlukan wanita.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
18 October 2007 04:54
29 komen