Semangat yang hilang = Positif?

Semangat yang hilang = Positif?

positif

Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk bagi diriku, rabu, khamis, jumaat, sabtu aku berulang alik ke merata-rata tempat dari rumahku di kuala selangor. Segalanya dengan satu tujuan, untuk memajukan diri, untuk mempelajari ilmu, dan untuk melangkah setapak lagi kehadapan. Adakah aku mampu untuk melangkah tapak yang seterusnya? Ya, pasti mampu, segalanya bergantung kepada diriku sendiri, tiada orang lain yang mampu untuk membuat aku melangkah, tapi mereka boleh membantu memberikan nasihat dan petua bagaimana untuk melangkah. Itulah yang aku pelajari, walaupun mungkin baru sedikit, tapi minggu ini telah memberikan aku satu lagi perkara positif di dalam hidup ini. Kita perlu bayangkan apa yang kita inginkan. Mungkin ramai yang sering mengatakan, janganlah menjadi seperti mat jenin. Tetapi aku rasa, aku ingin menjadi seperti mat jenin, berangan untuk masa hadapannya, sehingga ada yang mengatakan dia jatuh dari pokok?

Tetapi jika difikirkan kembali, siapa yang bercerita mengenai mat jenin berangan sampai jatuh pokok kalau bukan mat jenin itu sendiri? Mungkin angan-angannya untuk menjadi kaya telah menjadikan beliau seorang yang kaya. Sesuatu perkara itu akan tetap sama penceritaannya, tetapi bergantung kepada kita untuk menilainya, jika kita positif, pasti akan dapat mencari kebaikan disebalik cerita teladan tersebut. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing, saya tidak menyuruh untuk anda mengikut pendapat saya dalam penceritaan ini, tetapi jika mereka-mereka yang telah berjaya juga membayangkan (sedap bunyinya jika dibandingkan dengan berangan) perkara yang mereka akan lalui dan mereka kejar untuk mendapatkannya, kenapa kita tidak mengekori perkara yang sama?

Bayangan yang jelas akan menyebabkan kita lebih fokus dengan apa yang kita ingin lakukan. Benar atau tidak, semuanya telah dibuktikan, buat masa ini, jiwaku sudah tidak tenteram, adrenaline menusuk masuk tanpa henti, sehinggakan aku rasa 24jam sehari terlalu singkat buatku, aku perlukan lebih dari itu, tetapi ianya sudah ketetapan, aku harus menguruskan masa dengan lebih baik, jika para ilmuan yang terkenal hanya tidur 3-4jam sehari, aku juga boleh lakukan perkara yang sama. Semua orang mempunyai 24jam sehari, tiada yang terlebih atau terkurang, tetapi begitu banyak kejayaan yang boleh dicapai oleh seseorang individu itu, sedangkan yang lain tidak mencapai apa2 dalam masa yang sama. Teringat aku pada awal hujung 2004 dan awal 2005, di mana aku bersengkang mata belajar mengaturcara PHP dan MySQL, walaupun pada masa itu, tiada guru yang sudi mengajar secara intensif, ianya tidak menjadi penghalang untuk aku belajar. Jika pada masa itu aku mampu sekadar tidur 2-3jam sehari, kenapa tidak pada masa kini.

Memang betul ada orang kata, kerjalah dengan bijak, dan bukannya dengan kuat. Tetapi jika kita berkerja dengan bijak dan kuat? Mungkin hasilnya lebih banyak. Tidak perlu dibuktikan, yang penting aku perlu mengejar apa yang aku ingin. Hanya tinggal lebih kurang 4 tahun sebelum aku mencapai umur 30tahun. Aku harap aku akan berjaya mencapai satu daripada beberapa matlamat yang aku telah tetapkan. Mungkin bukanlah perkara mudah, tetapi yang pasti ianya tidak mustahil. Dengan tunjuk ajar dan panduan yang betul serta usaha yang berterusan dan dengan izinNYA, pasti akan berjaya.

Sejak aku kemalangan tempoh hari, aku perasan aku mempunyai perasaan lemah semangat di dalam diri, seringkali semasa memandu aku berasa kurang yakin, dan sering berasa takut di simpang-simpang di mana ada kenderaan yang ingin keluar. Kelemahan semangat ini sedikit sebanyak menjejaskan produktiviti di dalam kerja-kerja yang aku lakukan. Namun alhamdulillah, sepanjang 2minggu kebelakangan ini, sedikit sebanyak, semangat itu mula sembuh, mungkin fobia yang aku alami selama ini semakin berkurangan. Aku harap ianya akan sembuh seperti sediakala, walaupun mungkin akan mengambil sedikit masa, tetapi aku amat memerlukannya. Semoga selepas ini, semangat itu lebih kental dari sebelumnya, dan akan membolehkan aku kekal positif di dalam apa jua yang aku lakukan.

Fikirlah secara positif untuk membolehkan anda mendapat yang positif, jika terlalu memikirkan yang negatif, nescaya anda akan menerima yang negatif. Jika bergaul dengan tukang besi, anda pasti akan terasa bahang panasnya, dan jika anda bergaul dengan tukang emas, pasti anda terasa pancaran sinarnya. Fikir-fikirkanlah.


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
22 November 2009 01:00
4 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • iqa 18 February 2010 at 1:01

    salam,

    mmg benar jika kita mahu berubah, hny kita yg bleh mgerakkan dr tuk melakukan perubahan bkn org lain…

    kuasa minda jg sgt penting umpama lagu sudirman, jika kau fikirkan boleh, kau pasti boleh melakukan…

  • fuza 16 December 2009 at 13:13

    mgkin komen saya ni cam da terlewat kot..tapi saya mcm nak kongsi ape yg saya rasa…susah bagi saya nak berfikiran positif dlm apa hal skali pon…ble saya cuba nak positifkan diri ni,tapi rase msti cam ada tembok penghalang yg besar…wat masa skang ni emosi saya cam tak stabil…mungkin agak peribadi..tapi tak pe la…utk pngtahuan eizil saya berumur 20 tahun dan baru je nak sambung degree tahun dpn..tapi mcm2 saya fikir…saya bru bpisah ngn partner saya..tu yg wat saya rasa ‘lemah’ sket..kdg2 saya rasa macam sedih sgt..mgkn bkn sng saya nak lupakan everything dlm masa yg singkat kan…hmm…saya cuma nak meluahkan apa yg saya rasa….sorry kalo ianya lari dari topik tu ea…=)

  • eizil 1 December 2009 at 19:47

    Thanks a lot Najib!

  • Dipl.-Ing Najib 1 December 2009 at 10:43

    artikel yang menarik! Good Luck, hadi!