Si hitam manis yang menawan
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
hari Isnin kembali lagi, dan seperti biasa mood untuk memulakan pekerjaan masih tidak begitu memberansangkan, tetapi sudah menjadi lumrah. Aku harini kehidupan berjalan seperti biasa, seperti yang telah aku tulis semalam, dilema seorang suami, hati ini sudah mulai terpikat dengan si hitam manis yang begitu menggoda. Kali ini aku ingin mengambil peluang untuk memperkenalkan si hitam manis yang telah bertandang ke kehidupanku tanpa di jemput.
Jumaat tempoh hari, aku telah ke sebuah pusat membeli belah terkemuka di tanahair ini untuk menghadiri suatu majlis, majlis tersebut telah diadakan bersebelahan pusat membeli belah itu, itu merupakan kali pertama aku bertentangan mata dengan si hitam manis ini. Kali pertama melihatnya, terasa mata ini seperti berkaca-kaca, dek keranan keanggunan si hitam manis ini. Di tambah pula dengan pakaiannya yang lutsinar membuatkan hampir seluruh tubuhnya kelihatan, tergugat dibuatnya, aku bermonolog di dalam hati, adakah aku akan dapat peluang untuk melucutkan pakaian lutsinarnya itu. Ternyata peluang yang aku nanti2kan itu muncul juga, aku telah melucutkan pakaian si hitam manis dengan penuh cermat dan lemah lembut, kerana tidak mahu menyakiti si dia.
Kemudian terselahlah seluruh susuk tubuhnya yang menggiurkan itu.

Ya, si hitam manis yang telah bertandang dalam kehidupan ku itu adalah BlackBerry Torch 9800, sebuah lagi telefon bimbit pintar keluaran RIM. Seperti yang aku pernah tulis tempoh hari, aku telah terpilih sebagai salah seorang reviewer untuk program #maxis10 anjuran Maxis. Aku hanya berpeluang untuk mengambil telefon ini untuk direview hari jumaat yang lalu. Kali ini aku akan menulis pengalaman pertama menggunakan BB Torch ini. Sepanjang hidup aku menggunakan telefon mudah alih ini, tidak pernah lagi aku menggunakan BlackBerry sebagai alat perhubungan untuk aktiviti seharian aku, ini adalah kali pertama aku menggunakan BlackBerry, apa yang aku akan tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman aku semata-mata sepanjang dua hari menggunakannya.
BlackBerry Torch 9800
Berat dan saiz telefon
Sebelum ini aku menggunakan Sony Ericsson k770i, telefon yang bagi aku cukup mudah untuk digunakan dan dibawa ke sana ke mari. Jika dibandingkan dengan SE k770i ini, BB Torch adalah lebih berat, tetapi dengan saiznya yang agak lebar, membuatkan aku selesa untuk memegangnya di tapak tangan aku yang besar ni. Kemasan besi di tepi dan kemasan plastik yang lembut di bahagian belakang, membuatkan BB Torch ini sangat selesa untuk di pegang.
Namun pertama kali aku membuka bahagian penutup belakang BB Torch ini, aku risau penutup itu akan pecah, disebabkan terasa seperti ianya lembut, mungkin juga kerana teknik membuka yang salah. Tetapi ianya hanya kerisauan aku, bateri dan simkad berjaya di masukkan tanpa sebarang kerosakan pada telefon ini. Jika menekan suis ON untuk pertama kalinya, anda akan dibawa untuk menonton video preview BB Torch ini, terdapat fungsi yang boleh digunakan dengan telefon ini yang ditayangkan dalam video tersebut.
Dimensi saiz dan berat telefon ini adalah seperti berikut
Dimensions 111 x 62 x 14.6 mm
Weight 161 g
-sumber Gsm Arena
Bateri
untuk hari pertama, aku telah menggunakan WiFi sebagai sumber utama untuk capaian ke talian, talian 3G aku hanya menggunakan sekali sekala apabila ingin mencuba GPS dan sebagainya. Ternyata bateri BB Torch ini mampu untuk bertahan lebih daripada 24 jam dengan hanya menggunakan WiFi. Hari berikutnya, aku menggunakan 3G dan WiFi untuk aktiviti di talian. Terdapat perbezaan ketara apabila menggunakan 3G, bateri hanya boleh bertahan kira-kira 12 jam dengan aktiviti-aktiviti yang sama aku lakukan seperti Twitter, Foursquare, Web Browser dan lain-lain lagi.
Aku akan melakukan cubaan dengan melakukan lebih banyak aktiviti semasa dengan talian 3G semata-mata pula. Keputusan percubaan akan aku kongsikan dalam artikel yang lain.
Papan kekunci
BlackBerry Torch adalah telefon yang mempunyai skrin sentuh dan juga papan kekunci yang boleh di slide keluar dari bahagian bawah telefon ini. Terdapat juga papan kekunci versi sentuh yang tersedia. Pada mulanya aku cuba menggunakan papan kekunci sentuh, terdapat beberapa pilihan yang boleh anda cuba, seperti papan kekunci penuh QWERTY, atau papan kekunci ringkas seperti telefon bimbit yang biasa (SE k770i menggunakan papan kekunci yang biasa) atau papan kekunci semi ringkas, yang mempunyai layout seperti QWERTY tetapi kekuncinya lebih sedikit.
Walaupun aku biasanya menggunakan papan kekunci ringkas di SE aku, tetapi aku merasakan papan kekunci sentuh QWERTY lebih mudah untuk digunakan pada BB Torch ini, kerana aku tidak perlu menekan beberapa kali untuk mendapatkan huruf yang aku mahukan. Walaupun kekunci pada skrin sentuh itu seperti terlalu kecil untuk jari jemari aku yang besar ini, namun sangkaan ku meleset, kekunci itu boleh ditekan dengan agak mudah.
Tetapi, selepas aku mencuba menggunakan papan kekunci yang sebenar di bahagian yang boleh dislide itu, ternyata papan kekunci sebenar itu lebih menarik untuk digunakan, kerana ianya memberikan aku lebih ruang di skrin paparan, kerana ianya pada kedudukan berasingan. Namun satu masalah yang aku hadapi adalah untuk menekan nombor, kedudukan butang alt dengan nombor terlalu dekat, membuatkan jari yang besar gabak ni, bergaduh sesama sendiri untuk menekan kekunci di bahagian kiri telefon tersebut.
Skrin sentuh
Sebelum ini, aku ada berkongsi mengenai Sony Ericsson Vivaz yang telah dibeli oleh isteriku. Jika dibandingkan skrin sentuh Vivaz dengan skrin sentuh BlackBerry Torch 9800 ini, ternyata skrin sentuh BB Torch lebih mudah untuk digunakan, sensitiviti skrin sentuhnya membuatkan jari aku ini mudah untuk pergi dari satu applikasi ke aplikasi yang lain, dan ternyata ianya membuatkan pengalaman menggunakan telefon berskrin sentuh lebih menarik buat aku.
Jika anda tidak biasa menggunakan skrin sentuh, pada mulanya mungkin agak kekok, kerana kebiasaannya kita akan menekan pada permukaan yang timbul seperti pada papan kekunci, apabila menyentuh sesuatu yang rata, ianya membuatkan aku terasa sedikit janggal (baru pertama kali menggunakan telefon skrin sentuh), kerana segalanya rata, dan aku perlu melihat skrin itu untuk menekan kekunci atau butang yang diinginkan.
Rumusan selepas 2 hari
Setelah dua hari aku menggunakan BlackBerry Torch ini, aku memang terpikat dengan pelbagai fungsi yang terdapat pada telefon ini, aku akan menulis fungsi-fungsi tersebut dalam artikel yang berlainan. Setakat ini, BlackBerry Torch ini telah memberikan menunjukkan bahagian-bahagian yang bagus dalam dirinya. Aku akan mengambil masa untuk mengenali lebih banyak fungsi sebelum aku boleh menulis lebih lanjut mengenai telefon ini. Aku akan menulis berdasarkan pengalaman, tiada istilah pilih kasih dalam perkongsian pengalaman aku ini.
Kepada yang ingin bertanya apa2 mengenai telefon ini, bolehlah menulis di bahagian komen.
Ada sesiapa yang ingin bertukar bb pin dengan aku?
Agak2 price range utk torch ni berapa ye bro?teruja ni.skrin bold mcm kecik ah.
Aritu tgk kat kedai RM2099, tapi itu stok dorang amek dari luar, kat mesia takder lagi official stok yang masuk, kena tunggu nanti Maxis umumkan later aa kot untuk price bersama-sama pakej etc.
nak jugak,nak jugak..dah lama teruja nak angkat BB..umm,between digi n celcom mana lagi bagus ya kalau nak angkat BB?
eyriqazz menulis » P Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti
angkat jer bro… hehehe… antara digi ngan celcom erk, nanti saya buat perbandingan, kang terus tulis jer kat sini, takut salah maklumat plaks…
yang BB ni, saya guna maxis nyer plan
hohohoho…best tuh dapat pakai BB..tp rasanya sy lg prefer keypad biasa kot wlaupun kne tkan byk kali.
saya pun memula memang prefer keypad biasa, terutama bila pakai SE, tapi bila dah berjinak2 ngan BB ni, QWERTY ni lagi cam best aa kot
perghh terkena aku mula2… hehe.. alahai smart BB nie.
zik menulis » Ucapan penuh bajet 2011
hehehe… bukan tujuan nak kenakan sesaper bro… harap dimaafkan…
aku menantikan HTC Desire HD dalam anganku. Wife aku lak teringin nak pakai BB, tp tak taulah model apa.
wahh…. bila jer tuh akan dpt HTC Desire HD tuh bro? mesti dah ada perancangan dalam masa terdekat tuh erk. Owhh… suruh aa wife bro usha BB Torch ni, memang berbaloi2
dapat terus ke blackberry tue? ke maxis bagi pnjam je? hehe..
buat masa ni dia bagi pinjam untuk buat review… hehehe… klu bernasib baik, baru dia bagi… huhuuh
pergh…bro pakai ni ke? memang menarik…tergoda i…hehe
Mohd Isa menulis » Tips Mudah Meningkatkan Alexa Ranking
sebagai reviewer program #Maxis10 bro…
siapa yang tak tergoda dengan si hitam manis ni hehe
Amirez menulis » Tutorial Floating Ads Dengan Iklan Nuffnang
hehehe… tuh aa… tapi mungkin gak ada yang tak tergoda
hehe ini rupanya si hitam manis, patutlah dalam dilema, siapa sahaja boleh dilema dibuatnya

tengkorak emas menulis » BSOD- dont mess with me
hehehe… tuh aa bro, memang dilema dibuatnya…
tapi sudah tidak lagi… huhuhu
memang aku dah agak seperti entri sebelum ini cuma tak nak menjawab dulu, cuma anggapan aku secara general iaitu si hitam manis ialah gadget terbaru, hohoho
mijie menulis » Wajarkah pengurus rumah tangga
hehehe… kalau dah biasa ke sini, mungkin akan lerh agak dah kan…
smpi skrg aku masih x pernah merasai gadjet secanggih ini..huhu..

mungkin masih belum berkemampuan..
Lee menulis » L & M Lidah dan Mulut
aku pun kalau bukan sebab program #Maxis10 ni memang tak pakai aa gadget2 macam ni bro…
[...] This post was mentioned on Twitter by Mohd Hadihaizil Din, Mohd Hadihaizil Din. Mohd Hadihaizil Din said: Mari berkenalan dengan Si hitam manis yang menawan – http://bit.ly/aHBXHs #Maxis10 #BBTorch [...]
wow.. memang panjang lebar ko ceritakan, menarik kan BB Torch nih?
tuh aa… memang menarik guiler… masih banyak lagi fungsi2 dia yang aku tak sempat explore, weekend aritu busy ngan keje… huhuhu