Semak semula azam tahun baru…

Semak semula azam tahun baru…

Assalamualaikum dan selamat pagi,

harini sudah masuk hari ke enam dalam bulan tujuh tahun 2012, maksudnya sudah lebih 6 bulan kita menjalani kehidupan dalam tahun 2012, kalau pada awal tahun kita sibuk menetapkan azam baru, sudah tiba masanya untuk semak semula sama ada azam tersebut sudah dicapai atau sebaliknya? adakah semuanya masih dalam laluan yang betul? atau semua azam-azam yang disenaraikan itu sudah berkubur sejuk tidak diendahkan lagi.

Azam tahun baru biasanya dibuat oleh semua orang, walaupun aku seperti dalam entri awal tahun dahulu, tidak menyatakan azam baru, tetapi untuk menyambung perkara yang masih belum selesai, semuanya perlu kita nilai dan lihat kembali. Azam jikalau tidak dilakukan apa-apa untuk menjadikannya realiti hanyalah angan-angan yang seringkali berlegar dalam fikiran kita; sedar ataupun tidak sedar. Jika awal tahun kita berkobar-kobar menyenaraikan pelbagai perkara, sejauh mana senarai itu telah menjadi kenyataan? enam bulan adalah tempoh yang lama untuk kita sekurang-kurangnya melaksanakan sebahagian daripada azam tersebut. Jika masih belum berjaya, setidak-tidaknya kita sudah mula dengan langkah-langkah untuk melaksanakannya.

Namun sekiranya enam bulan ini kita biarkan dengan terus berangan-angan tanpa sebarang tindakan, mari sama-sama kita baca artikel Adakah anda sedar?. Semoga artikel itu akan memberi kita kesedaran atau ingatan untuk melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia akan hanyut dalam perancangan asal sekiranya kita tidak mempunyai disiplin diri dalam mengejar atau mengusahakan apa yang kita cita-citakan. Mari sama-sama kita nilai kembali apa yang telah kita senaraikan ingin dicapai pada tahun ini, masih ada kurang daripada 6 bulan untuk kita laksanakan semuanya, walaupun mungkin ada perkara yang tidak dapat dilaksanakan dalam enam bulan, anda perlu memulakannya sekarang agar ianya tidak terus menjadi angan-angan yang tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

kepada yang sudah mencapai semua yang diazamkan ataupun sebahagian daripadanya, aku ucapkan tahniah, semoga usaha anda semua diberkati. Perjalanan aku masih jauh, usaha telah dilakukan, sebahagian sudah menampakkan hasil, tetapi masih belum sampai tahap yang aku inginkan. InsyaALLAH apabila semuanya telah selesai, aku akan kongsikan dengan rakan-rakan pembaca. Selamat menempuh hari jumaat yang penuh keberkatan ini.


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
06 July 2012 05:50
9 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Hafizul 20 September 2012 at 12:07

    hehe..sebut jer bab azam ni, memang tak pernah tercapai apa yang sy niatkan..mungkin usaha ke arah yang diniatkan tu berkurangan kot..haha
    Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] JertehMy Profile

  • akubiomed 8 July 2012 at 22:06

    Sudah hendak masuk bulan Julai eloklah buat semakkan. Macam KPI syarikat saya akan disemak setiap 3 bulan. :-)

    • eizil 9 July 2012 at 7:37

      saya sendiri biasanya akan check setiap 3 bulan, sebab senang nak kenalpasti mana silap dan sebagainya, so ni suku kedua untuk saya buat semakan… :D

  • dennis 8 July 2012 at 13:43

    aku tak pernah ada azam tahun baru.xpernah set pun haha
    dennis menulis » PERTANDINGAN BOLINGMy Profile

    • eizil 9 July 2012 at 7:38

      hehehe… tapi sure ada cita-cita yang ingin dicapai kan… :D

  • samanosuke_04 6 July 2012 at 22:40

    hehe aku plak jenis yang takot nak semak balik azam yang ditulis tue.. sebab memang dah tau byk yang aku tak accomplish lagi.. haha, tapi macam ko katelaa.. kalu teruskan macam nie, impian tue kekal jadik impian je laa :(
    samanosuke_04 menulis » Memang Takkan Ada ‘Timing’ Yang Sesuai…My Profile

    • eizil 7 July 2012 at 4:27

      biasa aa tu… memang ramai jer yang takut atau memang tak nak semak pun… bila macam tu, kena tanya diri sendiri balik, kenapa jer buat azam kalau tak nak jadikan benda tu kenyataan… :D sama-samalah kita fikir-fikirkan… ;)

  • Anarm 6 July 2012 at 17:04

    sebahagian azam aku dah tercapai dan ada juga yang hampir2 nak capai.. cuma 1 azam je aku tak pasti lagi macam mana.. berhenti merokok.. aduuu.. seksa btol.. tapi walau macam mana sekalipun kena usaha jugak sebab dah ‘berjanji’ dengan ‘seseorang’..
    Anarm menulis » Dinar Emas Untuk PerkahwinanMy Profile

    • eizil 7 July 2012 at 4:26

      aku doakan ko akan berjaya berhenti merokok bro… benda tu aku tahu susah, tapi kalau keinginan kita kuat, aku dah tengok ramai juga yang berjaya berhenti.