Selamat hari lahir sayang
Assalamualaikum dan selamat pagi,
sewaktu menitipkan jari-jemari atas papan kekunci ni, jam menunjukkan pukul 3.20 pagi, tidur 2 jam yang diperolehi sebentar tadi seperti sudah mencukupi, tapi aku yakin, semasa perjalanan dalam bas nanti pasti “pengsan” sepanjang perjalanan. Tanggal 3 Oktober merupakan hari lahir seorang yang istimewa dalam hidup aku, yang tersayang, isteri aku.
Sepanjang hidup bersama dengan isteriku, terlalu banyak pengorbanan yang telah diberikan, terutama semasa awal-awal perkahwinan, perniagaan aku ketika itu tidaklah sebaik sekarang. Begitu banyak sokongan dari segi emosi dan juga wang ringgit yang telah diberikan. Sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku. Semoga tidak luput semua pengorbanan tersebut dalam ingatan ini. Sekarang juga, beliau sangat memahami keperluan kerja aku yang kadangkala memerlukan aku untuk pergi ke tempat-tempat lain atas urusan perniagaan. Aku sangat menghargai.
Aku doakan, semoga isteriku tersayang akan diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dikurniakan kehidupan yang selesa, perhubungan yang baik dengan suami dan keluarga, dimurahkan rezeki dan semoga perhubungan kita kekal abadi selama-lamanya. Selamat hari lahir sayang.
Oleh kerana aku terpaksa pergi ke Kuala Lumpur pagi ni, malam tadi bawa dia keluar makan malam di tempat baru, Haza Bistro. Tempat yang sangat menarik, tak sia-sia aku ingin meraikan hari lahir isteriku di sana. Jika sebelum ini asyik membaca pelbagai kisah jalan-jalan cari makan oleh kak Nadot kita, kali ni nak gak bercerita pasal pengalaman pergi ke Haza Bistro malam tadi.
Sudah lama sebenarnya isteri mengidam nak pergi ke Haza Bistro ni, tapi aku tak bawa-bawa sehinggalah malam tadi. Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke dalam Haza Bistro amatlah menarik, susun atur perabot, layout ruangan makan dalam restoren ini sangatlah selesa. Setiap meja dilengkapi dengan butang untuk panggilan perkhidmatan, sesuatu yang amat memudahkan, sangat mudah untuk memanggil pelayan sekiranya memerlukan apa-apa perkhidmatan.
Sewaktu ingin membelek buku menu, muka pertama menu sudah menarik perhatian aku, ada beberapa jenis set menu nasi beriani dengan pelbagai pilihan lauk. Selaku peminat nasi beriani, halaman lain buku menu dah tak menarik perhatian, set menu nasi beriani pasti menjadi pilihan. Pada mulanya ingat ingin memilih set dengan lauk kambing, tapi akhirnya ayan masak merah yang menjadi pilihan. Birthday girl teringin nak makan sirloin steak, tapi malangnya dah habis, so chicken chop menjadi pilihan.
Bagi aku, nasi beriani kat sini adalah yang paling sedap aku pernah rasa di kota bharu ni, memang terbaik, walaupun ayam dia agak berminyak (kenapalah tak buang minyak-minyak extra tu waktu hidang) tapi bab rasa, memang aku takder nak komplen, memang menyelerakan. Ditambah dengan acar buah yang sedap gak dan dalca yang tak kurang sedapnya, set nasi beriani ni memang mantap.
Kemudian chicken chop dia pula, sangat unik, biasanya kalau kat sekitar kota bharu ni, semua chicken chop versi bergoreng, tapi kat sini dihidangkan versi bakar. Sos lada hitam sedikit masin untuk tekak aku dan isteriku, tapi ayam dia sedap termasuk coleslaw yang dihidangkan. Cuma kena baiki sedikit cara dia menggoreng kentang, mungkin boleh lebih rangup daripada yang sedia ada.
Bila dah makan mesti nak ada minuman juga, set nasi beriani aku tu, disertakan dengan air bandung cincau, tapi bukan setakat cincau, jagung dan kacang merah pun ada. Memang berbaloi-baloi, gelas dia memang senget seperti dalam gambar, bukan sebab tersilap ambil gambar dan sebagainya. Isteri aku memilih untuk mencuba Jus Epal bersama asam boi, pilihan yang kurang mengena tekak aku dan isteri, mungkin orang lain suka.
Sebelum ini mendengar review daripada kawan-kawan isteri aku yang dah pergi makan di Haza Bistro, ramai yang mengatakan makanan di situ mahal. Memang ada benarnya makanan dia agak mahal kalau dibandingkan dengan gerai-gerai di tepi jalan, tapi untuk harga makanan di restoren yang bagi aku agak mewah ini, harganya sangat berpatutan dan berbaloi sebab kualiti makanan yang baik. Di bawah ni ada sedikit gambar yang aku sempat snap semasa di sana, ada banyak lagi ruangan yang menarik, tapi sebab ramai orang, aku tak ambil gambar. Nanti orang lain pelik pula aku dok sibuk ambil gambar diorang makan.
Owhh ya, jumlah harga untuk makan malam tadi adalah RM37.60, sekali sekala untuk raikan isteri apa salahnya kan.





Emm, RM37.60, rasanya berpatutan.
amirulfaiz menulis » Setelah 2 tahun berblog. Nuffnang.
wah,, romantiknye..conform isteri tersenyum
wanayu menulis » Tiket Final Piala Malaysia 2012
Dapat jam tangan eklusif drp suami, pasti isteri teringat sampai bila2.
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Pasti sang isteri tersenyum keriangan dgn kualiti permakanan yg dibelanjakan oleh suami sempena hari lahir isteri beliau.
sensasi2020 menulis » Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
briyani!
favorite tu bro…
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ye kepada puan wife

mohd luthfi menulis » Akhirnya, berjaya juga pijak bumi Jerman!
wahh sedapnya.. seronok isteri dapat belanja oleh suami..
Travel Website™ menulis » Add the New Braunfels Texas Wurstfest to Your Fall Travel
terliur tgk gambar makanannya..
selamat ulang tahun utk isteri eizil.
Ibu Mifzal Arsyad menulis » Ole-Ole Dari Indonesia
ok lah tu, untuk meraikan hari istimewa macam ni. Tempat pun cantik.
kimmie menulis » Bermulanya semester baru