Senaman: Selulit dan kesihatan pinggul dan peha.

cellulite

Ramai wanita-wanita yang mempunyai masalah selulit atau lemak di bahagian peha. Eizil.com hari ni akan berkongsi artikel menarik untuk menangani masalah yang dihantui oleh ramai wanita-wanita di luar sana. hehehe… So memula kita cerita apa yang menyebabkan benda ni berlaku?

Kadar hormon yang tinggi


Wanita yang mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi daripada kadar hormon wanita biasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat selulit. Selain menyebabkan kandungan kalori yang berlebihan untuk membentuk sel-sel lemak di peha, estrogen juga melemahkan tisu penyambung, ini akan melembuatkan organ wanita untuk membolehkan wanita melahirkan bayi. Tapi malangnya, ia tidak hanya melembuatkan satu bahagian, tetapi keseluruhan tisu di dalam badan. :D

Pengaliran darah yang lemah

Kebiasaannya kadar kandungan estrogen yang tinggi tidak akan menyebabkan selulit untuk membentuk. Ramai pakar yang percaya, wanita itu mempunyai kadar pengaliran darah yang lemah yang akan menyebabkan selulit ini untuk membentuk.

Cara hidup yang kucar kacir

Ketegangan emosi juga menyebabkan tisu-tisu ini akan lemah.

Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan perkara ini?

Pertamanya, senaman harian akan membantu untuk mengembalikan kadar hormon ke tahap yang normal. Ini bukan sekadar membantu mengelakkan selulit tetapi akan mengelakkan gangguan emosi yang tidak menentu. Selain itu, senaman juga akan menyebabkan pengaliran darah meningkat pada peha dan akan menyebabkan tisu-tisu untuk lebih sehat. Pengaliran darah yang baik juga akan membantu membuang cecair berlebihan.

Sekarang Eizil.com akan berkongsi beberapa senaman yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.

Senaman

Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)

senaman peha 1

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2

Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)

senaman peha 2

Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3

Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)


senaman peha 3

Duduk di atas kerusi(tanpa roda). Rehatkan kaki anda di atas lantai dengan bengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tangan di bahagian sisi kerusi. Hembus nafas semasa anda mengangkat dan melunjurkan kaki kanan. Tahan kedudukan ini untuk 30 saat dengan bernafas seperti biasa. Kemudian tarik nafas semasa anda menurunkan kaki kanan tersebut. Kemudian tarikh nafas untuk kaki kiri pula. Tahan 30 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian Hembus nafas untuk turunkan kaki kiri. Kemudian teruskan ke Langkah 4.

Langkah 4: Jambatan duduk (untuk bahagian belakang dan tepi peha)

senaman peha 4

Duduk pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai dengan lutu dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan di atas kerusi dan di sisi anda. Hembus nafas semasa anda mengangkat pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat anda. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan. Kembali ke Langkah 1.

Ulang langkah 1 hingga langkah 4 sekali lagi, dan akan telah selesai untuk senaman hari ini.

Semoga dengan tips kali ini, lebih ramai wanita di luar sana berjaya memperolehi kaki yang cantik. :) Semoga berjaya.

 

artikel ini adalah rujukan dari 8 Minutes in the Morning to Lean Hips and Thin Thighs (Rodale Inc. 2004) oleh Jorge Cruise.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    kadang2 peha dan pinggul yang besar

    maz mazny
    nie utk kecilkan pinggul dan peha ke ?

    datang dari keturunan,,,,terima seadanya…klu dah cuba bersenam xboleh juga kecilkan… :)

  2. siti menulis

    Errr, sya ada pertanyaan.
    kalau sya hari-hari nak basikal adakah ia menjadikan pinggul saya makin bersar?

  3. honey menulis

    sy 37 thn, brt dulu 76 n tinggi 158 cm. tp sekrg brt dah 57 setlh sabar yg teramat n amalkan pemkanan seimbang, diet n senaman, krgkn mkn manis, bny minum air masak, krgkn nasi, mlm x mkn, dan mkn waktu lapar shj dan sekadar alas perut. dulu perut buncit tp sy amalkan minum selps 10 minit mk, lps mkn sy buat keja @ jln2 utk elakkan duduk, jgn minum semasa mkn, air batu n air gas x ambil, masa minum sy thn nafas di perut n minum 3 teguk shj n stop, tarik nafas n then br continue. sy amalkan mkn quaker oat n byk mkn sayur n buahan. lps mandi sapu cream pati halia dunia herb. insyaalah kalau sabar mesti berkesan. saya yakin.

  4. diyana menulis

    erina, blh share tips mcm mne kecik kn peha/ punggung? saya tinggi 160cm berat 48kg tp peha punggung saya agar besar.. blh kongsi tips? thanks

    erina
    saya dl mempunyai peha yg agak besar…bila suami menegur,sy berusaha menurunkan nya…berjaya…tp sekarang plak bahagian atas plak nampak besar..bwh kecil sikit la…mcmana saya nak turunkan bahgian dada dan pingang…tksh

  5. Suhailah menulis

    Saya ada masalah macam ni jg dulu. Tapi skrg syukurlah dah turun dalam 2 minggu. Yg saya buat sepanjang 2 minggu adalah menggunakan diet formula atkin dalam masa 14 hari. Saya akn catat setiap kali lps mkn apa makanan yg saya ambil. Sblm tidur saya akn lihat pola pemakanan satu hari tu dan buat catatan dan pesanan spy hari esok saya mmpunyai azam lbh utk mengelak mknn yg mdh menambah brt badan. Slps bgn tidur saya akan minum 2 gelas air putih sejam sblm sarapan dan meminum cukup 8 gelas air sehari (utk membuang toksin spy metabolism bdn lancar). Tiap2 hari saya akan bersenam pada waktu petang selama 30minit.. 15 minit aerobik dan 15 minit lagi senam fokus utk peha dAn lengan menggeleber. Mula2 tu rasa sengal2 juga lah lepas bersenam tapi lama kelamaan dah terbiasa. Dah berjaya fit kan dan mengecilkan peha. :). Paling penting jaga posture badan semasa berdiri, berjalan, duduk, tidur spy semua muscle digunakan sepenuhnya utk pergerakan. Sabar dan konsisten plg penting. :)

  6. menulis

    saya dulu jenis yang jarang minum air, n jarang nak buang air besar. sejak pakai Premium Beautiful n minum lactolite, dah tade masalah da nak minum air sehari 2 botol 1.5liter. n lactolite memang sgt2 bagus untuk sesape yang ada masalah buang air besar 3 hari sekali tu. sy boleh bagi sample lactolite free and try pakai PB utk free :) amik number sy k 019-3954129

  7. hanis menulis

    hello guys..
    aku pun ada masalah yang sama untuk cari baju,
    n aku dah seriau nk pakai jeans,sebab nmpak ketara peha n pinggul besar,,
    badan aku jer kecik,,,malu..malu…aishh
    skang ni aku dok amalkan senaman lunges and squat..
    try la
    selamat beramal

  8. anis hussein menulis

    slam semua…sy pon ade maslah yg sama , bahagian pinggul n punggung sy agak besar…tapi sy mempunyai pinggang yg agak ramping juga, jadi mcm xbalence.. malu kadang2, mcm2 cra dh sy try tp still xberkesan.. plz help me…

  9. west menulis

    saya pening kepala, x tau nak buat pe, peha dan punggung semakin besar dan lebar. Bagi tips cam ne nak kecikkan semula seperti dahulu. nak jugak tips memudahkan membuang air besar. tolong……..

  10. misz qiesha menulis

    upe2ye rmai yg punye mslh cam aku..bdn aku pn sme lar,kcij jer..but,peha n pnggul mmg bsar gler2..aku smpi skrg,xbrani nk pkai jeans..sbb da rmai yg tgur..maluu..smpi kn org ejek aku kerengga..hihi..wlaupn skadar gurauan,ia ttp beri kesan pd aty aku..aku da try mcm2..tp,usha hny sparuh jalan…skrg,aku da nekad..tok dptkn bdn ideal..doa2kn ye..lau ade tips yg t’bek..plz share..

    • menulis

      Assalammualaikum dan hye kepade semua.. saya pun ade masalah macam anda semua gak.. badan tak balance. punggung dan paha lebar.. susah nak carik baju.. bila cuba baju, lepas pinggang je fail.. hehehehe… saya pun mmg tgh berusaha nak kecilkan part2 yang bermasalah nih. but saye just nak share… kepada kawan2 yang rase malu ngan betuk tubuh die, for me, you shouldn’t be. saya pernah berasa macam tu jugak. but bila umur saya da meningkat, saya rasa, saya da buang masa dengan perasaan malu tu… jadi, sejak 2 tahun lepas, saya perlahan-lahan carik keyakinan.. saya carik kelebihan dalam kekurangan saya.. dan alhamdulillah, sekarang saya lebih yakin nak bergaya.. kalau tak, dulu, asik keluar ngan baju kuroooong je.. sampai bf pun cakap, “awak takde baju lain ke” huhuhu malu plak bile da kene tego macam tu. so, dalam kita berusaha nak cantikkan diri, tanam jugak sifat yakin diri.. biar ia seiring.. ini hanya pengalaman dan saya nak share.. :) tq semua..

  11. ami2011 menulis

    sy brumur 20 thn..sy mmpunyai msalah utk kcilkan peha n pinggul…disebbkan sy jnis x ska brsenam jika tiada teman mnyebbkn sy kurg utk bsenam..ehm..mcm mna ek sy nk kcilkn peha dan pinggul sy..atleast ade krim.pnah jugak body dh ok ckup dgn ktinggian tp peha n pinggul still gak sma bsar..so, mcm x seimbg pula..n then part nk cri sluar tu..punyalah payah..smpai je kt peha n pinggul kompem jdi x cntik dh..bkn utk mgubah ciptaan Nya tp memg pyah la kalo nk cri seluar… :(

  12. hanatiqa menulis

    hai,,sye bru jer umo 18..tp ad mslah cket..bdan sy kcik aje,,tp punggung dan paha bsar,,,kawan2 byk tgur,,,blh ta bg cra plg brksan?????tq

  13. maria menulis

    salam. cara yang paling afdal… senam sekurang2nya 15 – 20 mint..3X / minggu n joging 2 – 3 X / minggu. korban cket la.. nk body cntek kan? :)

  14. erina menulis

    saya dl mempunyai peha yg agak besar…bila suami menegur,sy berusaha menurunkan nya…berjaya…tp sekarang plak bahagian atas plak nampak besar..bwh kecil sikit la…mcmana saya nak turunkan bahgian dada dan pingang…tksh

  15. nurul menulis

    betulke selulit xleh hilang?sy skrg mmpunyai ketinggian 164.berat 58..dulu berat penah sampai 65..bile dah kurus sikit selulit timbul dibahagian payudara,punggung n betis..org kata cara diet sy xbetul..tolonglah sy utk mengatasi masalah sy ni….:”(

  16. menulis

    saye aktif dalam sukan… umur saye 15 tahun.. bile saye berhenti main sukan untuk prepared 4 exam, berat badan saye mule naik…saye malu untuk pakai seluar jeans sebab peha saya nampak besar… saye malu ngan kawan2… diorang panggil saye peha besar…….

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.