Seoul Garden KB Mall, Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sudah lama juga tidak menjejakkan kaki ke KB Mall sejak banyak meluangkan masa menyelesaikan urusan di ibukota Kuala Lumpur. Minggu ni meluangkan masa bekerja di Kota Bharu. Sambil-sambil tu, singgah ke KB Mall untuk melihat beberapa kedai baru yang dibuka di sana.

Dua hari yang lepas sudah singgah untuk makan malam di Restoran baru Seoul Garden yang dibuka selepas KB Mall diubahsuai dengan penambahan lebihan tingkat disamping kedai-kedai baru yang disusun cantik di tingkat baru tersebut. Tapi malangnya, semasa cuba untuk ke restoran tersebut, kelihatan barisan panjang orang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.


Aku dan isteri mengambil keputusan untuk pergi ke tempat lain pada malam tersebut. Harini berkesempatan untuk singgah sekali lagi di KB Mall selepas isteri aku pulang dari sekolah. Kali ini tiada barisan panjang yang kelihatan, dan banyak meja kosong dalam restoran tersebut.

Seoul Garden KB Mall buffet menu 1 Seoul Garden KB Mall, Kelantan

Paparan pintu masuk Seoul Garden KB Mall

Ini merupakan pertama kali aku cuba menjamu selera di Restoran Seoul Garden. Seperti biasa, bila mencuba restoran yang baru, aku akan memerhati terlebih dahulu apa menu dan cara hidangan restoran tersebut. Seoul Garden menawarkan cara makanan buffet yang memang tidaklah serumit mana.

Selepas membuat bayaran di pintu masuk, aku dan isteri ditunjukkan meja kami dan proses menjadi hidangan makanan tengahari pun bermula. Terdapat banyak pilihan ayam, daging, makanan laut, sayur-sayuran dan beberapa jenis makanan yang telah siap dimasak untuk dinikmati.

Seoul Garden KB Mall konsep bakar dan rebus Seoul Garden KB Mall, Kelantan

Konsep bakar dan rebus yang ditawarkan di Seoul Garden

Oleh kerana tidak mahu membazir, kami hanya mengambil jumlah yang sedikit untuk hidangan yang kami ingin cuba. Konsep bakar atau rebus pada meja membolehkan kita menikmati lauk pauk yang disediakan mengikut citarasa masing-masing.

Kita juga boleh memilih air rebusan yang ingin kita nikmati, ada 4 pilihan air rebusan (aku tak ingat semua jenis), aku dan isteri memilih air rebusan berasaskan kimchi. Pilihan air juga pelbagai disediakan di restoran Seoul Garden ini, tidak dilupakan pencuci mulut seperti aiskrim dan parutan ais mengikut selera anda.

Seoul Garden KB Mall menu makanan Seoul Garden KB Mall, Kelantan

Sebahagian makanan yang sempat diambil gambar.

Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan pilihan lauk pauk yang disediakan, tetapi ini bukanlah lokasi restoran yang boleh dikunjungi selalu. Harganya mungkin bersesuaian dengan konsep makanan buffet yang ditawarkan, tetapi ianya lebih sesuai untuk yang memang kuat makan. Baru berbaloi rasanya.

Apapun, tercapai sudah keinginan untuk mencuba restoran ini sejak beberapa tahun lalu. Akhirnya di Kota Bharu juga aku cuba restoran ni, walaupun pada mulanya bercadang ingin mengunjungi cawangan di Kuala Lumpur. Ada beberapa lagi restoran yang baru dibuka di KB Mall. InsyaALLAH akan dicuba di lain ketika.

Seoul Garden
Review oleh Eizil pada .
Rating: 4.0

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.