Siapa saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, siapa aku?

Aku sekadar seorang individu yang suka dengan kegiatan-kegiatan berkaitan komputer, selain suka gak main bowling, badminton,video game, billiard dan tak dilupakan ragbi. So banyak masa aku dihabiskan kat depan komputer, dok buat itu ini… Sedang menuntut di tahun akhir di sebuah University di Jerman dalam bidang Kejuruteraan mekatronik. Berkecimpung dalam bidang pengaturcaraan laman web sejak tahun 2004. Bergiat aktif sebagai pengaturcara PHP dan MySQL sejak 2005 sehingga kini. Gemar untuk mempelajari bahasa-bahasa pengaturcaraan yang baru.

Selain berminat untuk mengikut perkembangan teknologi-teknologi web zaman sekarang, aku juga gemar untuk memasak. Seringkali mencuba resepi masakan baru, sama ada dari orang lain atau dari rekaan aku sendiri. Beberapa resepi boleh di perolehi di laman web ini. Selain itu, aku juga gemar untuk membantu mereka-mereka yang memperlukan bantuan, dan disebabkan itu, aku telah membuka pusat bantuan aku sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan. Pusat bantuan yang boleh di lawati di capaian laman web http://support.eizil.com ini dan perkhidmatan adalah percuma. Itulah serba sedikit mengenai diri aku. Di bawah ni ada beberapa lagi info mengenai aku.

Peneman hidup saban hari

  • Dreamweaver 8
  • Adobe Photoshop CS 3
  • Google Chrome
  • Firefox 3
  • Maxthon
  • Winamp
  • Textpad
  • WS FTP Profesional 2007
  • Putty
  • Yahoo Messenger
  • MSN Messenger

Peneman hidup di kala kebosanan

  • Sony Sound Forge 8.0
  • Adobe Premiere Elements 3.0
  • Microsoft Visual Basic 2005 Express Edition
  • Microsoft Visual J# 2005 Express Edition
  • Bs Player
  • VLC
  • Ultrastar

versi bergambar…

Designing…
pengguna adobe
pengguna firework
Internet
pengguna maxthon
pengguna firefox
pengguna yahoopeminat google
pengguna livemessenger
pengaturcara php
Rancangan TV
peminat bleach
peminat naruto
peminat prison break
peminat the oc
Komputer.
pengguna windows xp
pengguna bs player
pengguna wmp 10