Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd – Pusat 3S Hyundai
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
hari jumaat minggu lepas selepas bermesyuarat dengan bro denaihati di pejabat beliau, aku diajak untuk bersama-sama beliau dan juga bro Jaws untuk pergi ke majlis hyundai yang diadakan di Pusat 3S Hyundai, Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd. Kami bergerak ke sana sekitar jam 3 petang dari Bangi, pusat 3S yang terletak di Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor ini pada mulanya agak sukar ditemui kerana kami diberikan alamat yang lama. Sempatlah berpusing dua tiga kali sebelum menerima alamat yang sebenar.
Majlis yang diadakan adalah semperna program Hyundai Euro Tour yang dianjurkan oleh Hyundai Sime Darby Motors (HSDM), sepanjang majlis 3 jam itu, permainan bola sepak virtual diadakan kepada sesiapa yang hadir pada majlis itu. Pemenang dengan markah tertinggi menerima iphone sebagai hadiah. Aku tidak menyertai acara tersebut, pertama kali bertemu beberapa blogger seperti kak jie memberikan pengalaman yang baru. Sudah lama bekerjasama menjaga blog kak Jie, akhirnya bertemu juga.
Pusat 3S Hyundai, Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd ini merupakan pusat 3s terbesar di Shah Alam, dengan kawasan seluas 31,500 kaki persegi dilengkapi dengan 9 tempat servis kenderaan yang mampu untuk menyiapkan kerja-kerja servis untuk 32 buah kenderaan. Apa yang menarik, pusat 3s ini menyediakan kemudahan shuttle untuk pergi ke pasaraya Citta Mall atau kawasan dalam lingkungan 15km untuk keselesaan pengunjung. Perkhidmatan shuttle ini bagi aku memudahkan para pelanggan untuk merancang urusan yang lain dan dalam masa yang sama membolehkan mereka untuk servis kenderaan tanpa sebarang gangguan.
Selain itu, ada beberapa lagi kemudahan yang disediakan di Pusat 3S Sutera Gemilang Auto ini seperti coffee bar, customer lounge yang dilengkapi dengan tv dan komputer untuk aktiviti atas talian, dinding cermin untuk membolehkan pelanggan melihat kereta mereka yang sedang diservis, wifi percuma, kawasan permainan kanak-kanak, ruangan kerja untuk sesiapa yang ingin menyelesaikan urusan mereka sambil menanti kereta diservis dan ruangan parkir yang luas untuk pelanggan yang menghadiri pusat hyundai 3s ini.
Kepada yang berminat, pihak Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd menawarkan diskaun sehingga 10% untuk barangan dan juga upah kerja selain perkhidmatan cuci kereta percuma. Pihak pengurusan merancang untuk menambah perkhidmatan meninggalkan kereta di waktu pejabat pada masa akan datang.
Anda boleh mengunjungi Pusat 3S Hyundai, Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd ini dengan merujuk kepada google map di bawah adalah terus ke alamat Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor
Pusat 3S Sutera Gemilang Auto dibuka setiap hari termasuk bahagian penyelenggaraan.
Hari bekerja – 9 pagi – 8 malam
Hujung minggu dan cuti umum – 10 pagi – 6 petang
Sales no: 03- 7832 4888 / 7832 4444
Sales fax: 03- 7832 4222
Service no: 03- 7832 4333/ 7832 4555
Service fax: 03- 7832 4999
Laman web rasmi : Hyundai Selangor
Facebook page: Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd
Kunjungi laman berikut untuk mengetahui promosi-promosi terkini yang diadakan.




wahh tandas..memang tak nmpk rupa tandas..hehe..
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
Melihat pusat 3S Hyundai yang luas dan selesa.
yup memang luas dan selesa pusat 3s yang ni…
cantik susunan gambar tu penuh dengan seni..

Anarm menulis » Dinar Emas Untuk Perkahwinan
hehehe… susunan main bantai jer pun bro…
masa tu tengah makan, langsung otak jem tak dpt nak fikir orang yang diperkenalkan itu adalah eizil sedangkan dah banyak kali tengok gambar dalam blog….
Kak Jie yg kerap lalu situ pun tersesat dan berpusing dua tiga kat kat area Batu 3 sebab alamat yang salah..hihi
pusat service ni best, kan…. luas. yang paling best lot parking untuk pelanggan yang banyak
Kak Jie menulis » Gambar Pesta Flora Putrajaya 2012
Waktu bro denaihati tanya kenal ke yang bertudung hijau tu pun saya berfikir-fikir siapa ya, lepas tu baru tahu… hehehe…
yup, pusat service ni memang best betul, berbeza pengalaman duduk kat pusat servis proton di kota bharu ni… dengan kemudahan dan keselesaan macam tu, nak tunggu lama sikit pun tak jadi masalah.