Streamyx 1 Malaysia

Assalamualaikum dan selamat hari ahad semua,

semalam aku mengambil keputusan untuk mendaftar perkhidmatan jalur lebar Streamyx dari TM, kebetulan semalam TM datang ke kawasan perumahan aku untuk membuat promosi, aku mengambil peluang untuk berdaftar. Walaupun pada mulanya pada pagi itu aku telah ke TM Point untuk membuat pendaftara, tetapi aku membatalkan pendaftaran di TM Point dan membuat permohonan baru di booth TM yang berada di kawasan perumahan aku. Tapi kenapa?

Sebab utama aku menukar permohonan adalah kerana harga tawaran yang berbeza, walaupun dengan pakej speed yang sama, di tambah dengan peluang untuk melanggan pakej jalur lebar bersama-sama dengan netbook. Terdapat dua jenis netbook yang ditawarkan, satu netbook 1Malaysia dan satu lagi netbook HP. Mana satu pilihan aku? anda buatlah ramalan terlebih dahulu yer. Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM38/sebulan. Aku mengambil pakej paling besar yang ditawarkan iaitu Pelan jalur lebar 4Mb, sebab bila aku tanya jurujual tuh, dia kata kawasan perumahan aku tuh, memang support sampai 4Mb sebab kedudukan pencawang adalah sangat dekat. Aku pun memilih pakej tersebut.

Netbook Streamyx


Mengikut kata jurujual tuh, proses pemasangan adalah kira-kira 2 minggu, kerana rumah aku masih belum ada talian telefon, seminggu untuk pemasangan talian telefon dan seterusnya untuk Streamyx, aku sanggup menunggu walaupun sebulan, asalkan selepas ini talian internet sudah tidak terganggu. Selepas ini lebih banyak projek yang perlu dilaksanakan dengan prasarana yang lebih sempurna. Di harap streamyx tidak akan mengecewakan aku seperti mana pembekal talian jalur lebar yang lain. Kepada yang berminat untuk mendapatkan pakej promosi ini, anda perlulah ke pusat servis TM yang utama (bukan TM Point) untuk mendapatkan tawaran seperti ini.

Pakej paling mahal yang tersedia adalah RM109/sebulan untuk jalur lebar 4MB dan netbook HP, anda juga boleh menambah RM10/sebulan untuk pakej panggilan percuma ke talian tetap, bersama-sama percuma satu Dect Phone untuk digunakan di rumah.

Dulu semasa tinggal di selangor memang menggunakan Streamyx, segalanya berjalan lancar, kecuali masalah orang yang suka mencuri kabel talian

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    nk tnya…walaupun dah sememangnya terlambat…
    bleh x nk upgrade kan speed dari 384kb -1mb srang ni.????..
    nk tnya
    kalau bleh nk apply

      • menulis

        ohh.. xpe ah.. :)
        nk tanya 1 lagi…
        sy guna pakej 1malaysia 384kb/s
        kalau download cuma dapat lam 60-50 kb paling max..
        lapas bayar bill
        miggu lepas .. speed download saya up smpai 200-300kb/s
        nape ekk??
        skang ni turun blik sbb saya TERtutup modem..(menyesall)
        hrp blas..:)

        • menulis

          memang betul dah tu speed biasa dalam lingkungan 50kB (B besar, bukan b kecil), kalau naik sampai 200-300 tu rasanya kebetulan modem tu tersilap baca setting, kira bernasib baik jer tu rasanya… :D memang saya yang pakai pakej 1Mb pun tak cecah camtu

  2. menulis

    salam smua,aku pn dh apply, talipon pn dh pasang cuma tggu streamyx jh lg aku amik 384kpbs notebook hp,aku apply streamyx ni sbb dh x tahan ngan bband asyik DC jh pas tu bayaran dia pn lebih kurang sbln rm 50,kalu gna 2 hari dh abih kuota..harap2 streamyx ni lebih berbaloi2….aku dh x sabar tggu sambungan streamyx…

    • menulis

      salam,

      okay aa tuh, stakat ni memang streamyx berbaloi2 aa jika nak dibandingakan dengan mobile broadband tuh, nanti dah dapat kongsi aa erk pengalaman bila dah guna streamyx plaks :D

  3. Alik Tawau menulis

    kalo da pasang dan dah aktif streamyx untuk pakej 1 malaysia ni comfirm ka netbook tu dapat ya..tq

  4. faruq kamal menulis

    assalam.kum…ada lagi ke tawaran lptop 1malaysia ni??kalau ada bagi tau scara elok elok,sy amat mmrlukan nye…kluarga sy bkn drpd org brada..sy nk smbung blaja di giatmara dn prlu mmliki laptop ni utk mmbuat krja krja yg ckgu beri nnti…kalau ada boleh hubungi nmbor sy di talian 0175182214…

    • menulis

      wassalam, saya tak pasti sama ada masih ada atau tidak tawaran ini, faruq boleh pergi ke pusat TM untuk mendapatkan kepastian.

  5. INA menulis

    sib baik sy sempat apply…ambik yg paling murah je..384kbps..tp ambik laptop hp..tu pun dh ok dh..drpd guna brodband..asyik dc je..huhu…laptop pun dh dpt..alhamdulillah..

  6. bastuta menulis

    Terbaru!!! ptg tadi lori TM ada dtg wat promosi kat area tmpt aku kat MARAN, PAHANG. Dia kata pakej free netbook dah habis. Dia kata kouta dh cukup, xtau la tmpt korang cm na. nasib baik aku sempat apply pakej ni. Tq TM.

    • menulis

      yup, semalam TM nyer staff ada call, beritahu kuota netbook satu malaysia dah abes, so kepada yang dah apply tapi masih belum masuk, kemungkinan akan disuruh untuk tukar kepada pakej biasa. :)

  7. red warrior menulis

    bro,

    bro amik 4Mbps kan?
    kelajuan tu, mmg laju giler ke bro?
    ke gimik je?

    satu lg, bro amik laptop yg 1 malaysia ke HP?
    klau amik yg 1 malaysia, best ke laptop tu?

    tq…

    • menulis

      talian belum di pasang lagi, so taklerh nak komen pasal kelajuan, amek yang HP, sebab 1 Malaysia tu, kalau dah abes warranty, takut susah nak cari spare part.

      Tapi asas dedua laptop tuh sama jer dari spesifikasi, beza kat hdd jer.

  8. menulis

    aku dah pasang streamyx ikut pakej yg bro cakap. tp pakai orang dalam. klu tak memang tak lepas. aku ambik pakej netbook HP.
    Aku ambik pakej 1Mb aje.

    skrg kat rmh, semua org dah boleh online. 3 buah komputer, ketiga2nya boleh online internet dgn wifi

    • menulis

      owhh… tapi kenapa kena pakai orang dalam plaks erk bro? huhu… sebab gaji bro atas 3k erk? :D

      1Mb pun okay jer… aku sajer jer amek 4Mb, sebab dah dekat 2 tahun dok bertahan ngan celcom bb 384kbps tuh nyer speed jer.

    • menulis

      tuh aa… memang tak sangka gak… siap ngan lori ada piring pemancar segala bagai… :D tak kurang khemah2 yang dorang pasang untuk melayan semua yang hadir

    • menulis

      bergantung aa bro… dekat ngan pencawang tak semestinya lerh capai 4Mb, tapi kebarangkalian dia lebih tinggi, yang kat umah ni, kebetulan memang support sampai 4Mb. :D

    • menulis

      cool… hehehe… tapi kekadang bila kat kampung, ada byk benda lain untuk dibuat selain guna internet, tapi bila ada keje penting nak kena siapkan, tuh yang sengal kalau takder tenet

  9. menulis

    bukanlah ini pakej untuk pelajar universiti..percuma netbook tu

    nak tukar pakej utk student tapi kata along umur dia kena cukup 18 tahun

    bulan 12 lah tu….
    Kujie menulis » Coli IntanMy Profile

    • menulis

      ni bukan pakej yang pelajar universiti tuh, ni memang pakej untuk orang bukan pelajar, kalau untuk netbook, kena gaji RM3k ke bawah. itu syarat yang diberikan semalam, dia minta salinan slip gaji gak waktu pendaftaran.

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

Trackbacks

  1. [...] sewaktu aku mendaftarkan talian internet aku seperti yang telah dikongsikan dalam artikal Streamyx 1 Malaysia telah selamat sampai ke rumah. Aku tidak ada di rumah semasa netbook itu dihantar, disebabkan ke [...]