Selamat Pengantin Baru @anarmnet dan @surayasagi
Assalamualaikum dan salam hujung minggu,
hujung minggu kali ini ada dua jemputan kenduri kahwin yang telah dihadiri, majlis pertama berlangsung semalam, iaitu rakan kepada isteri, dan majlis kedua berlangsung hari ini, perkahwinan bro anam dan isterinya suraya. Perjalanan ke rumah pengantin perempuan memakan masa hampir sejam lebih dari pasir putih, tetapi aku tiba agak lewat kerana sempat sesat sebelum mendapatkan panduan daripada orang sekitar. Walhal, selalu jer pergi ke kawasan rumah pengantin tu, sebab makcik aku tinggal tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.
Setelah agak lama mencari, akhirnya tiba juga di rumah pengantin, dalam acuh tak acuh, aku bertanya dengan tuan rumah, khuatir tersilap ke majlis orang lain pula. Alhamdulillah, betul dah rupanya lokasi yang ingin dituju. Rasa bersalah pula mengganggu pengantin yang baru sahaja hendak berehat-rehat selepas penat melayan tetamu terdahulu. Seperti biasa, pergi ke majlis sebegini, pastinya ingin mengambil gambar raja sehari yang tampak manis dalam persalinan rona emas petang tadi.
Tahniah aku ucapkan kepada anda berdua, aku doakan agar sentiasa berbahagia dan semoga dikurniakan zuriat yang ramai insyaALLAH. Selamat mengharungi kehidupan suami isteri yang banyak manisnya, semoga segalanya akan dipermudahkan, ada kesempatan nanti jemputlah datang ke rumah…


semoga berkekalan jodohnya…jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya diMARDI Station CH
Zizan menulis ยป Temui Perunding Produk BiGDee Di Galeri