Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

tempoh hari aku dah berkongsi pengalaman selama dua hari menggunakan BlackBerry Torch ini, harini aku akan berkongsi pula berkenaan Sistem Operasi BB Torch ini, iaitu OS6. Terdapat banyak fungsi-fungsi menarik mengenai OS6 ini, yang paling aku gemari adalah social feed dan juga browser di dalam OS6 ini, ianya sangat mudah untuk digunakan. Mari kita sama-sama lihat fungsi-fungsi ini dengan lebih lanjut.


Social Feed

Social feed ini adalah satu aplikasi di mana semua update terkini akan terpapar dengan tersusun di dalamnya. Anda hanya perlu daftar masuk ke laman-laman social anda seperti Facebook, Twitter, BlackBerry Messenger, dan pelbagai lagi aplikasi yang terdapat di situ. Jika terdapat sebarang update terkini, icon social feed ini akan terpapar di skrin untuk membolehkan anda mengetahui mengenai sebarang updates terkini.
social feed bb torch Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10

Web browser

Setakat ini, aku rasa web browser yang terdapat dalam OS6 ini adalah terbaik dalam banyak-banyak browser telefon yang aku pernah guna. Kenapa aku cakap terbaik? Pertama paparannya yang sangat clear membolehkan aku browse dengan mudah. Kedua fungsi tab browser yang ringkas, membolehkan aku membuka beberapa website dalam masa yang sama, dan dengan mudah beralih ke tab2 yang berlainan. Ketiga fungsi pinch zoom yang boleh digunakan bersama-sama browser ini, memudahkan aku untuk zoom pada text, dan kualiti text sangat baik walaupun jika aku zoom sampai ke level maksima. Memang menarik bukan? Jika ada browser telefon yang lain sebaik ini, bolehlah kongsikan kepada aku, kerana setakat ini, browser di dalam OS6 ini memang sangat menarik.

browser bb torch os6 Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10

Kemudian mari kita beralih pula kepada fungsi yang seterusnya,

Universal Search

Fungsi universal search ini membolehkan anda membuat carian ke dalam seluruh aplikasi BlackBerry ini, seperti contoh, aku menaip Eizil, di dalam BB Torch ini, hasil carian eizil ini akan menemui eizil di dalam contact manager, BlackBerry Messenger dan juga Twitter, fungsi carian ini adalah sangat pantas dan mudah untuk digunakan. Ianya boleh diakses pada muka hadapan paparan BlackBerry Torch ini. Sesuatu yang sangat menyenangkan kerana jika tidak, kita terpaksa membuat carian demi carian dalam aplikasi yang berlainan.

Universal search ini bagi aku perlu ditambah kepada setiap telefon untuk memudahkan carian. Sebab sebelum ini, memang aku berasa susah juga untuk membuat carian dalam telefon, kerana tiada fungsi carian secara universal seperti ini.

Universal search bb torch os6 Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10

Selain itu, design yang dipaparkan pada OS6 ini juga begitu kemas. Dengan adanya trackpad dan skrin sentuh, segalanya begitu mudah untuk di akses. Walaupun aku pertama kali menggunakan telefon skrin sentuh seperti ini, tetapi disebabkan susun atur dan kedudukan menu dan button yang ringkas tapi menarik, memudahkan aku untuk berkenalan dengan lebih mendalam mengenai telefon ini. Sememangnya pengalaman yang menarik bagi aku setakat ini.

design bb torch os6 Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10

Rumusan selepas 5 hari menggunakan BlackBerry Torch 9800

Selepas menggunakan telefon ini hampir 5 hari, aku mendapati OS6 ini memang membantu untuk membuatkan telefon ini lebih seronok untuk digunakan. Semua aplikasi boleh dibuka dengan pantas, dan tiada masalah untuk memasang aplikasi baru. Sistem OS6 bersama-sama dengan spesifikasi perkakasan BlackBerry Torch ini yang mantap, memberikan gabungan yang menarik. Namun begitu, untuk memastikan skrin sentuh anda tidak tercemar daripada jari yang berminyak atau sebagainya, anda perlulah mencuci dan lap jari anda. icon biggrin Sistem operasi BlackBerry Torch 9800 #OS6 #Maxis10 Sebab kalau tak nanti, tinggallah kesan-kesan yang tidak diingini di atas telefon anda.

Jangka hayat bateri secara purata adalah selama kira-kira 8 jam setengah, ini bergantung kepada penggunakan aplikasi di dalam telefon ini, tapi kebiasaanya aku akan membawa charger ke mana sahaja. Bukanlah masalah yang besar, tetapi sesuatu yang perlu diambil berat, kerana jika tidak, BlackBerry Torch anda hanya akan berada di dalam poket anda tanpa boleh digunakan disebabkan kehabisan bateri.

Anda juga boleh membaca review daripada peserta #Maxis10 yang lain di bawah:

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. Saiful apek menulis

    Baru first time gune blackberry 9800.mule2 memang susah..tp skung ok..ade sape2 Leh rekemen plan ape yang ok utk black berry..antara celcom’digi atau maxis

    • menulis

      Stakat ni dah pernah guna maxis prepaid, celcom prepaid n digi postpaid, kalau dari segi jimat, rasanya digi aa yang paling jimat, tapi kena tgk gak kawasan, sbb digi coverage dia tak semantap celcom atau maxis

    • menulis

      Rasanya skangni harga dia dalam RM1600+ jer… Kalau kat mudah tuh, kena tgk gak, takut ada yang jual versi tiruan…

    • menulis

      terima kasih pengguna iphone 3GS, saya sekadar berkongsi apa yang saya alami dengan BB torch ni, saya memang tak pernah guna iphone 3GS/4G atau mana-mana iphone, terima kasih sekali lagi. :)

    • menulis

      rasanya isu tuh dah lama selesai dah bro… terutama kat Malaysia, memang aritu ada ura-ura nak mengharamkan BB ni, tapi dah takder dah. :) nanti sila aa google balik yer ;)

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.